728 x 90

Sabtu, 28 Februari 2015

Terima Kasih dalam Hati

Ini kisah malam tadi. Semasa kelas Tahun Dua, saya minta mereka baca petikan sebelum cuba jawab soalan yang diberi. Salah seorang murid saya, S, membaca dengan nada suara yang agak kuat sedangkan rakan-rakannya yang lain baca dalam hati. Kebetulan, S baru sahaja menyertai kelas saya awal bulan ini. Masih cuba menyesuaikan diri dengan cara kelas dijalankan. Saya pun tak ada masalah dengan S membaca sedemikian. Cuma rupa-rupanya ada murid cilik lain yang agak terganggu konsentrasinya.

D: S, bisinglah. Saya nak baca jadi tak faham. Baca dalam hatilah! Cikgu,....(mula nak mengadulah ni)
S: Dalam hati? Mana boleh baca dalam hati? (Pada masa ni saya dah mula merapati meja mereka tetapi hanya memerhati.)
D: Boleh je. Kitorang boleh! Awak sorang je baca kuat-kuat!
S: (Sambil memandang ke arah saya dengan muka risau-nak-menangis-takut-kena-hukum) Cikgu, saya tak tahu macam mana nak baca dalam hati....Hati kita ada mulut ke? Boleh ke baca dengan hati?

Saya pun ambil masa terangkan pada S konsep baca dalam hati yang sebenar. Saya jelaskan padanya mengapa dalam keadaan tertentu (seperti ketika menjalani peperiksaan) kita perlu membaca dengan perlahan tanpa mengeluarkan suara. Alhamdulillah, setelah diajar, S faham dan berjaya membaca dalam hati.

Usai kelas, murid-murid cilik akan bersalaman dengan saya sebelum bertebaran lari masuk kenderaan ibu bapa yang menjemput mereka. Tiba giliran S, S pegang tangan dan renung saya lama. Saya hairan.

"Kenapa S?"

Diam. Masih pandang saya. Kemudian, dengan senyuman manis dia beritahu saya,...

"Saya cakap 'terima kasih, cikgu', tetapi dalam hati."


Aiskrim Vanila Kari

Baru-baru ni saya tengok rancangan Chopped, salah seorang contestant-nya tabur serbuk kari atas aiskrim vanila untuk hidangan pencuci mulut yang dibuat. Saya macam, "Whatttt?! Serbuk kari?"

Semangat nak mencuba terus membuak-buka! Nak tahu juga rasanya bagaimana sebab juri yang adili hidangan tu kata best! Kebetulan, memang ada aiskrim vanila di dalam freezer. Apa lagi, mari kita coba!

Aiskrim Vanila Kari dengan Pretzel Mini
Inilah aiskrim vanila kari yang saya olah semula ikut apa yang ada. Hanya perlu beberapa scoop aiskrim vanila kegemaran kalian, taburkan dengan sedikit serbuk kari. Jangan terlalu sedikit, jangan pula terlalu banyak. Kita letak sedang-sedang aja supaya rasa rempah karinya tidak terlalu kuat dan tidak juga ditenggelamkan dengan rasa aiskrim vanila.

Rasa lemak manis vanila bergabung dengan spiciness rempah kari akan lebih ummmphhh jika ada sesuatu yang crunchy! So, saya letaklah sedikit pretzel mini. Nikmati dengan senyuman =)


Jumaat, 27 Februari 2015

Jumaat Tiba Lagi!

Credit

Akhirnya, Jumaat tiba lagi! Minggu ni rasa merangkak-rangkak sangat nak menyudahkan kerja. Tinggal satu kelas lagi malam ni then CUTI! Thanks pada yang dropped by, tinggal komen & follow. Kita jumpa lagi nanti. 

Selamat berhujung minggu! Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Jaga diri dan kesihatan baik-baik yer.


Selasa, 24 Februari 2015

...hanya kerana kita sakit.

Hari ini, dah ke petang baru sempat nak menjenguk blog. Maaf ya adik-adik, kakak-kakak dan kawan-kawan, saya tak larat nak blogwalking atau balas komen. Kepenatan! Cuaca panas sekarang drained my energy out.

Got something to share today.

Sumber Imej: Pinterest

Betul kan? Hanya kerana kita berasa sakit, disakiti atau dianiaya, tak bermakna kita perlu lakukan perkara yang sama pada orang lain. Ketidakadilan dan kesakitan yang kita alami, tidak sewajarnya dilempiaskan pada orang lain yang tak berdosa.

Take care, semua! Enjoy the rest of your day!

Isnin, 23 Februari 2015

To Put Smile on Your Faces

Assalamu'alaikum! Selamat memulakan minggu baru. Dah cuti panjang ni harapnya semangat berkobar-kobarlah untuk kembali bekerja. Apa? Tak de mood? Monday blues? Apa kata kalian cuba baca salah satu entri di bawah. Mana tahu anekdot yang saya kongsikan di sini mampu melakar senyum pada wajah.


 
Odd Todd Otott

 


OK, selamat menyiapkan tugasan harian. Jangan lupa senyum manis-manis, lebar-lebar =)

Psst! Apa satu perkataan yang menggambarkan 'mood', perasaan atau diri kalian sekarang? Saya - L.A.P.A.R.

Peluang Menang Hadiah Lumayan dengan Let's Masak

Pernah dengar tentang Let's Masak? Haaa,...ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik dan siapa sahaja yang suka masak dan beraksi di dapur, Let's Masak wajib menjadi sebahagian daripada hidup anda. Dengan tagline catchy 'It's not that hard', laman ini penuh dengan perkongsian pelbagai resepi dan tips menarik yang boleh kita cuba. Daripada semudah-mudah resepi sehinggalah ke resepi rumit daripada pakar-pakar yang hebat memasak, semuanya ada! Very convenient untuk kita. Rasa-rasa tak ada idea nak masak apa, jom Let's Masak!

Laman Let's Masak sangat mesra pengguna. Setelah menjadi ahli, kita boleh cari resepi-resepi dalam koleksi yang diasingkan mengikut kategori seperti Chicken, Soup and Stew, Sambal, Cakes, Beverages, Pasta and Noodles, Fritters dan banyak lagi! Resepi untuk vegetarian, orang yang berpantang dan menu sihat pun ada tau!

Bukan itu sahaja, melalui LetsMasak Rewards System, kita dapat jana pendapatan sampingan. Kita akan berpeluang mengumpul points melalui aktiviti-aktiviti kita di laman web ini misalnya dengan berkongsi resepi atau tips berguna. Selain itu, sekiranya ada resepi yang telah dicuba, boleh upload hasilnya. Si pemilik resepi akan dapat points, kita yang recook resepi tersebut pun dapat points sama.

Ahad, 22 Februari 2015

A Touch of Pink

A Touch of Pink. Itulah tema sambutan hari lahir saya baru-baru ini. Sebenarnya, entri ini lebih kepada nak berkongsi idea-idea on party preparations. Mana tahu, boleh beri inspirasi pada kalian untuk merancang sebarang keraian istimewa.

Tarikh: 19 Februari 2015
Tempat: Absolute Thai, Ikano
Masa: 11.15 pagi
The Party Planner: Dhila

Sebaik sahaja jejakkan kaki di restoran ini, kami dibawa oleh pelayan restoran ke satu bahagian restoran yang telah di-reserved. Masuk-masuk je,...nampaklah kelibat Uje dan my sister in law, Dhila tengah menanti dengan senyuman. Saya terus ternganga apabila nampak semua ni,...

Ohhhhhh.....

Sabtu, 21 Februari 2015

Quench The Thirst

Kali ini kita intai entri-entri lama on drinks ye. Panas-panas ni, jom buat something refreshing untuk diminum. Klik pada gambar untuk pergi ke entri resepi yang berkaitan.


Susu Pisang ala Banana Milk Korea 

 

Minyak Kayu Putih untuk Batuk Berkahak

Assalamu'alaikum! Salam Sabtu semua! Hari ni nak cerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk redakan batuk berkahak. Belakangan ni, saya berlawan-lawan batuk dengan anak murid. Sakit dada dibuatnya. Dah macam bunyi enjin motorbot tak boleh start pun ada. Saat-saat beginilah Cajuput Oil @ Minyak Kayu Putih jadi peneman setia.

Minyak Kayu Putih Cap Lang

Setiap kali saya kena asma, batuk berkahak, bernafas pun mula whizzing,... saya akan sapukan minyak kayu putih pada dada dan bahagian belakang. Alhamdulillah, minyak ni berkesan dan serasi dengan saya! Tidak lama lepas sapu minyak, akan keluarlah kahak yang menyesakkan dada. Kiranya Cajuput Oil ni ala-ala my 'kahak' inducer lah. Tak perlu pakai Mucinex!

Saya tak pasti keberkesanan jenama minyak kayu putih yang lain, tetapi saya memang pilih Minyak Kayu Putih Cap Lang ni. Harga botol besar 120ml begini sekitar RM10-RM12. Ada juga botol yang kecil. Minyaknya jenis light dan berwarna hijau cair. Tak greasy dan jenis tak panas (bukan macam minyak angin). Bau pun menyenangkan. Jadi, sangat sesuai untuk digunakan pada anak-anak. Bukan sahaja jika mereka batuk, kalau nak sapu untuk panaskan dada elak dingin malam dan kembung perut pun boleh. Cubalah beli sebotol dan simpan di rumah untuk kegunaan satu keluarga :)


Entri lain yang menarik: Panas dalam? Boleh cari Adem Sari :)

Psst! Jumpa nanti. Saya nak sambung edit a few chapters lagi. Then, baru nak blogwalking :)





Jumaat, 20 Februari 2015

Susun Setem

Hari ni cuaca panas betul! Dah masuk waktu Maghrib pun suasana masih panas membahang. Tak mengapalah, nanti kalau hujan tak berhenti-henti lain pula jadinya. Saya dah mula jalani perintah berkurung untuk siapkan kerja editing. Deadline by 28 Februari tetapi saya target nak cuba siapkan semuanya hujung minggu ni. Insya-Allah, moga diberi kelapangan oleh Allah.

Dah kepanasan sepanjang hari, buntu tak tahu nak buat apa. Serba tak kena jadinya. Alih-alih, saya masuk bilik kraf. Buat apa? Susun setem =) Baru-baru ni, kawan saya beri beberapa keping setem UK. Sebelum bertemu dengan saya, dia menemankan suaminya ke kedai menjual barang-barang hobi ni. Nampak setem, dia teringat pada saya lalu belikan satu pek. Terima kasih, Fiza. Dah tersusun kemas setem-setem pemberiannya dalam album. Alhamdulillah, bertambah koleksi setem dari luar negara saya :)

Setem baru masuk album ;)

Teman Sis JM Setiap Hari

Baru-baru ni, Sis Jari Manis kita ada buat entri TERUJA mak NOK!!!!. Nak tahu tentang apa, jangan lupa baca ye. Dalam entri tersebut, adalah terselit gambar ni :)

Kat opis JM :)
Terharunya!!! Tak sangka sis simpan kad-kad cenonet saya. Siap 'tepek' pada partition office lagi! Sob...sob...touching jap.

Khamis, 19 Februari 2015

Misteri Terungkai

Ini sekuel kepada entri Nguping Cekebon dan Dhila. Misteri terungkai dengan sendiri. Rupa-rupanya mereka sibuk buat plan untuk celebrate hari lahir saya!

The invitation card.

Borborygmi! Makanya, laksa goreng!

Semalam dinner awal. Masa tengah mengajar, dah rasa lapar balik. Habis kelas, jatuh kategori famish. Perut dah borborygmi! Apa tu?! Heheheh borborygmi ni sebenarnya istilah latin (originated from Ancient Greek, borborygmós) yang bermaksud perut berkeriuk! Stomach rumbling lah kiranya :)

Sampai rumah, meluru masuk dapur selongkar peti ais. Bermesej-mesej dengan Dik CT Humairah pun dah pening-pening lalat sebab lapar. (Nway, thanks CT sebab ingat akak! Flying kiss sepapan mercun raya cina. Muahhhhhh!) Jumpa lebihan laksa beberapa hari lepas. Tak lakulah sebab kuah dah habis! Apa lagi,...kelentung-kelentang kelentung-kelentang,...SIAPPPPP!

Laksa Goreng Borborygmi!

Laksa Goreng Borborygmi for two! Late night supper dikongsi bersama 'lembaga-lembaga' yang dah tidur, tiba-tiba bangun dan muncul kat dapur ;)


Rabu, 18 Februari 2015

Percaya & Kepercayaan

Happy Wednesday! Selamat bercuti panjanggggg! Saya dah banyak kali came across quote di bawah ni. Sukalah :)
...walaupun lepas kita gosok guna iron ;)
Kredit Imej

Dalam life, susah nak gain kepercayaan orang. Jadi, apabila orang dah percaya pada kita, jangan sesekali betray trust mereka. Once kepercayaan tu dah tergugat, kita tak akan dapat rasa percaya yang sama seperti sebelumnya. Sekalipun kita bersungguh-sungguhlah nak yakinkan orang, tidak ada maknanya kalau sense of trust tu dah tiada.


Psst! Yang mana saya belum balas kunjungan, tunggguuuuuu! Insya-Allah, cuti ni saya jalan-jalan jejak kalian :)

Selasa, 17 Februari 2015

Resepi Yee Mee Goreng Mudah

Yee Mee Goreng. Inilah sarapan saya pagi tadi. Err, lebih kepada brunch sebenarnya. Sebab mamam dalam kul 11! Tiba-tiba hari ni teringin nak makan yee mee. Tetapi, tak nak makan versi claypot yang soupy-soupy tu. Mau yang digoreng-goreng aja :)

Santapan saya dan Bott pagi tadi =)


Resepi Yee Mee Goreng Mudah (Portion untuk 2 orang)

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Yee Mee 2 atau 3 pcs
  • 3 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (cincang halus)
  • isi daging/ayam (Saya guna lebihan sate daging and hirisan ayam lauk kelmarin. Boleh juga tambah fishcake atau fish balls kalau mahu.)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili api (ikut citarasa, hiris halus)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap lemak/manis
  • sedikit air masak


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Rebus yee mee sehingga lembut. Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Kemudian, masukkan isi ayam/daging. Tumis buat seketika. Letakkan sedikit air supaya berkuah sedikit.
  3. Masukkan tomato yang telah didadu dan hirisan cili api. Sos tiram dan kicap kita letak agak-agak ye. Saya tak guna garam sebab dah ada sos tiram kan. 
  4. Apabila rasa kuah dah OK dan sedap mengikut selera, barulah masukkan yee mee. Kacau hingga sebati. Padam api. Sedia untuk dihidangkan. Nak lebih sedap? Taburkan dengan sedikit bawang goreng :)

Selamat Mencuba!


Psst! Hidangan tak ada sayur! Kami makan dengan hirisan timun. Boleh letak sayur Pak Choy dan bell peppers untuk meriahkan lagi rasa Yee Mee Goreng kita :)

Isnin, 16 Februari 2015

Nguping Cekebon & Dhila

Nguping Cekebon & Dhila? Hahahah saspen tak tajuk? Memang dari minggu lepas lagi saya cuba nak curi-curi dengar perbualan telefon Cekebon dengan adik ipar saya, Dhila. No..no..no! I'm not an eavesdropper! Bukan suka pun eavesdrop conversation orang tapi dah terdengar, haruslah ambil tahu lebih lanjut hikhikhik. Mana tahu ada urusan keluarga yang saya perlu bendung segera ;) Over kan alasan saya.



Hampir setiap hari Cekebon dan Dhila akan meeting di telefon. Diorang tengah plan something and it sounds very intriguing. Apa diorang plan eh? Tergaru-garu hati nak tahu. Malangnya percubaan nguping saya tak berjaya. Mesti Cekebon perasan. Lepas tu dia akan gelak-gelak dan tamatkan perbualan. "Along ada kat sini!" 

Saya kenen-kenen nak tahu, Cekebon buat tak layan. Ishhh tak puas hati...tak puas hati...tapi saya takkan berputus asa! Misi nguping tetap ON! Hikhikhik.

Mulakan Minggu dengan Ceria

Assalamu'alaikum semua!

Contengan nak test gel pen :)

Berblogging dari bilik kraf pagi ni. Seperti biasa, Isnin saya tergolong dalam cuti hujung minggu ;) Tetapi hari ni ada tempahan scrapbook yang perlu disiapkan. Saya tengah 'servis' pen-pen warna saya. Siapa yang suka pakai gel pen? Biasa tak alami dakwatnya tiba-tiba semput. Keluar putus-putus. Kita yang nak menulis pun boleh hangin satu badan dibuatnya.

Saya ada beberapa tips mudah untuk atasi masalah ni. Tidak kiralah gel pen kalian tu gel pen biasa (hitam, biru atau merah) atau yang jenis berwarna-warni macam dalam gambar kat atas, boleh cuba salah satu cara di bawah:

  1. Kadang-kadang apabila lama tak digunakan, dakwat gel boleh jadi putus-putus. Jangan terus buang! Boleh digunakan lagi. Pegang pen pada bahagian hujung. Goyang-goyangkan pen beberapa kali seolah-olah kita nak goyangkan termometer klinik. Tujuannya supaya kandungan dakwat gel dalam pen akan tergaul sebati. Then, cuba tulis atas kertas. Insya Allah, dakwatnya akan keluar dengan lancar.
  2. Sekiranya masih semput-semput, lalukan tip (mata pen) pada hujung jari. Conteng-conteng hujung jari hingga dakwat keluar. Suhu pada hujung jari kita akan panaskan mata pen sekaligus clear-kan sebarang dakwat yang tersumbat.
  3. Selalunya kalau dakwat 'ball pen' macam hidup segan mati tak mahu, kita boleh bakar hujung matanya untuk lancarkan flow dakwat. Tetapi, untuk gel pen, kita hanya perlu sedut. Haaaa,...ini teman sekampus saya yang ajar. Dia memang penggemar tegar gel pen. Sedut je mata gel pen beberapa saat. Ala-ala buat CPR untuk pen lah ;) Sesudah tu dah boleh tulis seperti biasa. Hihihi kebarangkalian untuk tertelan dakwat atau merasa manis-payau dakwat tu memang ada, but it works.

Okay, itu sahaja untuk pagi ni. Enjoy your day! Jangan lupa senyum dan greet orang-orang yang kita jumpa. Let's put some smiles on their faces :)


Ahad, 15 Februari 2015

2015 Money Challenge - Progress #1

Entri susulan mengenai cabaran Money Challenge saya. Jemput baca di sini. Haaa, bagi sesiapa yang turut sama buat challenge ni, kita dah di minggu ke-7. Jadi, sepatutnya dalam tabungan dah ada RM28. Macam yang saya ceritakan sebelum ni, saya buat selang-seli. Minggu ni depositkan amaun yang kecil, minggu seterusnya amaun besar pula. Nanti jumpa kat tengah.


Happy Sunday! Saya akan berada di luar seharian. Jumpa nanti ye.

Sabtu, 14 Februari 2015

Click & Greet Ratu-ratu Komen Saya

Salam Sabtu! Ini bukan acara 'Meet & Greet',..sebab tak boleh bersua empat mata, kita namakan 'Click & Greet' ye :) 

Sepanjang minggu lepas, saya benar-benar sibuk. Alhamdulillah, dalam sibuk-sibuk saya, menara saya tidak sunyi sepi. Tetap ada pengunjung setia yang datang membawa aura ceria memeriahkan blog ini. Di bawah inilah ratu-ratu komen FAMF Tower dari dari 6 - 13 Februari. They are great people and it's been a great pleasure to get to know them. So, tunggu apa lagi? Ringan-ringankan jemari untuk click pautan di bawah dan greet mereka. Biar mereka turut jadi sebahagian daripada keceriaan kalian.

Jumaat, 13 Februari 2015

Domo Arigato Nina Chan!

Assalamualaikum semua. Pagi-pagi ni nak buat entri penghargaan khusus buat tuan punya blog Nina's Life Stories. Siapa lagi kalau bukan Adinda Amanina, si pencinta aiskrim ni :) Hari tu sempat selit kat entri Wordless Wednesday je.

Nina bermurah hati beri saya hadiah 9 buah kereta Hot Wheels ni sebab saya jadi salah seorang daripada pengomen setia di blognya sepanjang 2014.

Mencelah di No. 8


DIY Mudah - Bekas Tisu Doraemon

Ingat lagi tak paper cup Doraemon saya? Jemput baca di sini.


Dek kerana sayang dengan cup super comel senyum mesra meleweh ni, saya olah balik supaya cup ni ada kegunaan buat saya. 

Moga Kalian Tenang di Sana

Al-Fatihah
Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
10 Januari 1931 - 12 Februari 2015

Datuk Hj. Hasbullah Awang
9 September 1952 - 12 Februari 2015


Takziah buat ahli keluarga mereka.


Khamis, 12 Februari 2015

Sleepyhead...

Assalamu'alaikum semua! Semalam saya bergelut selesaikan urusan-urusan rumah. Kebetulan semuanya serentak. Repair paip, repair wiring elektrik, repair lampu dewan tuisyen, uruskan Astro yang piring satelit dan wayarnya sang monyet dok buat kenduri,..malas dah nak kasi monyet-monyet tu makan wayar free, time tu juga decide pindahkan pula location piring astro. Hantar printer pergi repair. Petang dan malam kelas...habis kelas tak larat apa-apa dah. Siren ultraman kat dada dah merah! Terus ZzzZzzzZzzzzZzzz!

Si kucing sama ngantuk ikut tuan.

Hari ni dah nak setengah hari tetapi masih pisat-pisat! Kena berguru ilmu segar-walau-tak-cukup-tidur daripada Shikin, ilmu gagah perkasa membetis dan mendaki bukit daripada SS. Ilmu maintain hebat walaupun seharian dah penat kerja (tapi masih mampu blogwalking tahap awesome) milik Sis JM dan ilmu komen pukal speedboat persis pakai enjin Ferrari trademark si Zarul Farhana.

Sementara itu, kenalan-kenalanku, adik-adik,..please bear with me. Walaupun kelajuan/jam saya ni tahap sang kura-kura, saya tetap akan singgah, intai, hai hai dan bertandang ke teratak kalian. Kura-kura kan menang lumba lari walaupun hakikatnya dia 'jalan' hehehe ;D

Ok, till then. Enjoy your day! Don't forget to smile!




Selasa, 10 Februari 2015

Obat Calar Hati Cekebon

Semalam nak tengah hari baru sempat bersua muka dengan bonda tercinta. Jumpa-jumpa tengok Cekebon monyok. Apasal ni? Tanya sepatah jawab sepatah. "A-re? Dou shimashita ka?" (Tetiba termasuk loghat Jepang pulak kat sini.) Siapa buat Cekebon terkelendat? Mulalah nak kena soal siasat adik-adik yang lain. Saya pun gelabah buat perhitungan sendiri. Aku ke? Ada salah cakap tak? Maklumlah, kadang-kadang tanpa kita sedar, kata-kata kita, gurauan kita, body gesture kita boleh calarkan hati si dia tanpa sengaja.

Puas saya selidik. Siap curi-curi tengok handphone, check senarai calls yang masuk dan keluar. Cekebon saya ni ada series of friends yang agak menduga gak. Borak-borak, koo kee koo keeek, tahu-tahu sentap. Penat cari punca, last-last saya fikir cara untuk pujuk mestika hati saya ni. Buatkan something yang dia sukalah! Tambahan pula semalam dia puasa.

Bukak peti ais, tengok ada ikan bilis. Terus decide nak buat sambal ikan bilis kering. Cekebon suka kunyah-kunyah (I guess, penyakit gatal gigi saya diwarisi daripada Cekebon..hahaha), ratah macam tu je,...makan ngan roti, ngan bubur. Semangat nak buat tiba-tiba jadi merudum. Tepuk dahi sikit! Last time saya shopping, saya salah beli ikan bilis! Ikan bilis ni dah belah, tapi tak bersih. Tahi, najis, poo kat kepala masih in tact. Cekebon saya on low-potassium diet sebab ada kidney problem. So, kalau nak makan ikan bilis, kena buang tahi bagi bersih dan rendam supaya masinnya berkurang.

Alang-alang dah niat nak buat, saya gagahkan diri juga kupas ikan bilis. Kalau dok kupas depan TV, sambil borak-borak memang tak terasalah kan. Ini saya buat seorang diri kat dapur,...ada feeling-feeling macam Puspawangi dalam citer Musang Berjanggut sikit. Akhirnya, setelah berhempas pulas dan membebel sendiri dengan ikan-ikan bilis tu,...

Inilah hasilnya!

Sambal Ikan Bilis Kering :)

Letak siap dalam balang. Hadapkan depan Cekebon. "Nah, kakak buat special untuk Bon!"
Senyuman 'syurgaku' dah kembali ke wajah! Lega... Lepas ni bolehlah risik punca sebenar Cekebon bermuram durja ;)

Enjoy the rest of your day!


Isnin, 9 Februari 2015

Liebster Award #13 Tagged by Cik Ash

Baru-baru ni ditag oleh Cik Ash a.k.a Ekin. Thanks so much, Ekin. Dah lama tak buat sesi jawab-menjawab soalan Liebster ni. Oh, bagi yang belum mengenali Ekin, ringan-ringankan jari untuk klik sini




Pendapat ikhlas mengenai blog Cik Ash?
Sejuk mata tengok warna purple yang hias wajah blog. Mesra pembaca sebab loading senang, tak penuh sesak dengan widgets, bling-bling, benda berterabur dari atas heheeh. Bagi saya dah lebih daripada OK dah :)

Inspirasi nama blog korang?
Dulu masa di kampus, saya suka sangat tengok reality show Donald Trump. Rasa macam hebat dan gah je nama 'Trump Tower' tuh. Setiap kali jalan-jalan ngan member, asal nampak skyscrapers saya akan cakap itu tower saya. Zaman-zaman Friendster ada blog, siap letak FAMF Tower. So, later bila buat blog ni, saya bawak je nama FAMF Tower tu.

Dalam banyak-banyak Blogger, Blogger mana yang paling anda suka?
Banyakkkkk. Rasanya susah nak senaraikan satu satu. Sebab bagi saya setiap rakan-rakan blogger yang saya kenal hari ini, ada keunikan dan significant-nya sendiri :)

Resepi Kerepek Ngaku (Arrowhead Chips)

Inilah hasil projek buat kerepek ngaku petang kelmarin (Baca mengenainya di sini). Untuk sekilo lebih ngaku, dapatlah penuhkan satu tupperware besar dan balang tutup merah. Selebihnya masuk mulut sepanjang proses menggoreng! Cukuplah untuk cover stok gatal gigi buat beberapa hari :)

Kerepek Ngaku

Resepi Kerepek Ngaku (Arrowhead Chips)

Bahan-bahan:
  • Ngaku
  • Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng

*Pemarut - Yang ini penting, kita perlukan pemarut tajam yang matanya kecil supaya boleh parut ngaku menjadi hirisan-hirisan nipis.


Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Kupas kulit ngaku tetapi jangan buang tangkainya. Ini untuk memudahkan kita menyagat ngaku tu nanti. Kemudian, cuci hingga bersih dan biarkan kering.
  2. Parut ngaku menjadi hirisan kecil dan nipis. Kalau tebal nanti kerepeknya tak rangup. Gaulkan dengan sedikit garam agar hirisan-hirisan ngaku tidak melekat antara satu sama lain. (Bagi yang dah expert, boleh je parut ngaku terus ke dalam kuali apabila minyak dah panas.)
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena banyak ye.
  4. Apabila minyak dah panas, masukkan hirisan-hirisan ngaku ke dalam kuali. Pastikan hirisan-hirisan tidak bertindan. Terbalik-terbalikkan bila perlu. Angkat dan tuskan apabila ngaku bertukar warna menjadi kekuning-kuningan. Taburkan sedikit garam. Gaul sekata.
  5. Sejukkan seketika dan masukkan dalam balang kedap udara. 

Selamat Mencuba!

Ahad, 8 Februari 2015

Kraf Kertas - Sticker Book of Phrases

Dah lama tak tulis entri mengenai bahan/material untuk buat kraf kertas. Hari ini saya nak kongsikan satu produk baru POPULAR - Sticker Book of Phrases. Buku ni mengandungi beberapa halaman pelekat yang cantik-cantik dengan sentimen yang biasa kita gunakan. Contohnya: Thanks so Much, Happy Birthday, Love You! Jadi, sesuai sangat untuk digunakan sebagai hiasan kad atau scrap book.

Sticker Book of Phrases (2 jenis)

Mari saya beri sneak peek isi kandungan di dalam.

Ada juga inspiring & motivational quotes =)

Cantik untuk ditampal pada kad!
Pelekat-pelekat dalam buku ni ada lebih kurang 90 keping. Nak guna pun senang sebab setiap pelekatnya pre-cut. Just peel the sticker dan tampal. Boleh juga ditampal terlebih dahulu atas kertas tebal atau kad dan kemudian dipotong mengikut bentuk kesukaan. Hanya RM4.90/buku. Bagi yang ada membership POPULAR, boleh dapat potongan 10%. Berminat? Dapatkan di cawangan POPULAR yang berhampiran.



Potret - Akim & The Magistrate (Easy Guitar Chords)

Lagu terbaru daripada Akim & The Magistrate. Best gak! Chords di bawah ni sesuai untuk beginners. Baru je siap. Belum betul-betul sempurna. Kira raw lagi! Anyway, enjoy the chords. Tetapi, janganlah sesuka hati ambil, copy paste sebijik-sebijik di blog kalian dan mengaku kalian yang buat. Not cool, OK! Saya share chords di blog ini supaya yang lain dapat manfaatnya. Bukan untuk membantu kalian menagih acknowledgement percuma :)


Dapatkan gitar dan aksesori muzik anda dengan harga terbaik di LAZADA.
Klik imej di atas


Kord Gitar dan Lirik Lagu Potret - Akim & The Magistrate (Easy Chords)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
E Am Dm
G C Dm
Am F E

Am Dm F
Terangi malamku dengan syair indahmu
Am Dm F
Menenung kasih dalam sepi yang terasing
Dm B7 E
Saat kau pergi lemasku bila tiadamu

Am Dm
Jauh terbawa lukisan hatimu
G C
Hilang mencari di mana kau pergi
F Dm
Tinggal aku menahan luka ini
E
Sampai harusku pergi

Am Dm F
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Am Dm F
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Dm B7 E
Walaupun sakit walaupun pedih tak berdaya

Am Dm F
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Am Dm F
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Dm B7 E
Pastinya hilang tidak rasaku kepadamu

Ohhhh...

Am Dm
Jauh terbawa lukisan hatimu
G C
Hilang mencari di mana kau pergi
F Dm
Tinggal aku menahan luka ini
E
Sampai harusku pergi

Am Dm
Jauh terbawa lukisan hatimu
G C
Warna pelangi hiasan terindah
F Dm
Hati ini tak akan berbahagi
E
Sampai harusku pergi



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Sabtu, 7 Februari 2015

Ngaku oh Ngaku

Pernah makan tak kerepek yang dibuat daripada ngaku@arrowhead? Besttttt! Haa,..ngaku atau arrowhead ni musimnya time-time nak raya Cina. Saya memang selalu tunggu ngaku on sale, then beli banyak-banyak untuk dibuat kerepek. Selain daripada tu, kita boleh juga guna untuk masak sup atau kari.

Ngaku (Arrowhead)
Misi petang ni nak buat kerepek ngaku. Tapi buat sikit-sikit dulu dalam sekilo lebih. Nanti bila free sambung buat batch seterusnya. Macam mana rupa kerepek ngaku? Macam mana nak buat? Tungguuuuuuuuu!

Oh, in case saya lambat update berkenaan Kerepek Ngaku, intai-intai rupa dan cara membuatnya di sini.


Roti Hitam

Selamat pagi! Selamat berhujung minggu!

Roti Hitam

Roti Hitam ala Dayang Senandung ni menu sarapan beberapa hari lepas. Adik lelaki saya yang beri. Dia beli di bakery mana tah. Saya reheat, makan cicah dengan minyak zaitun dan butter. Breakfast style omputih la konon-kononnya. Cekebon lagi advanced. Dia ambil beberapa keping, celup dalam telur dan goreng.  

 "Tak pernah ibu tengok roti legam macam ni, kak," komen Cekebon. Tapi laju gak beberapa potong roti tu masuk perut. Hihihi...yang istimewa tentang roti ni hanya warna arangnya. Rasa macam roti loaf biasa yang jenis dry tu.

Pagi ni saya kena berkurung dalam bilik kraf siapkan tempahan kad dan buku skrap. Insya Allah, akan drop by teratak kalian mana yang sempat. Take care. Enjoy your weekend!


Jumaat, 6 Februari 2015

Terima Kasih, Iqa! Ole-ole Oman Selamat Diterima.

Dapat satu lagi bungkusan minggu ni. Buka-buka,...


Oh, ni hadiah saya menang GA Travelog Oman IIUM by Blog Iqa. Jemput baca di sini. Apa lagi, senyum sampai telingalah! Nak tahu saya dapat apa?




Taddaaaaaa!

Ole-ole dari Oman

Alhamdulillah, saya dapat sehelai T-shirt I LOVE OMAN. Hihihi macam tahu-tahu je akak suka kumpul T-shirt edisi I LOVE begini. Lagi-lagi yang kainnya 100% cotton. Terima kasih banyak-banyak ye, Iqa. Tahniah juga buat Iqa kerana berjaya anjurkan GA dengan jayanya. Sesiapa yang nak kenal-kenal dengan siswi IIUM ni, silalah bertandang ke Blog Iqa ye :)



Khamis, 5 Februari 2015

Mulakan hari dengan,...

Assalamu'alaikum, apa khabar semua?
Pagi ini saya mulakan hari dengan semangkuk mi sua tiram dan air teh lemon. Bott belanja :) 

Itu sahajalah yang saya ingat. Apa-apa yang berlaku for the rest of the day, semua jadi blur. Saya main ikut je jadual saya. Seharian di luar melunaskan urusan-urusan diri dan rumah. Petang ada home tuition, malam pula kelas di dewan. Pukul 10.30 malam baru sampai rumah, tarik nafas dan bertenang. Penatnya hari ni! Saya rasa inilah hari paling hectic saya. Kena atur balik jadual harian saya nampak gayanya. Tak boleh buat sekali harung macam ni. 

Oh,...terima kasih banyak-banyak buat sahabat-sahabat, adik-adik dan readers yang sudi datang berkunjung ke mari. Tinggalkan bukan satu dua,...tetapi banyakkkkkk komen-komen. Siap main berteka-teki lagi siapa pengirim poskad dari jauh tu hehehe. Sorry. Dah dua tiga hari tak dan nak berinteraksi dengan kalian. Bagi yang ada tanya soalan especially berkenaan kraf,gitar dan resepi tu, please give me some time. Akak bukan sombong bongkak pompous tak mau jawab tau, kudrat tak cukup. I'll get back to you later k.

Nite. Have a great day tomorrow!

Psst! Tengok mulut Doraemon senyum besar pada paper cup tu rasa nak senyum sama :)

Rabu, 4 Februari 2015

Lemau dalam Pejabat Pos

Haihhhhhh,...itulah hakikatnya. Lemau dalam pejabat pos! Hari ni hasrat hati nak uruskan hadiah Tetamu Hebat 2014 dan Tetamu Hebat Bulanan. Lama benar tertunda. Setakat ni hadiah Tetamu Hebat 2014, Shikin seorang je yang dah dapat. Itu pun sebab pos sekali dengan kad birthday dia last month.

So, alang-alang keluar beli barang dapur, singgahlah pejabat pos sekali. Hari ni ramai orang sebab 2 hari cuti kan,...dapat pulak line slow. Transactions slow, counters slow. Rezeki sayalah baca semua poster dan risalah kat dalam pejabat pos tu. Duduk sampai punggung kebas, berdiri sampai kaki lenguh. Tabah ni...tabah demi nak tunaikan janji hahaha. Muka dah kedut dan kemek sana sini  :(

Dah siap gi makan, gi toilet, gi solat,..nombor tak sampai-sampai lagi! Sekali pandang keadaan dalam dan sekitar pejabat pos tu dah macam pusat pemindahan mangsa banjir pula. Orang ramai yang menunggu dah naik renyah,.. gelimpang duduk atas lantai, bertinggung tepi pintu. Aishhh,..saya ada beli bahan basah tadi. Rosak pula ayam dan ikan tu nanti. 

Akhirnya, saya dan Bott ambil keputusan untuk balik je. Tak tahu urusan kami kalau diteruskan selesai pukul berapa. Tak mahu sangkut dalam trafik. Lagipun, saya kena buka dewan awal untuk pendaftaran students baru. Maaf ye adinda-adinda yang berkenaan. Kena postpone lagi. Akak akan hantar ASAP. Insya-Allah. Kat dalam beg ni kalian punya,...




Psst! Sis JM & Zarul punya je lepas buat hari ni. Tu pun sebab kirim pada orang lain pagi tadi.



Selasa, 3 Februari 2015

Cara Mudah Rebus Pasta

Baru-baru ni kat Facebook, ramai kawan-kawan yang shared video cara paling mudah untuk rebus pasta. Memang betul-betul senang! Jimat masa, jimat air. Tak perlu kita didih sampai satu periuk besar air semata-mata nak rebus pasta hingga lembut.

Caranya?
  1. Letakkan pasta yang hendak digunakan dalam periuk atau frying pan.
  2. Tuang air sejuk (Air dari dalam peti ais tau!) sehingga cover permukaan pasta.
  3. Hidupkan api. Biarkan hingga mendidih. Sambil tu kacau-kacau sedikit supaya pasta tak melekat pada bahagian bawah kuali/periuk. Tindakan haba dengan air sejuk akan membuatkan pasta kita lebih cepat masak.

Saya sendiri dah cuba. Tengok ni,..

Al dente! :)

Selalunya apabila nak buat kuah, saya akan simpan secawan dua air rebusan pasta. Haa,..apabila guna method ni, disebabkan airnya dah evaporated, kita akan dapat air rebusan yang kawww...yang pekat! Lagi dap dap dap lah kuah yang bakal disediakan tu :)


Kalau nak tengok cara-cara dengan lebih jelas, tonton videonya di sini.



Utusan Kasih Cik CT Humairah

Dapat kiriman daripada CT ni dari minggu lepas lagi. Tetapi, baru sekarang berkesempatan nak buat entri penghargaan. CT hantar hadiah sebab saya jadi antara pengomen terbanyak di blognya - Siti yang Menaip. Susah-susah aja, dik. Anyway, akak benar-benar hargainya. Dapat keychain dari Kuching, pelekat cermin 'Jangan Lupa Tutup Aurat' and a lovely note from her.

Key-chain, Sticker from CT =)
Apa lagi,... dapat gifts sebegini, tempatnya di Bloggers' Board sayalah.

Dah terpampang di board!

Akak dah re-arranged sikit board tu. CT dok satu lot dengan Sis JM & Shikin. Sticker 'Jangan Lupa Tutup Aurat' pula akak nak tampal kat cermin di dewan tuisyen. Jadi penyeri. Cermin tu biasa guna untuk latih pronunciation budak-budak. Biar setiap kali diorang mengadap cermin, boleh baca kata-kata nasihat Mak Ti.  

Thanks so much, CT! Moga CT sentiasa diberi kelapangan untuk setiap urusan dan dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah oleh Allah. Moga 'fwenship' kita akan terjalin dengan lebih kukuh :)

Bagi yang belum mengenali CT, rajinkan jari telunjuk anda, klik sini - Siti yang Menaip


Isnin, 2 Februari 2015

Tetamu Hebat Januari

Januari dah labuhkan tirainya. Sepanjang bulan lepas, inilah tetamu-tetamu hebat yang tidak jemu datang berkunjung dan menceriakan FAMF Tower dengan komen-komen mereka. Nampaknya dah dua bulan berturut-turut Ratu Komen kita, Miss Zarul Farhana berada di puncak carta. As usual, ada hadiah untuk juara carta! Akak pos hadiah-hadiah Zarul sekali harunglah nampaknya :) Yang lain, jangan bimbang,...blog kalian semua secara automatik tersenarai di bloglist Tetamu VVIP.



Terima kasih banyak-banyak semua. Jom kita blogwalking dan komen banyak-banyak di rumah mereka pula.

Ahad, 1 Februari 2015

Mana Mungkin - Black (Easy Guitar Chords)

Lagu baru Black =)


Kord Gitar 'Mana Mungkin' - Black (Easy Chords)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

C D G
Mana mungkin ku terima
Em D G
Bila kau menyintai yang lain
C D Em
Mungkin engkau sukar menentukannya
C D
Adakah diriku atau kekasihmu

G C D G
Mana akhirnya cintaku ini
Em A C D
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Em Am B7 Em C
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
G Am G
Yang akan mengerti semua

C D G
Mana mungkin aku ini
Em D G
Meneruskan memendam kecewa
C D Em
Usah kita teruskan percintaan
Am B7 C G
Kembalikan aku pada ketenangan

C
Tak usah kau mengerti
Am B7
Tak perlu kau sedari
Am D
Kerana engkau tahu jawapan sebenar

G C D G
Mana akhirnya cintaku ini
Em A C D
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Em Am B7 Em C
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
G Am
Yang akan mengerti,..

G C D G
Mana akhirnya cintaku ini
Em A C D
Adakah ia bermakna ataupun suratan takdir
Em Am B7 Em C
Mungkin inilah janji si dia pada diri ini
G Am
Yang akan mengerti
G Am
Yang akan mengetahui
G
Semua


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Book Challenge - A Popular Author's First Book



A Popular Author's First Book

Sumber Imej - Goodreads

Tajuk: Bridesmaids
Penulis: Jane Costello
Bahasa: Bahasa Inggeris
Watak-watak: Evie Hart, Jack, Grace, Valentina, Charlotte
Tahun diterbitkan: 2008, Pocket Books

Evie Hart, 27, seorang jurnalis yang ada masalah dengan komitmen terhadap cinta. Evie akan came up dengan pelbagai alasan pelik, cari salah si pasangan hanya untuk putuskan relationship mereka apabila hubungan dah nak ke tahap yang seterusnya. (Kebetulan, Evie memang tak bernasib baik. Teman-teman lelakinya memang gross! )

Pertemuan dengan Jack dan Evie dalam majlis resepsi kawan baiknya, Grace merupakan satu insiden yang amat memalukan. Sungguhpun begitu, Evie yang dalam misi mencari cintanya tertarik pada Jack. Tetapi, Evie mula jauhkan diri once dapat tahu yang Jack merupakan teman Valentina, salah seorang rakannya yang glamour, suka tarik perhatian, self-obsessed dan berlagak diva.

Stok Kunyah-kunyah Ko!

Semalam, kawan saya Z datang, dropped some stuff untuk saya tolong edit. Sambil tu, dia hulur kat saya satu plastik beg putih.

"Apa ni?"

"Stok kunyah-kunyah ko!" 

Saya dengan muka kerang busuk tersengih-sengih buka plastik tu.

Waahhhhhhhh!

Edibee Fruit Chips

Inilah namanya kawan yang bijak! :) Dah tahu nak beri kerja pada saya, siap sediakan stok gatal gigi Ada buah jambu kering, buah mangga kering (yang warna oren dan kuning tu) dan satu lagi buah aprikot kering. Sedap-sedap! Walaupun buah-buahan ni dikering dan dijerukkan jadi chips, rasanya fresh dan nyum nyumm. Takdelah macam sesetengah buah-buahan kering yang dah pahit dan payau. Siap ada aftertaste lagi. Makasih, Z! Sumbangan untuk memastikan kelangsungan stok kunyah-kunyahku amatlah dialu-alukan.

Semangat untuk edit-mengedit - BERKOBAR-KOBAR! 
Happy Sunday! Nikmati hari cuti kalian.

Psst! Sepanjang hari ni, entri-entri yang muncul di tower ini semuanya scheduled post ye.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...