Jumaat, Mei 29, 2015

Pisang Goreng Kayu Manis

Ini santapan minum petang semalam. Dalam peti sejuk ada satu plastik pisang goreng yang tak berusik. Kat rumah ni yang hantu makan pisang dan apa-apa yang berasaskan pisang saya seorang je. Cekebon tak boleh makan pisang sebab on low potassium diet.

Pisang goreng ni pisang tanduk dan dihiris memanjang nipis-nipis. Bayangkanlah teksturnya apabila dah bermalam dalam peti sejuk. Saya pun ambil pisau, kerat kepada beberapa bahagian kecil dan goreng semula pisang tu guna minyak canola. Setelah angkat dan tuskan minyaknya, saya taburkan dengan serbuk kayu manis. Gaulkan hingga sekata.

Pisang Goreng Kayu Manis

Verdict: Dap dap dap! Aroma kayu manis tu membangkitkan lagi selera. Gabungan rasa lemak manis pisang dan kayu manis menjadi. Not bad!  Kena dengan tekak saya :D

Credit

Hikhikhik tak adalah eksperimen mana. Setakat tambah perasa je. Anyway, selamat berhujung minggu! Selamat Cuti Sekolah!


39 ulasan:

  1. baru denger nih mba pisang goreng kayu manis hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun baru pertama kali mencubanya, mba Ipah :)

      Padam
  2. resepi baru ni...mcm sedap jer...selalu buat cekodok jer...hehehe.lepas ni boleh cuba buat resepi ni pulak la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi saya ni kira instant. Nanti kalau Afidah nak cuba, masa bancuh bater tepung tu, masukkan sikit serbuk kayu manis siap2. Mesti lagi best!

      Padam
    2. masukkan masa kita bancuh tepung tu ka..

      Padam
    3. Yes,..lepas goreng tabur lagi. Meriah sikit rasa kayu manisnya :)

      Padam
  3. pisang tanduk goreng memang favourite...tambah cheese leleh...perghh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhh klu dgn cheese leleh,...memang tak akan tolak :)

      Padam
  4. okey tu tak membazir..mmg kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi sayang klu makanan terbuang begitu sahaja kan,.. :)

      Padam
  5. ingatkan nama pisang tu pisang kayu. :')
    rupanya ditabur serbuk kayu manis ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan...bukan pisang kayu. Pisang kita tabur dengan serbuk kayu manis :)

      Padam
  6. kreatif..kalau sis JM...pisang tu dah sejuk kejung camtu terus masuk tong sampah....rupanya...jgn membazir..buat cara dak Farrah...yang pasti pisng tanduk mmg sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedekah kat cik tong ja..hihi..
      lepas ada apa ja dlm peti tu..cuba buat satu resepi..hihi..kalau sedap mai antr sikit..kalau xsedap sis JM makan sorg2

      Padam
    2. Hihihih pandai Zarul ye. Pilih yang sedap je, kalau tak sedap biar Sis JM abiskan sendiri :)

      Padam
  7. astu mkn bersama teh o panas atau kopi o....wahhh...mmg licin

    BalasPadam
  8. wait wait.. that pisang memang dah digoreng then simpan dalam fridge ? then akak amek goreng balik ?
    serious ? kalau kat rumah CT pisang goreng mmg tak tahan lama.. berebut2 hehe..
    i like really lembik punya pisang goreng with bater yang tak bergigi tu.. then pisang ske yg masam2 sket..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon suka mcm tu..pisang masam2 sikit

      Padam
    2. Akak pun suka makan macam korang. Lagi masak, lagi lembik pisang tu, lagi yummehhh!
      Pisang tanduk goreng tu 'kena sisih' sebab masa orang beri, Cekebon je ada umah. Akak balik tuisyen malam, dah tak larat makan. Tu yang kena proses balik :)

      Padam
    3. woooo gitu.. pisang masam tu pisang tanduk kan ? haaa betullah.. dia besar2 kan ? kalo pisang biasa kita potong panjang tp pisang tanduk kita potong menyerong kan..

      panas2 then cicah gula.. dapnyeeeee..

      Padam
  9. Nak cuba juga lah. Harap cik abang suka.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa, kalau nak cuba,...Gee jangan terus letak banyak-banyak serbuk kayu manisnya. Sikit-sikit dulu. Separuh orang tak kena rasa kayu manis dengan citarasa :)

      Padam
  10. selaun pisang tanduk.pisang lain boleh kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehhhhhh! Apa-apa pisang pun boleh. Kalau keledek ke sukun nak buat begini pun boleh!

      Padam
  11. ada ka jual serbuj kayu manis..slalau jmpa kayu manis betul2 tu ja..serbuk xda g jumpa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Kena cari kat bahagian rempah serbuk. Cari betul2. Mesti jumpa :)

      Padam
    2. aiyoooo...zarul...kt kedai melambak serbuk kayu manis....hahahhaah

      Padam
  12. menarik resepi kak Farrah nih.. boleh cuba nanti kalau ada serbuk kayu manis tu..

    BalasPadam
  13. khaty paling suka pisang goreng..tapi tak pernah cuba pulakk tabur serbuk kayu manis

    BalasPadam
  14. Wah, resepi baru..xpernah makan lagi pisang grg dgn serbuk kayu manis..boleh cuba :)

    BalasPadam
  15. sy paling suka pisang tanduk....sedap dan enak.....nyummmm2 heheheh

    BalasPadam
  16. Cooking experiment...
    Hehe..kelakar :D

    BalasPadam
  17. hahahahaha. haritu firs time buat nasi lemak. biasa je, tapi yeah, menjadi. hahahahahahha. seronok tengok adik makan bertambah

    BalasPadam
  18. xsuke kayu manis
    tapi kalau tabur dgn milo ok x
    hahahaha
    sekali tgk da mcm tempe da kak farrah

    BalasPadam
  19. Ni yang bestnya resepi kak farrah.. Lain dari yang lain! Sukaaaaa ;)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.