Sabtu, Januari 16, 2016

Resepi Mudah - Cucur Roti Berkeju

Nak panggil apa pun boleh - cucur roti berkeju, godok roti cheese, cekodok roti berkeju, jemput-jemput cheese terpulang. Apa yang penting, hendak sediakan cucur ni sangatlah senang!

Kat rumah ni memang ada penyakit. Time tak beli roti, time tu lah masing-masing teringin nak makan roti. Tetapi, apabila ada roti di rumah - boleh terbiar tak laku sampai expired. Kerja sayalah masukkan dalam peti sejuk. Stok untuk buat roti telur, crouton atau cekodok.

Cucur Roti Berkeju

Resepi Mudah Cucur Roti Berkeju

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 6 - 8 keping roti
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 1- 2 tangkai cili hijau (hiris halus memanjang) *Optional - tak letak pun tak mengapa.
  • Beberapa keping keju (dipotong menjadi empat segi kecil) - 1 keping cheese boleh potong kepada 12 - 16 squares. Kalau tak ada keju keping, keju blok pun boleh digunakan. Dadukan kecil-kecil.
  • Beberapa tangkai English Parsley - kalau tiada boleh tukar kepada daun sup atau daun bawang.
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
  • Air untuk lembapkan roti.

Cara-cara penyediaan:

  1. Carik-carik roti menjadi cebisan kecil. Basahkan roti dengan sedikit air sehingga roti boleh diramas. Ramas dan hancurkan roti hingga menjadi adunan yang boleh dijemput dengan jari. Maknanya tidak terlalu cair/basah. Masukkan bawang besar dan cili hijau. Gaul sekata.
  2. Ambil sedikit adunan roti tadi, leperkan. Masukkan potongan keju dan kemudian bulat-bulatkan. Pastikan keju 'terbalut' kemas dalam roti. Kita tak mahu keju tu lebih-lebih meleleh keluar apabila digoreng nanti. Ulang proses hingga adunan habis.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cucur hingga warna bertukar keperangan. Angkat. Sedia untuk dihidangkan :)

Selamat mencuba!

Selain itu, boleh juga intai-intai resepi roti di bawah:

Psst! Hati-hati, kandungan cheese dalam cucur tu panas! Jangan sampai melecur pula.




54 ulasan:

  1. wow, menggodanya cucur roti akak tu..paling buat wana teruja tu sebab ada cheese..wallah..kegemaranku!! akak, tunggu..wana nak datang umah akak..hihik ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, cheese tu yang mahal tu! Pi cari pintu doraemon, Wana. Mintak pegi rumah akak. Kita tea sama2 :)

      Padam
    2. ni tengah cari pintu doraemon kak farrah..tak jumpa2..huwaaaaa...T__T

      Padam
  2. memang menggoda betul ni. hehehe. tapi nani pernah buat guna ubi kentang tak pakai roti :D

    BalasPadam
  3. aduhh sedappp... boleh cuba nanti nie.. thanx kak farah resepinye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Anis. Jangan lupa cuba bila ada masa :)

      Padam
  4. sedap2, tapi malas lagi nak masuk dapur balik. hehe

    BalasPadam
  5. farra oh farra..panggil dari luaq umah..ngee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Khaty! Apsal duduk kat luar tu? Meh masuk meh....

      Padam
  6. sedap tu ada mix dengan cheese.. tapi selalu roti abis dimakan.. klu ada lebih boleh cuba nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. @aRz & eyda - memang kalau ada cheese, susah sikit nak tolak hihihi

      Padam
  7. letak cheese kat dalam dia tu yang buat sedap tu... aduhai...

    BalasPadam
  8. menarik jugak ni.. nak bagi irine makan.. hehehe... sampai tepu dah nak masak apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaa bolehlah yoorin cuba-cuba buat tukar selera :)

      Padam
  9. Pandai tol k.Farrah create recipe.
    Thumbs up.
    Kat rumah saya ni kalau roti setiap hari mmg kena beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum ni akak belajar dari orang buat donut cheese. Alang2 dah ada roti, cuba buatlah :)

      Padam
    2. Rumah Shikin kena sentiasa ada rotilah ye,..stok untuk The Adams :)

      Padam
  10. alahai...kreatif dalam mencipta resipi juga kak farrah...

    terliur rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa-apa dengan cheese memang buat kita terliur
      Akak tak kreatif mana, aRz. Guna apa yang ada, ubah-ubah dari resepi yang pernah buat sebelum ni :)

      Padam
  11. Bolehlah cuba nanti. Saya pun ada roti yang dah nak expired

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa apa lagi,...cubalah buat Farah. Nyumm nyummm!

      Padam
  12. Boleh try ni. Kt rumh ada roti. Hehe

    BalasPadam
  13. roti keping gardenia tu ka... tadi baru makan cicah dgn kari udang hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Roti keping boleh, roti perancis boleh, potato bun pun buleh! Mahal tang makan roti dgn kari udang tu, SS :)

      Padam
  14. Sekarang roti pun boleh jadi macam tepung kan..Cik Mimie dah try buat cekodok roti ni..memang sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ishh..kenapa korang ni rajin tul memasak...so CM mmg dh layak jadi suri dalam rumah nih :-)

      Padam
    2. CM memang sedang menanti hari kan,...kira dah ready dah tu :)

      Padam
  15. Balasan
    1. nampak nya Nad perlu ziarah umah kak Farrah nko tu minta dia hidangkan :-)

      Padam
    2. Mari mari mari. Nanti kita pesta ghamai-ghamai!

      Padam
  16. alahai...kalau bab roti keping gardenia expired tu sis JM pernah alami...x habis mkn..klaau lah tahu boleh buat cekodok ni kan...cuma sis nk ty letak sardin kat dalam roti tu cuma sis risau semasa goreng nanti roti akan serap minyak so bila mkn agak berminyak lah kan..ke x berminyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, sis. Kurangkan kandungan air, supaya roti tu senang intact. Masukkan sardin, kepal2 kan. Then, bila nak goreng pastikan minyak benar2 panas. Goreng sekejap je, angkat!

      Tak pun, sis boleh ambil rolling pin, roll roti biar jadi nipis dan mampat. Buang tepi roti. Masukkan sardin dan tekan tepi ngan garpu. Ala-ala buat karipap sardin tapi kulit guna roti. Goreng minyak biar betul2 panas. Sedappppp!!!

      Padam
  17. uiks! yang tukang bace ni terliur lak! sedapnyeeeeeeeeee.... =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nah, nah...amik tisu. Lap mulut tu hihihihi :D

      Padam
  18. haah tu la time x beli roti, dok mencari roti. bile dah beli- terbiar je. ok dah tawu dah nk buat ape psni kalo roti x dilayan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, jangan buang tau! Bazir je nanti. Kita godok rotikan :)

      Padam
  19. mmg mana mana rumah pun gitu agaknya Kak Farrah.. bila ada tanak makan bila takde rasa nak makan.. usually kami makan ngan eskrim.. haa mmg laju jalan.

    CT nye version.. roti tu CT blend ngan susu then CT masukkan butter sikit and tepung. kalau nak masin letak la garam.. then adunan jadi cem cekodok tu goreng.. rasa cem kulit ice cream goreng and buttery ooonomnom..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh makan dengan aiskrim memang cepat licin licau!
      Oh my,..akak nak cuba buat version CT la. I should try this! Good idea! Thanks, dik!

      Padam
    2. resipi ni pn saya dh salin juga..haha... blogging is awesome!! pakat kongsi idea =)

      zinziemeewah

      Padam
  20. Saya pulak tak beli roti tapi melambak tepung roti sebab kakak sy bagi buat stok. So hari2 buat bun jela. ^^

    BalasPadam
  21. ok.. saya dh salin resipi ni..sambil salin terliur dah...hehe

    zinziemeewah

    BalasPadam
  22. wahhh dah macam cheese ball la versi roti ni kan..
    ayu dulu buat pakai kentang je...
    best jugak nie..byk jugak resepi kalu nak menghabiskan roti
    dah same kes cm ayu gak
    time xde roti kemain lg nak makan roti
    bile da ade tgk2 dah nak expired dah

    BalasPadam
  23. Thank you Farah, anak saya mesti suka makan ni,

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.