Isnin, Mac 23, 2015

DIY Mudah - Semburan Bunga Mawar (Rose Mist)

Dulu-dulu apabila dapat bunga, saya rajin keringkan. Guna untuk buat penanda buku atau projek kraf. Tak pun saya jadikan potpourri. Sekarang dah malas! Lagipun takut kumpul extra habuk dalam rumah. So, bunga-bunga mawar yang Cekebon dapat masa warded tempoh hari saya asingkan siap-siap. Kali ni kita buat semburan bunga mawar a.k.a rose mist.

Kelopak bunga mawar :)

Mudah saja! Ikut langkah-langkah di bawah:
  1. Leraikan kelopak-kelopak bunga mawar. Bersihkan dan basuh. Kemudian, masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan air. Paras air cukup sekadar menutupi permukaan kelopak-kelopak bunga.
  3. Masak di atas dapur buat seketika. Sebaik sahaja airnya mendidih, padam api dan tutup periuk. Kita tak mahu wap air yang mengandungi bau harum mawar terlepas ke udara ;)
  4. Setelah sejuk, tapis air mawar dan masukkan ke dalam botol penyembur. Sedia untuk digunakan.
Air semburan bunga mawar atau rose mist ni boleh digunakan sebagai face mist. Sembur pada muka untuk segarkan wajah. Boleh juga digunakan untuk sembur pada kusyen, bantal dan tilam. Wangiiiiii!

58 ulasan:

  1. tak penah dapat bunga.. haha.. xdapat lerr nak apply DIY ni wat masa terdekat.. kekeke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunga tayar pon boleh! Ha Ha Ha..

      Padam
    2. haaa kalau bunga tayar kena didih 3 hari 3 malam :)

      Padam
    3. patut laa bunga tayar cepat abis, rupanya SS guna untuk buat semburan.. hehehe..

      Padam
    4. Cik Ash lurus bendol... Ha Ha Ha...

      Padam
    5. ingatkan sis JM je lurus mcm pembaris..rupanya Ekin pun lurus juga...ehh..betul ke sis JM ni lurus? garu2 kepala

      Padam
    6. SS: La memang la ada bunga tayar...ace tengok kat tayar kereta or motor... bunga tayar haus bahaya utk perjalanan tu.... hihihihi

      Kak Farah:hihihihi...

      Kak JM:hihihhi... lurus mcm pembaris la ni

      Padam
  2. wahh mesti harum mewangi jer..

    BalasPadam
  3. Boleh juga kalu dah gaul2 semua sampai sebati.. Panaskan minyak dalam kuali... Goreng! He He He...
    * Resepi SS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahh SS siap buat resepi lagi.. hehehe.. ntah macam mana laa rupanya Cekodok Mawar SS tuh..

      Padam
    2. Bolehhhhh. Of course boleh makan. Kesan lepas makan tu yg tak dapat dipastikan ;)

      Padam
    3. Jgn kesannya masuk hospital hihihihi

      Padam
    4. jadi jangan laa cuba.. silap2 ke hospital kita.. hehehe..

      Padam
  4. menarik gak ni..sayangnya takde sape nak bagi saya bunga.sob sob..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih hari ni tak de orang bagi bunga, mana tahu esok lusa ada :)

      Padam
  5. kalo ade org bg bunga bru blh wat ni.. hihik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak beli untuk diri sendiri pun boleh, Ezy :)

      Padam
  6. Wahhhh senang je rupanya. Thanks Kak farrah! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Akak pun ada member yang ajar. Ingatkan susah nak buat :)

      Padam
  7. tapi bunga mawar mahalnyeee... kalau ada pokok bunga mawar sendiri kan best :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau ada pokok sendiri, memang akan kerap buat rose mist ni, Eny :)

      Padam
  8. siapa kah yang sudi memberi sejambak rose pada khaty,boleh buat macam farra buat tue..hahahaha

    BalasPadam
  9. ala..ingatkan selepas rebus, terus minum air kelopak mawar tu supaya nampak lebih manis dan harum ehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ekin : minim? apa tu...kalau mi mimi mi mi mimi mimi itu laju sis JM tau lah..kalau minim bahasa jawa ke

      Padam
    2. Adess typo semace guna hp ni...

      Padam
    3. makin parah penyakit typo kak JM nih..

      Padam
    4. Kak JM nya tak typo kali ni. Si Ekin yang typo. Kes komen pakai handphone la ni. Laptop dia lama koma dalam wad.

      Padam
  10. wah bestnya buar wangian sendiri..kreatif..bunga mawar wangi kan kak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wangi. Tapi kena nice-nice je. Kalau terlalu kuat baunya mengganggu gak :)

      Padam
  11. oooo...senang jer nk buatnyerr...baru tauuuu...hihihi

    BalasPadam
  12. huwaaaa dats it ? gituuu rupanya.. sembur kat mukaa alahai bau bunga2 la nanti..
    ehheh kalo mist CT ske bau2 citrus.. bleh ganti ngan lemon ? kena rebus gak ke ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa kalau bab buah2 sitrus nu akak tak sure, CT. Maybe boleh kot. Tapi bimbang gak bila spray kat muka ada yang tak tahan. Takut pedih ke.

      Padam
  13. bila da bau bungee jangan cik Bee mai hinggap..
    bermadu kasih kang ehehe..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.