728 x 90

Selasa, 19 Mei 2015

French Toast Coklat

Sarapan ringkas untuk hari ni. French toast coklat. Konon-konon teringin nak makan something savoury  sweet.

French Toast Coklat

Mudah je nak menyediakannya. Buat bater telur seperti biasa, masukkan sedikit susu, perasakan dengan garam dan sedikit serbuk kayu manis. Kemudian masukkan beberapa sudu besar serbuk malt coklat seperti Milo, Vico atau Ovaltine. Kacau hingga sebati.

Panaskan frying pan. Letak sedikit mentega atau minyak canola. Celupkan roti hingga semua bahagian tersadur. Masak buat seketika hingga warnanya bertukar kecoklatan. Jangan bimbang. Yang coklat kehitaman tu serbuk malt coklat.

Rasa-rasa dah masak, angkat dan taburkan dengan sedikit gula perang atau sirap mapel sebelum dihidangkan. Yummmm yummmmm!


34 ulasan:

  1. alamak aihhh meleh air lior nengoknye kak farah !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi,...aturkan langkahmu ke dapur! :)

      Padam
  2. sedapnya..nyum, nyum...masa sekolah rendah dulu2, bubuh susu atas roti, tabur milo..sedap giler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhhh! Saya masa kecik2, jadi power rangers sekejap berebut roti susu tabur milo ngan adik2. Sedapppppppp!

      Padam
  3. Balasan
    1. Memang sedapppppp. Rasa coklat yummo!

      Padam
  4. jadi lapar pulak petang2 ni..heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja lor..dekat office xde kudap-kudapan..hahaha..

      Padam
  5. coklat ada tu yang penting.. i like coklat.. klu buat, letak coklat lebih sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak lagi sedap,..masa baru angkat roti, taburkan lagi sedikit serbuk malt coklat. Ala2 roti telur dinasor!

      Padam
  6. Sedapnya tengok terliur la pulak

    BalasPadam
  7. memang nyum nyum tengok time hujan ni!

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Memang sodap SS,...nak buatnya pun senang! :)

      Padam
  9. Wow !! yummeh !! dah la suka benda berkaitan coklat ni.. hehe.. sebenarnya, semua pun suka kalau bab makan... haha

    BalasPadam
  10. yummy..tak pa,khaty baru lepas lucnh..hehehehe

    BalasPadam
  11. wah, alang2 kat umah ni, boleh try :D senang ja. hahaha

    BalasPadam
  12. erm, sedap dan simple cara buatnya kak..tapi malas pula nak buat..senang cite datang umah akak dan makan ja kat sana boleh??? ^_^

    BalasPadam
  13. dah baca resipi tapi still x pandai nk buat...buatkan utk sis JM boleh...alaa..boleh lah..plssss

    BalasPadam
  14. ehh..jap..ni guna roti planta ke roti gardenia ke roti kaya ke roti miskin kih kih kih

    BalasPadam
  15. walaupun rupanya kureng comei, tapi rasanya memang sedap..

    BalasPadam
  16. rasa dia mcm mana kak farah? hehehe..milo? saya ingatkan resipi buat air tadi. hehe

    BalasPadam
  17. Aaaaaaaaa, nampak sedap sangat.

    BalasPadam
  18. maybe lepas ni boleh try utk sapu spread nutella tengah2 in between 2 toasts..
    then goreng.. miahahaha..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...