Sabtu, April 11, 2015

Sambal Jentik Lidah

Siapa suka makan pedas? Haaa, entri throwback minggu ni kita nak intai resepi-resepi sambal mudah yang boleh dijadikan penambah selera makan. Macam-macam ada...sambal lonte, sambal Bali, sambal taucu.... Apa yang bestnya, proses  menyediakan sambal-sambal ni sangat mudah. Tak perlu pening kepala nak bersilat di dapur. Saya memang jenis yang kena ada sambal baru seronok dan berselera makan. Ada rasa pedas-pedas ni, baru syiokkkkk! Tak perlu banyak pun, cuit-cuit je sekadar untuk bangkitkan selera.


Mungkin kalian boleh cuba resepi-resepi mudah di bawah. Klik pada gambar/pautan ye untuk ke entri resepi yang berkaitan :)


Sambal Lonte
Saya paling suka sambal lonte ini. Biasanya saya guna cili padi hijau. Tetapi, jika dapat cili padi merah tu lagilah berdesup pedasnya. Makan memang tak pandang kiri kanan dah.


Sambal Minyak Bali
Sambal Bali versi saya ini merupakan versi sambal matah Bali yang telah dipermudah. Ini kira sambal segera yang saya buat untuk dimakan bersama bubur nasi atau nasi goreng. Nanti, jika ada kesempatan, saya akan kongsi resepi Sambal Matah Bali yang autentik.


Sambal Taucu dimakan dengan ikan goreng :)
Sambal taucu + ikan goreng garing = gabungan terbaik. Cubalah. Pasti kalian akan bersetuju dengan saya. Tetapi, berpada-pada dengan penggunaan taucu ye. Ada taucu yang jenisnya masin sangat, ada yang so..so. Jadi, pandai-pandailah agak.

Sambal Hijau
Sambal hijau versi mudah untuk dicuba. Saya campur cili hijau, cili padi hijau dan bawang sengaja dilebihkan. Yummyyyy!

Sambal Ikan Bilis Kering
Yang ini siapa tak suka kan? Ratah begitu sahaja pun sedap. Makan dengan roti, bubur, nasi panas, semua ON. Saya kalau terkena bahagian sambal yang berketul tu fuhhhh syoknya!


Ada yang kena dengan selera? Terpancing? Boleh cuba untuk menu makan malam atau lunch esok. Semoga dapat jadi hidangan yang dapat menjentik selera kalian  :)


Cuba sambal ini juga:

43 ulasan:

  1. assalam akak..

    wana datang nak lepak kat tower akak..maaf lama x singgah sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah lama mana,...tapi cukup untuk buat akak rindu :)
      Don't worry, akak faham Wana sibuk, kaki sakit pula,..

      Padam
  2. semua sambal2 tu nampak sedap dan menggiurkan..wana ni suka makan sambal..wana tertarik dengan sambal lonte tu..macam best..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal lonte memang best. Nama je huduh. Akak teringin nak makan sambal bunga betik Wana :) Tapi susah nak cari bahan2nya di sini.

      Padam
  3. time sakit meman selalu selera nak makan pedas-pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh, tau dah! Kalau Sal kurang sihat, kasi sambal!

      Padam
  4. sambal hijaaaaau sedapnye =) nenek memang slalu buat yang tu..
    ngan nasi panas.. aaargh sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhhhh sedapnya sambal hijau ngan nasi panas!

      Padam
  5. okay yang ngan ikan tu pun masyuk.. CT agak suka makan macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tu goreng garing2. Memang tak pandang kiri kanan dah!

      Padam
  6. Salam. Hee rajinnya, mana lidah yg kena jentik tu mak ;p

    BalasPadam
  7. kena bookmark entri ni.. hehe..

    BalasPadam
  8. Nasib baik dah makan sambal merah tadiii. hehehe

    BalasPadam
  9. kak farrah, tetiba saya teringat tengku zaril makan pedas rileks je. haha. time tu yuhanis nak kenakan dia tapi TZ makan selamba je.
    maaf pengaruh drama pulak lately ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah akak balas komen ni setelah Ku Ril dan Yuhanis hidup happily ever after!

      Padam
  10. sambal jentik lidah? kiranya lepas makan mesti 'menggedik' lah lidah tu ke.....gelek2 mcm penyanyi dangdut ahaahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa bila dah bergelek deria rasa lidah tu barulah enjoy makan!

      Padam
  11. sis JM suka mkn pedas tapi tak lah pedas yg boleh berasap telinga or menjentik lidah tu....mahu cirit lepas tu..mahu pedas yg light je :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu macam tu tak boleh panggil jentik lidah... panggil jentik bontot... ha ha ha...

      Padam
    2. itu pedas-pedas manja namanya :)

      Padam
  12. perghhh ni bukan jentik lidah....tapi bom lidah tq for sharing

    BalasPadam
  13. nampak sedap dan tapi boleh laa nak rasa kepedasannya.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila rasa,...berdesup pedasnya! :)

      Padam
    2. ohhh tak sanggup nak rasa kepedasan tahap berdesup tuh.. boleh cari bomba nanti, keluar api, asap.. hehehe..

      Padam
    3. Hahahah susah gak kalau kena cari bomba!

      Padam
  14. Sambal hijau memang feberet Cik Mimie..sampai jilat2 jari makan tau..hahaha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jilat2 jari tu jari tangan je kan,...tak sampai jilat jari kaki kan :)

      Padam
  15. Lapor diri di tower akak... byk hari xsinggah tarikh posting ni ekin bz dengan kenduri abg... balik kedah terus demam,batuk n selsema

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasihlah sudi lapor diri. Akak pun nak minta maaf, kurang dapat jenguk ekin. Busykan apa tah!

      Padam
  16. sambal ikanbilis kak farrah
    tp sekarang tak bolrh nk jentik lidah la kak
    menangis meleleh air mata nanti

    BalasPadam
  17. saya suka sambal taucu tu... perghhh. kalau dapat makan,, memang x ingat dunia. hahahahha. tapi lepas tu toilet jadi peneman sepanjang hari -.-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, tu maknanya kena makan sambil beringat :)

      Padam
  18. macam-macam jenis sambal ada ni... ada yang pernah buat, ada yang tak pernah.. sambal hijau tu jugak yang jadi pilihan Ros

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.