Jumaat, Jun 12, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Simple Explosion Card (Part 2)

Entri susulan kepada Part 1.

Baiklah, sekarang kita nak lipat kertas untuk bahagian dalam kad pula. Sebenarnya, boleh pilih kertas kosong atau kertas ada design, ikut citarasa masing-masing. At this stage, terpulang sama ada nak cap (guna rubber stamps) sentimen untuk kad seperti Happy Birthday dan Congratulations ataupun dibuat selepas kita selesai lipat kertas. 

Macam saya, saya habis lipat baru sedar tak cap sentimen lagi. Jadi, kira langkah songsanglah ni. So, bahagian cap sentimen tu saya akan ceritakan nanti. 

Berbalik pada langkah-langkah melipat bahagian dalam kad kita.




1. Lipat kertas secara menyerong kepada dua bahagian.
2. Buka lipatan.
3. Lipat kertas secara menyerong pada bahagian yang satu lagi.
4. Sekarang kita ada kesan garisan yang bahagikan kertas kepada empat bahagian.


5. Untuk memudahkan proses lipatan yang seterusnya, kita akan buat satu lagi kesan garisan. Kali ini kita lipat kertas dari bawah ke atas dan buka semula lipatan. Kiranya akan ada kesan garisan yang memotong dua segi tiga. (Maaf tak jelas pula dalam gambar). 
6. Menggunakan kesan-kesan garisan yang ada, lipatkan kertas ke dalam hingga membentuk segi tiga.
7. Ulang langkah yang sama. Ingat ye, lipatannya perlu ke bahagian dalam, BUKAN KE BELAKANG. Jadi, apabila telah siap, bentuknya seperti gambar no. 7. Depan belakang sama.
8. Ambil hujung bucu segi tiga dan lipatkan ke tengah.


9. Lakukan yang sama seperti langkah 8.
10. Buka semula lipatan segi tiga kecil tadi.
11. Sekarang, lipatkan ke dalam seperti yang kita lakukan dalam langkah 6.
12. Lakukan pada keempat-empat penjuru. Hasil akhirnya adalah seperti dalam gambar 9.

Faham tak? Mudah je kan. OK, dah siap lipat, bolehlah kita assemble kadnya.
Bersambung di Part 3 :)


21 ulasan:

  1. dah macam buat origami.. cer bagi kat CT.. hahaha sure lingkup =P
    nak pegang cutter pun kekadang gigil2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bungkus nasi lemak lagi senang... he he he...

      Padam
    2. betoi2 hakhak.. nasi lemak lipat2..

      Padam
    3. tetiba cerita nasi lemak plak time ujan pagi2 nih..

      Padam
    4. Terus teringin nak makan nasi lemak!

      Padam
  2. titew paham cikgu... titew dah mula mengertikkk! he he he..

    BalasPadam
  3. okay yang ni simple. boleh buat sendiri. hahaha

    BalasPadam
  4. kah kah kah...entri ni ke cara nk melipat...itu lah pegi lagi baca entri 'next' so baru tahu cara melipatnya

    BalasPadam
  5. itu kuku jari siapa tu..CANTIK!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kah kah kah! Sis JM ni kelakau lah. Tengok cara lipat! Jangan tengok kuku! :)

      Padam
  6. oooo Ok nanti nak try buat la tq kak Farah

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Memang senang Khaty. Lipat lipat terlipat! :)

      Padam
  8. ok...nampak cam susah
    kena buat dulu baru tahu

    BalasPadam
  9. dah paham dah..
    tapi kalau tgk ni je mmg tak paham pon ha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.