Selasa, Jun 23, 2015

Resepi Mudah - Jejari Keledek Kayu Manis

Ini hidangan berbuka dan moreh hujung minggu lepas. Ada lebihan dua tiga biji keledek Jepun di rumah, baki buat keledek bakar. Kononnya treat untuk diri sebelum puasa. Tak dapat ubi cilembu, ubi Jepun pun sodapppp!

Takkanlah nak buat keledek bakar lagi kan,.. So, kita gorenglah. Buat macam sweet potatoes yang dijual di Shihlin Taiwan Snacks tu. Tapi, yang ini cinnamon version :)
 
Jejari Keledek Kayu Manis Yummy!

Resepi Jejari Keledek Kayu Manis
Bahan-bahan:
  • 2 biji keledek Jepun
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit untuk naikkan warna kuning bater
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
  • 1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
  • 1 - 2 sudu besar gula perang. Saya guna gula tebu Mildura.

Cara Penyediaan:
  1. Keledek dipotong memanjang seperti jejari/fries. Selepas dipotong, cuci dan rendam seketika dalam air garam untuk elakkan keledek jadi lebam. Keledek dalam gambar tu saya potong memanjang kontot-kontot. Sekali pandang macam pisang goreng pun ada :)
  2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum, tepung beras, marjerin, garam dan serbuk kunyit. Letakkan air sedikit demi sedikit dan kacau sekata hingga menjadi bater.
  3. Tuskan keledek. Panaskan minyak. 
  4. Celupkan keledek ke dalam bater dan goreng hingga warnanya bertukar keperangan.
  5. Sementara itu, campurkan gula perang dengan serbuk kulit kayu manis. Sesudah digoreng, taburkan gula kayu manis ke atas keledek. Gaul supaya gula kayu manis tadi menyalut bahagian luar keledek.
Selamat Mencuba :)

Jika tiada serbuk kayu manis, boleh letakkan beberapa sudu gula perang ke dalam balang/bekas tertutup. Kemudian, masukkan 1 - 2 batang kulit kayu manis. Biarkan selama beberapa hari. Gula akan menyerap aroma kayu manis tersebut. Bukan sahaja boleh digunakan untuk keledek goreng kita, tetapi enak digunakan untuk sadur donut dan bancuh teh. (Bagi yang gemar kayu manis lah!)


34 ulasan:

  1. kak Farrah ni memang rajin la..mesti kak Jari Manis suka nak buat ni sebab ada sikit-sikit bunyi cam nama dia..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kih kih kih...dik Sal...oh dik Sal....kak Jari Manis tu pandai makan je heeee

      Padam
    2. Tak rajin mana Sal. Rajin utk tekak dan perut je ;) hahah tajuk ni memang mengundang kan! Ada bau2 jari manis :)

      Padam
    3. Sis JM, jgnlah merendah diri sangat :) hmmm patut saya tukar nama resepi ni jadi keledek jari manis ;)

      Padam
  2. mcm sedap je.. blh cube buat nt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, Ezy. Buat utk moreh lawan ngan air kopi atau teh panas! :)

      Padam
  3. sekali baca ingatkan resipi Keledek Jejari Manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laju je Jay Emm baca.... he he he...

      Padam
    2. i ni pantang di sebut Jejari-Jejari ni rasa nama di sebut2 je hihihih

      Padam
    3. x tersedak Firah sbb sis JM puasa heee

      Padam
    4. Tajuk entri memang ada mcm memanggil-manggil Sis JM datang sini ;)

      Padam
  4. Ingatkan Jari Manis... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahahah...kalau Jari Manis + Kayu Manis...bertambah manis lah hai

      Padam
    2. jgn smpai kencing manis tauuu .....hahahhahaha

      Padam
    3. Keledek Kayu Manis Jari Manis? Fuhhhh, lazat berganda!!

      Padam
  5. adooohh.. baca time ni mmmg uji iman betul..hehe

    BalasPadam
  6. kenapa tengok time2 nih..

    perut makin meronta-ronta lak..

    nak kena pi beli ni...

    BalasPadam
  7. xde ubi keledek xleh Cuba buat resepi ini

    BalasPadam
  8. Uishh sedapnyaaa.. nanti nak try letak kayu manis.. selama ni tak pernah letak

    BalasPadam
  9. sekali baca....Keledek Jari Manis....igtkan JM dh kuarkan produk baru...gosok2 mata...baca balik....skali silap baca laaaaaa......jejari keledek kayu manis....hahhahahahahahha....sy suka keledek ....sedap.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni mesti baca time baru bangun tido eh Lady D hiksss

      Padam
    2. hahhahaahahaha.....tengah mamai masa tuhhh.....

      Padam
  10. Wah, keledek grg sedapnye..cicah dengan sambal kicap pun sedap..hehe :)

    BalasPadam
  11. tengok gambar macam goreng pisang jer.. apapun sedap jugak sesekali makan macam nih masa berbuka..

    BalasPadam
  12. macam bestt jerrr.. teringin nak rasaaa

    BalasPadam
  13. lama tak makan keledek goreng
    entah bila nak buat gini ni =)

    BalasPadam
  14. Sedapnya.Hujung minggu ni nak try dulu la

    BalasPadam
  15. kak farrah mmg suke letak serbuk kayu manis tu kan
    heee ni kalau tabur dengn cheese dengn coklat sos tabur lg dengan coklat rice sedap x
    hehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.