Khamis, Mei 21, 2015

Tempe Masak Sambal Kicap Mudah

Tempe memang kegemaran saya. Hari ni nak kongsi satu resepi hidangan tempe mudah. Sedap makan dengan nasi panas atau ratah begitu sahaja. Tetapi, yang ini resepi campak-campak dan agak-agak tau! Tiada sukatan khusus. Ikut apa ada. Ikut citarasa kita.

Tempe Masak Sambal Kicap
Cara-cara Penyediaan:
  1. Tempe dihiris nipis. Gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng sehingga garing. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, beberapa ulas bawang putih, beberapa tangkai cili hijau dan sedikit cili padi (jika mahu pedas).
  3. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis bahan kisar buat seketika hingga sambalnya masak. 
  4. Masukkan beberapa sudu kicap. Bukan kicap pekat tau. Saya guna kicap lemak. Perasakan dengan garam. Bila rasa sambal dah OK dan kena dengan citarasa, masukkan tempe goreng. Gaul hingga sekata. Sedia untuk dihidang!
 

59 ulasan:

  1. farra..feveret khaty jugak..farra dah try belum yang nie..potong nipis,gaul kan garam dan kunyit pastu goreng bagi garing..lps tue angkat..tumbuk jintan manis kasar2 dan tumis bagi garing dan gaulkan sekali bersama tempe tue..sedap farra..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, nak kena cari stok tempe ni! Tak pernah cuba lagi, Khaty. Jintan manis je ye...ok ok nanti saya cuba. Thanks, Khaty :)

      Padam
    2. Seronok tengok orang pandai masak ni

      Padam
    3. Correction,..correction,..akak tak pandai masak. Akak pandai cari resepi simple utk masak. Rasa2 complicated, angkat senduk,..lariiiiiiiii!

      Padam
  2. Febret abe ni boleh cuba nanti... tq kak for sharing

    BalasPadam
  3. telan air liur tgk.... puasa lak hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gi cari tempe utk bukak puasa cepattttt!

      Padam
    2. hahahha xcari tempe pon.. dpt makan nasi kandar haji ramli.. tempat makan cik CT kita baru lepas pegi hari tu..

      Padam
    3. Bestnya! Zarul tak buat review ke?

      Padam
  4. tempe fav wana..ala..terliur dah ni tengok kak..

    BalasPadam
  5. Ini yang malas datang blog ni. Mesti ada menu yang Menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog aRz tu apa kurangnya, asyik buat perut akak menangis tau!
      Nasi tujuh benua la,..nasi itulah..nasi inilah!

      Padam
  6. nak seddaappp lagi guna kicap JALEN heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah! Saya memang pengguna setia kicap JALEN! :D

      Padam
    2. saya lebih suka kicap mudim..keluaran anak jati melayu kedah

      Padam
    3. tok mudim tu pengeluar kicap eh ZF

      Padam
    4. Sampai KL tak kicap tu ZF? Akak sama ngan sis JM. Kami pengguna kicap Jalen :)

      Padam
  7. rasanya kicap tu tk perlu byk lah kan..sbb x berkuah..melekat sikit2 je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, tak perlu banyak sangat sis. Nak seimbangkan rasa dengan cili hijau je :)

      Padam
  8. dengarnya kalau suka mkn tempe AWET MUDA hiksss

    BalasPadam
  9. sedapnya..tempe goreng, sedap dimakan begitu saja..

    BalasPadam
  10. abah I suka la ni.. biasa goreng salut telur..goreng garing2.. boleh cuba resepi ni utk abah.. kak farrah, klu tambah bilis ok x..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..tambah bilis memang lebih ummphhhh! Eh, nanti akak nak cuba style Syida gak lah. Akak selalu goreng begitu je. Tak salut2 :)

      Padam
  11. Balasan
    1. nampak sedap, rasanya pun sedapppp...untuk yang gemar makan tempe lah :)

      Padam
  12. tapi kan, kite tak pandai makan tempe... huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tak pandai makan tempe ye,...tak pe tak pe...lagipun tak elok sangat utk, Intan. Kekacang kan,.. :)

      Padam
  13. sejak kawin ngn en.suami , baru belajar makan tempe sikit2.. tapi itu kira last resort la kalau dah tak ade makanan sangat. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh, tak pe. memang ada orang tak kena tekaknya dengan tempe. saya pun sebab pengasuh saya masa kecik2 orang Jawa. 'menempe' sampai besor!

      Padam
  14. Sambal tempe..sedapnye.. cik Mimie suka makan tempe goreng cicah sambal kicap..marbelos!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuhhh! tempe goreng lawan ngan sambal kicap,..memang best!

      Padam
  15. Kalu nak kawin dgn org Johor kena pandai makan tempe... He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengar tu adik2, pesan SS,...

      Padam
    2. saya dh pandai mkn tempe dh.. tapi saya xda jodoh plak ngan org johor... xpa la..

      Padam
  16. Balasan
    1. Oh, feberet SS ye. Mesti lagi best mamam tempe yang Girlfriend kat kampung masak kan,... :)

      Padam
  17. SS ske sambal goreng... Lagi merembesss! Hi hi hi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS, nak ambal goreng! Terus terliur terbayang sambal goreng!

      Padam
  18. kalu campur dgn ikan bilis goreng lg ummpphhh ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau makan nasi tak bertambah tak sah hihihih

      Padam
  19. sedapnya akak.. lama juga xmakan tempe :)

    BalasPadam
  20. kak farrah sedapnyeeeeee
    fav ayu ni kak

    BalasPadam
  21. kat utara memang susah gila nak jumpa lauk tempe.. kalo ada pun mesti sebab tokey kedai
    bukan orang utara.. org sini tak reti makan tempe agaknya.. lagi2 kalo kat rumah tok belah ayah..
    eeerk.. they dont know how to appreciate tempe..

    but i looooove tempe.. masak apa pun sedap.. tp CT tak suka kalo nipis n crunchy.. prefer yang tebal n lembut.. but dulu penah makan kerepek tempe.. sedap la pulak hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak enjoy sangat kalau yang lembut except dalam kuah lontong/masak lode. Betul, belah2 utara susah nak cari tempe kan. Dulu akak berjiran dengan orang utara, akak kasi lauk tempe - itu first time dia makan :)

      Padam
  22. Sedapni mkn cm 2 je.
    Jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.