Sabtu, Mei 09, 2015

Mesej Alam Sekitar El Gamma Penumbra

Siapa tengok Asia Got Talent? Well, semalam rancangan ni dah sampai ke kemuncaknya. Grand finale. 9 peserta berjaya tampilkan persembahan-persembahan yang hebat. I am a fan of Triqstar (Japan) and Khusugtun (Mongolia). Suka kerana mereka suntik elemen budaya yang dibawa dari negara masing-masing dalam setiap persembahan.

Tetapi, hari ini kita nak bicara tentang kumpulan anak muda dari Filipina - El Gamma Penumbra. Mereka ni buat shadow play. Persembahan menggunakan layar dan bayang-bayang tu. Apa yang menarik, El Gamma Penumbra bukan sekadar anak muda berpakaian serba hitam yang cuba menghasilkan bayang-bayang objek dan imej. Setiap persembahan mereka mengangkat tema penting yang dipaparkan dalam satu jalan cerita.

Jika di peringkat audition mereka memukau para juri dan penonton dengan kisah cinta sejati, di peringkat separuh akhir dengan tema keamanan dunia,...di peringkat akhir mereka cuba memberi kesedaran pada masyarakat dengan membawa tema alam sekitar. Mother nature. Pada awal persembahan kita akan dapat lihat aksi-aksi mereka membentuk imej pemburu yang memburu haiwan semata-mata untuk mendapatkan tanduk, nelayan yang menuba hidupan akuatik dan wanita yang sesuka hati mencemarkan alam dengan membuang sampah merata-rata.

Majestic :)
Paparan imej yang dibentuk seterusnya menggambarkan suasana 'derita' yang dialami rentetan aktiviti-aktiviti tidak sayangkan bumi ini. Tak mahu banyak cerita. Biarkan shadow play ini buat anda terpukau!


Let's Go Green!



44 ulasan:

  1. tak pernah tgk.. mesti kat Asterok kan K.farrah..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ASTEROK!!...dah kena strok ke teruk sgt tu ahhahah

      Padam
    2. ha'a..di ASTRO lah Suida ...

      Padam
    3. Hihihi memang tayang kat Astro, Syida.

      Padam
  2. Gigih I tgk kat youtube utk Triqstar ngan Khusugtun tu.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syida suka tak performance mereka? Bagi akak memang best, tapi peluang nak menang tu agak tipislah.

      Padam
  3. dah grand Finale ke..alamak..terlepas lah...tapi ASTRO ada buat siaran ulangan kan...kalau x de siaran ulangan bukan astro namanya :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha jangan risau, sis! Esok ada marathon sepanjang hari. Kalau tak ulang bukan astro namanya :)

      Padam
  4. Ala lupa nak tengok time tu bz ada keje la pulak...

    BalasPadam
  5. Esk ada ulangan harap sempat la tengok... esk.bnyk urusan.luar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat tengok tak? Rasanya ulangan citer ni sampai ke malam!

      Padam
    2. Xsempat tengoknhihih bz sikit mlm MIL tengok cerita dio

      Padam
    3. Tgk kat youtube jelah. Tak yah kacau MIL nya tv shows :)

      Padam
  6. Ekin nk tgk time xde cerita MIL lawak2 huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena take turn. Ekin tengok time MIL tido lah.

      Padam
    2. MIL tido jap bangun jap tido... hihihi.. time dia tido lena mlm la ekin dah tido

      Padam
    3. Orang tua memang light-sleeper. Tak mengapalah, sekurang-kurangnya bila ada tv, MIL berteman. Tak sunyi :)

      Padam
    4. Hihihihi.betul tu akak... menantu dia pulak.jap duk baring atas kerusi kat jap masuk bilik relax ats katil... last3 tertido

      Padam
  7. umah ana pun xde astro. tgk kat youtube blh la nti hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok kat youtube je, Ana. Terus boleh pilih video act yg best2. Kalau tengok full show kena tunggu dari mula sampai habis :)

      Padam
  8. tak ada astro nak tengok.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. p/s

    x sempat nk lawat semua booth...sbb lps abes keje trs blk..penat ya amat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh memang confirm penat kan! Layan orang ramai berpusu-pusu, bertali arus. Kalau saya entah sempat balik entah tidak,..tahu2 dah black out! Ngeeeee....

      Padam
  10. wow menarik.. CT penah tngk a few yg orang share kat fesbuk je la..
    rumah xde tv la katakan.. ehek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Dunia di hujung jari. Klik-klik je :)

      Padam
  11. sy suka tgk presembahan diorg..kreatif betul.....daya imaginasi yg tinggi.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, sis! Saya kagum betul. Yelah, nak buat bayang-bayang bukan macam tu bukan senang. Kena agak jarak dengan skrin, kena kreatif fikir nak buat macammana untuk hasilkan bayang objek. Saya tahu buat bayang2 kuda je ;)

      Padam
  12. Cik Mimie kalau tgk Asia Got Talent memang tunggu persembahan dari El Gamma Penumbra...memang terbaik..Tarian dalan wayang kulit...menjadi dan msj yang disampaikan tu memang betul2 sampai la org kata :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..setiap kali show ada cerita & mesej yg touching! Brilliant!

      Padam
  13. Azie & husband pun tgk! Takboleh miss Asia Got Talent ni. Dari audition sampai Grand Finale mmg suka El Gamma Penumbra ni. Setiap persembahan ada mesej yang disampaikan. Soprano singer Gerphil Flores, pun best. Ramai Filipinos yang jadi finalist. Sedih pulak Malaysia takda wakil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kebanyakan finalis dari Filipina kan,..saya mula2 berharap juga pada Sado Borneo tapi show separuh akhir diorang biasa je...

      Padam
    2. mmg byk Philipines pinoy.... sy pon suka tgk Sada Borneo..

      Padam
  14. wana ada tengok juga..memang terpukau tengok aksi peserta2..juri semua pun sangat sporting..

    BalasPadam
  15. mmg awesome diorg perfom...thumb's up!!! sayangi bumi kita!!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.