Khamis, 30 April 2015

Klip Kertas Penanda Buku


Klip Kertas Penanda Buku :)

Dua tiga hari ni, apabila ada masa terluang, saya akan buat klip kertas penanda buku banyak-banyak. Pasang TV, ambil kertas skrap yang lebih-lebih, gunting dan gam,...lepas tu cubalah hias apa yang patut. Klip kertas ni mempunyai dwifungsi. Satu, untuk compile kertas-kertas atau nota supaya tidak berselerak. Dua, boleh dijadikan penanda buku untuk tanda bacaan kita. Mudah sahaja nak membuatnya. Tak dapat nak bayangkan? Nanti saya tunjuk lebih lanjut dalam entri akan datang.

Selamat Hari Pekerja!
Selamat Cuti Panjang!
Selamt Beristirehat dan Meluangkan Masa Bersama yang Tersayang!


..something butyraceous, pleaseeeee!


Kat rumah.

Taip entri sambil mengintai dari tirai kamar.

Kat luar hujan.

Lebat.

Sejuk.

Si YuRi tengah bobok kat hujung kaki. 
Ada dengkuran halus yang agak menjengkelkan telinga tuannya. 
(Ye, kucing saya pandai berdengkur. Mula-mula dengar memang scary+creepy)
 
Malasnya nak buat apa-apa.

Saat ini rasanya,..

...secangkir kopi yang paling ideal, 

...and I need something butyraceous,

...something yang buttery, yang lemak berkrim.

Cheese cake ke, tarts ke, pies ke,.. 

yang boleh pamper taste buds ni :)

C.R.A.V.I.N.G


Ada siapa-siapa nak bake apa-apa untuk saya?


Oh, buat kerja sungguh-sungguh, selamat melunaskan tugas. Esok kita cuti untuk hujung minggu yang panjang. Apa sahaja yang kalian lakukan hari ini, LAKUKAN DENGAN MERAKI!


Selasa, 28 April 2015

Petua untuk Rawat Batuk dan Gatal Tekak

Jika sebelum ini saya ada bercerita tentang khasiat minyak kayu putih untuk kurangkan batuk berkahak (sila baca di sini), hari ni saya nak kongsi satu home remedy yang boleh dijadikan penawar untuk gatal tekak. Kadang-kadang, apabila kita batuk, tekak akan rasa gatal dan ganggu rutin harian. Nak tidur pun susah! Dengan batuk yang tanpa henti,... rasa gatal merenyam... akan buat kita rasa betul-betul tak selesa!

Cuba petua mudah ini. Ambil sebiji lemon, seketul halia dan madu. Sukatan halia, agak-agaklah biar lebih kurang dengan lemon. Hiris memanjang dua bahan tersebut. Masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan madu hingga cover hirisan-hirisan tadi. Jangan letak terlalu banyak. Gaul sekata. Simpan di dalam peti sejuk. Campuran madu akan menjadi cair sedikit disebabkan jus daripada lemon.

Campuran Madu

Apabila tekak rasa tidak selesa disebabkan batuk, bancuh campuran madu ini (satu sudu besar) dengan secawan air panas. Minum. Jika selalu batuk dan rasa gatal pada malam hari, sediakan minuman ini awal-awal dan letak di sisi katil. Setiap kali batuk, minum air campuran madu ini untuk basahkan tekak. Insya-Allah, rasa gatal akan berkurang dan hilang. Boleh sambung bobok.

Tetapi, jika batuk dan rasa gatal tekak masih berlanjutan, kenalah jumpa tuan doktor. Mungkin tekak kena infection dan perlukan antibiotik :)



Giggling Kih Kih Kih


Happiness is giggling :)

Sometimes you just have to! It's FUN!
Ada apa-apa yang buat kalian giggle hari ni?
Atau dua tiga hari belakangan ni?

Saya dan Bott terkekeh-kekeh mengenangkan odisi kami makan-makan di sekitar TESCO dan The Curve sementara menunggu kereta diservis. We were there seawal 7 pagi (nak elak traffic jam punya pasal) sehinggalah pukul 4! Jalan-jalan cuci mata dan shopping barang sikit-sikit.
Shopping untuk perut yang terlebih sudah!
Pengsan! Sebab dah racun perut dengan macam-macam kihkihkih.


Psttt! CT Humairah, betullah cakap CT tu. Akak patut gi tengok wayang, buat movie marathon je kan...hari ni badan sakit-sakit!


DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 2)


Selamat memulakan minggu baru! Hari ini kita sambung hias Post-It Pad kita ye. Tak perlu dapatkan material kraf yang mahal-mahal. Kita nak buat gift yang ekonomi. Simple and nice. Antara bahan-bahan yang boleh dipertimbangkan ialah:

  • Reben
  • Washi Tapes
  • Butang
  • Sticker/Pelekat bergambar
  • Adhesive Diamentes
  • Cetakan ucapan 'Selamat Hari Guru' atau 'Happy Teacher's Day'
  • Marker Pen/ Gel Pen/ Sharpie Pen/Magic Pen

OK, inilah Post-It Pad yang sudah siap dihias.

Ahad, 26 April 2015

DIY Gifts Ideas untuk Hari Guru - Post-It Pad (Part 1)

OK. Salah satu DIY gifts yang sesuai untuk keraian Hari Guru ialah Post-It Pad @ Sticky Notes. Saya pernah tunjukkan sebelum ini, dalam entri beberapa hari lepas - yang saya buat untuk beri pada Wana dan Cik Fafa tu. (Sila baca di sini) Selalunya, pelekat Post-It cenderung untuk kotor, terlipat atau tercabut kalau kita masukkan dalam beg begitu sahaja. So, kita buatkanlah 'jaket'. Apabila dah pakai baju begini, kita boleh hias dan hasilkan hadiah comel untuk guru.
Barang-barang yang diperlukan.

Sabtu, 25 April 2015

French Toast 2 Minit

Di rumah. Petang Sabtu tidak ke mana-mana. Hujan. Time hujan lebat begini, mulalah perut rasa menggigit minta diisi. Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena. Maka, terhasillah French Toast 2 Minit di dalam Mug saya :) 

French Toast in a Mug

Nak sediakan French Toast versi di dalam mug ni tersangatlah mudah. Yang penting kena ada microwave di rumah ye. Tak ada microwave, kita kena buat French Toast atas frying pan, the traditional way.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 4 keping roti (bergantung pada saiz mug). Saya gunakan 3 keping roti untuk 2 mug sederhana besar.
  • 1 biji telur 
  • 3 - 4 sudu susu segar. Susu yang bancuh pun tak mengapa. Asalkan dalam bentuk liquid. Jangan letak susu tepung pulak.
  • Serbuk kayu manis mengikut citarasa
  • Sirap mapel atau madu mengikut citarasa


Cara-cara Penyediaan:
  1. Potong dadu roti. Kalau malas, siat-siatkan dan masukkan ke dalam mug. Jangan mampatkan.
  2. Pukul telur, susu dan serbuk kayu manis hingga ketiga-tiganya tergaul sekata. Tuangkan adunan telur ke dalam 2 mug tadi sama rata. Tekan-tekan sedikit bahagian atas roti supaya potongan-potongan roti dapat menyerap adunan telur.
  3. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 1 - 1.30 minit. Masa bergantung pada kepanasan dan suhu microwave. Buat 1 minit dulu, keluarkan. Jika telurnya masih belum masak. Tambah 20 - 30 saat lagi.
  4. Setelah masak, taburkan sedikit lagi serbuk kayu manis dan curahkan sirap mapel atau madu. Nikmati dengan senyuman :)





Jumaat, 24 April 2015

Projek Tak Ada Kerja (Part 3)

Assalamu'alaikum.
Sekiranya kalian tidak tahu apa benda Projek Tak Ada Kerja ni, sila baca entri-entri di bawah dulu.



Ok. Inilah rupa akhir projek mini decoupage saya.

Posing sikit!

Saya BANYAKKKKKK Hutang!




Credit


Berat dah bahu ni! 
Seawal pagi dah mengira hutang. 
Saya banyak hutang!
Hutang saya banyak!
Hutang apa? 
Hutang pada siapa?

Khamis, 23 April 2015

Erkatek?

Sebelum kelas bermula malam tadi.
Kelas Bacaan & Tahap 1

Seperti biasa, sambil menunggu anak-anak cilik datang, saya akan buat persediaan apa yang patut. Potong kertas latihan, tampalkan ke dalam buku, siapkan buku-buku rujukan yang nak digunakan. Sepuluh minit sebelum kelas bermula, mereka akan beransur-ansur datang, letak beg di tempat masing-masing kemudian mula kerumun saya untuk tengok apa yang saya buat. 

"Cikgu buat apa?" 
"Cikgu,...saya nak tolong gam."
Saya terhibur melihat ragam dan curiosity mereka. Tiap-tiap kali datang, begitulah keadaannya. Sambil mata mengikut setiap gerak-geri saya buat kerja, kesempatan yang ada inilah digunakan untuk mereka berbual-bual dengan saya. Cerita perkara-perkara menarik yang berlaku dalam dunia mereka.

"Cikgu, semalam saya makan stik kat kafe Jebat!" (Refer pada kafe Jiran tempat shooting drama Bukan Aku Tak Cinta dulu. Jebat je diorang acknowledge, Mastura tak kenal!)

"Semalam ada merentas desa, ada tiga orang budak pengsan."

"Cikgu, duit belanja saya cicir sebab poket seluar koyak."

Rabu, 22 April 2015

Wordless Wednesday - Damai Lagi Mendamaikan


Wallpaper dinding yang bikin hati tenang.

Hari Ibu Vs Hari Guru

Assalamu'alaikum. Lambat sedikit bersiaran hari ini. Ada apa dengan Hari Ibu dan Hari Guru? May is just around the corner. Kita bakal raikan dua sambutan besar ini. Salah seorang pembaca blog saya, Puan Tini telah emel saya bertanyakan cadangan hadiah DIY yang sesuai untuk diberikan kepada guru-guru anaknya. Maklum sajalah, yang mengajar anak-anak kita bukan hanya seorang guru. Lain mata pelajaran lain gurunya. Ada guru sekolah biasa,...guru sekolah agama pun perlu diambil kira. Guru mengaji ke guru tuisyen ke....

Saya faham kebanyakan ibu bapa mahu menanamkan budaya menghargai guru dan memberi hadiah sebagai tanda penghargaan. Tetapi, kita tidak boleh nafikan yang peruntukan wang ke arah itu mungkin menjadi kekangan. Lagi-lagi dengan kos sara hidup sekarang plus GST sana sini :)

Kita masih boleh lakukan sesuatu. Resort to DIY gifts. Buat sesuatu yang kecil, simple, dengan kos yang minima atau sederhana (bergantung pada bajet anda) tetapi meaningful buat guru-guru anak kita. Oleh itu, insya Allah,..

Projek Tak Ada Kerja (Part 2)

Entri susulan Projek Tak Ada Kerja Part 1.

Bekas kayu ni sebenarnya pemberian Dhila, si adik ipar kesayangan yang rajin beri saya stuff untuk buat kraf. Fikir punya fikir, saya pilih warna kuning untuk cat bekas kayu. Mengapa kuning? Sebab saya nak padankan dengan kertas tisu yang saya ada.

Paint dah kering. Sedia untuk proses seterusnya.

Apa kena mengena dengan tisu ros merah tu? Sebenarnya, saya nak buat projek mini decoupage. Apa itu decoupage? Decoupage ni sejenis kraf menghias barang-barang dengan tampalan kertas misalnya kertas tisu. Mudah je nak membuatnya. Apa yang diperlukan ialah:

Selasa, 21 April 2015

Resepi Mudah Roti Puri

Jom! siapa-siapa yang cuba nak buat roti puri, resepinya seperti yang dijanjikan :)

Roti Puri

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh susu tepung (saya letak 1 sudu besar, nak lebih rasa berlemak kononnya)
  • 1/2 sudu teh gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak canola)
  • Air suam secukupnya untuk membentuk doh

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masukkan tepung gandum, susu tepung, gula, garam dan minyak ke dalam sebuah mangkuk. Gaul sekata. 
  2. Kemudian, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat di tangan.
  3. Tutup mangkuk berisi doh dengan sehelai kain lembap. Rehatkan doh selama 20 - 25 minit.
  4. Bentuk doh menjadi bebola kecil (saiz bebola terpulang pada anda). Kemudian, guna rolling pin untuk leperkan doh sehingga menjadi nipis. Bagi elakkan doh melekat, bolehlah titiskan beberapa titis minyak masak atas permukaan tempat kita menguli tu.
  5. Goreng dengan minyak yang panas. Roti puri ni sedap dinikmati bersama kari atau gulai, sambal, kaya atau susu pekat.

Selamat Mencuba!


Kembara Salju bersama Scdha Sein

Surat saya sesat lagi masuk letter box rumah jiran. Adik posmen ni nak kena hantar training ni! Menapaklah saya ke rumah jiran dengan langkah longlai tanpa semangat. Tetapi, apabila tengok sampul je, senyum terus lebar sampai telinga. Rasa macam nak lompat bintang je time tuh! Tapi control sampai masuk rumah dulu.

Sesiapa yang pernah baca entri saya ini dan entri SS yang ini, tentu dah familiar dengan gambar nama-nama atas sticky note di atas salji hasil kreativiti SS. Berbalik pada kisah posto tadi, haaa, inilah yang saya dapat!!!

Pemberian SS :)

Isnin, 20 April 2015

Pujuk Diri - Toasted Waffles Aiskrim Coklat

Ya Allah, malasnya nak buat kerja! Dari pagi tadi asyik nak lepak santai je. Baru angkat jari nak buat sesuatu yang ada kena mengena dengan kerja, mood malas berduyun-duyun datang menyerang. Angkat jari je,...tetiba pergi tengok TV. Angkat jari lagi,...pergi main komputer,...angkat jari lagi,..buka peti sejuk :)

Alang-alang dah buka peti sejuk tu, maka terhasillah...

Wafel Bakar dengan Aiskrim Coklat

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Aisya buat GA lagi! Kali ini bersempena dengan sambutan 1 tahun blog Jindrisska. Happy Birthday! Happy 1st Anniversary! Mari kita join GA Aisya ramai-ramai!

Klik pada banner ye :)

Slogan:
Akak nak menang giveaway ni sebab akak memang suka kumpul mementos from all over the world. Selain tu, jika bertuah menang, ada peluang dapat setem dari sana lagi. Dan,...yang paling penting, akak dapat penuhkan dan meriahkan lagi contents Bloggers' Board akak.

GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI

Mari kita beri sokongan padu pada Cik Adik Scha kita! Jom sertai GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI.

Klik Banner untuk Turut Serta

 Kenapa nak menang GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI?
Akak nak menang GIVEAWAY SAYANG by SCHA NAZRI sebab clutch biru tu sungguh-sungguh menggoda jiwa dan minda! Nak juga sekali-sekala perasan georgous bergaya dengan clutch biru. Kalau rezeki dapat hadiah lain pun OK je! Hehehe,.. sebenarnya, more to nak beri support pada Scha,...dan nak merasa dibelanja oleh Scha. Boleh kan?

Tag:


GIVEAWAY BERMULA 4 APRIL 2015 DAN TAMAT PADA 4 MAY 2015 (11.59 pm)



Selamat Datang Rejab

Selamat memulakan minggu baru. Time flies. Yes, masa berlalu dengan cepat. Pejam celik pejam celik kita dah jumpa bulan Rejab. Selamat beramal ye :)


DOA BULAN REJAB



Ahad, 19 April 2015

Chords Wanita Terindah - Phoema OST Hati Perempuan

Salam Ahad! Kord gitar ni khusus untuk adik-adik yang request dari minggu lepas :) Pada yang hantar email, saya dah attached sekali chords Wanita Terindah ini buat kalian. Enjoy!


Kord Gitar & Lirik Lagu 'Wanita Terindah' - Phoema (OST Hati Perempuan) - Easy Chords
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C F G C

C                      Am
Apa kesalahan ini
A                                  Dm   
Hngga akhirnya kau pergi
F                                    C
Pergi meninggalkan aku
                   Dm                   G
Hancur hatiku tak ada dirimu

 
C                                  Am
Sungguhku mencintaimu
A                                  Dm 

Jangan pergi tinggalkanku
F                                   C
Kerna dirimu berharga
                Dm
Bagi hidupku
                G
Bagi cintaku


(Chorus)
C                 G           Am
Kau membuatku bahagia
Em                         F
membuatku tak bisa
Em                           F         G
kehilangan cinta sejati hidupku

C           G          Am
Kau wanita terindahku
G               F
wanita terbaikku
                     Em                                   F    G
yang selalu ada di setiap langkah hidupku


Dapatkan chords Sakitnya Tuh Di Sini - TUSTEL Band di sini.

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Roti Puri Cekebon


Roti Puri Cekebon

Tiba-tiba teringin nak makan roti puri. Dua tiga menjak ni, round-round di alam maya asyik terserempak dengan roti puri je.
Ini sebenarnya percubaan pertama saya buat roti puri.
Selalu tahu makan je. Nak membuatnya malas!
Kali ni sel-sel rajin mendominasi diri.
Tapi saya buat roti puri mini, kecil-kecil je konon nak bagi nampak comel.
Yang paling excited makan -- CEKEBON! Cekebon makan ala-ala Roti Gardenia ~ Enak dimakan begitu sahaja! Tak cicah dengan kari pun!


Psst! Sarapan 'separuh sihat', goreng roti pakai minyak canola. Kari pakai santan kotak yang trimmed fat tu hihihihi Oh, resepi mudah roti puri ni saya akan kongsikan nanti.

Sabtu, 18 April 2015

Cenonet je!

Baru-baru ni, ada baca entri di blog Izzeyda mengenai belon tepung. Tak pernah tahu pun wujudnya belon tepung sebelum ini. Suka je tengok Eyda dan anak-anak bentuk belon tepung tu jadi bintang. Petang semalam, semasa slot home tuition, saya minta murid saya tolong hulurkan pemadam. With a cheeky smile, dihulurkan kepada saya seketul objek rubbery berwarna merah jambu. Beria-ia saya menenyeh objek merah jambu ke buku sebelum saya sedar yang objek berkenaan bukannya getah pemadam. Rupa-rupanya belon tepung! 

Laaaa cenonet je! Berkali-kali saya belek belon tepung tu. Kecil bebenor saiznya! Besar sikit daripada saiz ibu jari saya je. Begini bentuk dan rupanya, jangankan anak-anak Eyda, saya main dua tiga minit pun boleh bersepai tepungnya ;)

Nampak tak,.. getah pemadam saya lagi besar daripada belon tepung tu!


Sabtu 1001001




Cantekkkkk tak?!

Sekadar selingan di pagi hari. Point pentingnya, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada setiap seorang yang sudi singgah From FAMF Tower. Blog saya ni sebenarnya dah lama, tetapi baru aktif dua tahun kebelakangan ini. Kalianlah penyumbang utama kemeriahan menara yang tidak semenggah mana.



Terima kasih atas setiap kunjungan dan lawatan,..
Terima kasih atas setiap komen, kritikan, cadangan dan pandangan,..
Terima kasih atas setiap senyuman dan tawa yang dikongsi,...
Terima kasih atas setiap semangat dan sokongan yang dihulur,..
Terima kasih atas setiap bingkisan, hadiah, memento dan poskad yang dititip,..
Terima kasih atas silaturahim yang terjalin.


Doa Muntahkan Penyakit

Salam hujung minggu! Hari ini saya nak kongsikan sepotong doa ringkas yang elok dijadikan amalan harian. Baru-baru ni kan I was slightly under the weather. Ada seorang sahabat yang prihatin e-melkan pada saya doa ini. 'Doa Muntahkan Penyakit' ini merupakan antara amalan penyembuhan yang disarankan oleh Ustaz Sharhan Shafie.

Doa Muntahkan Penyakit dari dalam Badan

Surah Al-Anbiya', Ayat 83

Terjemahan Ayat:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Cara beramal menggunakan ayat ini:
Letakkan tapak tangan kanan ke dada kiri dan bacalah ayat ini. Insya Allah, penyakit dan perkara-perkara yang boleh memudaratkan diri kita akan keluar dari tubuh.



Jumaat, 17 April 2015

Jangan Tipu Diri










Credit






Sakitnya Tuh Di Sini - TUSTEL (Easy Guitar Chords)

Tiba-tiba saya dapat beberapa requests minta chords lagu TUSTEL. Pelik pula! Setahu saya TUSTEL belum popular di Malaysia. Rupa-rupanya ini penangan drama 'Hati Perempuan'. Lagu 'Sakitnya Tuh Di Sini', single TUSTEL turut menjadi salah satu lagu OST Hati Perempuan. 

Jangan ada yang terkeliru. Ini bukan lagu dangdut Cita Citata tu. Tajuk lagu je sama. Vokalis TUSTEL, Regina merupakan isteri kepada Charly Setia Band (dulu vokalis ST12). Mereka ni memang satu keluarga pakat jadi penyanyi gamaknya. Adik si Charly, Rama merupakan penyanyi kumpulan Phoema yang juga tengah 'meledak' dengan lagu 'Wanita Terindah'. Ye, OST Hati Perempuan jugak :)

Chords ni dah lama ada dalam simpanan saya. Siapa-siapa yang rasa nak main something simple and catchy, boleh cuba lagu ni. Bagi yang belum pernah dengar lagu 'Sakitnya Tuh Di Sini - TUSTEL, boleh klik di sini.


Kord dan Lirik Lagu Tustel - Sakitnya Tuh Di Sini (OST Hati Perempuan)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
Am

Am                                      Dm
Kamu memang bukan yang terbaik
E                 Am
terbaik untuk aku
                            Dm                     
kamu masih mencari yang lain 
E                 Am
mencari selain diriku


Am                                    Dm
Kamu memang bukanlah Arjuna
E             Am
Arjuna tuk diriku
                           Dm             
kamu slalu mencari yang lain
E                  Am
wanita selain diriku


(Chorus)

Dm                G
Sakit nya tuh disini
C                      F
benar - benar ku  terluka
Dm                E
sakit nya tuh disini
Am
ku benar -benar tersiksa


Dm G C F
D E Am


Am                       Dm
Ku ingin mencari Arjuna
E                  Am
Arjuna untuk Aku
                       Dm
yang slalu bisa untuk setia
Am
seperti kisah Mahabarata


Psstt! Chords/Kunci Gitar Wanita Terindah - Phoema dah siap! Nanti saya update. Malas nak taip lirik & chords :)


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Khamis, 16 April 2015

Jom Keledek Bakar

Selamat petang semua! Dah lunch ke belum? Haaa, ingat lagi craving saya yang teringin sangat nak makan ubi cilembu dulu (Sila baca di sini ye)? Tak sudah lagi 'episod teringin' saya hehehe. Hujung minggu, masa Cekengah gi joging kat TTDI, kirim kat dia suruh beli keledek Jepun ni. Dekat park tempat si Cekengah joging, memang ada macam-macam gerai. Selalu dia jeling-jeling je gerai jual keledek Jepun tu. Kali ni saya suruh dia beli 1 kilo.

Resepi Keledek Bakar (Baked Sweet Potatoes) ini sangat mudah! Mula-mula, basuh dan bersihkan keledek-keledek yang ada. Saya potong dan buang bahagian hujungnya sedikit.

Keledek Jepun sedia untuk diproses :)

Yang Menarik Aja

Something interesting untuk dikongsikan pada penghujung hari. Jom intai pautan-pautan di bawah.

Motif Corak Paisley

Ingin tahu asal usul motif corak paisley?

Corak Paisley

Plimpplampplettere

Apa itu Plimpplampplettere? Sebut betul-betul plimp - plamp - plet - tere. Pandaiiiiii! Saya tidak pernah berjaya lakukannya. Nak tahu klik di sini.



Spoonerism

Pernah dengar tentang Spoonerism? Mungkin anda salah seorang yang sudah terbiasa dengan spoonerism :) It's fun but to certain extend you might offend others. Bacaan lanjut di sini.


Rabu, 15 April 2015

Guitar Chords Untuk Cinta - Hafiz & Adira (OST Pilot Cafe)

Kord Gitar 'Untuk Cinta' - Hafiz dan Adira (OST Pilot Cafe)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.


(Intro)
Am Dm G
C F C
Dm E

                Am                         Dm
Kau tunjukkan aku yang memangnya
                      G
tak pernah tahu
        C                     F
erti sebenarnya cinta
          C
dari jiwa
Dm                           E
bukan hanya dari mata


                   Am    Dm                   G
Kau ajar hatiku kasih setulus seikhlasnya
           C
tak pernah mengeluh
   F                  C
walau kan terpisah
Dm                          E
sedikitpun tak berubah


F                                             E
Namun takkan menjadi milikku
F                                       E
cinta bukan tercipta untukku


(Chorus)
Am                      Bm
Tolong jagalah dirinya
E      Am
Buat diriku
                      Bm   E       F
Jangan biar luka lagi hatinya
                           E
yang amat ku cinta
F                               E
yang milik engkau saja


Am                       Bm
Biar ku simpan semua
E                Am
Kasih dan cinta
                          F E                       F
Akan ku pendamkan sepanjang nyawa
                         E      F                  E
Hingga tiba masa untuk aku bercinta
Am
semula

Bm E      Am
Selamat tinggal kasih
Bm E      F        
Aku kan pergi (ku kan pergi)
E                                 F
Bawa diri yang telah rela (yang telah rela)
E
dan mengerti


           Am
dan di sini saja
 Dm                           G
berakhirnya sebuah kisah
                 C              F              C
cinta bertepuk sebelah terpaksalah
      Dm            E
ku terima tentuannya
Am
Ohhhhh
 

Pssst! Chords di sini telah diubahsuai untuk beginners. Enjoy the song but please don't claim it's yours :)

DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.

Wordless Wednesday - Projek Tak Ada Kerja (Part 1)


Let's Paint!


Selasa, 14 April 2015

Resepi Bebola Ayam & Tauhu

Mari cuba resepi bebola ayam dan tauhu ni. Sesuai untuk hidangan minum petang. Nak buat lauk pun boleh. Selalunya saya makan bebola ini dengan sos cili Thai. Nak makan dengan apa-apa sos kegemaran pun boleh,..sos black pepper, cili kicap, mayonis  & mustard,...ikut citarasa ye :)

Oh, bebola ayam dan tauhu saya ni kurang serinya. Warna hijau tak ada sebab tak letak hirisan daun bawang dan daun sup. Last minute baru perasan 'hijau-hijau' tu tiada dalam stok.

Bebola Ayam dan Tauhu

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

Mari! Mari! Mari! Peluang untuk menang I AM Keychain! Ayu anjurkan GA sempena ulang tahun kelahirannya yang ke - 25. 

Tanjoobi Omedeto, Ayu. Moga dikurniakan satu tahun yang lebih indah, lebih bermakna. Moga Ayu sentiasa menyayangi dan disayangi Allah. Moga Ayu dikurniakan kesihatan yang sempurna, rezeki yang mencurah-curah, kebahagiaan yang tiada galang ganti dan kehidupan yang penuh barakah. Salam peluk cium untuk Bambam Firash, pleaseeee!

Oh, berbalik pada GA, jom beri sokongan pada Ayu! Syarat simple,..easy peasy :)

Klik Banner untuk Turut Serta :)

Cepat! GA berakhir hujung bulan ini!

Selamat Pagi

Setiap pagi kita berpeluang mulakan hari baru dengan dua pilihan,...



Isnin, 13 April 2015

...kerana Kacang Tumbuk


Dah lama dah teringin nak makan kacang tumbuk. Bukan kacang tumbuk candy versi moden yang ada perasa mocha atau coklat tu. Kacang tumbuk original yang dibungkus lipat-lipat dengan kertas putih. Dek kerana teringin sangat, masa Bott pergi kedai, saya kirim kacang tumbuk. Siap minta Bott beli satu pek seorang sebab tak mahu share kacang tumbuk dengan Bott atau Cekengah (Buruk perangai kan?!)

Disebabkan batuk masih belum reda, saya cuba jadi budak baik. Makan bila batuk dah OK lah. Makan sekarang nanti tekak gatal. Susah nak tidur malam. Tak ke mana pun percubaan saya menjadi budak baik! Dah nama pun benda depan mata kan...

Sambil seorang diri menonton TV di bilik kraf, saya jeling-jeling pek kacang tumbuk saya. Tak tahan godaan si kacang tumbuk yang dok memanggil-manggil, saya ambillah seketul. Perlahan-lahan saya buka bungkusannya. Sempat lagi fikir...ni kalau aku makan sekali semua, tersedak dan batuk, tak ke naya! 

Perasan diri tu dah cukup bijak, saya pecah-pecahkan sedikit layer luar kacang tumbuk tu. Hajat hati nak rasa sikit. Just a little bit. Once layer luar tu dah pecah dan tak in tact, bahagian dalam jadi serbuklah. Baru nak masuk mulut, tiba-tiba...

Credit
Maka, bertaburan serpihan-serpihan kacang tumbuk atas carpet! Rasa-rasa dapat agak tak apa yang saya KENA LAKUKAN SEKARANG? Huhuhuhu!


Ahad, 12 April 2015

Tebus Gift Voucher POPULAR dengan WhoHAA!

Ini merupakan kali keempat saya tebus points WhoHAA! Sebelum ni tebus prepaid dan baucer shopping TESCO. Kali ini redeemed voucher untuk membeli barang kraf di POPULAR pula. Berbunga-bunga hati apabila terima kiriman poslaju yang mengandungi voucher ni. Seronoknya! Baca-baca iklan, jawab soalan mudah, cukup points tukar dengan voucher.

RM10 POPULAR Gift Voucher
Bagi yang belum jelas mengenai WhoHAA! boleh baca di sini. Kalau diikutkan memang agak perlahan juga proses kumpul points dengan WhoHAA!, tetapi OKlah...sambil layari internet, sambil berblogging, intai-intailah akaun WhoHAA! LagipunWhoHAA! selalu buat Points Giveaway (seperti di sini). Dari hujung Mac sehinggalah 30 April, dengan hanya log masuk ke akaun WhoHAA!, kita akan dapat points percuma.Tiap-tiap hari berpeluang tambah points :)

Tunggu apa lagi! Log masuk akaun WhoHAA! sekarang. Belum daftar WhoHAA!? Daftar di sini.

Gula Tebu Organik Mildura

Dua minggu lepas, saya pergi Cosway. Ada a few things nak beli. Tengah keliling-keliling kedai cuci mata tengok barang, Bott ternampak benda ni,...

Gula Tebu Organik Mildura

Di rumah memang guna gula tebu organik. Rasanya dah nak masuk tiga tahun dah sejak saya dan keluarga bertukar ke gula organik. Ini antara changes yang dibuat (selain penggunaan garam bukit dan beras Herba Ponni Taj Mahal) untuk jaga diet seluruh isi rumah hihihi. Gula tebu organik memang warnanya perang begini sebab apabila perahan jus tebu diambil dan dikeringkan, kandungan niranya (molasses) dikekalkan. Tidak diproses atau dibuang. 

Selalunya pek 900g/ 1 kg gula tebu organik berharga belasan ringgit. Bergantung pada jenama. Paling murah saya jumpa ialah Gula Tebu Organik Hexa RM7.90/900g. Itupun kalau dibeli di 99 Speedmart. Sekarang ni di Speedmart area rumah saya asyik tak ada stok je.

Gula Tebu Organik Mildura ini pun harganya RM7.90 untuk 900g. Tetapi, member entitled to purchase dengan harga RM6.90. Yeayyyyyyy! Paling murah! Paling murah! Berbaloi-baloi!


Sabtu, 11 April 2015

Sambal Jentik Lidah

Siapa suka makan pedas? Haaa, entri throwback minggu ni kita nak intai resepi-resepi sambal mudah yang boleh dijadikan penambah selera makan. Macam-macam ada,...sambal lonte, sambal Bali, sambal tulod ulod...Apa yang bestnya, proses  menyediakan sambal-sambal ni sangat mudah. Klik pada gambar/pautan ye untuk ke entri resepi yang berkaitan :)


Sambal Lonte

Sambal Minyak Bali

Lena Lelap

Salam hujung minggu!

Credit

Bestnya,... :)

Rasa nak blogwalking,...tidur dululah
Rasa nak tulis entri baru,...lebih baik bobok dulu
Rasa nak memetik dan bermesra dengan si Kapok,...dalam mimpi OK gak! ZzzzZzzzz


Jumpa lagi nanti!
 

Jumaat, 10 April 2015

Material Kraf - Alphabets & Numbers Foam

Cantik tak? Ini barang kraf baru yang masuk stok. Cekengah pergi kedai stationery mana tah. Hajat hati nak beli pen. Pen dia semua dah habis dakwat. Terserempak dengan alphabets and numbers foam ni. Beli untuk saya :)

Alphabet Foam

Kebiasaannya, bagi crafters yang dah ada die-cut machine macam Sizzix tu, boleh potong sendiri huruf-huruf dan nombor seperti dalam gambar di atas. Tetapi mereka kena ada dies alphabets and numbers lah :) Baru boleh potong banyak-banyak ikut warna foam atau kain felt yang digemari. Untuk saya yang lebih kepada cardmaking and scrapbooking ni, 2 set di atas dah lebih daripada cukup.

Sebenarnya macam-macam yang boleh dilakukan dengan alphabets and numbers foam sebegini. Paling mudah, tampal magnet kecil di belakang huruf dan jadikan fridge magnet untuk hiasi peti sejuk. Selain tu, boleh guna untuk buat sign board kat pintu bilik, buat penanda buku, rantai kunci,...Insya Allah, nanti kalau saya hasilkan sesuatu guna set foam ni, saya kongsi di sini ye.

Thanks so much, Cekengah!! Muahhhhhhhhh!

Pssttt! Hari ini, 10 April, merupakan sambutan National Siblings Day di Amerika Syarikat. Hari Adik-beradik ni hanya disambut di peringkat kebangsaan. Maknanya hanya di United States. Bukan world wide tau!


Xie Xie, Hidayu Ayumie

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat! Ini entri penghargaan buat Dinda Ayu a.k.a Hidayu Ayumie. Hadiah rantai kunci berbentuk hati dengan sulaman nama saya diterima pada awal April lagi. Tetapi, dek kerana sakit meleret-leret dua tiga menjak ni, jari-jemari tak berdaya nak buat entri ucap terima kasih. Sorry ye, Ayu.

Ayu beri hadiah sebab saya jadi antara pengomen terbanyak di blognya Hidayu Ayumie untuk 2014. Sweet sangat si Ayu. Sebelum ni dia ada tanya dua warna kegemaran saya. Rupa-rupanya nak buat personalised keychain. Terima kasih banyak-banyak, Ayu. Akak suka dan amat hargai pemberian Ayu. Love the colour combination and the font too :)

Keychain Farrah MF pemberian Ayu :)
Rantai kunci yang cantik dan comel ni, of course-lah sayang nak guna! Jadi, saya abadikan di Bloggers' Board. Duduk sebelah SS yang awesome dan Shikin yang thoughtful ni ye. 

Rabu, 8 April 2015

Wordless Wednesday - Nama

Thanks so much, Hidayu Ayumie. Entri penuh menyusul nanti :)


Hasil seni SS. Klik di sini untuk baca entri SS ye ;)


Sepatutnya Vicks dan Stoking Tebal

Assalamu'alaikum semua. Dah lewat malam baru sempat jengah blog. Terharunya tengok bilangan komen yang perlu saya approve. Terima kasih kawan-kawan, adik-adik semua. Sob sob sob,..dengan mata berair, hidung meleleh,..batuk selang dua tiga minit, saya gagahkan diri baca komen :) Sekarang tengah sakit pakej - batuk + demam + selesema. Mujurlah semput dah kurang. Tadi sepanjang hari tidur je. Bangun untuk buat sikit-sikit urusan rumah, then makan ubat terus ZzzZzzzzZzzzz. Alhamdulillah, malam kuat sikit badan untuk pergi kelas. Bak kata Zarul Kontena ehhh Zarul Farhana,.. sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Kena redha :)

Sepatutnya Vicks & Stoking Tebal tau...

Isnin, 6 April 2015

Fusilli Soupy - soupy

Salam Minggu Baru! Saya mulakan minggu dengan mood serba lemau (walaupun hakikatnya Isnin masih off day saya) sebab nafas sangkut-sangkut. Semput dan batuk ohok ohoks. Terngiang-ngiang bait lagu 'Romancinta' nyanyian MOJO - Sudah tiada udara untuk diriku hembus...Hahaha :D

Hujung minggu tak berenggang langsung dengan inhaler dan obat-obatan. Baik perangai sekejap,.. minum pun air panas je. Alhamdulillah, asma saya taklah teruk sangat sehingga kena pergi sedut nebulizer kat hospital. Tapi, tak jadi kerjalah dibuatnya. Tak larat buat apa-apa. Rehat,..bobok...rehat lagi,..bobok lagi. Nasib baiklah Bott ada untuk uruskan rumah, Cekengah pula uruskan hal ehwal makan.

Fusilli dengan sup ayam ni sebenarnya lebih kepada switch-up recipe. Ada lebihan sup ayam hari sebelumnya. Saya teringin nak makan something hot and soupy. Jadi, saya panaskan sup, masukkan daun limau dan hirisan cili api. Sementara tu rebus fusilli (boleh ikut cara mudah, cepat dan jimat ni). Apabila fusilli dah ready, masukkan ke dalam periuk sup dan biarkan seketika. Then, ambil satu sudu kecil tepung jagung, letak sedikit air dan masukkan ke dalam sup untuk pekatkan kuahnya. Biar likat sedikit ala-ala stew gitu.


Siapppppp!
Fusilli dan Sup Ayam

Jumpa lagi nanti! Moga hari kalian indah dan bermakna. Nanti dah larat, saya blogwalking ye :)

Ahad, 5 April 2015

Fakta Menarik & Perlu Tahu Mengenai Pesakit Autisme

2 April merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia. Saya pernah tulis mengenainya tahun lalu di sini. Kali ini saya ingin kongsi beberapa fakta yang kita perlu tahu mengenai pesakit autisme. Credits to Autism Speaks.

Sabtu, 4 April 2015

Mata tak Magic!

Mata ni tak magic! Tak jumpa-jumpa! Tak nampak-nampak! Tengok sisipan akhbar The Star di bawah. Bayangkan dari 15 haribulan Mac sehinggalah ke pagi ini, saya masih tak nampak gambar tersembunyi dalam bentuk 3D yang dimaksudkan!

Hidden: Pot of Gold and Four Shamrocks

Setiap hari ambil sisipan ni dengan semangat waja. Macam-macam cara saya buat. Dekatkan dengan hidung, jauhkan. Julingkan mata,...terbalikkan. Tak jumpa jugak. Ini semua Bott punya pasallah! Dia yang excited sebab nampak the so-called hidden image suruh saya try. Tak nampak! Bott siap tunjuk lagi area mana imej pot of gold dan di mana letaknya daun shamrocks tu. Tak nampak! Kemek je muka saya bila setiap kali saya suruh dia tengok, dia akan 'Woahhhhhhhh!!!' 'Real!!!'

Frust jugak! Dulu masa kecik-kecik, waktu pemeriksaan kesihatan kat sekolah yang kita kena sebut nombor yang kita nampak di sebalik corak tu,...lulus dengan cemerlang je! Kenapa sekarang tak nampak? Faktor usia? Allignment mata lari? Huhuhuh tak puas hati, saya minta Cekengah tengok. Heheheh ada geng! Cekengah pun tak nampak apa-apa. Eh, bukan...dia claimed dia nampak something tapi bukan pot of gold atau shamrock. (Itu kira tak nampaklah tu!)

Tak mahu cuba lagilah. Recycle kertas ni lagi bagus!

Magic Eye lah sangat! This is 15 Minutes of NO FUN!


Jumaat, 3 April 2015

Cendawan Shitake

Assalamu'alaikum. Salam Jumaat semua! Malam tadi tiba-tiba rajin nak check akaun Nuffnang. Intai keywords sekali. As usual, ada carian kord gitar, origami (kraf) dan resepi. Selain daripada lontong goreng, cendawan shitake pun 'masuk carta'.

Keywords 020415
Jadi, hari ini kita tengok resepi-resepi From Kitchen to Tummy yang berasakan cendawan shitake ye. Klik pada gambar untuk ke entri yang berkaitan.

Khamis, 2 April 2015

Serba Salah!


Semalam,.. 
Kak N hantar nasi lemak dan karipap sardin. Petang hantar lauk ikan berlada. Alhamdulillah.

Pagi tadi,...
Kak B hantar nasi lemak.
Nek D hantar mee goreng dan nasi lemak.
Kak Y hantar sambal ikan berlada dan nasi lemak kuning. Alhamdulillah.

Saya sepatutnya gembira. Lebih-lebih lagi apabila melihat tampang muka Cekebon yang gembira ceria menikmati makanan dan lauk kegemarannya.

Rezeki Cekebon,..once Kak N, Kak B, Nek D dan Kak Y tahu yang Cekebon dah pulang ke rumah, mereka rajin datang ziarah. Tanya Cekebon teringin nak makan apa, then dengan senang hati mereka masakkan.

"Tekak pahit, long. Biar dia berselera makan apa dia suka," kata Nek N pada saya.

Alhamdulillah, saya bersyukur atas setiap satu rezeki yang datang.

Tetapi,..

Tetamu Hebat Mac

Mereka tetamu-tetamu hebat saya untuk bulan Mac. Terima kasih. Domo arigato. Merci. Danke. Syukran. Meskipun bulan Mac ada macam-macam hal yang berlaku pada saya dan keluarga,..kendatipun tower saya ni selalu sepi tak berpenghuni,...komen tak (err lambat) berbalas...sungguhpun saya lambat mulakan sesi blogwalking tour (dan ada sesetengah blog, status saya - 'Masih Tak Kunjung Tiba'),....kalian tetap hadir dengan jejak-jejak komen yang banyaaakkkkkkk!


Seperti biasa Ratu Pojaan Ramai jadi Juara Carta!


Jom jerayawara ke rumah mereka!



Psst! Masih banyak hutang hadiah untuk bulan lepas. Insya Allah, saya lunaskan semuanya sekaligus bulan ni ye. Maaf.


Rabu, 1 April 2015

Wiggly Googly Eyes


Animal Foam Stickers with Wiggly Eyes

Sebenarnya ini untuk bahan aktiviti anak-anak didik saya. Tema haiwan. Foam stickers haiwan beli di Mr. DIY, RM1.80/pek. Wiggle eyes tu pula dari POPULAR. Tak silap saya harga sekitar RM4 - 5. Bukan jenis self-adhesive. Jadi, kena letak sapuan gam nipis untuk lekatkan pada foam.


Saranan aktiviti: 

Kord Gitar Linangan Terakhir - Forteen (Easy Guitar Chords)


Kord Gitar dan Lirik 'Linangan Terakhir' - Forteen (Easy Chords)
Untuk Senarai Kord Gitar yang lain, boleh klik di sini.

(Intro)
C Am

C
Khabarnya
C Am
Khabarnya kau dah jumpa
C
Pengganti teman hidup
Am
Mungkin dialah bahagiamu

C
Semoga
C Am
Semoga dia memberi
C
Secebis lebih hati
Am
Dari segala yang ku mampu

(I)
C
Sebenarnya
C
Sejak detik berpisah
Am
Ku damba rujuk semula
F G
Mungkin tiba masa untuk ku sedar


(II)
C Am
Tak guna lagi aku berduka
F G
Cinta yang mati takkan hidup semula
C Am
Tak guna lagi aku merintih
Am F G
Jadikan titisan ini linangan terakhir

C
Cukuplah
C Am
Cukuplah ku merindu
Am C
Orang yang sudah jauh
Am
Meninggalkan hati berpaut

C
Ku coba
C Am
Ku coba bunuh semua
C
Sisa cinta bernyawa
Am
Di halaman hati yang keruh

Ulang (I) & (II)

Am F
Aku harus tabah membina semula
C G
Harapan yang musnah
Am F C G
Doakanlah agar diriku ketemu setanding dirimu

Ulang (II)

C
Yang paling terakhir
Am F C
Jadikan titisan ini linangan terakhir


DISCLAIMER: Lirik lagu di atas adalah hak cipta / hak milik pengarang, penggubah, artis dan label muzik yang berkenaan. Seluruh media - termasuk lirik, 'guitar chords' & klip video yang terdapat di blog ini hanyalah untuk keperluan promosi dan evaluasi. Sokong artis/penyanyi/kumpulan kegemaran anda dengan membeli CD/nada dering/'caller ringtone' agar mereka dapat terus berkarya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...