Selasa, April 14, 2015

Resepi Bebola Ayam & Tauhu

Mari cuba resepi bebola ayam dan tauhu ni. Sesuai untuk hidangan minum petang. Nak buat lauk pun boleh. Selalunya saya makan bebola ini dengan sos cili Thai. Nak makan dengan apa-apa sos kegemaran kalian pun sedap - sos black pepper, cili kicap, mayonis, mustard...ikut cita rasa masing-masing ye :)

Oh, bebola ayam dan tauhu saya ni kurang serinya. Warna hijau tak ada sebab tak letak hirisan daun bawang dan daun sup. Last minute baru perasan 'hijau-hijau' tu tiada dalam stok. Tetapi, begini sahaja dah cukup enak dah. Yang pasti bebola ayam dan tauhu ini lebih sihat berbanding bebola cucuk-cucuk yang kita beli.

Bebola Ayam dan Tauhu

Resepi Bebola Ayam dan Tauhu

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 ketul bahagian dada ayam
  • 4 keping tauhu
  • 3 batang cili hijau (jika suka pedas boleh tukar ke cili api)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 biji telur
  • 50g tepung gandum
  • ½ sudu teh serbuk lada sulah
  • garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:
  1. Rebus ayam. Kemudian, potong dada ayam menjadi hirisan kecil. Lecek tauhu dan ayam sehingga hancur.
  2. Campurkan cili hijau, daun sup, daun bawang, tepung gandum, lada sulah dan garam. Gaul sebati hingga semuanya sekata.
  3. Kepalkan adunan dan bentukkan menjadi bebola.
  4. Celupkan ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.

Selamat Mencuba!


44 ulasan:

  1. yeayy! dapat resipi baru.. tq for sharing farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. u r most welcome, Intan :)
      nanti ada masa terluang cubalah ye..

      Padam
  2. macam sedap jer.. boleh cuba nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat mencuba, eyda. Bolehlah buat tukar2 selera :)

      Padam
    2. tuh laa, boleh laa buat ujung minggu ke apa.. nak simpan resepi nih..

      Padam
  3. kaknoor belum pernah buat bebola ayam tauhu ni boleh try jugak ni farahh mesti sedapp ada kelainan sikit dari pegedil biasa tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Kak Noor cuba ye. Untuk buat tukar2 selera. Rasanya kalau respi ni diolah semula oleh Kak Noor mesti berganda-ganda sedapnya :)

      Padam
    2. Pakar masak olah resepi baru mesti marbeles ni..hehe

      Padam
  4. farra,sedapnya..tengah lapaq nie..

    BalasPadam
  5. erm, nyum2..walaupun simple tapi nampak sedap dan best bebola ayam ni kak..

    BalasPadam
  6. pssttt..kak farrah dah sihat? jangan lupa jaga kesihatan tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semakin bertenaga ibarat ultraman yang baru dicharge baterinya hihihihi thanks for your concern, Wana :)

      Padam
  7. Kalau nak bebola ayam je, tak payah letak tauhu la kan?

    BalasPadam
  8. rajinnya buat bebola ayam sendiri. kalau saya guna je daging cincang pastu tambah2 sikit spices supaya nak bagi ade perisa x'D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu pun sedapppppp Mazni! Akak kalau pakai daging cincang, masukkan sekali caramelised onions :)

      Padam
  9. Balasan
    1. Memang best...boleh dikatakan best hihihih

      Padam
    2. Boleh cuba nanti hihihi kita masakan kelainan kan akak..

      Padam
    3. Tunjuk resepi akak ni ada letak telur kena ceramah selalu hahahaa... syg abg ni xleh mkn telur nanti muka tu naik jerawat... hihihi...adessssemua afa telur xboleh mkn stresss hahhaaa

      Padam
    4. Tak mau stress. Jangan gula telur.

      Padam
  10. Farrah,

    Azie suka sebab ada tauhu! Nak cuba nanti. Nanti Azie post di Instagram. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, Azie suka tauhu ye. Haaa, dah post kat IG inform tau. Nanti saya jejak hihihi

      Padam
  11. ni kalau buat makan gitu ja sambil layan online.. thanks for sharing resepi akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best buat kunyah2, Syida :)

      Padam
    2. risau jmpa makanan sedap ni.. nanti lupa diri.. haha.. makan tak hingat

      Padam
    3. Tak pe, Syida. Set shaklee kan ada :)

      Padam
  12. sedap..sedap...nanti nak cuba buat :) Thank Kak Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah cuba jangan lupa kongsi di blog ye..

      Padam
  13. Cikna pun Ade wat... Memandangkan Cikna kureng ngan telur ni Cikna gantikan dgn tepung gandum je,huhuu.....😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh cikna tak salut ngan telurlah ye,..kira dgn tepung gandum je.

      Padam
  14. dah macam nugget jugak la ni kan kak farrah
    macam sedap tapi xtau lah boleh masuk x dgn rasa tauhu tu
    tauhu yang biasa tu kan kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah, akak guna tauhu biasa je. Tapi klu nak guna tauhu jepun atau yg jenis lembut tu boleh je. Tak guna tauhu pun tak pe.

      Padam
  15. dah macam nugget jugak la ni kan kak farrah
    macam sedap tapi xtau lah boleh masuk x dgn rasa tauhu tu
    tauhu yang biasa tu kan kak

    BalasPadam
  16. uiiii dpt pns2 ni....heaven!!! ;-)

    BalasPadam
  17. kalau saya cakap 'nanti nak cuba', nampak nau menipunya..haha.nugget dalam fridge pun tak bergoreng lagi.rajin betul kak Farrah ni.untung sape yang berjaya menambat hatinya nanti..ewah

    BalasPadam
  18. okee nak buat nanti..sedapnyeee.. :)nyum nyum..

    BalasPadam
  19. recipe ni boleh guna untuk atkiners jugak.. just omit tepung tu..
    yang lelain okaaay sngt dah ehehe..

    BalasPadam
  20. best best! boleh la buat untuk makan petang :D

    BalasPadam
  21. Kalau mekja mmg kena tambah cili api. Baru sedap, xmuak. heheh

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.