Isnin, Julai 13, 2015

Resepi Tart Nanas Cheddar

Kuih raya pertama yang saya buat untuk tahun ni. Mula-mula ingat tak nak buat. Cekengah rajin beli yang tunjuk-tunjuk dekat office. Then, dapat dari jiran dan kawan-kawan sebalang dua. Cukuplah tu. Tetapi, memandangkan tahun ni Cekebon semangat berkobar-kobar dan mood excited lebih sikit nak raya, (Alhamdulillah, tahap kesihatannya baik sepanjang Ramadhan ni), buat jugalah dua tiga jenis.

Memandangkan dah ada tart nanas gulung yang orang beri, saya buat tart tekap bunga. Ikut tekak sendiri. Hahaha! Personally, saya suka tart bunga begini kerana rasa jem yang dibakar, keras-keras sticky...sedap! Memang dari kecil kalau raya, saya cari tart bunga. Lagipun, dulu-dulu mana ada taet gulung, tart kelopak, tart jongkong, tart sekundang bagai.

...dan yang lebih yummy ... kita tambah keju Cheddar pada dohnya. Sewaktu dibakar, wangi semerbak satu rumah!



First batch. Tengah rehat atas redai. Setengah dah kena cukai!


Resepi Tart Nanas Cheddar


Bahan A

  • 240 gram mentega
  • 60 gram gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B (Ayak)

  • 40 gram tepung jagung
  • 50 gram tepung kastard
  • 20 gram susu tepung
  • 310 tepung gandum

Bahan C

120 - 150 gram keju cheddar (parut halus)

Lain-lain

  • Jem nanas secukupnya (Saya beli pek 1 kg di kedai bahan membuat kek)
  • Acuan kuih tat


Langkah-langkah Penyediaan:

  1. Pukul mentega dan gula icing hingga kembang. Masukkan telur diikuti dengan esen vanila.
  2. Setelah semuanya sebati, masukkan tepung dan parutan keju sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat dan senang diterap.
  3. Ambil sedikit doh, letakkan di antara 2 helai plastik dan guna rolling pin untuk canai doh. Jangan terlalu tebal dan jangan pula terlalu nipis.
  4. Terap menggunakan acuan tat. Susun doh yang telah diterap di atas dulang pembakar yang telah dilengser.
  5. Letakkan jem nanas di tengah-tengah. Tekan sedikit untuk leperkan jem. 
  6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.

Tips:

  1. Untuk memudahkan kerja, jem nanas boleh dimasukkan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. Apabila hendak membuat kuih, keluarkan dan bentukkan jem menjadi bebola kecil. Senang nanti nak diletakkan di atas permukaan kuih tat.
  2. Jika doh agak lembik dan sukar diterap, tambahkan sedikit tepung. 
  3. Bagi memastikan corak terapan kuih tat kita lebih cantik, sebelum menerap, letakkan sedikit tepung pada acuan. Jadi, doh tidak akan melekat pada celah-celah acuan tu nanti.




Selamat Mencuba! 


55 ulasan:

  1. sedapnya.. my feveret time raya.. tahun ni tunjuk ja, xsempat nak buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tunjuk pun tak pe,...janji ada :)

      Padam
    2. harap yg ditunjuk tu sedap..jgn rupanya cantik..

      Padam
    3. Insya Allah,...harap rezeki memihak kepada Syida ye :)

      Padam
  2. ish..kalau sis JM yg x pernah try ni...first time try mesti x jadi tat nenas tapi jadi tat melekat hahaah....tengok resipi pun dah naik gerun..keju cheddar pun x tau yg mana satu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala sis, belum cuba belum tahu. Lain kali sis nak buat kuih tat kita buat sama-sama ye :)

      Padam
    2. Alas cadar tau tak Jay Emm? Keh Keh Keh...

      Padam
    3. ishh..klaau dapat adik ipar cam Farrah ni kan best tp x de adik lelaki yg sesuai hiksss

      Padam
    4. kah kah kah ...adik beradik Cadar lah ni eh SS..

      Padam
    5. ala, kak JM gi je kedai tanya mana satu keju cheddar.boleh punya!

      Padam
    6. Haah, sis! Tak yah pening kepala berteka-teki. Lagipun selalu keju2 ni dilabel. So tak kalut sangat lah :)

      Padam
  3. klau resipi bergambar beserta cara buat tu step by step maybe boleh follow....jika x mmg ke laut lah...ni resipi utk mereka yg dh biasa buat kek...sekali baca dh tahu cara nk buat huhhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe, sis! Jangan pening kepala. Saya ni pun bukan pandai mana. Tapi, lain kali kalau sis teringin nak makan, cakap je! Nanti saya buatkan ye :)

      Padam
    2. ya Allah...baiknya Farrah...nak nak nak! hihih

      Padam
    3. rasa nak buat, pas raya lah kot..hehe

      Padam
    4. nak jugak.. pas raya kira wat makan sendiri je la kak sal

      Padam
    5. @SS - sekali sekala skema apa salahnya :)

      @Sis JM - boleh..boleh...no problemo

      @Sal & Syida - lepas raya lagi seronok buat. makan tat fresh, boleh kongsi ngan kawan2 opis.

      Padam
  4. Balasan
    1. Bagi yang suka tat nanas berlemak memang akan enjoy :)

      Padam
  5. wah rajin betul akak, saya malas betul nak memasak time puasa2 ni..hehe =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rajin mana, namy. Kunun-kunun semangat rayalah :)

      Padam
  6. Lagi sedap makan Tart kat umah orang... Tart sendiri simpan.. Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tat rumah orang memang paling sedap..sebab free

      Padam
    2. Hihihi dah tu, tat sendiri bila nak makannya?

      Padam
  7. wah tart nenas ni memang legend la..rase setiap rumah mesti ada ek..tapi zarith suka tart nenas gulung lagi hikhik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tat nanas gulung yang lemak dan cair di mulut! :)

      Padam
  8. tat jongkong, tat sikundang tu tak pernah dengar..tapi bentuk bunga ni memang klasik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tat jongkong ni yang dia letak jem kat tengah, then masukkan dalam acuan berbentuk empat segi. Acuan utk buat coklat pun boleh. Tak sikundang ni tak silap akak yang bentuk cam labu. Betul,..tat bunga ni klasik sangat!

      Padam
  9. terbaik la dari dapur farrah ni :)
    aida xde buat kuih pun :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala Aida. Buat sejenis dua sekadar nak feeling2 raya je :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Boleh boleh. Meh la sini. Nak banyak pun boleh!

      Padam
  11. Tat jongkong.???

    cemana tu..??? hurmh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bentuk rectangle, Firah. Kita letak jem kat tengah, lepas tu masukkan dalam acuan buat coklat yang bentuk empat segi tu. Sejukkan sekejap dalam peti ais, keluarkan dari acuan. Then bakar. Nampaklah macam jongkong emas hihihi

      Padam
  12. Kak Farrah xdak kampung kat utara ka.. boleh lah nak p beraya (nak tolong habiskan tart).. haha

    BalasPadam
  13. wahhh first time dengar ni
    tabur cheese mcm mnarik je
    nanti nakp raya umah kak farrah laa
    boleh merasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tabur cheese kena ikut jenis gak. Kalau nak lagi lemak, pakai Cheddar. Nak masin2 sikit pakai parmesan. Mehlah datang raya. Bawak bambam Firash :)

      Padam
  14. Tart gulung Cik Mimie belum buat lagi..lusa dah raya..mcm x sempat je T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. pi beli cepat Cik Mimie.. malam raya mesti dapat murah2 hehe..

      Padam
    2. Tak sempat buat, tunjuk je Cik Mimie. Bak kata CT, malam raya biskut jatuh harga! Tak pun buatlah lepas raya :)

      Padam
  15. Teringin nak buat sendiri tart nenas.. Tp gitu lahh haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe dont worry, Yani. Nanti ada kelapangan boleh cuba :)

      Padam
  16. nape kite rasa entry2 akak kua makanan je ni?hahaha sdappp nyaaaaa xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh bulan puasa,...selera makan besauuuu :)

      Padam
  17. tak pernah cuba buat sendiri tart. macam susah je nak buat sendiri :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe tnjuk je senang Kak Ros.. kalo CT ngap je hahaha.. nak buat kuih kena ada kesabaran yang tinggi.. CT dok sabar..

      Padam
    2. Tak susah sangat berbanding kuih2 lain yang complicated. Asalkan buat step by step :)

      Padam
  18. fuiyiooo siap ada cheddar tu.. dah la tart sedap then ada cheezy2 feeling pulak hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..sessi menternak lemak musim raya hikhikhik

      Padam
  19. kuih ni MIL ekin suka mkn.. ekin xsuka langsung hihihihi...

    BalasPadam
  20. Inilah biskut raya yang paling MD suka....sedap sangat...MD ni pengemar biskut tart...hihi

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.