728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 15 Julai 2015

Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Biskut cornflakes ni biskut ketiga yang dibakar untuk Syawal. Sebelum ni dah buat Tat Nanas Cheddar (resepi di sini) dan biskut Oreo Chocolate Chips (resepi di sini).

Resepi yang saya nak kongsi ni sangat mudah! Tak guna telur pun. 


Resepi Biskut Cornflakes Easy Peasy Crunchy

Bahan-bahan:
  • 250 gram mentega
  • 1/2 cawan gula castor
  • 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 200 gram cornflakes (ramas kasar)
  • 100 gram sultana
  • 1 sudu teh esen vanila
Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau hingga sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. 
  3. Masukkan cornflakes dan sultana. Gaul sehingga adunannya sekata.
  4. Bentuk-bentukkan adunan menjadi bebola kecil. Tekan sedikit untuk leperkan. Susun atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.

Saya buat dua style. Yang ini untuk dihidangkan kepada tetamu. Cekebon dah siap-siap masuk balang raya dah :) Bahagian biskut yang ada sultana tak nampak pulak.

Biskut Cornflakes Rangup

Lebihan adunan saya letak dalam paper cups. Nak cepat bakar dan cepat siap!

Stok gatal gigi untuk kunyah depan TV ;)

Dua-dua sedap dan rangup. Budak-budak mesti suka makan dan enjoy rasa lemak manis biskut ni.

Selamat Mencuba!


Psst! Kalau tak ada sultana/kismis, boleh juga guna kurma yang dicincang.



28 ulasan:

  1. boleh Cuba utk tahun akn datang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala Kak Ekin.. cookies cornflakes ni mmg all year around boleh makan..
      laju je ngap kan kan.. buat slalu pun xpe..

      Padam
    2. Betul tu CT. Tak yah tunggu tahun depan :)

      Padam
    3. xdang buat hati nk balik Kelantan aritu tu hihihihi...

      Padam
  2. yang ni yang kalo ada jumpa kat mana2 mmg rembat beli.. punya pemalas nak buat.. haha.. baik beli je la.. Kak Farrah rajin xpe.. yang ada kismis tu utk diri sendiri je =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi akak ni pun rajin bermusim, dik. Buat sendiri banyak sikit. Then leh agih2. CT suka yg ada kismis gak eh? Samalah kita!

      Padam
  3. nampak sedap ni..pinjam resepi untuk raya haji nanti..raya puasa tak sempat dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. meh sebalang dua kak.. nak buat utk raya haji ? kat mana nak membaking tu Kak Sal ? ahahahaha...
      pastu ada hati nak raya di prantauan ye wakakaka..

      Padam
    2. Sebab bajet nak raya di perantauan lah kena stok biskut cornflakes banyak2 :)

      Padam
    3. kak ekin raya Kelantan tak ada rasa nak makan biskut raya hihihi jln2 rumah org minum air saja...

      Padam
  4. CT balik bangi mid Oges.. agak2 rumah Kak Farrah pintu terbuka dak ?
    nak lontong T.T xda sapa buat lontong untuk CT tahun ni sob sob.. semua lemang..
    ceq dahla x makan lemang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedihnya dia! Mid ogos rasanya ada...kalau tak de lontong, nanti nasi himpit agak magikkan jadi lontong ye :)

      Padam
  5. sedap tu Farrah.. makan sambil layan TV, maunya nanti tinggal balang jelah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...biskut ni sesuai sangat untuk kunyah2 depan TV :)

      Padam
  6. bestnya.. kunyah2 sambil layan TV

    BalasPadam
    Balasan
    1. terbaikkkkkk! jangan jatuh dagu udah le :)

      Padam
  7. bila ada peluang beraya di rumah dak Farrah ni..nk mkn biscuit cornflakes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nak beraya rumah kita nya, sis....sis dah terbang beraya ke Bangkok tuh!

      Padam
  8. Sedapnya :) suka conrflake ranggup2 ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biskut cornflakes memang dap dap dap kan!

      Padam
  9. Saya lebih suk buat cornflakes madu ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak tak merasa biskut cornflakes madu tahun ni :)

      Padam
  10. Wahh....biskut raya....boleh cuba buat ni utk raya haji nnti...terima kasih sis kongsi resepi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba! Boleh cuba utk raya hati :)

      Padam
  11. ayu tak buat tapi ada budak opis bawak ni
    mmg sedap la rasa dia kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap kan,..akak suka sangat biskut cornflakes!

      Padam
  12. sultana tu kismis ke? kali pertama dengar,

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...