728 x 90

Selasa, 31 Mac 2015

Jombalaya

Perbualan saya dengan Cekebon selepas bersarapan.

"Hari ni adik balik lambat, kak." (Referring to Cekengah)

"Nape? Ada meeting ke?"

"Tak. Dia ada jombalaya?"


?????!!!!! Jombalaya? Apa ke bendanya tuh? 'Jambalaya' nama hidangan makanan tu saya tahulah. Lama gak saya diam. Jombalaya? Jambori?

"Cekengah join aktiviti apa pulak kali ni?"

"Tah. Dia kata tadi joget jombalaya," jawab Cekebon dengan muka confident yang sangat comel.


Terus terlintas di kepala,.. normally hari Selasa, selepas waktu kerja, Cekengah pergi gym. Oh, Cekebon love, perkara-perkara beginilah yang buat kami adik-beradik makin sayang kat Bon!

"Bukan jombalaya la, Bon. Zumba!"


Credit

Psst! Saya dah mulakan hari dengan senyuman (dan gelak mengekek-ngekek). Harap hari kalian bermula dengan baik juga :)



Isnin, 30 Mac 2015

Yuri, Kadal & Kapok

Semalam semasa saya tengah berlegar-legar di ruang tamu cari barang hilang (this was very stressful huhuhuh), saya dengar bunyi gitar saya, Si Kapok. Macam ada orang strum? Eh, siapa gatal tangan kacau si Kapok? Sekali lagi...dan sekali lagi! Tiba-tiba, dummmmm! Saya jadi panik sendiri. Alamak! Apakah,...(Ni kes sel-sel otak lambat berhubung!) Berkejar saya masuk ke bilik kraf. 

Seperti yang saya jangka, si Kapok dah terdampar di atas lantai! Di atas bodynya, ada seekor makhluk Tuhan bernama Yuri yang sedang sedaya upaya memasukkan salah satu paw ke dalam lubang gitar tu. Si kucing ni yang 'main gitar' tadi rupa-rupanya. Bersungguh-sungguh dia menggoreng!

Saya intai ke dalam lubang gitar tu. Kadallllllll! Ada seekor cicak tengah main cak-cak kat dalam. Yuri semakin aktif menggoreng! Saya bimbang si Kapok tercedera dek penangan kuku tajam si Yuri.

Untuk Cinta - Hafiz dan Adira (OST Pilot Cafe)

Satu lagi lagu duet Hafiz dan Adira yang bakal jadi hits, Untuk Cinta. Lagu ni merupakan OST untuk filem Pilot Cafe, adaptasi novel karya Ahadiat Akashah. Pertama kali dengar macam 'Hmmm,...boleh layan nih!' Bagi saya tidak sehebat gandingan mereka yang terdahulu, Ombak Rindu. Tambahan pula, telinga ni masih dimanjakan dengan duet ummpphhh Dato' Siti Nurhaliza dengan Cakra Khan dalam Seluruh Cinta. Mungkin ambil masa sedikit untuk terima lagu ni. Secara peribadi, saya suka bahagian verse berbanding chorus :)


Lirik Lagu 'Untuk Cinta' - Hafiz & Adira (OST Pilot Cafe)
Ciptaan: Nurzaidi Abd Rahman

[Hafiz]  
Kau tunjukkan aku yang memangnya          
tak pernah tahu
erti sebenarnya cinta
dari jiwa
bukan hanya dari mata

[Adira]
Kau ajar hatiku kasih setulus seikhlasnya
tak pernah mengeluh
walau kan terpisah
sedikitpun tak berubah

[Hafiz & Adira]
Namun takkan menjadi milikku
cinta bukan tercipta untukku

(Chorus)

[Hafiz]  
Tolong jagalah dirinya
buat diriku
jangan biar luka lagi hatinya
yang amat ku cinta
yang milik engkau saja

Biar ku simpan semua
kasih dan cinta
akan ku pendamkan sepanjang nyawa
hingga tiba masa
untuk aku bercinta semula

[Adira]
Selamat tinggal kasih
aku kan pergi (ku kan pergi)
bawa diri (bawa diri)
yang telah rela (yang telah rela)
dan mengerti (oohhhh)

[Hafiz & Adira]
dan di sini saja
berakhirnya sebuah kisah
cinta bertepuk sebelah
terpaksalah
ku terima tentuannya
Ohhhhh



Psst! Bagi adik-adik yang dah mula request guitar chords Untuk Cinta, harap bersabar ye. Kena beratur masuk line :) Sekarang tengah usahakan easy chords Linangan Terakhir - Forteen.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.  

Ahad, 29 Mac 2015

Gifts Ideas - The OUCH! Kit

Salam Ahad! Another gift idea untuk jadi inspirasi kalian - The OUCH! Kit

The OUCH! Kit? It's a basic first aid kit yang kita personalised untuk someone. Lebih kurang begitulah konsepnya. The OUCH! Kit ini saya buatkan untuk Cekengah. Adik saya, kalau bab ubat-ubatan memang fail sikit. Benda basic macam plaster dan panadol pun tak ada. Well, sometimes ada...tapi dia sendiri tak tahu kat mana dia simpan atau letak. Bila dia batuk ke semput ke dan saya tanya ubat mana,...dia sendiri tak boleh nak locate.

Dari situlah tercetus idea nak buat The OUCH! Kit untuk Cekengah. Saja namakan OUCH! sebab nak bagi nampak fancy sikit :) Jom tengok apa yang kita perlukan.

  • Beg kecil, pouch atau kotak kecil - Kita nak buat kit bersaiz kecil, yang ringan dan portable. Senang masuk beg atau letak dalam kereta.
  • Keperluan asas first aid kit + ubat-ubatan tambahan (jika ada). Untuk Cekengah saya masukkan sekali Salbutamol Inhaler & pil Ventolin (ubat ashtma).
  • Reben dan tag sebagai hiasan.


Abaikan tag Youtube sebab itu sekadar nak sesuaikan dengan tema Social Media Madness sempena birthday dia awal Mac yang lalu. (Baca di sini - Cekengah's Birthday Lunch)

The OUCH! Kit
Ini kandungan The OUCH! Kit Cekengah.
Isi kandungan kit
  1. Inhaler Asthma
  2. Ubat Ashtma
  3. Plaster
  4. Panadol
  5. Pil 'Chi Kit' Teck Aun (Cekengah suka sakit perut.)
  6. Minyak Angin Cap Kapak
  7. Minyak Kayu Putih (untuk redakan batuk berkahak - sila baca di sini.)

Apa yang nak diisi ke dalam The OUCH! Kit bergantung kepada anda. Yang penting, untuk setiap item, tidak perlu letak dalam kuantiti yang banyak. Nanti dah bulky dan berat, siapa yang larat nak bawa ke sana ke mari :)


Psst! Selalu period pain? Pil 'Chi Kit' Teck Aun sesuai dimakan untuk redakan kesakitan saban bulan :)

Selimut Gembira

Pagi-pagi Ahad dah buka kisah selimut :) Mata masih ruyup. Malam tadi bobok lambat. Itu yang selimut gebar jadi topik utama heheheh.

Mode: Berkelubung
Memang kalau time cuaca sejuk, rasa macam tak mahu bangun. Nak berkelubung dengan selimut je sepanjang hari. Syok kan?!

Jumaat, 27 Mac 2015

Esok Earth Hour 2015

Salam Jumaat! Bagi yang cuti hari ni, selamat menikmati hujung minggu kalian. Buat yang lain, semangat tu biar lebih sikit untuk sudahkan hari. Esok kita cuti!!!

Esok, 28 Mac merupakan Sabtu terakhir untuk bulan Mac. Seperti tahun-tahun sebelum ini, kita akan bergelap selama satu jam sempena Earth Hour! Padam semua lampu dan peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kalau tidak boleh bergelap secara total pun, minimakan penggunaan tenaga. As usual, saya tak sabar nak tengok liputan acara bergelap ni. Syok tengok lampu-lampu dipadamkan serentak.


Jangan lupa, esok 8.30 malam!
Gunakan 'kuasa' anda dengan #ChangeClimateChange.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai sambutan Earth Hour di Malaysia? Sila klik di sini.


 

Khamis, 26 Mac 2015

Resepi Mudah - Kerabu Jambu Batu

Pernah makan kerabu jambu batu? Jom cuba resepi mudah ni. Dap dap dap!

Kerabu Jambu Batu
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 biji jambu batu (hiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • beberapa tangkai cili padi (hiris)
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 3 - 4 sudu besar kerisik kering/kelapa goreng
  • garam dan gula secukup rasa
  • perahan jus air limau nipis secukupnya

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Tumbuk cili api bersama bawang putih dan belacan.
  2. Satukan dengan bahan-bahan lain. Masukkan air limau nipis mengikut kemasaman yang dikehendaki. 
  3. Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga semuanya sekata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!


To Do List...Blogwalking


Hahaha! Siapa yang biasa buat begini?
Credit

Padahal, buat apalah nak dimasukkan dalam 'To Do List' kalau kerja tu dah nak siap/selesai. Just for personal satisfaction. Untuk puaskan hati. Rasa berjaya lah konon-kononnya sebab dapat sempurnakan kerja ;)

Saya tengah buat 'To Do List'. Kerja-kerja dah melamun, bertimbun, berlonggok dan apa sahajalah yang seangkatan dengannya. And of course,..antara senarai utama saya ialah blogwalking. Masih tak dapat rentak lagi nak balas kunjungan kalian semua. Insya Allah, saya akan tiba juga! Semangat ni...siap buat senarai lagi rumah siapa nak terjah!


Rabu, 25 Mac 2015

Wordless Wednesday - Buah Pinggang di Luar


Printer dengan buah pinggang kat luar ;)

Ubi Cilembu Bakar

Ni kisah beberapa hari lepas. Bangun pagi je tiba-tiba teringin nak makan ubi cilembu bakar. Melampau tak? Penangan edit manuskriplah ni. Ada pula sentuh bab ubi cilembu. Lepas tu, kenalan saya di Jakarta boleh pula upload gambar dia makan ubi ni. Pingin ubi cilembu! Pingin ubi cilembu!

Ubi cilembu sebenarnya salah satu spesies keledek yang banyak terdapat di Indonesia. Turut dikenali sebagai ubi madu dek kerana rasanya yang manis. Apabila ubi ni dibakar atau dipanggang, kandungan gula di dalam ubi ni akan meleleh keluar dan caramelized. Tekstur ubinya akan kelihatan seperti bersira dengan gula merah.

Pagi tu jugak saya rengek dekat Bott nak pergi cari keledek bakar. Tidak silap saya, dekat kedai yang selalu jual buah berangan, ada baked sweet potato juga. Bott pening kepala. "Confirm ke kat kedai tu ada ubi cilembu?!" Saya dengan confident angguk kepala. Dah masuk Malaysia, tak adalah pakai nama ubi cilembu lagi! Jadi 'honey sweet potato' atau keledek madu ;)

Tak Harus Memiliki - Tomok (Easy Guitar Chords)

Kord Gitar  Tak Harus Memiliki - Tomok
OST Isyarat Cinta
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am G E

Am E
Di sebalik matamu tersimpan
F C
Cinta yang harus dimiliki
Dm E Am
Biar terselindung dukamu
B7 E
Biar terpendam harapanmu

Am E
Tak mampu aku melafazkan
F C
Perasaanku kepadamu
Dm E Am
Meski kau dekat di depanku
B7 E
Masa tetap jauhkan kita

(Chorus)
Am E
Maafkanlah diriku
A Dm
Terlanjur mencintaimu
G Am G
Meskipun bukan aku
F E
Yang ada di hatimu

Am E
Cinta ku serah semua
A Dm
Seperti yang kau mahu
G Am G
Agar bisa bahagia
F E Am
Meskiku tak memiliki dirimu

Am Am

D G Am G F E
Ohhh..oh...ohhhhh

Am Dm
Cinta tak harus memiliki
G Am
Cinta tak harus bersatu
F Dm
Jujur ku tak mahu menyakiti
F E
Hatimu yang tulus padaku

Ulang (Chorus)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Selasa, 24 Mac 2015

Lagu Cinta - Asmara (Easy Chords)

Kord Gitar Lagu Cinta - Asmara (Easy Guitar Chords)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Em Am Em Am


Em                    Am
Di atas perih kau menari
D                                   G
Di atas tangis kau bernyanyi
C                 
Kau sayat hatiku
Am          B7
Dengan cintamu

(Chorus)
Em
Cinta
                           Am
Bukan hanya harapan
D                     G
Cinta tapi kepastian
C
Cinta
Am                        B7
Bukan menyakiti hati

Em                         Am
Disaat luka kau tak ada
D                                 G
Disaat duka kau tak setia
C 
Cinta seharusnya
Am      B7
Tak begitu

Ulang (Chorus)

Em                         Am
Disaat luka kau tak ada
D                                 G
Disaat duka kau tak setia

Cinta seharusnya
Am      B7
Tak begitu
               E
Lagu Cinta



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Cekengah & Lagu Cinta

"Long, nak request lagu boleh?" Dengan mukanya yang sedih baru lepas nangis, saya layankan juga Cekengah. Kesian kat dia. Lately, stress dengan macam-macam hal. Kitorang tengah lepak kat bilik kraf sambil saya mengunyah dengan berseleranya 1/2 biji burger lebihan lunch Cekengah bawa balik. Adik saya ni memang kalau dia rasa portion makanan dia besar,..tak terhabis...dia memang akan asingkan siap-siap. Bawa balik untuk 'mulut sentiasa nak makan' kat rumah ni.

"Eh, lagu apa?" Pelik saya mendengarnya. Selalu Cekebon yang rajin minta dimainkan lagu itu ini. (Baca kisah Cekebon dengan lagu Aduka di sini.)

"Lagu cinta."

"Ye lah, lagu apa?"

"Lagu Cinta-lah. Tajuk lagu tu memang Lagu Cinta. Kumpulan Asmara."

Eh, kumpulan Asmara ni bukan kumpulan dari Indonesia ke? Sejak bila Cekengah pandai layan lagu Indonesia. Selalu bukan main lagi kutuk saya, cakap lagu-lagu along tak best! Saya yang tengah syok melayan kekecohan konflik drama Keluarga Karaoke (nampak tak tahap bosan saya hihihih) terus ambil remote TV dan tekan butang mute.

"Aikkk? Dah pandai dengar lagu Indonesia pulak?!"

"Dengar kat radio masa nak pergi kerja. Best, Long! Kalau Angah yang tak minat lagu seberang pun boleh suka,...paham-paham je lah."  

Oh, that one make sense. Citarasa muzik kitorang berbeza. So, kalau tiba-tiba ada lagu yang dia suka dan bukan dalam range lagu favourite dia, saya tahulah dia dengar kat radio. On the way pergi balik kerja. Sikit hari dulu, risau gak saya dia berjangkit fenomena 'Sakitnya Tuh Di sini' sebab Hotfm asyik dok pasang lagu tu ;)

Cekengah beri saya dengar. Not bad! Boleh layanlah! Ada iras-bau lagu Dadali sikit. Siapa yang belum pernah dengar, search di Youtube ye. So, hari ni seawal pagi saya dah memeluk si Kapok, 'menyumbangkan' suasana buat chords  'Lagu Cinta' untuk adik saya. Nampak tak Cekengah? Gigih Along nak gembirakan adik sendiri? Tak mau nangis-nangis lagi! Lepas ni kita rakam, Angah leh nyanyi sepuas-puasnya provided that Along tak ada within earshot and vicinity. Ahaks!

Chords Lagu Cinta dah siap. Seperti biasa easy chords, sesuai untuk beginners. Nanti saya kongsikan. Malas nak taip lirik. Nak gi mamam dulu. Da..da......



Clear Stamps Baru untuk Kraf

Clear stamps baru untuk kraf saya. Kedua-dua pek ni produk keluaran POPULAR. Beli sebab rekaannya cantik-cantik! Paling berkenan pek yang sebelah kiri. Ada bendera comel, sentiments (greetings/kata-kata ucapan) pun best! Sesuai sangatlah untuk cardmaking atau buat scrap book. Sekarang ni POPULAR dah rebranding produk kraf mereka. Dahulu guna nama PopArtz (pek sebelah kiri). Sekarang tukar jadi UW. 

Yang tak best tu, seiring dengan pertukaran nama,...harga barangnya dinaikkan sebanyak RM2. Kalau dulu saya beli chip fonts dengan harga RM6.90, sejak tukar kulit ni dah jadi RM8.90. Stamps kat bawah pun. Sebelah kiri RM5.90, kanan RM7.90. Nampaknya sekarang kalau nak shopping barang-barang kraf memang kena tunggu POPULAR buat sale/promotion. Kalau tak berlubang poket acik!


Clear stamps untuk kraf. Maaf gambar tak jelas.

Isnin, 23 Mac 2015

DIY Mudah - Semburan Bunga Mawar (Rose Mist)

Dulu-dulu apabila dapat bunga, saya rajin keringkan. Guna untuk buat penanda buku atau projek kraf. Tak pun saya jadikan potpourri. Sekarang dah malas! Lagipun takut kumpul extra habuk dalam rumah. So, bunga-bunga mawar yang Cekebon dapat masa warded tempoh hari saya asingkan siap-siap. Kali ni kita buat semburan bunga mawar a.k.a rose mist.

Kelopak bunga mawar :)

Mudah saja! Ikut langkah-langkah di bawah:
  1. Leraikan kelopak-kelopak bunga mawar. Bersihkan dan basuh. Kemudian, masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Paras air cukup sekadar menutupi permukaan kelopak-kelopak bunga.
  3. Masak di atas dapur buat seketika. Sebaik sahaja airnya mendidih, padam api dan tutup periuk. Kita tak mahu wap air yang mengandungi bau harum mawar terlepas ke udara ;)
  4. Setelah sejuk, tapis air mawar dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sedia untuk digunakan.
Air semburan bunga mawar atau rose mist ni boleh digunakan sebagai face mist. Sembur pada muka untuk segarkan wajah. Boleh juga digunakan untuk sembur pada kusyen, bantal dan tilam. Wangiiiiii!

Ahad, 22 Mac 2015

Gifts Ideas - What I Like About You

Salam Ahad! Hari ini saya nak kongsikan satu idea menarik untuk DIY Gift - What I Like About You Notes

Ingat lagi tak sambutan hari lahir Cekengah yang bertemakan media sosial pada awal Mac? (Baca mengenainya di sini.) Salah satu gift yang saya sediakan untuk Cekengah ialah Her33Likes. Mengangkat tema Facebook, di dalam kotak ini mengandungi 33 catatan 'Like' daripada ahli keluarga dan kawan-kawan Cekengah memberitahu apa yang mereka suka tentang Cekengah@Rena @Koyeen@Ida@Cikibam. Minah ni banyak nama timangan! Mengapa 33? Heheheh sebab tahun ini umurnya cecah 33 tahun! (It's a kind of a gentle reminder to you, sis! Umur dah banyak!)

Cekengah's 33 Likes

Sabtu, 21 Mac 2015

Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)

Entri menunaikan janji. To those who requested for the chords, enjoy! Lagu nyanyian Ir Radzi ni bukan lagu baru. Kembali popular selepas menjadi salah satu lagu latar yang kerap dimainkan dalam drama Teman Lelaki Upahan. Haaa,.. siapa yang follow drama ni akan perasan, kalau scene feeling-feeling je, akan berkumandanglah sama ada lagu Angin Kencang, Noh Hujan (versi akustik) ataupun lagu Maafkan Aku ni :)

Maafkan Aku - Ir Radzi (Easy Guitar Chords)
(OST Teman Lelaki Upahan, TV3)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Em Am D

G              Am
Telah ku buat
D                      G
Dirimu menangis
Em            Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu


                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

Am D G

Em           Am
Jahat ku jahat
D                       G
Menyakiti hatimu



                    Am      D
Maafkan aku cinta
                      G       Em
Maafkanlah salahku
                               Am   D
Sungguh aku menyesali
                           Dm   G
Telah buatmu terluka


                        Am D
Maafkan aku cinta
                      B7        Em
Jangan kau tinggalkan aku
                          Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku

 

Am G Em
                             Am    D
Sungguh aku menyesali
                           Dm    G
Telah buatmu terluka


                       Am   D
Maafkan aku cinta
               B7        Em
Ohhh tinggalkan aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                    G
Maafkanlah aku
                         Am
Ku mohon padamu
D                     G
Maafkanlah aku




DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Selamat Berhujung Minggu!

Happy Weekend!

Dah sedia untuk hujung minggu yang santai? Selamat berehat ye...Nampak tak kelopak mawar merah jambu kat atas tu? Antara bunga Get Well Soon yang Cekebon terima semasa di hospital. Macam-macam bunga Cekebon dapat. Orkid, carnations, daisies, roses....Sudahnya, jadi 'rejeki' saya untuk uruskan jambangan-jambangan tu :)

Dalam banyak-banyak bunga, saya tertarik dengan pink roses ni. Ada projek nak buat habis kelas nanti. Nak buat apa? Tungguuuuuuu! Sementara tu, anggaplah saya bagi kalian semua satu kelopak setiap seorang. Untuk hujung minggu yang manis, ceria dan gumbira!


Jumaat, 20 Mac 2015

Setem Paling Mahal!

Banyak - banyak setem,...setem apa paling mahal? Chewah! Main teka-teki pula hari Jumaat ni. Saya ni kan philatelist lah kononnya. Sekarang ni, dalam koleksi saya ada sekeping setem berharga. Yang pasti,...


...bukan setem bunga ni!
Ini setem biasa-biasa aja!

Nak tahu?!




Ambil Ruang untuk Rehat

Salam pagi Jumaat! Pagi ni kemas rumah. Dah seminggu lebih kebajikan rumah terabai. Berkejar ke sana ke mari je. Alhamdulillah, lega sikit keadaan rumah dah mula terurus. Kira kalau cari barang tu dah boleh jumpalah hihihi

Selesai mengemas, ambil masa untuk rehat sekejap. Lama dah rasanya tak baring-baring santai, luruskan pinggang. 

Enjoying my ME timePetang dan malam nanti ada kelas sebelum 'declare' cuti rehat hujung minggu :) Jumpa lagi nanti!

Earth Hour Bakal Tiba!

Acara simbolik 'sayang bumi' yang diadakan sejak 2007 ini bakal tiba lagi. Bila? Sabtu terakhir bulan Mac i.e. 28 Mac 2015. Tahun lepas, tema Earth Hour ialah 'Be A Superhero for The Planet' dan Spiderman dipilih sebagai duta Earth Hour 2014. (Baca lebih lanjut di sini: Spiderman Adiwira Earth Hour). Tahun ini, dengan slogan 'Use your power to change climate change,' Earthhour.org telah memilih Twitter sebagai laman sosial utama bagi membolehkan orang ramai turut serta dalam acara ini. Suarakan pendapat, tips alam sekitar dan hebahan mengenai Earth Hour 2015 melalui tweets. Gunakan 'kuasa' anda dengan #ChangeClimateChange.


Ingin tahu lebih lanjut mengenai sambutan Earth Hour di Malaysia? Sila klik di sini.

Jangan lupa temujanji istimewa kita:

28 Mac 2015
8.30 - 9.30 malam

Earth Hour bukan sekadar 'acara padam lampu', tetapi dapat memupuk kesedaran dalam masyarakat tentang perubahan iklim dunia dan secara tidak langsung menyatupadukan penduduk demi melindungi alam sekitar.


Ingin jadikan Earth Hour masa berharga dengan yang tersayang? 


Khamis, 19 Mac 2015

Sobremesa

Assalamu'alaikum. Selamat pagi! Dua tiga menjak ni tak dapat bersiaran setiap hari. Jadual dan rutin masih haywire. Alhamdulillah, Cekebon dah discharged. Cuma perlu ulang alik ke hospital a few times untuk rawatan susulan.

Pagi ni nak belanja gambar toasted bagel dan creamcheese. Ni masa sesi sobremesa dengan adik-beradik dan Bott ketika kami dok melabun tunggu ibu kat hospital. Cekebon dah tentu-tentu tak ada selera nak makan. Kitorang pula yang lebih-lebih lapar. Kerja asyik nak isi perut je!

Bagel with creamcheese dalam operasi ternak lemak saya ;)

Ahad, 15 Mac 2015

Runs in the family,.. ;)

Menghabiskan masa baca pelbagai majalah dan risalah yang ada kat hospital ni. This one is very funny!


Patient: The problem is that obesity runs in the family.
Doctor: No, the problem is that no one runs in your family.


:D :D :D



DIY Mudah daripada Bahan Terbuang

Dah seminggu lebih saya tak masuk bilik kraf. Rindu kertas, rindu my embellishments and punches,..sekarang ni balik je dari hospital, uruskan apa yang patut di rumah dan terus keboommmm! Hempas diri atas tilam. Penat mengalahkan orang sakit.

Hari ni kita intai beberapa DIY mudah menggunakan bahan terbuang/terpakai. Kertas, tissue papers rolls, paper cups,...jangan buang terus. Ada kegunaannya. Klik pada pautan di atas gambar ye.

Kertas Terpakai



Sabtu, 14 Mac 2015

A Reason to Smile and Laugh

Assalamu'alaikum. Salam hujung minggu! Pagi-pagi lagi Bott dah tunjuk gambar ni pada saya. Belakangan ni Bott dan Cekengah 'menggila' dengan Pinterest. Saya macam,...meh?! Korang ni ketinggalan keretapi betullah ;) err,..tapi usik-usik je. Anyway, this pin really caught my attention.

Credit to: Sara Jane

Tengok sekilas je saya dah gelak besar. Kelakar tengok expression kucing tu. Bertambah besar gelak saya bila memikirkan si tukang ambil gambar. Hahahaha! Ada masa dia paksa kucing dia stood still and adjust kedudukan spectacles tu banyak-banyak kali. Sometimes bila mengenangkan orang-orang begini, saya amazed sendiri. Bergeliga otak diorang ye. Ada je ideanya. Kalau saya ambil gambar, snap macam tu jelah ;)

Psst! Cekebon masih di hospital. Tolong titip doa untuk kesembuhan Cekebon ye. Oh, terima kasih sekali lagi atas doa dan kata-kata semangat yang dihulur. Ada rezeki, saya jejak kalian perlahan-lahan. Sebab sekarang ni, saya pula yang kepenatan lebih-lebih! Cekengah yang dah dua malam jaga Cekebon dan Uje yang hilir mudik uruskan hal-hal lain pun maintain gagah lagi.

Jumaat, 13 Mac 2015

Hmmmm,..nak buat apa ye...

Bersiaran dari hospital pagi ni. Cekebon saya masih dirawat di rumah sakit. Harap-harap keadaannya akan bertambah baik. Dah hari Jumaat?! Minggu ni minggu paling hectic buat saya dan adik-beradik. Pemergian arwah baba,...pada masa yang sama ibu admitted masuk hospital,..rasa macam tak cukup tanah nak berpijak.

Syukurlah keadaan dah bertambah baik. Duduk melanguk di lobi hospital ni, barulah saya perasan banyak urusan telah berjaya dilunaskan. Dah boleh bernafas dengan betul. Dah boleh berfikir dengan lebih tenang. Tinggal satu kelas je malam ni, then saya boleh ambil masa untuk rehat pada hujung minggu.

Hmmm, rasa pelik pula apabila dah tak ada benda sangat nak dibuat. So, buat house keeping untuk blog lah. Insya Allah, lepas ni secara berperingkat saya akan uruskan:



Terima kasih banyak-banyak, semua. Tetap datang bertandang jenguk-jenguk saya walaupun tower ni sunyi sepi. Terima kasih tidak terhingga juga atas setiap ucapan takziah dan titipan doa kalian. Semua tu amat berharga buat saya dan keluarga.

Selamat Hari Jumaat! Selamat berhujung minggu. Cuti sekolah pun dah tiba. Ada sebarang plan untuk anak-anak? Apapun, enjoy your weekend!


Tak Bersedia Terima Panggilan yang Ini

Dah beberapa tahun saya kerap pertikaikan kemampuan saya - bersedia tak kalau terima panggilan yang satu ini? Setiap kali saya fikirkan, setiap kali itulah saya akan kata tidak. Pagi 9 Mac, 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya terima panggilan daripada Hafiz, adik lelaki saya yang duduk di Banting. Entah mengapa rasa berat hati nak angkat. Saya hanya pandang nombornya yang tertera dan biar hingga telefon berhenti berbunyi. Dalam hati dah terdetik,...takkanlah,..ishhh aku tak bersedia!

Selang seminit, apabila Cekengah ketuk pintu bilik dengan cemas, saya dah tahu...apa yang saya nak elak sangat, saya terpaksa dengar. Mandi, solat Subuh, bersiap, masuk kereta dan sumbat diri masuk kereta Cekengah. Tak ingat apa-apa,...tak dengar dan lihat apa-apa dah. Semua blur. Dalam hati saya, masih lagi berperang dengan diri - SAYA TAK BERSEDIA.

Sampai di muka pintu, masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada, duduk berkumpul dengan Cekebon, mak cik dan adik-beradik, saya masih dalam keadaan expressionless. Sehinggalah apabila melihat wajahnya, (itupun setelah saya minta pada Cekengah untuk tolong bukakan kain yang menutup tubuh dan muka), baru otak ni betul-betul menerima input yang ayah saya sudah meninggal dunia :'(

Babah dipanggil ketika lena dalam tidur. Mulalah bertindih-tindih rasa terkilan. Tak sempat jumpa babah, tak sempat luangkan masa bersamanya pada hari-hari akhir arwah, tak sempat minta maaf. Tetapi, kita memang harus bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Sudah sampai janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Mahu tidak mahu, saya kena redha. Apa yang saya sangat-sangat syukuri, hal-hal pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Cepat disempurnakan semuanya. 

Selamat jalan, Babah. Moga babah tenang di sana. 

Al-Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
13 Jun 1955 - 9 Mac 2015


Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara, kenalan, badan khairat kematian dan penduduk-penduduk taman yang sudi membantu meringankan kesulitan kami sekeluarga.


Selasa, 10 Mac 2015

Tak De Rumah


Assalamu'alaikum,
Saya tiada buat sementara waktu. Perlu menguruskan hal keluarga. Till then, jangan segan-silu lepak di sini. Tolong doakan segala urusan saya diberi laluan lapang & luas oleh Allah,..dan setiap kesulitan  akan dipermudah.

Ahad, 8 Mac 2015

Dan Aku Galau - Fredy (Easy Chords)

Lama dah tak upload chords. Saya pun agak sibuk belakangan ini. Memang tak sempat nak sentuh si Kapok. OK, lagu dari seberang lagi. Dan Aku Galau oleh Freddy. Lembut je 'cecah telinga' hehehe.

Nak dengar? Klik sini.

Dan Aku Galau - Fredy (Easy Chords)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
C F Dm G
F C Dm G


C                              Am         C               G
Malam hingga malamku hanya ada kamu
F                               C     Dm       G
Yang tak pernah hilang dari fikiranku
C                          Am           F         G
Setiap detik hidupku menantikan kamu
F                        C                Dm    G     C
Selalu ada waktuku tuk memimpikanmu
F                           C             Dm     G     C
Selalu ada waktuku tuk memikirkanmu


C                             Am      Dm           G
Dan aku masih di sini menanti dirimu
Dm                  Em      Am           Dm
Yang hilang bawa cintaku dan hatiku
                 C        Am    Dm              G
Terlalu lama sendiri tubuh jiwa rasaku
             Em
Tak berdaya
  A                         Dm       G            C
Hancur tak berarti lagi dan aku galau


C F Dm G
F C Dm G



           C                   Am     Em            G
Aku menantikan kamu dalam kebimbangan
F                        C                     Dm     G
Dalam pengharapan aku semakin dalam
C                       Am       C                   G
Dimanakah dirimu kapan kau kembali
         F         G    Em      Dm   G           C
Dengarkanlah kekasih, ku rindu padamu


C                             Am      Dm       G
Dan aku masih di sini menanti dirimu
Dm                Em      Am             Dm
Yang hilang bawa cintaku dan hatiku
             C        Am         Dm               G
Terlalu lama sendiri tubuh jiwa rasaku
            Em
Tak berdaya
  A                        Dm       G             C
Hancur tak berarti lagi dan aku galau



DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.


Siapa 'Wanita' Anda?

Credit

Hari ini Hari Wanita Sedunia. Selamat Hari Wanita buat semua rakan dan kenalan blogger perempuan. Wishing you a day as beautiful as you are  :) Kalian semuanya istimewa. Hargai diri sewajarnya. Oh, di samping itu, jom kita pandang keliling dan mula hargai wanita-wanita penting dalam hidup kita. Mudah-mudahan kita juga dapat jadi wanita kuat yang boleh menyumbang kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

Siapa wanita paling istimewa yang menjadi inspirasi kalian? Mengapa atau bagaimana si dia berjaya mengubah persepsi diri. Kalau tidak keberatan, kongsikan kisah kalian di sini. Mana tahu, dengan lepak santai Ahad di tower saya hari ni, boleh dapat hadiah istimewa :) [Dah bagi hint ni..]


Psst! Saya masih di luar. Jumpa petang atau malam nanti. Enjoy the rest of your weekend!




Sabtu, 7 Mac 2015

CekeTed daripada Shikin

Awal minggu lepas apabila Cekebon maklumkan yang saya ada parcel besar, bergegas saya balik rumah. Punyalah excited walaupun ketika tu tak ada idea daripada siapa. Nak kata hadiah GA ke,..hadiah penghargaan pengomen tegar ke,...tak mungkin sebab Februari merupakan bulan sibuk-huru-hara saya.

Rupa-rupanya terima belated birthday present daripada Shikin. Sob,..sob,..dah tua-tua ni dapat hadiah, feeling lebih sikit hahahah. Bukan sekadar dapat bebear, dapat folded handmade note daripada Shikin (ni nanti dah naik Bloggers' Board saya akan share) dan sekeping Shiseido Black Mask lagi. Thanks so much, Shikin! Akak benar-benar hargainya. Bebear ni buat akak senyum setiap hari. Punyalah sayang, sampai Yu-Ri tak boleh sentuh langsung! Berterabur kucing tu lari kena hambat dengan akak ;)

Ahli baru FAMF Tower :)

Besar kan?! Lembut dan gebu lak tu. Bebear ni kembar tau! Shikin beli di Cameron Highland ketika ke sana untuk bercuti baru-baru ini. Satu untuk Shikin and satu lagi untuk akak Shikin hehehe. Dalam kegumbiraan tu, tercetuslah idea nak buat entri Jom Cuba Nasib yang pertama untuk tahun 2015. Kena buat apa?

  1. Kena teka bebear ni siapa yang bagi, dan
  2. Beri nama sesuai untuk bebear.

Bagi yang dah berkunjung ke blog Shikin, memang bonuslah sebab melalui entrinya, Shikin dah tunjuk gambar bebear kembar dan dah beri hint akan beri pada someone. (Akak pun baca entri Shikin setelah bebear ni selamat sampai ke pangkuan.) Klik gambar di bawah untuk ke entri yang saya maksudkan. Siapa yang belum berkenal-kenalan dengan Shikin, inilah masanya!

Aksi Iri dengan Bebears

So, let's cut to the chase:
Pemenang untuk Jom Cuba Nasib: Teman Baru ialah:-
  1. Cik Mimie - yang pertama berjaya teka bebear ni daripada Shikin.
  2. Scdha Sein (SS) - suggested nama CekTed. Ted singkatan untuk Teddy. Tapi sebab nak lagi comel, saya jadi kan CekeTed. Bolehlah senada dan seirama dengan Cekebon & Cekengah hahahah.

Tahniah buat mereka berdua! Hadiah? Ada,..ada... Lambat sikit ye,..saya hantar sekaligus dengan hadiah top commentators dan beberapa surat lain. Saya ni banyak pengalaman tak best di pejabat pos. Jadi, biar pergi tu sekali harung je. Nanti dah pos saya inform.


Note to Shikin: 
Jazakumullah Khairan Katsiran. Terima kasih banyak-banyak sebab dalam kesibukan harian, masih ada ruang untuk Shikin ingat akak. Akak tak dapat bayangkan macammana Shikin struggled untuk bungkus bebear tu. Suka sangat dengan folded note yang Shikin tulis. Yes, memang tulisan tu boleh baca hihihih Akak doakan Shikin beroleh kebahagiaan dunia akhirat, kesihatan sempurna dan dapat membesarkan 3 Adams dengan baik. Moga 'fwenship' kita akan berkekalan dan dirahmati-Nya.

Apa untuk Fika?

Salam petang Sabtu? Dah minum petang? Apa untuk fika kalian hari ini? Saya ada beberapa cadangan. Jom intai entri-entri terdahulu From Kitchen To Tummy.

Panas-panas begini, kalau tak mahu kopi atau teh, treat diri dengan aiskrim pun best gak!

Affogato
Affogato versi Coklat

Aiskrim Vanila Kari
Aiskrim Vanila Kari dengan Pretzel

Mahu something yang lebih refreshing? Sediakan fruits platter ni.

Bertenang dan,...

...nikmati hujung minggu kalian =)

Credit
Salam hujung minggu, semua! Apa plan menarik untuk hari ini dan esok? Saya akan berada di luar sepanjang hari. Konon-kononnya nak santai dan rehat-rehatkan minda. So, I'll be away from the net. Hutang blogwalking dan balas komen buat sementara waktu ye. Apa-apa entri yang 'muncul' selepas ni, semuanya auto publish.

Oh, lupa pulak. Pemenang Jom Cuba Nasib, insya-Allah akan diumumkan by malam ni. Maaf lambat sikit. Saya sibuk dengan anak-anak cilik minggu ni. Lagipun, nak minta tolong yang tukang beri sama-sama pilih nama.

Tata Titi Tutu!


Khamis, 5 Mac 2015

Cekengah's Birthday Lunch - Social Media Inspired Theme

Tarikh: 1 Mac 2015
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Subak Restaurant, Sungai Penchala
Tema Majlis: Social Media Inspired

Kali ini giliran saya pula untuk rancang sambutan majlis hari lahir Cekengah. Walaupun hanya 'kita-kita aja',..tetapi masing-masing teruja nak bertema. Fikir punya fikir, akhirnya kami pilih 'Social Media' =)

Setiap ahli keluarga kena berpakaian mengikut warna-warna social media seperti Facebook, Instagram, Pinterest, Twitter & Whatsapp. Dapat inspirasi dari gambar di bawah ni.

Rabu, 4 Mac 2015

Jom Cuba Nasib | Wordless Wednesday: Teman Baru

Entri Wordless Wednesday & Jom Cuba Nasib serentak ;)

Bebear comel pemberian seorang rakan blogger =)

  1. Cuba teka siapa yang bagi bebear comel ni? T-shirt I LOVE LONDON tu BUKAN KLU tau! Itu hanya uniform harian si pemakai ;)
  2. Suggest nama untuk diberi pada si Bebear Coklat ni.

Cepat! Sebelum 12.00 tengah hari, 5 Mac 2015.


Psst! Secara automatik, si tukang beri tak boleh join heheheh ;)





Selasa, 3 Mac 2015

Terhebat Februari

Assalamualaikum & Salam Mac! Dah masuk Bab 3 untuk buku 2015 kita. Tak mahu cerita panjang. Inilah wajah-wajah yang tidak serik datang berkunjung memeriahkan tower saya dengan komen-komen sepanjang bulan lepas. Mereka memang terbaikkkk! Meskipun bulan 2 merupakan bulan yang agak sibuk buat saya,...tak dan nak blogwalking, balas komen dan balas kunjungan rakan-rakan, 12 nama di bawah ni tetap datang bertamu dengan aura ceria mereka.


Tetamu Hebat Februari FAMF Tower

Jom ziarah mereka!

Tutorial Kraf Kertas - Google Inspired Birthday Card


Google Inspired Birthday Card

Selalunya apabila hari lahir kita tiba, Encik Google akan keluarkan paparan begini untuk wish kita. Jadi, beroleh inspirasi daripada itu, saya buatkan birthday card untuk Cekengah. Berminat nak buat kad sebegini?

OK, kalian perlukan:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...