Selasa, Januari 27, 2015

Resepi Mudah - Lobak Merah Rosemary

Lobak Merah Rosemary

Bagi siapa-siapa yang tak ada idea nak prepare hidangan sayur, boleh cuba resepi simple ni. Lobak merah dihiris memanjang, 2 - 3 ulas bawang putih dicincang halus (Jangan ikut macam akak yang malas ni. Bawang putih tu dah besar saiz sebiji dadu hihihi).

Panaskan sedikit minyak zaitun (minyak masak biasa pun boleh,..nak guna marjerin atau mentega pun boleh), tumis bawang putih. Kemudian, masukkan beberapa tangkai daun rosemary sebelum kita masukkan lobak. Gaul sekata. Perasakan dengan garam. Biarkan seketika atas dapur. Dah boleh angkat dan dihidangkan. Saya suka lobak yang crunchy, jadi tak masak lama sangat. Kalau mahu, tambahkan sedikit air dan masaklah lebih lama untuk lembutkan lobak tu.

Selamat Mencuba!


Psttt! Guna resepi yang sama, hidangan lobak ni boleh juga disediakan dengan kaedah panggang/bakar di dalam oven. Sedap gak!


35 ulasan:

  1. erm..mesti sedap makan lobak yang masih crunchy tu kan kak farah..super simple la resepi..insyallah nak try la nanti..hehe..

    sebenarnya banyak resepi kak farah share wana nak try buat..asyik masuk waiting list..tak terbuat lagi..aduhai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. same la.. dah banyak bookmark..tapi asyik pending je.. adoiii... cita2 ade dah..huhu

      Padam
    2. Tak pe. Simpan dulu. Nanti tak ada idea nak masak apa, leh cuba :)

      Padam
  2. amboiii. vegetarian ke kak farrah. hehehe :P

    BalasPadam
  3. carrot nye nmpak mcm segar jerrr....sy suka jus carrot..tp kalau nak suh makan cenggitu...mmg susah sikit nak telan...heheeheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jus carrot memang best! Saya suka carrot susu,..tak pun saya combine carrot dengan epal :)

      Padam
  4. simple.. klu xdak rosemary goreng je gitu..letak blackpepper skit..pun sedap..lobak ni antara sayur feveret..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Dengan blackpepper pun dah yummmyyyy!

      Padam
  5. wahhh lobak! ana suka! ana suka! hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana sukaaa Ante pon sukaaa laaahhh..

      Padam
    2. Hahahah tak tahanlah bila SS 'beraksi' dengan komen komain dia :)

      Padam
  6. nampak sangatt sedapp simple but nice and delicious :)

    BalasPadam
  7. ringkas dan sedap..
    masak pun senang.
    jemput singgah blog sy =)

    BalasPadam
  8. lobak ada tapi daun rosemary xda jual kt pasar kt kampung saya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng lobak aje laa Cik Zarul Farhana... Yang penting nasi jangan lupa masak.... He He He..

      Padam
  9. Dekat sini, budak-budaknya makan mentah-mentah je.

    BalasPadam
  10. Resipi mudah tapi saya tak suka lobak sangat.. takpe, saya simpan resipi ni untuk buat makanan untuk anak nanti. Hehe

    BalasPadam
  11. yummy... bak sikit. habis dah kot. hahaha

    BalasPadam
  12. alaa...daun rosemarry pun tak pernah tgk..leh ganti daun lain x..utk apa eh letak daun tu ada bau wangi ke

    BalasPadam
  13. Buat kudap2 best ! Rosemary best gak kalau buat salad..

    BalasPadam
  14. kite xde rosemarry fresh.. rosemarry kering ajee ade huhuhu..

    BalasPadam
  15. SS baca laju2.. Ingatkan kena masukkan sebiji dadu... Rupanya bawang putih size sebiji dadu... He He He...

    BalasPadam
  16. Mintak setangkai rosemary kak farrah boleh? Hehe. Yg ade ni rosemary kisar je :')

    BalasPadam
  17. kalau ganti rosemary dengan daun kucai boleh?hehe

    BalasPadam
  18. Menarik ni kak Farrah.. Boleh cuba.. Cuma daun tu macam susah nak cari

    BalasPadam
  19. Saya kalau malas lagi lah k.Farrah...
    Saya x potong dah bawang tu...terus ketuk dengan lesung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu nak lagi malas... Blend semua jangan kunyah.... Pakai straw je sedot... Sambil baring pon mampu... He He He..

      Padam
  20. wah terbaik resepi nanti nak cuba la... ekin ada cuba resepi carrot buat style celup tepung tu... hihihi...en husband yang tak pernah makan carrot jadi tertagih nak makan sokmo... hahahahha.... http://cikash.blogspot.com/2015/01/resepi-carrot-goreng-tepung.html

    BalasPadam
  21. woahhh.. nampak ceria pulak. boleh buat kunyah2 ni

    kt ofis meriah dgn intern je akak..

    BalasPadam
  22. tp kalau bakar cm sedap gak..
    campur ng brokoli ke..
    heeheh,..
    ayu pon suke lobak rangup
    sllu xmasak pon sayur tu smpai layu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.