728 x 90

Jumaat, 2 Januari 2015

Resepi Mudah - Ayam Sambal Cili Api

Siapa yang suka makan pedas? Ini resepi untuk anda. Ayam Sambal Cili Api. Berdesupppppp rasanya ;)

Ayam Sambal Cili Api

Resepi Ayam Sambal Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 350g ayam (atau lebih mengikut keperluan hidangan) - lumurkan dengan garam dan kunyit, goreng dan ketepikan.
  • Segenggam cili api (kisar)
  • 5 batang cili hijau (kisar)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 - 3 sudu besar cuka
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar. Masukkan cili yang dikisar dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan cuka. Rasa kemasamannya. Jika perlu, tambah lagi sedikit cuka.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Gaulkan dengan ayam yang telah digoreng. Sedia untuk dimakan.

Saya gunakan cili hijau untuk dapatkan elemen rasa sambal hijau dalam hidangan ini. Jika anda tidak mahu sambal yang pedas, boleh tukarkan penggunaan cili api kepada cili hijau sepenuhnya.


70 ulasan:

  1. Nyum2..nampak sedap..lapar wana tengok..Kak, ada lg x?wana nak dtg umah akak ni..hee ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mentara Wana nak naik belon, ayam cili api akak abis sudah :)

      Padam
  2. terbaik resipi..tahnia ...datang jenguk blog ini

    BalasPadam
  3. sedapnyaa. makan pulak dengan nasi panas panas. memang umphhh :D

    BalasPadam
  4. mama sha suka masak ayam ni, makan dengan sup.... dengan nasik... fuhhh sedapnya laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan Sha telah buat akak rasa laparrrrr :)

      Padam
  5. Apa beza letak bawang besar dengan bawang kecik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna bawang besar, sebijik je kena kupas. Kalau bawang kecik, kena kupas dua tiga bijik. Hehe boleh terima ke jawapan ni SS?

      Padam
    2. SS bezanya besar kecik ja..hihi

      Padam
    3. Tapi personally akak prefer guna bawang besar sebab manis bawangnya kurang sikit compared to bawang kecil/bawang merah :)

      Padam
    4. oo baru tahu bawang ada rasa manis.. sebelum ni main makan ja..guna bawang kecil utk tumis ja

      Padam
    5. Yes,..tu sebab kalau nak buat bawang goreng, kita guna bawang kecil/merah. Lagi berasa :)

      Padam
    6. Ye ros pun kalau masak guna bawang besar.. Sebab dah terbiasa. Hihi jarang guna bawang merah kecil tu

      Padam
  6. pergh, xmampu eyja nak makan. tengok pon dah takut. pedasnya!!! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah ni memang siapa tak tahan pedas, dibenarkan pandang je :)

      Padam
    2. Untuk yg kuat pedas macam Ros ni, memang suka lah. Hihi

      Padam
  7. sedapnya tengok! fav kot ni. ^^

    BalasPadam
  8. mesti berapi makan ayam ni. nampak lada dekat ayam tuu pon dah tau. hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk ikut mulut, asap keluar ikut hidung & telinga :)

      Padam
  9. Balasan
    1. Yesss,..bila kena sambal cili api tu memang yummyyyyy!

      Padam
  10. Nampak sedap. Boleh bookmark entri ni supaya senang buat rujukan bila saya nak masak nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, Farah. Nanti dah buat share ye suka ke tidak :)

      Padam
  11. sedap ni.. Ros pun penggemar pedas")

    BalasPadam
  12. Kan Farrah mesti jenis tahan pedas ni kalau cili api dah segenggam.
    Family kitorang tak tahan pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..akak ingat Shikin kaki makan pedas. Kat umah ni akak & Cekebon la hantu cili. Kalau lauk tak pedas, macam pincang dunia hehehe

      Padam
  13. hoyee...hari ni ahad..ayam ada..cioli pun ada..boleh masak utk mkn tgh cuma cuka je x de..boleh ganti dengan limau nipis tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala sis...sorry lambat reply. Tak ada cuka, boleh tukar dengan limau nipis atau asam keping :)

      Padam
    2. ok..ok..tak pe lambat reply janji jgn x reply hihih

      Padam
  14. Suka.. Suka sangat pedas... Ayam nampak yummy... Kalau buat ratah, menangis ni...

    BalasPadam
  15. hadoi terus lapar ana tgk nih kak farah. arrhh kena p dapur buat ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila..sila...selamat menjamu selera :)

      Padam
  16. my feveret niee.. omnomnom.. dapnyeee... :)

    BalasPadam
  17. sedapnya akak dan simple.. kalau makan ni konfem nina menangis. hehe.. tak tahan makan pedas terutama berasaskan cili api

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaaa tak mo nangis! Nanti kalau pedas, minum susu. Confirm pedas tu hilang :)

      Padam
  18. terasa kepedasannya... memang kena letak cuka ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dak cuka, ganti ngan asam keping/air limau pun boleh

      Padam
    2. Yes,..guna je apa yang ada janji masam2 tu ada :)

      Padam
  19. sedap2...heeee...nad memang suka sambal cili hidup yang digoreng macam ni...
    berbanding dari sambal cili giling :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi ummmphhhh kan :)
      Tapi akak ni Nad, asal nama sambal boleh aja...

      Padam
  20. Baru menangkap rasanya bila guna cili api.....

    BalasPadam
  21. ini mau berpeluh kepala makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, aRz. Kena standby air,..dok dekat ngan kipas siap2 :)

      Padam
  22. hahaha kalau pedas sangat memang dok makan la CT ni.. iols kan tekak and lidah manje manje gitu hakhak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..lauk ni tak sesuai untuk lidah manja-manja. Nanti nangis....

      Padam
  23. Sedapnya tengok.. boleh jadi menu kami sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, eyda. Kalau tak mahu pedas sangat, banyakkan cili hijau.

      Padam
  24. ni kalau makan dgn nasi panas sedap..! ada tips tak kak kalau nak goreng ayam tu dagingnya kekal berjus..sellau goreng mesti keras ,tak sedap dah..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Potong ayam tu lebih kurang sama saiz and bila goreng jangan terlalu lama. Ini kalau goreng ayam biasalah yang lumur ngan serbuk kunyit dan garam je.

      Kalau nak ayam goreng yang lebih yummy, perap dengan halia, bawang putih, garam, serbuk kunyit, serbuk jintan manis + jintan putih dan sedikit kicap. Perap dahulu sebelum goreng :)

      Padam
  25. Desapnya :) Favourite Cik Mimie ni:)

    BalasPadam
  26. saya penah buat camni dulu
    tapi mychintahati tak suka
    dia jenis tak boleh lari dari apa yang dia dah biasa
    isteri kenalah ikut jawabnya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh tak apa. Yang penting perut chintahati YY terisi :)

      Padam
  27. Memang makan tak angkat kepala la kalau dapat lauk gini.
    Lagi pedas lagi sedap.

    BalasPadam
  28. ayam sambal api!!! ya ALLAH, tergodanya!!! :D tapi saya gastritis. so, xley makan pedas... sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, no! Jangan cari pasal. Amy makan buttered chicken OK :)

      Padam
  29. nmpk pedas berapi je tu kak farah
    skg pntang mkn pedas da
    huhuhuhu

    BalasPadam
  30. Teringat ikan keli sambal hijau. Sedapnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh my!!! Ikan keli sambal hijau memang tiada tandingan!

      Padam
  31. Errmm.. senang jugak.. tq sebab share.. nak cube ni

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...