Isnin, April 13, 2015

...kerana Kacang Tumbuk


Dah lama dah teringin nak makan kacang tumbuk. Bukan kacang tumbuk candy versi moden yang ada perasa mocha atau coklat tu. Kacang tumbuk original yang dibungkus lipat-lipat dengan kertas putih. Dek kerana teringin sangat, masa Bott pergi kedai, saya kirim kacang tumbuk. Siap minta Bott beli satu pek seorang sebab tak mahu share kacang tumbuk dengan Bott atau Cekengah (Buruk perangai kan?!)

Disebabkan batuk masih belum reda, saya cuba jadi budak baik. Makan bila batuk dah OK lah. Makan sekarang nanti tekak gatal. Susah nak tidur malam. Tak ke mana pun percubaan saya menjadi budak baik! Dah nama pun benda depan mata kan...

Sambil seorang diri menonton TV di bilik kraf, saya jeling-jeling pek kacang tumbuk saya. Tak tahan godaan si kacang tumbuk yang dok memanggil-manggil, saya ambillah seketul. Perlahan-lahan saya buka bungkusannya. Sempat lagi fikir...ni kalau aku makan sekali semua, tersedak dan batuk, tak ke naya! 

Perasan diri tu dah cukup bijak, saya pecah-pecahkan sedikit layer luar kacang tumbuk tu. Hajat hati nak rasa sikit. Just a little bit. Once layer luar tu dah pecah dan tak in tact, bahagian dalam jadi serbuklah. Baru nak masuk mulut, tiba-tiba...

Credit
Maka, bertaburan serpihan-serpihan kacang tumbuk atas carpet! Rasa-rasa dapat agak tak apa yang saya KENA LAKUKAN SEKARANG? Huhuhuhu!


50 ulasan:

  1. alahai, ciannya akak..wana tau perasaan akak yang teringin sangat nak jamah sikit tu..besabarla ya kak..semoga cepat sembuh tau..minum air suam banyak2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dah ok sikit dah. Kononnya nak berjaga2 lah hikhikhik
      Nway, thanks, Wana! Wana pun jaga diri juga ye!

      Padam
  2. cuba akak minum air limau kasturi untuk hilangkan gatal2 leher tu..wana tau mesti sangat tak selesa apalagi time tidur malam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahhhh, skrg kalau tekak gatal akak minum campuran lemon halia & madu. Lega sikitlah:)

      Padam
  3. Tindakan yang terbaik adalah... Pegi balik kedai yang jual kacang tumbuk tu... Pulang balik kacang tumbuk tu... Mintak duit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti lepas vacuum saya kumpul balik serdak kacang tumbuk ye, SS hihihi

      Padam
    2. HAHAHAHAAAAA...
      SS jgn bagi idea lawak macam menteri sekrang..ehh!..

      Padam
    3. Tak mengapalah,..sekali-sekala SS lawak YB :)

      Padam
  4. betul kata wana tu...kita ikhtiar kan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Anies. Tengah terus ikhtiar kasi batuk hilang ni :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Entah,..tetiba je hidung gatal, terbersin depan kacang tumbuk tu. Habis berterbangan serpihan kacang tumbuk di udara sebelum mendarat atas carpet, sis :)

      Padam
    2. Ekin pun bersin gak... hari ni baru p klinik abg cuti... batuk n selsema..

      Padam
  6. kacang tumbuk? mcm x pernah tgk....yg mana satu eh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala sis, bende ni macam kacang yang dimampatkan dalam bentuk empat segi kecil. Then dibalut individually pakai kertas putih :)

      Padam
    2. dia mana makan makanan tradisi ni. dia mkn makanan koya ja..kampung halaman kan..hahahaaa

      Padam
    3. Haah kan,..cuba sebut makanan koya, mesti laju je!

      Padam
    4. Dia cuma tahu Bolgogi jek... Kacang tumbuk dia tak tahu... Keh Keh Keh....

      Padam
    5. SS mmg memahami JM...mreh sini nk cium sikit heeee

      Padam
  7. Sib baik xkuar ikut idung kacang tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah keluar ikut hidung kira kes epik dah tu, Ri.

      Padam
  8. bukan rezeki! hahaha, jadi rezeki semut la nampaknya.. sapu kasi bersih okay? hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah bukan rezeki gamaknya. Tak sempat jadi rezeki semut sebab dah masuk perut vacuum :)

      Padam
  9. tak ada rezeki nak makan la tuh.. apapaun dia suruh sihat betul dulu baru makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sabar ye kak Farrah.. tahan nafsu makan tuh jap.. hehehe..

      Padam
  10. kesian farra..kesihatan tak baik lagi...makan ais krim vanila la farra,member khaty selalu bila sakit tekak dia beli makan,alhamdulillah,macam baik ja..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiskrim vanila? terus celik mata dengar. nanti nak cubalah. thanks, khaty :)

      Padam
  11. Hehehe..kantoi la Kak Farrah...Bott ngan cekengah mesti tahu Kak Farrah curi2 makan kacang tumbuk tu..hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kantoi,...tiba-tiba je ada orang rajin mengemas guna vacuum cleaner :)

      Padam
  12. lama x beli kacang tumbuk , tapi kalau makan dalam kereta xbest lak. sbb nnt bnyk habuk bersepah. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu kalau sayang kete, kacang tumbuk dan rakan2 seangkatannya kena ban, Syafik :)

      Padam
  13. Isshhh, kenapa tak sorok dulu kak.. camna nak baik batuk tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik dah sorok. Tapi kacang tumbuk tu memanggil-manggil!

      Padam
  14. makin susah plak nak dpt sekarang.. suka juga ni..selalu berebut ngan abah klu makan ni..hahaaha..
    abah saja tau, dia hantu kacang..pantang jmpa.. patutlah we all banyak jerawat..hahaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun kategori pantang jumpa gak, walaupun sebenarnya tak leh sangat makan kacang2 ni.

      Padam
  15. Gatal tekak Mkn kacang ni batuk la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih itulah namanya akak tak sedar diri ;)

      Padam
    2. Tengok kacang depan mata mesti la nak makan kak... tak ingat dah kita ni batuk kan..

      Padam
  16. sambil ayu bace sambil ayu terbayangkn kak farah curik2 jeling2 kat kacang tumbuk tu tau
    eheheheeh semga cepat sembuh ye
    kalau batuk ni sllu mmg lambat kan nak baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, ayu! Betul. Batuk ni datang macam ribut, tau2 dah nak tercabut paru2 batuk. Perginya macam snail! :)

      Padam
  17. ahahahaha tu laaaa.. tunggu sihat la baru makan.. benda tu dahla berabuk..
    memang bleh trsangkot kat tekak then gatal2.. then mulalah.. aaaaaacho..

    BalasPadam
  18. oh, ada juga kacang tumbuk versi moden ye kak? x pernah nampak lak.. sedap ke..

    alamak,, terbersin lak time tu. hehe. sian kak Farrah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.