728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Rabu, 8 Julai 2015

Ramadan 1436 - Doa Harian 21 - 29 Ramadan

Hari-hari terakhir Ramadan. Jangan lupa baca doa-doa ni ye...

Doa Harian Ramadan Hari ke 21 - 29

Doa 21 Ramadhan
Yaa Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan orang- orang yang meminta.

Doa 22 Ramadhan
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku berkat-berkatmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab Doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa 23 Ramadhan
Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa 24 Ramadhan
Yaa Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan tenhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.

Doa 25 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh-MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa 26 Ramadhan
Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.

Doa 27 Ramadhan 
Yaa Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba- Hamba-Nya yang soleh. 

Doa 28 Ramadhan
Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU di antara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan oleh Permintaan Orang-orang yang Meminta. 

Doa 29 Ramadhan
Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dari noda-noda fitnah, Wahai Pengasih Terhadap Hamba- hamba-NYA yang Mu'min.


Selamat Menyempurnakan Fasa Terakhir Ramadan Al-Mubarak.


Entri Penuh : Doa Harian untuk Sepanjang Ramadan

21 ulasan:

  1. 21 ramadhan dah ari ni...
    Allahu Akbar. cepat plak masa berlalu aida rasa :(
    da nak raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pejam celik pejam celik dah nak raya kan,..

      Padam
    2. risau ni, umah lom kemas! hu hu hu...

      Padam
    3. Hikhikhik takpe. Sempat tu :)

      Padam
  2. Yes, Kak dah update.. tertunggu2 doa utk fasa terakhir ni..
    selamat menyempurnakan ramadan tahun ni akak..

    BalasPadam
  3. Nice sharing boleh baca amalkan lepas ni sementara ramadhan un dah nak tgglkan kita tak lama lagi :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat beramal. Selamat menyempurnakan Ramadhan :)

      Padam
  4. pejam celik tggl tak sampai 10 hari nk abis bulan ramadhan kan

    BalasPadam
  5. Thanks kak farah, share doa ni.. Wawa nak share kt blog wawa blh?")

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome. Silakan. Silakan. Kalau tak sempat share tahun ni, kita share tahun depan pula :)

      Padam
  6. Balasan
    1. Setiap hari ada satu doa yang berbeza :)

      Padam
  7. Terima kasih atas perkongsian doa ini kak farrah

    BalasPadam
  8. In shaa allah....mari sama-sama kita berdoa

    BalasPadam
  9. hari2 utk mengejar dan mendouble kan pahala... aminnnnn

    BalasPadam
  10. Amin..hari-hari terakhir Ramadhan yang perlu kita hayati dan hargai...

    BalasPadam
  11. Thanx untuk peekongsian ni kak Farrah!

    BalasPadam
  12. Moga doa-doa ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Aminnnn.

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...