Isnin, Januari 26, 2015

Resepi Butter Prawn with Oat


Udang Mentega dengan Oat
Baru-baru ini, kawan baik Cekebon beri udang galah dari Sarawak. Jauh datangnya! Mula-mula ingat nak buat kari udang macam dalam blog Sis Deanna. Tapi, kat rumah ni yang suka makan kari saya seorang je...nanti orang lain tak berpeluang nak enjoy udang sihat-sihat dan segar. So, saya buatlah butter prawn. Kebetulan, semua bahan pun ada :)


Resepi Butter Prawn with Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 sudu oat (Saya suka oat banyak!) - sangai sehingga warnanya bertukar keperangan
  • Beberapa tangkai daun kari
  • 2 sudu mentega
  • 8 - 10 ekor udang galah (Lebih pun tak apa. Ikut sukalah.) Bersihkan, buang apa yang patut.
  • 2 - 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • secubit garam
  • minyak masak untuk menggoreng

Cara Penyediaan:
  1. Gaul sekata tepung jagung, lada sulah dan garam. Panaskan minyak. Salut udang dengan saduran tepung yang nipis. Goreng hingga udang masak. Angkat dan ketepikan. Keluarkan minyak gorengan tadi dari kuali.
  2. Masukkan pula mentega. Panaskan hingga cair tetapi hati-hati jangan sampai mentega tu terbakar pula. Setelah itu masukkan daun kari dan tumis daun kari sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan udang dan oat. Gaul semuanya hingga sekata. Kalau kurang masin, boleh perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidang.

Senang kan? Kalau nak pedas, masa tumis daun kari dengan mentega tu bolehlah masukkan potongan cili api. Bagi yang nak rasa manis-manis sikit boleh masukkan sedikit gula. 


58 ulasan:

  1. sedapnyaaaaa :D nak try buatlahhh . hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba, Nani. Ada resepi, kalau nak lagi lemak dan berkuah, letak susu cair sikit. Tapi yang tu akak biasa makan je, buatnya tak pernah :)

      Padam
    2. Kalu nak lemak... Amik lemak SS skit.. He He He...

      Padam
    3. Hahahah. tak kuasa nak ambik lemak ss. dah lah jauh nun di hong kong :D

      Padam
    4. lagi bertambah kilo la ambek lemak SS..hihi

      Padam
    5. kena naik tongkang la nak amek lemak SS kat hong kong hehehe

      Padam
    6. Lemak SS ada masin2 skit... Tak yah lagi letak garam... He He He...

      Padam
  2. sedapnya..makin lapar jdnya bila tgk time lunch mcm ni =)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Memang sedappp, DP. Tapi saya makan seekor je. Takut gatal ;)

      Padam
  4. Huhu.. sukaaa sangat ngan udang. tapi..tapi saya ellergy seafood, dah sekarang tgh menderita pedih hidung dan bibir sebab naik merah2 ngan gelembung air sebab mggu lepas bantai banyak sangat udang..hukhuk..
    Sedapnya udang tu, besar.. buat bakar pun best ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, QA. Alergic seafood tapi itulah yang suka makan :)
      Saya selalu kalau makan, sedia tanggung risiko sendiri heheh

      Padam
  5. yummy, aduhai tetiba teliur rasanya.. nak siki der lagi x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Balik kerja kang datang singgah,..kalau tak de udang, kepala udangnya ada :)

      Padam
    2. sedihnyer bagi kita kepala udang jer?? uuuuwwwwaaaa

      Padam
  6. farra..sedapnyaa...order sepinggang kat farra la..ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 pinggan pun boleh tapi kena tunggu import udang galahnya dulu, khaty :)

      Padam
  7. Thanks akak upload resepi ni...baru ada ilham nak masak apa...haha
    dari tadi dok fikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke,...baguslah kalau dapat sumbang idea pada Nad hehehe

      Padam
  8. Apa beza butter prawn dengan butter finger? He He He..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Butter prawn tak de finger dan begitulah sebaliknya :)

      Padam
    2. Butter Prawn boleh buat lagu? He He He...

      Padam
  9. Tadi baru try buat dengan chicken...hee..rasanya Nad terlebih letak butter kot...dah kurang garing pula oatnya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, ye lah tu. Tak pe, Nad. Buat ngan chicken,..bestttt! Lain kali Nad leh cuba omit oat, tumis daun kari ngan butter then masuk susu cair sikit. Jadi kuah creamy. Macam butter chicken chicken rice shop :)

      Padam
  10. Akakk. Sangai tu apa? Goreng tanpa minyak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Scha. Sangai, sangrai,..sama - goreng tanpa minyak :)

      Padam
  11. nyummy...ishhh...kecur air liur nih..Farrah leh mkn udang kan x leh mkn sotong...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu dua-dua tak leh sebenarnya, sis! Udang ni makan seekor jelah, buat rasa hihihi jangan cobit saya :D

      Padam
    2. OOOoooo Cikgu Farrah MF langgar pantang ropeerrrnyeee... Nak kena bababbbb nih! He He He...

      Padam
  12. Pernah sekali je makan butter prawn ni.
    Last year..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka tak? Ke tak kena ngan selera Shikin?

      Padam
    2. Last year tu bila Nazeck? This year belum genap sebulan...

      Padam
  13. assalamualaikum.. sy jaln2 kt sini dr blog JM
    entry ini sgt menarik perhatian saya seb saya sgt sukakn udang dan sotong..hehe..

    jemput dtg blog saya zinziemeewah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi ke mari,norsalihah. Insya Allah saya akan balas kunjungan secepat mungkin :)

      Padam
  14. besarnyeee udang tuuuuuu farahhhhh...geram tgk...heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh next time ada udang camni nak cuba buat kari udang macam sis :)

      Padam
  15. sedapnya... tapi kemalasan la nk buat..hihi nk beli siap dh la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmmm kalau lagi senang nak beli daripada buat, beli jelah!

      Padam
    2. Abislah kalu bakal mak mertua baca komen ini...

      Padam
  16. Balasan
    1. Betul tu, Sha. Ada penangan rasa garlicky sikit lagi terangkat :)

      Padam
  17. sedapnya.. tapi oat tak da nak cuba resepi nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada oat, leh ganti dengan nestum, eyda :)

      Padam
  18. masak lemak pun sedap juga..atau sambal udang n petai..! :) aduh..terliur tgk udang.. akak xalergi dgn udang ya? huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alergic juga, Nana. Memang tak tahan makan seafood. Tapi makan seekor je buat rasa2. Serik kes sotong masih bersisa heheh

      Padam
  19. butter prawn kegilaan wana tu kak..alahai, terleleh air liur tengok udang2 yang besar tu..huwaaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Geramkan tengok udang besar2. Akak yang allergic makan udang ni pun tergoda sama!

      Padam
  20. CT tak suka makan udang sangat. lebih suka sotong taaaaaapi kalo butter prawn oohmy.. i can eat saja non stop. kalo ade orang kopekkan kulit lagi laju makan.. kekadang tu mmg letak tepi saja udang pun hahaha..

    BalasPadam
  21. Kalau makan kat kedai ni mau kopak duit. Hehe.

    BalasPadam
  22. Udang... Menggugat nafsu ni.. Hihi. Sebagai peminat tegar udang, haruslah mencuba.. Kalau tak, selalu udang ni Ros buay sambal, goreng kunyit dan kari je.. Lain kali boleh cuba resepi ni

    BalasPadam
  23. nampak sedap je kak farrah
    tp ayu xbape nak makan oat
    kalau xde oat lg sedap
    heheheee
    besarr tu kak udangnye

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.