Jumaat, Mac 13, 2015

Hmmmm,..nak buat apa ye...

Bersiaran dari hospital pagi ni. Cekebon saya masih dirawat di rumah sakit. Harap-harap keadaannya akan bertambah baik. Dah hari Jumaat?! Minggu ni minggu paling hectic buat saya dan adik-beradik. Pemergian arwah baba,...pada masa yang sama ibu admitted masuk hospital,..rasa macam tak cukup tanah nak berpijak.

Syukurlah keadaan dah bertambah baik. Duduk melanguk di lobi hospital ni, barulah saya perasan banyak urusan telah berjaya dilunaskan. Dah boleh bernafas dengan betul. Dah boleh berfikir dengan lebih tenang. Tinggal satu kelas je malam ni, then saya boleh ambil masa untuk rehat pada hujung minggu.

Hmmm, rasa pelik pula apabila dah tak ada benda sangat nak dibuat. So, buat house keeping untuk blog lah. Insya Allah, lepas ni secara berperingkat saya akan uruskan:



Terima kasih banyak-banyak, semua. Tetap datang bertandang jenguk-jenguk saya walaupun tower ni sunyi sepi. Terima kasih tidak terhingga juga atas setiap ucapan takziah dan titipan doa kalian. Semua tu amat berharga buat saya dan keluarga.

Selamat Hari Jumaat! Selamat berhujung minggu. Cuti sekolah pun dah tiba. Ada sebarang plan untuk anak-anak? Apapun, enjoy your weekend!


23 ulasan:

  1. ohh..cekebom masuk spital..in sha Allah sis JM doakan agar cekebon cepat sembuh ye cepat discharge

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak Farrah.. Moga semuanya dipermudahkan.. Ros baru tahu tentang pemergian ayah akak. Al fatihah..
    Moga cekebon cepat sembuh dan keluar wad.

    BalasPadam
  3. harap tabah menempuh dugaan hidup..Keep smile...Takziah diucapkan :)

    BalasPadam
  4. cekebon rupanya yang masuk hospital.. semoga cekebon cepat sembuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cekebon apa khabar? dah bertambah sihat ke kak Farrah..

      Padam
  5. Semoga Cekebon cepat sembuh ye Kak Farrah...Semua dugaan ada hikmahnya..hope Kak Farrah tabha hadapi semua ni :)

    pssst : Cuti sekolah kita keja, xde cuti2..sob..sob..

    BalasPadam
  6. Asalam farra..semoga cekebon cepat sembuh..

    BalasPadam
  7. sabar ye kak farrah.. lepas satu2.. Allah sayang kak Farrah sebab Akak hebat..
    semoga cekebon cepat sembuh.
    dont stop to smile akak.. :)

    BalasPadam
  8. semoga Cekebon cepat sihat ya... kim slm kt Cekebon..

    BalasPadam
  9. wana doakan cekebon cepat sembuh ya kak..akak kena tabahkan hati dan kuatkan semangat demi cekebon..

    BalasPadam
  10. jangan terus bersedih ya..akak masih ada cekebon, adik beradik dan kawan2 yang masih sayang dan peduli pada akak..

    BalasPadam
  11. kak farrah kena banyakkan berehat juga tau..

    BalasPadam
  12. Rah.. Sabar ye farrah.. kite semua akan diuji tapi ujian kite berbeza.. banyakkan buat solat tahajud dan solat sunat yang lain supaya hati kite sentiasa dalam ketenangan

    BalasPadam
  13. Semoga cekebon cpt sembuh.. Banyakkan bersabar dan sntiasa redha kak. Salam jumaat :)

    BalasPadam
  14. tabahkan ati ye..
    salam jumaat..
    =)

    BalasPadam
  15. Sabar yea..semuanya ada hikmah...saya faham perasaan tu, sebab saya pun kehilangan ibu

    BalasPadam
  16. al-fatihah buat arwah baba akak.. semoga tabah ya

    BalasPadam
  17. Harap cekebon lekas sembuh. Amin!

    BalasPadam
  18. Semoga cekebon cepat sembuh ya kak farah

    BalasPadam
  19. cuti sekolah..musim kenduri kawen

    BalasPadam
  20. hari ini hari Ahad.. happy weekend Kak Farrah..
    semoga semua kesulitan dipermudahkan =)

    BalasPadam
  21. hari ni da selasa

    happy tuesday ;-)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.