Jumaat, Mac 13, 2015

Tak Bersedia Terima Panggilan yang Ini

Dah beberapa tahun saya kerap pertikaikan kemampuan saya - bersedia tak kalau terima panggilan yang satu ini? Setiap kali saya fikirkan, setiap kali itulah saya akan kata tidak. Pagi 9 Mac, 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya terima panggilan daripada Hafiz, adik lelaki saya yang duduk di Banting. Entah mengapa rasa berat hati nak angkat. Saya hanya pandang nombornya yang tertera dan biar hingga telefon berhenti berbunyi. Dalam hati dah terdetik,...takkanlah,..ishhh aku tak bersedia!

Selang seminit, apabila Cekengah ketuk pintu bilik dengan cemas, saya dah tahu...apa yang saya nak elak sangat, saya terpaksa dengar. Mandi, solat Subuh, bersiap, masuk kereta dan sumbat diri masuk kereta Cekengah. Tak ingat apa-apa,...tak dengar dan lihat apa-apa dah. Semua blur. Dalam hati saya, masih lagi berperang dengan diri - SAYA TAK BERSEDIA.

Sampai di muka pintu, masuk dan bersalaman dengan tetamu yang ada, duduk berkumpul dengan Cekebon, mak cik dan adik-beradik, saya masih dalam keadaan expressionless. Sehinggalah apabila melihat wajahnya, (itupun setelah saya minta pada Cekengah untuk tolong bukakan kain yang menutup tubuh dan muka), baru otak ni betul-betul menerima input yang ayah saya sudah meninggal dunia :'(

Babah dipanggil ketika lena dalam tidur. Mulalah bertindih-tindih rasa terkilan. Tak sempat jumpa babah, tak sempat luangkan masa bersamanya pada hari-hari akhir arwah, tak sempat minta maaf. Tetapi, kita memang harus bersedia untuk meninggalkan dan ditinggalkan. Sudah sampai janjinya dengan Sang Pemilik Nyawa. Mahu tidak mahu, saya kena redha. Apa yang saya sangat-sangat syukuri, hal-hal pengurusan jenazah berjalan dengan lancar. Cepat disempurnakan semuanya. 

Selamat jalan, Babah. Moga babah tenang di sana. 

Al-Fatihah
Mohd. Fahmy Mohd. Shariff
13 Jun 1955 - 9 Mac 2015


Terima kasih tidak terhingga buat saudara-mara, kenalan, badan khairat kematian dan penduduk-penduduk taman yang sudi membantu meringankan kesulitan kami sekeluarga.


29 ulasan:

  1. sedihnyeee... :( salam takziah kak farah.. arwah babah kak farah sebaya ayah anis.... teringat ayah anis tibe2.. :( al fatihah..

    BalasPadam
  2. salam takziah akak.. tabah ye kak.. setiap yang hidup pasti kembali pada-Nya..

    BalasPadam
  3. Innalilahiwainnailaihirajiun.. salam takziah dari Eyda buat kak Farrah sekeluarga.. semoga kak Farrah tabah menghadapi ujian ini.. setiap yang hidup pasti akan mati.. kita yang hidup nih haruslah meneruskan hidup.. apapun banyakkan berdoa dan sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.. semoga arwah tenang di sana..

    BalasPadam
  4. Innalillah wainnailaihi rajiuun semoga farrah tabah ya menghadapi situasi ini. semua kita akan kesana tiada terkecuali, ALLAH lebih mengetahui segala nya.

    BalasPadam
  5. alfatihah..
    salam takziah..
    semoga terus tabah..
    ='(

    BalasPadam
  6. Takziah kak...
    Jangan lupe setiap kali abis solat, panjangkan doa kepada arwah

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  7. Takziah kak Farrah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah Kak Farrah dan keluarga. Semoga terus tabah.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  9. maksud kak farrah,panggilan Ilahi kan?

    http://inilamanblogsaya.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. takziah utk farrah sekeluarga....semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman...

    Al fatihah

    BalasPadam
  11. Salam Takziah Kak Farrah...banyakkan bersabar ye..Allah lebih sygkn Babah...jangan lupa sentiasa doakan dan sedekahkan al-fatihah buat Arwah..

    BalasPadam
  12. wana dapat rasakan kesedihan kak farrah..tetap tabah dan sabar ya kak..takziah dari wana..semoga arwah babah akak ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin.

    Al-fatihah

    BalasPadam
  13. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    Takziah buat k.Farrah & keluarga.
    Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin.

    BalasPadam
  14. Takziah kak Farrah & family. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman....

    BalasPadam
  15. innalillahiwainna ilaihi roji'un.. takziah utk k.farrah n family. saya pn paling takut dpt pangilan mcm ni

    zinziemeewah

    BalasPadam
  16. salam takziah buat akak and family.
    Sentiasa doakan arwah supaya sentiasa tenang di sana.
    Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan diredhai Allah. Amiinn insyaAllah.

    BalasPadam
  17. Salam takziah buat akak dan family akak...semoga arwah babah akak tenang d sana dan bersama orang2 yang beriman...Al-Fatihah..

    BalasPadam
  18. Salam takziah kak farah sekeluarga ya... al fatihah buat arwah babah semoga rohnys dicucuri rahmat n ditempat dikalangan beriman diredhai.. amin

    BalasPadam
  19. Takziah sis. Semoga redha menghadapi ujian allah. insyaallah

    BalasPadam
  20. salam takziah Farrah....Al-Fatihah buat Arwah...semoga roh beliau di curu rahmat aminnnn

    BalasPadam
  21. Takziah akak.. Moga akak tabah.

    BalasPadam
  22. Innalillah wainna ila hirojiun... takziah untuk farrah dan keluarga.. sabar ye kak..

    BalasPadam
  23. takziah buat keluarga akak.. nina pun xsedia nk kehilangan org yg disayangi.. semoga akak redha. jgn sedih2 ya.

    BalasPadam
  24. takziah sis..titipkan doa sebanyak mungkin...

    BalasPadam
  25. Innalillah kak Farrah. Semoga akak kuat! I know you're strong!

    BalasPadam
  26. salam takziah Kak Farrah.. betul tu.. kita kena always bersedia meninggalkan dan ditinggalkan..

    BalasPadam
  27. Innalillahhiwainnailaihiroji'un

    alfatihah...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.