728 x 90

Selasa, 28 Julai 2015

DIY Mudah - Body Scrub daripada Hampas Kelapa



Selalunya untuk memasak saya tak pakai santan biasa atau beli kelapa parut. Santan kotak Ayam Brands (Fat Trimmed) jadi pilihan. Rendah lemak. Elok untuk kesihatan :) Tapi, masa bulan puasa hari tu, Cekebon teringin nak makan onde-onde. Jadi, belilah kelapa parut sebiji. Asingkan yang putih untuk kuih, selebihnya diperah untuk buat serawa durian.

Inilah hampasnya. Jangan buang! Masih boleh kita gunakan. Jom buat scrub untuk badan. Ini petua orang dulu-dulu. Ketika mandi, ambil hampas kelapa dan gosokkan pada tubuh. Tujuannya untuk menanggalkan sel kulit mati dan kasi sental daki-daki badan semua! Kita juga boleh tambah beberapa bahan lain seperti serbuk kopi atau madu untuk dicampurkan dengan hampas kelapa.


DIY Body Scrub Hampas Kelapa

Cara 1:
  • Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
  • 1 - 2 sudu besar serbuk kopi
Gaulkan sekata kedua-dua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.


Cara 2:
  • Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
  • 1 - 2 sudu besar madu
  • 1 - 2 sudu besar teh hijau (Saya selalu simpan serdak/uncang teh yang telah digunakan) 
Gaulkan sekata kesemua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.


Cara 3:
  • Hampas kelapa (Kuantiti terpulang pada anda)
  • Beberapa biji buah strawberi yang dikisar dengan sedikit air
Gaulkan sekata kedua-dua bahan dan lumur pada badan. Kemudian, gosok badan (boleh gunakan loofah untuk hasil yang lebih berkesan) dan bilas badan hingga bersih.

Pilihlah mana-mana cara yang berkenan di hati. Selepas menggunakan DIY scrub ni, kulit akan rasa lebih lembut dan halus. Selamat Mencuba!



33 ulasan:

  1. Wah..bestnya Kak Farrah..lama dah wana tak buat body scrub ni..best juga sesekali manjakan diri kan.petua ni senang ja nak buat..Thanx atas perkongsian menarik ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang kan, Wana. Murah dan jimat kos pulak tu.

      Padam
  2. menarik..ida selalu guna kopi je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti sis cuba gabung hampas kelapa dgn kopi. Bestttt! :)

      Padam
  3. Wah, baru tahu...huhuhu...Terima kasih share Kak Farrah...lepas ni cntik la kulit ni..sental dengan hampas kelapa hari2..hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, sental tiap2 hari! Terlajak laris pun boleh kalah ni! :)

      Padam
    2. Eeeeeee...dulu kasar, sekarang lembut.. gunalah hampas kelapa..sental hari2..pasti berseri..hahaha

      *terlajak larisssss :P

      Padam
  4. Jarang dah beli nyioq ni... sekarang guna santan kotak ja..

    Dulu kecik2 ja ibu suruh pi beli....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita, Firah. Akak cari kelapa time nak buat kuih je la :)

      Padam
  5. saya kerja bridal and spa dulu pun pakai scrub dari kelapa. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Scha dah expert...leh invent scrub sendiri lepas ni :)

      Padam
    2. Berminyaklah satu badan ek...

      Padam
  6. mcm2 bahan boleh guna utk buat scrub bdn.. kt rumah beli borong kelapa lps tu mesin sndiri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, Nina ada mesin pemarut kelapa kat rumah?! Bestnya!

      Padam
  7. Wahh hampas kelapaa boleh buat scrub menarik :)

    BalasPadam
  8. Kak Farah, Zarith masih prefer kelapa parut untuk masak lauk bersantan, traditional sungguh kan, hehe.. Teringat dulu, setiap kali lepas tolong ibu perah santan, mesti scrub hampas ke muka, ibu cakap bagus untuk kecantikan, hehe

    BalasPadam
  9. waaa....sy kt umah xde hampas kelapa..selalu beli santan jerr....nnti nk cuba jugak lah...mana tau bila dah scrub jd kurang saiz bdn....logik x?? hahahhaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampagas ada tak? Haaa guna itu... he he he...

      Padam
  10. wah hampas kepala boleh buat scrub baru taw ni hihihihi

    BalasPadam
  11. Dah lumur2 satu badan... Duduk atas kuali panas.. Ha Ha Ha...

    BalasPadam
  12. Kat kg mmg guna santan perah ni la..hampas nyok ni bg ayam ja...

    BalasPadam
  13. kite pernah cuba bende ni dulu2 masa kecik2 dulu.. nenek yang buatkan sebab sayang nak buang hampas kelapa.. hehe

    BalasPadam
  14. huhuhu yang dengan stroberi tu amatlah exclusive nak memanjakan diri..

    BalasPadam
  15. scrub sminggu skali.. hahaha.. kalo hari2 mmg berjam2 la dalam toilet..

    BalasPadam
  16. dah lama x beli kelapa parut...guna masak santan kotak..x pun beli yg dah ready di perah

    BalasPadam
  17. nampak nya daki2 yg degil pun boleh tanggal ..nk cari kelapa parut lah lepas ni

    BalasPadam
  18. Tak pernah lagi guna hampas kelapa. Selalu Ros guna beras je...

    BalasPadam
  19. Campur strawberry tu.. Emm mesti wangi je... Best!

    BalasPadam
  20. loofah tu ape kak farrah
    tak pernahdgr pon
    heee xtau lak ade kegunaan hampas kelapa ni
    bagus nye
    terima kasih tips ni
    pasni bleh simpan hampas utk buat scrub

    BalasPadam
  21. Fuyoooo.... first time tau ni....

    Errr tp rumah x de hampas kelapa... huhu...
    Semua guna santan dh siap perah kt pasar

    BalasPadam
  22. Akak ni mmmg hebat lah... pandai masak.
    Pandai crafting

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...