Jumaat, Julai 24, 2015

Resepi Puding Roti Mudah

Resepi paling senang, simple dan sedap. Kenapa saya kata senang? Kita campur je semua bahan, bakar dan boleh makan begitu sahaja. Tak perlu nak buat sos atau makan dengan buah koktel.


Resepi Puding Roti Mudah

Bahan-bahan:
  • 6 - 8 keping roti (carik-carik atau potong kepada empat segi kecil)
  • 2 cawan susu segar/penuh krim (Saya guna bancuhan susu Anlene je)
  • 3 biji telur. Jika gunakan telur gred A, dua biji sudah mencukupi.
  • 2 sudu besar gula. Saya memang guna sedikit gula sebab tak nak manis sangat. Lagipun dah ada manis dari madu dan sultana. Jika mahu, boleh tambahkan 2 sudu besar gula lagi.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis 
  • secubit garam
  • Segenggam sultana/kismis
  • 1 sudu besar mentega + sedikit lagi mentega untuk melengser loyang kek.

Cara Penyediaan:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu. Suhu 180 darjah celcius selama 15 minit.
  2. Di dalam sebuah mangkuk bersaiz sederhana besar, pukul hingga sekata susu, telur, gula, madu, esen vanila, serbuk kayu manis dan garam. Setelah campuran ini sebati, masukkan carikan/potongan roti. Biar roti menyerap campuran susu buat seketika.
  3. Lengserkan loyang dengan mentega. Saya guna loyang kek berukuran 8" X 8" X 2". Tuangkan separuh aduan puding roti ke dalam loyang. Taburkan sedikit sultana/kismis.
  4. Tuang baki adunan ke dalam loyang dan taburkan lebihan sultana/kismis pada permukaan adunan.
  5. Ambil satu sudu besar mentega, letakkan sedikit-sedikit pada permukaan adunan. Tujuannya nak bagi permukaan atas puding roti berkilat sedikit. Lihat gambar.
Puding Roti sebelum dibakar.
Beginilah rupa puding roti sebelum dibakar. Memang sedikit berair. Yang ini just nice. Tekstur pudingnya akan jadi cantik. Tak lembik, tak keras. Jika adunan kalian lebih cair daripada ini, tambah roti. Jika adunannya nampak kering, tambahkan sedikit susu. 


Cara Bakar:
  1. Kita akan gunakan teknik water bath. Sebelum nak masukkan adunan ni ke dalam oven, letak loyang di atas sebuah dulang pembakar. Isi dulang pembakar dengan air panas. 
  2. Kemudian, masukkan ke dalam oven. Bakar selama 40 - 50 minit.

Setelah dibakar :)

Bersedia untuk dimamam!

♫♪Enak dimakan begitu saja ♪♫


Selamat Mencuba!


56 ulasan:

  1. kak water bath mesti air panas ke?
    hahah... 1st tyme tau resipi ni,
    nampak mudah.

    nk try nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah. Letak air panas siap2. Then masuk terus dalam oven. Cubalah, Huda. Memang simple tapi tang letak air panas tu hati2 sikit ye. :)

      Padam
  2. owh satu lagi...
    kalau kukus intead of bakar dalam oven, jadi tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kukus pun boleh. Lamakan sedikit masanya. Tapi teksturnya tak sama dgn yg dibakarlah :)

      Padam
  3. puding roti ni memang leceh sikit, tapi sedap! tapi bagi orang rajin masuk dapur macam akak takdelah leceh kot..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak Sal kau pemalas bab-bab ni..hahaha

      Padam
    2. Akak pun tak rajin mana, Sal. Tapi sayang roti tak abis dlm fridge,..kita puding kan! :)

      Padam
    3. itu dah kira rajin tau dak Farrah..kalau sis JM...celup je dalam air milo panas..selesai...hihhihi

      Padam
    4. Kalo celup dalam Milo, tak jadi puding roti hihihi. Saya kadang2 klu roti tu lama menginap dlm peti sejuk, saya dah tak lalu nak cicah ngan air. Saya godokkan atau buat puding roti :)

      Padam
  4. Akak suka kulit kayu manis tu ea..?

    Mesti bau dia wangi kan... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memang suka kayu manis, Firah. Suka bau semerbaknya bila guna utk bake/buat hot choc. Wangiiiii! :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Hihihi bendanya dah ada, Shikin. Sayang pulak nak buang roti tu :)

      Padam
  6. Time kasih atas kiriman kad raya.
    Dah sangkut kat rumah ;)

    BalasPadam
  7. euuuum sedap nyeeeee boleh nih di coba resepi nya mba :)

    BalasPadam
  8. okay kakak.. selain lontong.. saya mau ini jugak..
    hahah demand kemain.. kang tuan rumah tendang kuar =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahh dont worry. Tak tendang keluar punya,...suruh ke dapur dera cuci pinggan je :)

      Padam
    2. pinggan okay no prob.. periuk kuali tamo.. hehehe

      Padam
    3. Periuk belanga dan kuali tu yg akak kasi dulu. Kena sental sampai bersih tau!

      Padam
  9. Boleh cuba resepi ni! Hari tu first time saya makan bread pudding dekat hotel ni. Ya Allah, sedap sangat! Terus rasa nak buat sendiri. Tup tup kak Farrah share resepi dia pula. Thanks kak Farrah :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome. Tapi bread pudding ini yg simple je, Farah. Tak de sos atau fruits cocktail :)

      Padam
  10. I klu wat ni bila roti dekat nak expire tapi masih banyak.. masa tu baru terasa nak buat.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan buat lepas roti expired ye, kang jadi puding lain plak..haha

      Padam
    2. Kat umah akak ni Sal. Rasa2 roti nak expire akak masuk lam peti sejuk/ freezer. Selagi tak berkulat, bolehlah di puding roti kan :)
      Tak pun buat godok roti.

      Padam
  11. puding roti yummeyhhh! dapnye la hai! ni rasa nak pegi beraya umah kak farah ni aummmmm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mehla datang beraya,..tapi puding rotinya dah abis :)

      Padam
  12. dh lama xbuat puding roti nih...dulu teramat rajin buat.....tp skg..teramat malas nak buat....heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam malas2 Sis D tu pun, banyak resepi lain yg dap dap dap Sis buat :)

      Padam
  13. Wana suka resepi mudah2 ni kak..insyaallah Ada masa nak try buat.. :)

    BalasPadam
  14. Nampak cantik sangat puding roti yg kak farrah buat..terliur wana tau..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti Wana cuba buat ye. Boleh makan satu famili :)

      Padam
  15. Wah, macam sedap je...hehehe..ntah bila la boleh cuba resepi kak farrah ni..asik bookmark je..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Nanti ada kelapangan Cik Mimie boleh buat :)

      Padam
  16. sedap akak ! tetiba teringin nk makan lg dgn sos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi makan dgn sos memang super duper sedapppp!

      Padam
  17. nampak sedap la nk buat mls hihihihi sbb xde barang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti ada barang2nya buatlah :)

      Padam
    2. ada barang pun mls kak... memang mood mls sedang ada sekarang ni rasa tak larat skrg... ahad ni ambik keputusan check darah harap Ok xde masalah la... ekin sekarang rasa tak Kuat n letih memanjang tak cukup tidur Sgt... mcm2 sakit ada... skrg ni guna produk aboh bgi tu Ok la sikit sakit tapi still ada lg

      Padam
    3. Harap begitu la akak... hari ini ok sikit tapi ada rasa sakit lg la... tu yg mai serang blog kak hihihi

      Padam
  18. x suka sangat so mmg x buatlah plus terlalu rajin ahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi yang puding roti bersos/berkuah tu Sis suka tak?

      Padam
  19. Save resepi lama dah. Tapi tak terbuat lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Nanti ada kelapangn boleh buat. Resepi dah ada :)

      Padam
  20. curah kan kuah kastard atas tu.
    yummy !

    BalasPadam
  21. sedapnye kalu dapat makan dgn sos kastard
    kalau en asben kene ade sos coklat

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.