728 x 90

Selasa, 21 April 2015

Resepi Mudah Roti Puri

Jom! siapa-siapa yang cuba nak buat roti puri, resepinya seperti yang dijanjikan :)

Roti Puri

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh susu tepung (saya letak 1 sudu besar, nak lebih rasa berlemak kononnya)
  • 1/2 sudu teh gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak canola)
  • Air suam secukupnya untuk membentuk doh

Cara-cara Penyediaan:
  1. Masukkan tepung gandum, susu tepung, gula, garam dan minyak ke dalam sebuah mangkuk. Gaul sekata. 
  2. Kemudian, masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat di tangan.
  3. Tutup mangkuk berisi doh dengan sehelai kain lembap. Rehatkan doh selama 20 - 25 minit.
  4. Bentuk doh menjadi bebola kecil (saiz bebola terpulang pada anda). Kemudian, guna rolling pin untuk leperkan doh sehingga menjadi nipis. Bagi elakkan doh melekat, bolehlah titiskan beberapa titis minyak masak atas permukaan tempat kita menguli tu.
  5. Goreng dengan minyak yang panas. Roti puri ni sedap dinikmati bersama kari atau gulai, sambal, kaya atau susu pekat.

Selamat Mencuba!


47 ulasan:

  1. senang je rupanya..
    (nak try ganti susu dengan mealshake atau esp).. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. silalah buat eksperimen segera, syida. then, kongsi di blog ye.

      Padam
  2. resepi yang simple dan menarik untuk dicuba.. thanks kak Farrah.. mungkin boleh buat dihujung minggu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba eyda, buat besar sikit biar kembung-kembung. mesti budak2 tu suka :)

      Padam
    2. tu laa nanti nak cuba buat laa.. mesti budak-budak tu suka..

      Padam
  3. eh simple je resepi..
    ade mase blh try buat ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang simple, ezy. nak menguli tu lah yang messy sikit :)

      Padam
  4. roti puri?wah resepi baru ni,mesti cuba :-)

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. cuba, cik mimie,..jangan tak cuba :)

      Padam
    2. Susu tepung tu susu baby boleh x? hakhakhakhak

      Padam
    3. Boleh je...akak letak ANLENE hahahah

      Padam
    4. Ok, terbaik.. nanti mak ucu amik susu tepung Rayyan sikit...hehehe :)

      Padam
  6. kalau mkn 2-3 org ok kot kalu mkn ramai2 sy surrender nk buaht hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah betul tu, anies. Kalau makan ramai2, haru kita nak menguli doh jadi nipis :)

      Padam
  7. Alaaa...tegok gmbr roti ni cicah kari time lapar la plak...adehhh...seksanyeeee...huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya terbayang makan roti puri ni dengan kari udang galah sis :)

      Padam
    2. alaaaaa.....lagi laa merembes bila kenangkan kari udang tuhhhhhh huhuhuuh

      Padam
    3. Uhuk uhuk! Saya merembes sama. Huargggghhhhh! Nak kari udang!

      Padam
  8. tak pernah makan roti puri ni. cuma pernah dengar dan tengok je

    BalasPadam
  9. tak pernah pun rasa roti puri ni . hehe . nanti kena cuba buat dgn mak ni . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat mencuba, yaya. ajak mak menguli sama2 ye :)

      Padam
  10. owhhh mcm tu je resepinyee..hihi.. senang jugak rupenye..kak farah always dtg dengan resepi simple :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik yang simple2 tu je yang akak reti buat :)

      Padam
  11. nak cuba lagilah next time
    sebelum ni buat tak jadi tau! entah mana silapnya
    jadi lempeng. kecewa sungguh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terus mencuba, YY. Kalau tak yakin, cari video kat Youtube :)

      Padam
  12. yeahhhh. dah ada resepi. maceh kak :D

    BalasPadam
  13. Simple tapi memikat selera!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang. Boleh makan dengan sambal ke, rendang ke, serunding ke :)

      Padam
  14. Nampak menarik dan menyelerakan.Boleh cuba buat.tQ utk resipi mudah ni yer.

    BalasPadam
  15. Wahhh mcm best tengok resepinys... akak guna susu tepung apa tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat umah ada susu anlene je :)

      Padam
  16. x perlu letak soda bikarbonat eh...ala..perlu cari rolling pin lah...x de menda tu...kalau golek2 guna gelas boleh :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je, sis. Tapi buat doh kecil2 lah. Senang sikit nak uli. Tak perlu letak soda bikarbonat.

      Padam
  17. InshaAllah nanti nak try buat hihihi...

    BalasPadam
  18. oh ini roti puri.. pna dnga tp xpna ngok.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni kalau jumpa, jangan lupa cuba ye :)

      Padam
  19. mcm senang tapi...... kerajianan tak datang la hihu

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...