Jumaat, April 24, 2015

Projek Tak Ada Kerja (Decoupage Part 2)

Assalamu'alaikum.



Ok. Inilah rupa akhir projek mini decoupage saya.

Posing sikit!



Sisi sebelah kanan bunga ros yang ini :)


View depan.

Bahagian depan saya memang tak buat sarat sangat! Satu, sebab ruangannya agak kecil dan terhad. Dua, saya tak naklah bekas ni nampak macam jambangan ros berat. Konon-konon nak less is more :)

Dah siap, bolehlah kita guna! Guna untuk apa? 


...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...

Tattadaaaaaa!

Ngam-ngam je!
Jadi tempat letak washi tapes. Lebih kemas dan tersusun. Sedap mata memandang. Tetapi, tak tahulah berapa lama boleh bertahan jadi milik saya. Cekebon sudah mula menunjukkan tanda-tanda ketara minatnya terhadap bekas ini hehehe

Selepas ni, nak cuba buat decoupage guna tin biskut pula. Bagi sesiapa yang berminat nak cuba, apa lagi...gi shopping tisu cantik sekarang! Kalau nak cari bekas macam saya ni, rasanya available di Mr. DIY atau DAISO. Hasil decoupage boleh buat hadiah. Mother's Day kan dah dekat. Hari Guru akan menyusul. Oh ya, berkenaan gam decoupage tu, insya-Allah nanti saya tunjukkan cara nak buat ye.




33 ulasan:

  1. wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... cool gilakkkk! haha. terlebih lak.. awesome nya.. jeles betul stiap kali tengok akak buat projek macam ni... ahahaha... benda lawa kak.. saya pun mesti duk tenung je benda tu, dah fikir nak buat apa.. :P

    BalasPadam
  2. Kalau aisyah dah buh kat dapur.. simpan botol garam..kicap..semangat sikit nak msk..hehe..mmg super kreatif la..hehe

    BalasPadam
  3. teringin nak buat, tapi tangan tak berapa berseni..nampak cantik kak Farrah, amik upah buat tak?hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berapa berseni pun boleh buat, Sal. Asal cukup bahan2nya. Tak, tak ambil upah...buat pun terkial-kial ni ha :)

      Padam
  4. Cantik kak! Letak botol rempah yg kecil kecil tu pun boleh kan.. Idea ni;)

    BalasPadam
  5. wahhh cantik lahh kak farah!! ohsem gilaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha ini projek kecil2an orang tak mahir, Izzati. Klu tengok orang expert buat, lagi awesome!

      Padam
  6. wow, i ada satu bekas tu.. nanti bila2 rajin leh lah buat.. nak painting tu yg 'malas' sikit..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah bab paint tu, calit-calit je Syida. Senang je. Yg penting cari tisu cantik.

      Padam
  7. Balasan
    1. Tak SS. Ni kes malas punya cerita. Saya paint, tampal tisu dgn gam je. Skrg ni tgh buat eksperimen adakah kualiti tampalan tu akan bertahan atau terkopek-kopek,...

      Padam
    2. Rasanya kalu tak nak terkopek kena varnish kot... tapi kalu nak nampak vintage mmg tak varnish pon...

      Padam
    3. Betullah, SS. Saya dah tanya2 orang dan survey kat internet. Kalau nak tahan lama saya kena varnish sebab saya kan pakai decoupage glue buat sendiri. Kalau pakai yang jenama mod podge tu tak perlu.

      Padam
  8. Cantik...cantik... giler lah! suka part bunga ros tu..hahaha..cantik sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Mimie patut tukar nama jadi Cik Mawar lah :)

      Padam
    2. Hahahaha...Cik Mawar? takut orang tak kenal pulak nanti..hikhik :)

      Padam
  9. Cantiknya, kak Farrah! Saya punya washi tapes saya main letak je kat mana-mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau letak kat mana-mana senang jumpa tak apa. Akak ni letak mana-mana terus tak jumpa :)

      Padam
  10. Comelnya bekas tu... sini mana ada Mr Diy ni nak p cari la...

    BalasPadam
  11. cantik laa.. hahaha nanti kena pinang ngan Cekebon laa bekas tuh..

    BalasPadam
  12. cantiknya..tgk sambil meleleh air liur..kalau lah dapat satu :-)

    BalasPadam
  13. tapi nampak nya cekebon dah 'booking'

    BalasPadam
  14. waaaaaaaaaaaaaa......ini hasilnyerrr...tak tercapai akal nak bubuh apa dalam tuhhh adehh...sel2 otak xberhubung hehehehe

    BalasPadam
  15. alololo..comelnya rak untuk washi tapes tu..suka..suka..suka.. ^_^

    BalasPadam
  16. CT cari gak washi tapes area kedai buku sni.. tapi xde yg mnarik untuk disumbat masuk dalam parcel eeeeh eeeh ehehehe..

    BalasPadam
  17. cantiknya.. suka style inggeris.

    BalasPadam
  18. Akak ekin dah jumpa kedai Mr DIY la hihihihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.