728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Sabtu, 25 April 2015

French Toast 2 Minit

Di rumah. Petang Sabtu tidak ke mana-mana. Hujan. Time hujan lebat begini, mulalah perut rasa menggigit minta diisi. Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena. Maka, terhasillah French Toast 2 Minit di dalam Mug saya :) 

French Toast in a Mug

Nak sediakan French Toast versi di dalam mug ni tersangatlah mudah. Yang penting kena ada microwave di rumah ye. Tak ada microwave, kita kena buat French Toast atas frying pan, the traditional way.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 - 4 keping roti (bergantung pada saiz mug). Saya gunakan 3 keping roti untuk 2 mug sederhana besar.
  • 1 biji telur 
  • 3 - 4 sudu susu segar. Susu yang bancuh pun tak mengapa. Asalkan dalam bentuk liquid. Jangan letak susu tepung pulak.
  • Serbuk kayu manis mengikut citarasa
  • Sirap mapel atau madu mengikut citarasa


Cara-cara Penyediaan:
  1. Potong dadu roti. Kalau malas, siat-siatkan dan masukkan ke dalam mug. Jangan mampatkan.
  2. Pukul telur, susu dan serbuk kayu manis hingga ketiga-tiganya tergaul sekata. Tuangkan adunan telur ke dalam 2 mug tadi sama rata. Tekan-tekan sedikit bahagian atas roti supaya potongan-potongan roti dapat menyerap adunan telur.
  3. Masukkan ke dalam microwave dan masak selama 1 - 1.30 minit. Masa bergantung pada kepanasan dan suhu microwave. Buat 1 minit dulu, keluarkan. Jika telurnya masih belum masak. Tambah 20 - 30 saat lagi.
  4. Setelah masak, taburkan sedikit lagi serbuk kayu manis dan curahkan sirap mapel atau madu. Nikmati dengan senyuman :)





21 ulasan:

  1. macamana nak potong dadu? Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha! Masa saya tulis entri ni dan baca balik, dah terdetik dah,...ni kalau SS datang, mesti kena bahan ni :)

      Padam
    2. Bagus punya firasat... He He He...

      Padam
  2. French Toast tradisional memang fav Sha... telur+susu+garam sket, celup roti & goreng... berkeping2 repeat.... heee

    BalasPadam
  3. French toast letak cinnamon sedap ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak letak ajinomoto pon boleh... He He He...

      Padam
  4. baca pun dah terseunyum ni kak.. mcam mana ni.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah terseunyum? apa tu...tunjuk sikit!

      Padam
  5. Teringin nak cuba tapi ada telur xjadi la...ekin alahan pada telur la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama laa alergik jugak dengan telur.. tapi kekadang hentam makan jugak..

      Padam
    2. Tu la ekin pun makan gak.akak... alamak.muka naik.jerawat selalu la hahaaaa... nak hilangkan jenuh la balik

      Padam
  6. jgn kata microwave, frying pan nan hado...guna kuali boleh :-)

    BalasPadam
  7. perlu potong dadu..kalau sis JM..main racik gitew je..tgn x de seni

    BalasPadam
  8. Kat sini tengah ujan..kalau la dapat makan toast ni mesti sedap..nyum2 :)

    BalasPadam
  9. Sedapnyaaaa!!! Nanti dia mcm crunchy crunchy atau lembut eh?

    BalasPadam
  10. huihhh...mudah dan senang....hihiih

    BalasPadam
  11. sangat simple ja buatnya kan kak..nyum2..

    BalasPadam
  12. ooooo inila french toastnyaaa ya.. amboi. banje gambar je ke kak ?

    BalasPadam
  13. xpyh ke french.. hehe. rumah nina takda microwave. kena beli jelah. makan panas2 sedap ni :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...