Khamis, Januari 22, 2015

Kerepek Roti Canai

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


59 ulasan:

  1. sayang kan bila ada makanan tak abis..bagus juga idea ni

    BalasPadam
  2. tq atas info ni... kalau dekat dumoh roti canai xpernah ta habis... habis sokmo hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh kalau habis sokmo tak de problem lah :)

      Padam
    2. hihihihi..... abang n ekin suka makan roti canai... sekali order 2 keping ekin... abang 3 keping... hahahhaha.... jarang2 p makan kedai kan....

      Padam
    3. Haaa itu yg syokkk tu, ekin. Sekali-sekala makan kat kedai, roti panas2 baru masak memang tak cukup sekeping :)

      Padam
    4. hahahhaha... tu la... nak pergi maan kedai sebulan sekali.... huhuhu...rindu nak makan roti canai cotek kat kelate la... balik bule 4 ni nak kena pergi ni...

      Padam
  3. saya singgah terjah sini...! maaf la kak.. sibuk merayau2 kat blog org lain dlu..hehehe.
    sekali tgk kan,rupanya macam dah kuih gunting ke kuih tiram, kuih ke kerepek entah.. ala yg ada tabur gula tu.hehehe..
    mmg haru bila beli bekpes terlebih kuota kan kak..nak buang sayang..!
    xpernah pun goreng mcm ni roti canai..,selalu panaskan,sbb suka garing cicah dgn susu pekat ja..hehee

    p.s/jom join kak ga nile tu..hehee.. last 15.2
    lambat lg.. ehe heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa, Nana. Nana dah ambil masa singgah ni pun akak dah hargai sangat. Memang, aku ni penyayang pada food sikit. Sedih kalau tengok makanan terbuang. Bazir. Panaskan dengan Planta, cicah susu pekat memang best! Tapi umah akak ni tak masuk susu pekat. Cekebon diabetes.

      GA Nile tu memang menarik. Tapi kena study barang2 idaman hati dulu. Thanks ye :)

      Padam
  4. mesti macam makan keropok kan bila makan. sedaaaapnyaa :D

    BalasPadam
  5. Baru tahu ce mana nak buat kerepek roti canai ni. Tq.. lepas ni boleh saya cuba

    BalasPadam
  6. uniknya..hehe, betul tu kan kak..daripada buang bleh juga buat kerepek macam ni..sedap pun sedap..setakat ni kalau kat rumah takde roti canai yang terlebih..asyik habis ja kena balun..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak yg jadi camni sebab selalu je roti canai terlebih beli! Huhuhu

      Padam
  7. wah!!! Boleh cuba ni. Pagi2 makanan semua menggugat iman. Hahah

    BalasPadam
  8. wow..hebatlah akak ni, selama ini tak pernah terpikir pun saya.
    Ok lepas ni, boleh saya tiru =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi malu ah, Namy..goreng garing roti canai pun kira hebat ke?

      Padam
  9. wah bagus ni.. tak delah membazirkan.. tapi kan kak Farrah, dia serap minyak sangat tak?..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena goreng bila betul2 minyak panas, ros. Kalau tak memang akan serap minyak :)

      Padam
  10. Aahlah dah macam kuih tiram.
    Kitorang ni slalu potong2 camtu lepas tu salut telur. Sedap juga:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaaa good idea! Good idea! Nanti akak nak cuba gak yg tu. Selama ni, kalau perangatkan balik roti canai nak guna roti telur, tak jadi sangat sebab telur tu atas permukaan roti.

      Padam
  11. Macam sedap je... Macam senang je... Macam nak try je... He He He...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan macam-macam dah SS. Memang sedap, memang senang, memang kena try! Tapi kena ada roti canainya dulu hihihi

      Padam
    2. yang macam2 mudah dan sedap ni la kena try nih hehe

      Padam
  12. kt rumah, mak slalu buat sndri ja roti canai... dh byk keping mestilah xhabis kdg2...so akan potong2 goreng balio... rapuh sedap...mcm kopok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, mak zarul buat roti canai sendiri! Kalau tak habis goreng, leh simpan buat frozen kan....stok tu...stok perut :)

      Padam
    2. mak pandai buat tapi xla mcm kt kedai.. nipis2... tebal ckit mak buat tapi still sedap... slalu buat bila lebihan kuah gulai la..sbb nk cicah...

      Padam
    3. peeeergh buat sendiri roti canai ? hebak betol mokcik hehehe.. *tabik*
      ada scene tebar tebar tak ?

      Padam
    4. Kalau umah dekat, pagi2 akak dah menebeng buiat muka friendly,...'Mak cik,..."

      Padam
  13. dapnye...tak berminyak ke nanti Farrah..sis JM ni on diet katanya gitteww :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak kena betul2 panas, sis! Ohhh, kalau on diet jangan mamam roti canai, apa lagi kerepek ni. Pilih capati atau tosei ye :)

      Padam
    2. nnt tos minyak dulu ka..
      makan sekali sekala xpa..bukn tiap2 hari...

      Padam
    3. Haa sekali-sekala tak palah. Jangan berkali-kali tak berkala :)

      Padam
  14. Balasan
    1. kerepek tiram mcm mna... nk search la... tah2 sini sebut lain kot..

      Padam
    2. Ada sesetengah tempat orang panggil kerepek lidah buaya...

      Padam
  15. roti canai is among my least fav food.. kalau mak ayah ajak bf tanya dlu kat mana.. kalo kedai mamak mmg rela smbung tido. then mak ayah kena beli at least nasi lemak hahaha.. sama mcm kalo kat bangi.. semua hantu roti canai. kalo makcik beli tau dah nanti ada sorang monyok sbb bf roti canai.. usually i will get special bf hakhak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa shiannya monyok sebab b/fast roti canai hihihi nasib baik ada makcik yang very thoughtful kan,..yg lain2 tak jeles ke CT dpt special breakfast?

      Padam
  16. gud idea... lepas ni apa yg tak habis semua karang kena buat kerepek manis

    BalasPadam
  17. Bentuk kerepek roti canai ni macam serupa sikit dengan satu kerepek (?) rasanya. Saya tak tahu namanya apa.

    BalasPadam
  18. Good idea.. peti ais kat rumah tu der roti canai lebey, nak buat la petang esok. heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila sila, eyja. At least bila buat kerepek cam ni...cepat laku :)

      Padam
  19. Mesti sedap ni.Bolehlah dicuba nanti.

    BalasPadam
  20. Sesuatu yang baru! Tak pernah lagi mencubanya. Terbaiklah! >__<

    BalasPadam
  21. aiyyooo... kretipnye kak farrah nihh! roti canai pon jadik! =D

    BalasPadam
  22. roti canai pun boleh dibuat kerepek.....keajaiban ni

    BalasPadam
  23. wahh satu idea yang bernas..hihi.. boleh buat lepas nie..huhu

    BalasPadam
  24. Tak payah susah beli kuih tiram dah pasni. Hehe. Bagus inovasi kak farrah ni :)

    BalasPadam
  25. alamak kak
    blog akk ni mmg sllu je ayu jmp resepi pelik2 tau
    menariknye
    tak dpt bayngkan rase nye mcm mane

    BalasPadam
  26. Kreatifnya.. boleh aiza cuba buat juga nanti.. nampak sedap..

    BalasPadam
  27. Timakaseh..dah dpt resepi roti canai lebihan breakfast

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.