Selasa, Julai 14, 2015

Resepi Ayam Daun Kari

Hari ni saya nak kongsi satu resepi hidangan ayam yang simple dan sedap. Kebiasaannya, pada hari raya, apabila ada lebihan lontong atau nasi himpit, saya akan sediakan juadah ni. Saja nak tukar selera setelah dua tiga hari menghadap rendang :)

Ayam Daun Kari


Resepi Ayam Daun Kari

Bahan-bahan
  • Setengah ekor ayam (diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 biji bawang besar (potong bulat)
  • 5 - 7 tangkai cili kering (dipotong kepada beberapa bahagian)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/4 cawan kicap pekat 
  • 1/4 cawan kicap manis 
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng dan menumis

Langkah-langkah Penyediaan
  1. Panaskan beberapa sudu minyak masak. Masukkan bawang, cili kering dan daun kari. Tumis hingga bawang lembut dan daun kari jadi garing.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng, diikuti dengan kicap pekat, kicap manis dan air asam jawa. Kuantiti air asam jawa bergantung kepada kadar kemasaman yang kita mahukan.
  3. Biarkan masak di atas dapur buat seketika hingga kuahnya mengering. Perasakan dengan garam.
  4. Sedia untuk dihidang.

Selamat Mencuba! 


49 ulasan:

  1. kak Deanna mesti suka ni!dia kan ratu kari..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti dia akan olah menu ni..letak rempah kari sikit

      Padam
    2. Haaaa, mesti terangkat rasa karinya :)

      Padam
  2. Jangan diseru2 kari ni... Kang si Kari datang... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah Sis Kari oops Sis D datang. Meriah sikit :)

      Padam
  3. aida x pernah masak guna daun kari tau farrah.
    sebab x brape reti.
    and mak pun x pernah masak guna daun daunan ni hi hi hi...
    but this resipi mcm sungguh best aje.
    boleh try later :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh,..tak biasa masak guna daun kari ye...tak pe aida cuba yg simple2 dulu. tgk kena tak dgn citarasa. saya pula kalau masak kari tak guna pun daun kari. saya guna utk masak2 tumis begini. goreng garing2 je :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Hihihi saya memang kalau ada lauk daun kari garing2 begini makan bertambahhhhh :)

      Padam
    2. betul tu kalau makan ni memang boleh bertambah2..

      Padam
    3. Kak eyda memang bertambah nasi hahahaha taw

      Padam
  5. mudah je sebenarnya ek..ishh..sedap ni..ptg ni nk try..nak singgah pasar beli ayam

    BalasPadam
  6. salam kak farah! mak aih..tghari nie jenguk sini sambil cuci mata tgk ayam daun kari tu.
    berbunyi terus perut den..hahahaha..
    sori la da lme x jenguk sini..busy la jgk keje kali nie..
    sampai blog sy pun da bersawang sikit..hehehe..

    btw selamat hari raya in advance yer! XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Balqis! Lamanya tak dgr citer! Busy bebenor nampak gayanya. Dah vacuum dan sapu sawang blog tu ke?

      Happy hari raya to you too! Moga Syawal tahun ni lebih meriah penuh warna-warni :)

      Padam
  7. macam air masak kicap.. tapi wangi sikit.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss basically mcm masak kicap tapi ada sentuhan daun kari :)

      Padam
  8. simple n sesap.. masuk buku.. thanks...

    BalasPadam
  9. daun kari kat belakang rumah semakin hari semakin berseri2..macam mintak diambil.. hehe.. guna bila masak kari ngan ayam goreng berempah je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya! Kat umah akak pokok kari dah mati. Tanam balik tak mo idop dah :(

      Padam
  10. Lontong tu . eghhhhh kenapa semua taip lontong t.t FAV tu .

    BalasPadam
  11. macam masak kicap cume letak daun kari jela ni ea
    mesti wangi je ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss,...baunya semerbak tak ingat! Hilang ingatan jap heheh

      Padam
  12. nampak sedap ayam tu..haish, puasa2..hehehe

    BalasPadam
  13. Nampak besttt.. Tak rugi klau cuba ni kann..

    BalasPadam
  14. wahhh sdappnya kak.. terliuqq kite. leh try nt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa ni cuti ni bolehlah buat eksperimen kat dapur :)

      Padam
    2. masalahnya krajinan itu tiada lagi hehe..

      Padam
    3. Kerajinan akan hadir bila tiba masanya hikhikhik

      Padam
  15. simple resepi ni. nak try la kak... thanx. selalu buat masak kicap je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cuba, nanti kongsi kat blog ye hasilnya :)

      Padam
    2. masak kicap sedapnya =) tapi selalu CT yang makan..
      mak ayah x makan masak kicap.. katanya lauk bebudak haaaaih..

      Padam
    3. Kat rumah ni, akak yang hantu masak kicap. So, kalau datang angin suka masak kicap tu, tekak2 lain kena belajar tolerate lah kecuali Cekebon. Cekebon dietnya special :)

      Padam
  16. hehehe CT antara spesis yang xleh makan rendang lama2.. adus bosan.. kadang tu pi buat sambal ikan bilis kecik2 tu goreng garing2 sbb nk makan dgn nasi impit.. dah muak dgn rendang.. resepi gini x penah try lagi.. hihhi tahun ni kalo rajin boleh cuba..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan...akak leh tahan rendang sehari dua je. So, kalau ada rendang memang akan jamu tetamu yg datang beraya puas-puas biar habis. Berkat tak bazir :)

      Padam
  17. Kak farah ekin dah cuba ayam ni... cuma ada tambah bahan lain sikit... memang sedap dimakan... siap ekin buat entri kat blog nanti jemput singgah

    BalasPadam
  18. Simple nnt Cuba try resepi kak Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ni kena screnn shot masuk album masakan... Mudah sgt resepi

      Padam
  19. Mcm senang jak nak buat ni....terima kasih sis sudi kongsi resepi yang senang nak masak ni...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.