728 x 90

Selasa, 19 Mei 2015

Tutorial Kraf Kertas - Cara Tajamkan Mata Craft Punch

Baru-baru ini semasa sibuk menyiapkan tempahan kad hari ibu dan hari guru, saya perasan yang salah satu daripada craft punches saya dah tumpul matanya. Hasil tebukan jadi tak precise. Frust tengok!

Nampak tak? Bersisa-sisa kesan potongannya.

So, terpaksalah kita tajamkan matanya. Ala-ala asah mata pisaulah. Tetapi, kita tak gunakan batu pengasah tu. Kita gunakan kerajang aluminium (aluminium foil).

Punch aluminium foil beberapa kali.

Ambil selembar kecil kerajang aluminium dan leperkan seperti dalam gambar di atas. Kemudian punch beberapa kali. Secara teknikalnya, sambil kita punch, geseren mata punch dengan kerajang aluminium akan menajamkan mata punch. Lakukan berulang kali hingga dapat hasil tebukan yang cantik dan kemas.

Hasil sebelum dan selepas.

Nampak tak? Tebukan di sebelah kiri tu masa punch tumpul dan di sebelah kanan pula tebukan setelah mata punch ditajamkan. Jadi, kalau ada masalah dengan craft punch anda, jangan lanting dulu. Sayang,..apa lagi kalau beli punch mahal. Cuba guna cara ini dulu ye.


Psst! Minggu ni saya sibuk sebab kebanyakan students duduki Peperiksaan Pertengahan Tahun. Ada extra classes + kena standby untuk sesi S.O.S mereka. Tak dan nak blogwalking sangat. See you when I see you later!





27 ulasan:

  1. Dak2 sibuk exam, cikgu pun sibuk jugak.. Boleh apply kat punch bulat kat office ni.. :)

    BalasPadam
  2. Comelnya craf punch tu... kak beli mana tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daiso, Popular, Mr. DIY dan Kedai Peralatan Kraf :)

      Padam
    2. OOO... nti nk try tengok mr.DIY la hihihi

      Padam
  3. oh..macam tu ke?nice!saya jarang buat-biuat kraf ni tapi manalah tau kot ada kawan yang tanya.thanks for the info!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihii u r most welcome, Sal :)

      Padam
  4. Ok good tips! SS punya craft punch pon ada yg dah nak tumpul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..boleh try cara ni, SS. Insya Allah, nanti leh tajam balik.

      Padam
  5. sy suka mende alah mcm ni...kalau laa ada 1 punch mcm ni tp ada byk mata mmg sy angkut sebijik

    BalasPadam
  6. farra nie ada ja barang dia cute dan kreatif

    BalasPadam
  7. wah, first time saya tahu pasal kertas aluminium ni. hahaha. bagus gilosss! boleh cuba later :D maceh kak farrah share

    BalasPadam
  8. bagus la tips kak farrah..dapat jimatkan duit dari beli yang baru kan.. :)

    BalasPadam
  9. wahhh punch pon boleh tajamkn mata ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn punch sis JM ye.....bukan mata yg tajam tapi lebam!

      Padam
  10. saya dh beli satu punch craft ni... byk plak jumpa skrg..
    dah beli tapi xtahu nk guna utk apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tu pokpe beli.....bak sini

      Padam
    2. suatu hari nnt akan guna gak hihi

      Padam
  11. Good tipss terutama yg minat craft like SS tu...kreatif dan inovatif

    BalasPadam
  12. wow! saya suka. saya suke. saya suke entry ni

    BalasPadam
  13. apa-apa post farrah pasal art & kraf semua saya suka.. hehehe

    BalasPadam
  14. Nice tips Kak Farrah :) sayangkan kalau beli mahal2 lepas tu buang je.. :)

    BalasPadam
  15. mesti comelkan kad tu sbb punch pun comel :D

    BalasPadam
  16. wahhh boleh ea cmtu
    ayu xde lak bnd ni nak try
    heee kalau nak tajamkan gunting kak farrah

    BalasPadam
  17. Kak Farrah pernah pergi tak kedai kraf dekat The Gardens ? maaaaigad !! kalo kaya CT memang
    nak borong mcm2 kat kedai tu tp tak tahu nak buat apa kalo dah beli pun hehehe..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...