Isnin, Julai 13, 2015

Popia Sambal Sedap

Ramadhan tahun ni, saya tak hairan martabak, kuih lopes atau onde-onde. Saya kemaruk makan popia sambal. Makan tiap-tiap hari pun tak jemu!

Popia Sambal Sedapppp

Popia ni beli dari kenalan Cekebon yang berniaga kuih-muih, So, setiap kali teringin memang Cekebon akan order. Nanti petang sebelum berbuka delivered to the doorstep. Saya suka dengan kerangupan popia yang krup krap krup krap diganding pula dengan sambal pekat manis-manis pedas! Ada taburan bijan pada bahagian atas popia. Kadang-kadang ditabur dengan kacang yang disangrai. Pun marvelous! Saya seorang je boleh makan sampai 6! Tapi tak makan straight la. Bawa sampai ke moreh :)

Lagi satu saya suka kerepek popia. Kulit popia tu digulung, kemudian dipotong serong dan digoreng. Lepas tu kita gaul dengan cili sira. Sedap! Makan memang tak ingat orang belakang punya. Emm… sendiri tulis sendiri terliur! Mana nak cari kerepek popia untuk raya nih?




40 ulasan:

  1. SS giler makan karipap... Lepas tu telan berbotol air... Adessss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. xleh makan ke SS? kenapa paksa

      Padam
    2. Bukan paksa tu,..teringinnnn. Tak pe ye, SS. Lepas ni pantang balik :)

      Padam
  2. Kak Farah, Zarith setiap tahun ke bazar memang carik popia sambal ni..nak buat sendiri memang tak rajin. Hari-hari dok survey gerai mana jual paling sedap huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, Zarith. Nak buat sendiri malas kan, Lagi2 dok memikirkan prosesnya yang bertingkat-tingkat. Akak memang kemaruk makan kuih popia sambal ni. Dapat makan yg sedap memang puas hati kan,.. :)

      Padam
  3. amboi, sorang makan sampai enam..nampak nau sedapnya..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,...enam tu pun kuantiti yang ditapis-tapis hahaha ada kemungkinan lebih sikit. Tapi kira sampai enam je ;)

      Padam
  4. sedap ni :)
    kalau rangup, memang abis la 3-4 keping aida sorang aje...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang Aida,...rangup2 campur sambal pedas manis-manis...memang asyikkkk!

      Padam
  5. Balasan
    1. abis masuk peyot dah...dah hadam pun.
      ni dah tak boleh order. cekebon kata orang tu dah balik kampung :(

      Padam
  6. popia sambal my feveret tu...kalau popia basah tu kureng sikit...ishh...terliur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sebenarnya dua-dua suka, sis! Even yang goreng biasa cicah ngan kuah cuka tu pun suka. Tapi bulan puasa ni selera ke arah popia sambal memang over hihihih

      Padam
  7. Tengo yang ni memang macam sedap..

    cukup garing.. mna nak cari..??? huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cari yang sedap, fresh ngan rangup memang kena betul2 cari. Akak pernah makan yang soggy. Kurang enak!

      Padam
  8. aarrghh, geramnya tengok.. kat bazar org dah tak ramai meniaga.. banyak dh tutup..popia yg sedap tu pun tutup..sob..sob.. rindulah kat popia goreng

    BalasPadam
  9. ayu suka sgt popia tau
    kalau kering je
    xmo yang basah cmni
    ritu punya la teringin beli dah la 50seb
    dalam letak kubis je plak tu
    sakit jee hati
    kalau ayu buat mesti berminyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak cari popia yang betul2 sedap. Akak kalau popia goreng akak selalu beli frozen je, Ayu :)

      Padam
  10. Popia sambal feveret Cik Mimie jugak :) Tapi tahun ni x nampak popia ni kat bazar T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi takpe,..lepas raya ni kita cari ye. Akak skrg teringin nak makan popia basah pulak ;)

      Padam
  11. Wahhh popiaa.. Makan time morehh mmg perghh lah kann.. Hehehe

    BalasPadam
  12. alamak... kuih fav nadya.. esok nak beli la..hahah xD

    BalasPadam
  13. Popia sira sedap, popia basah pun sedap sdhnye 2 2 Cikna telan....;-)

    BalasPadam
  14. sedap... lama tak makan.. dulu selalu makan masa duk Keda. sebab kat area rumah tu ada makcik yang buat jual ni. sedap sangat. saya selalu p beli awal sebab nak yang atas sekali. alasannya sebab kat atas sekali tu kacang dia extra. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uisshhhh, kalau dapat kacang banyak memang best!! Akak pula selalu pilih popia yang paling banyak salutan sambalnya :)

      Padam
  15. mertabak tetap di hati khaty..hehehe
    popia pun sedap juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Martabak daging ke ayam yang tetap di hati Khaty tu? ;)

      Padam
  16. boleh tahan jugak popia ni.. tp CT kureng kalo dia tabur bawang goreng bnyak sngt.. nnt overpower rasa sambal.. kalo x letak lansung pun xpe hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki akak kalau makan memang yang tak letak bawang goreng langsung. Tak pun kalau ada, sikit sangat hihihi

      Padam
  17. popia sambal my febret sedap mkn rm3.00 7 keping saja xckp la teringin nk buat sendiri xtaw bila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun belum ada kerajinan nak buat lagi :)

      Padam
    2. Ekin pun barang xde tu yg xtaw bila nak buat tu

      Padam
  18. Saya pon peminat popia gak.... Sedap ranggup2

    BalasPadam
  19. MD pun peminat popia ni...suka dengan keranggupan dia...hihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.