Rabu, 26 Ogos 2015

DIY Mudah - Mini Puzzle daripada Batang Aiskrim

Minggu lepas, saya dah tunjuk gambar salah satu daripada mini puzzle ni (Boleh lihat di sini). Hari ini, saya tunjukkan cara nak membuatnya pula. Mini puzzle sesuai dijadikan bahan aktiviti untuk anak-anak sama ada sebagai bahan pembelajaran tambahan ataupun sekadar aktiviti santai (galakkan perkembangan minda) di rumah.

Apa yang diperlukan:
  • Batang Aiskrim (Saya ada anak-anak cilik yang rajin kumpul batang aiskrim untuk saya + pek yang saya beli di Mr. DIY) 
  • Acrylic Paint
  • Berus Lukisan
  • Pensel, getah pemadam
  • Cellotape
Langkah-langkah:

Ambil beberapa batang aiskrim dan susun membentuk segi empat. Lazimnya saya guna 9 batang. Just nice.  Tidak terlalu banyak hinggakan si kecil pening kepala nak susun,..tidak pula terlalu sedikit sampai jadi puzzle yang terlalu mudah.

Lekatkan bahagian tepi batang aiskrim dengan cellotape supaya kedudukannya tetap, tidak beralih. Lukislah gambar yang kalian inginkan. Saya kurang mahir bab lukis-melukis ni but as long as bila saya lukis epal, murid nampak dan kenal gambar tu sebagai epal....fair enough. Kalau tiba-tiba, mereka ingat kambing atau bengkel motor, itu dah kira masalah serius dah tu! ;)

Epal :)
Rasa-rasa dah berpuas hati dengan gambar yang dilukis, bolehlah mula warnakan gambar. Saya gunakan acyrilic paint.
Epal siap!

Bab mewarna lagi satu hal. Abaikan kesalahan konsep cahaya, konsep tona dan apa-apa yang berkaitan. Ini kalau cikgu lukisan saya tengok ni, mahu kena libas dengan berus. Err, Raja Mardiana babeh, jangan tunjuk kat ayah kau ye... ;) Again, asal ada rupa, jadilah. Nak yang cantik-cantik, biar tunggu anak cilik cikgu jadi artis suatu hari nanti.

Antara mini puzzle yang sudah disiapkan.

Setelah paint benar-benar kering, kita pisahkan batang demi batang. Kemudian, bolehlah suruh anak-anak susun semula. Saya gunakan mini puzzle ni untuk ajar topik Fruits & Vegetables. Satu langkah precaution yang perlu diambil, pastikan kita kawal anak-anak sewaktu bermain mini puzzle ni. Bimbang ada yang ambil batang aiskrim masuk mulut. 

Acrylic paint, in fact apa-apa paint which is not water-based is quite dangerous untuk anak-anak. Oleh itu, jangan biarkan mereka bermain sendiri. It's good to have a pack of wet tissues supaya lepas buat aktiviti ni, mereka boleh bersihkan tangan.

Kita juga boleh print gambar pemandangan, potret keluarga atau ambil gambar-gambar yang menarik dari katalog. Potong dan tampal pada batang aiskrim, kemudian gunakan pisau lipat untuk buat potongan kemas antara setiap batang aiskrim.

Selamat Mencuba!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

49 ulasan:

  1. Idea yg bernas buat mini puzzle mcm ni..sapa2 pun bleh buat..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kalau tak nak lukis...cari je gambar cantik-cantik dan tampal :)

      Padam
  2. Gambar yg akak lukis tu dah ckup cantik pun..semua buah boleh dikenali ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik alhamdulillah kalau 'status' nya boleh dikenali :)

      Padam
  3. menarik la idea ni Cikgu!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak murid cikgu yang sorang ni tak nak buat ke?
      Leh buat puzzle gambar footballer pojaan ;)

      Padam
  4. Balasan
    1. Alamak kak Noor,...malulah saya. Tak adalah kreatif mana...cikgu2 kat sekolah tu bahan2 mengajar mereka jauh lagi hebat!

      Padam
  5. menariknya kak.. :)) akak pandai lukis, memang cantik.. :))

    Rahsia Anak-anak saya kekal aktif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Lia. Tak adalah pandai sangat. Setakat lukis ada rupa buah dan sayur tu lepaslah hihihi

      Padam
  6. just nice kak farrah.. boleh apply utk anak sedara yg 2 tahun tu.. tapi risau klu dia kutip batang ais krim tu letak dlm box n simpan...haha.. kadang2 si cilik ni terlebih rajin menyimpan n marah kita klu usik brg yg disimpan tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hantar anak buah tu ke rumah akak. Meh suruh dia tolong simpan apa yang patut. Bilik kraf akak tengah sepah ni hikhikhik

      Padam
    2. haha.. budak2 ni ikut mood.. dia punya menyimpan sampai tak ingat barang letak mana.. nangis tau cari kunci keta dia 'simpan'... hahaha

      Padam
    3. Hahaha klu pandai menyimpan begitu mmg nangislah ;)

      Padam
  7. maybe pasni akak boleh guna cara tampal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak tampal macam mana? hehe

      Padam
    2. Dah buat sebelum ni guna gambar2 dari katalog. Yang tu kita tampal gambar tu (one piece) atas batang aiskrim yang dah disusun. Gunakan glue stick. Bila dah betul-betul kering, baru kita potong gambar tu guna pisau supaya jadi sebatang sebatang :)

      Padam
    3. dah buat eh cara tampal.. hehe.. tampal lgi senang kan..

      Padam
    4. Tampal lagi senang, lukis lagi fun! :)

      Padam
  8. simple jekan kak... buat dengan bdk2 confirm meriah kn.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..riuhlah jugak nak cantumkan jadi gambar :)

      Padam
  9. wahh..kreatif...teringin nak main mini puzzle ni..

    BalasPadam
  10. Ya Allah comel dan kreatifnyaa kak farah ni..boleh buatkan untuk Zuyyin dan Zayra. Thanks for the idea =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. U r most welcome, Zarith. Mesti seronok budak berdua tu main puzzle :)

      Padam
  11. Blh buat utk anak2 main ni.. Bab warna tu agak leceh skit laa.. Kena ltk satu port utk dieorg main2.. Hehe

    Btw, good idea kak farah..")

    BalasPadam
  12. wahhh! ini soo kreatif.. boleh lah nanti saya praktikkan untuk anak - FL...

    BalasPadam
  13. lepas ni nak gi beli la acrylic kat kedai art

    BalasPadam
  14. ooooo....gini hasilnyaaaa....senang nk bagi budak2 pikir mcm mn nk cntum balik gbr tuhh hihih

    BalasPadam
  15. Laaa, puzzle rupanya benda ni. Ingatkan apa.

    BalasPadam
  16. Kreatifnya, cantik pula tu...

    BalasPadam
  17. baru nih ada jumpa jugak kat FB.. terus share kat wall sendiri.. menarik hasil kreatif menggunakan batang aiskrim nih..

    BalasPadam
  18. Wahh menarik sangat! Anak2 Nad pun tentu suka kalau buat ni

    BalasPadam
  19. lepas ni makan aiskrim kena simpan batangnya..hahaha..selalu buang je :)

    BalasPadam
  20. kenapa x de strawberry cikgu..sis JM nak warna ping hiihhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa Kak Farrah.. stroberi pulak..

      Padam
    2. ni ada sorang lagi student ni Kak Farrah =P

      Padam
  21. itu akak kata tak pandai lukis ? hahahah kasi CT lukis pisang jadi bentuk sosej kak ooooi..
    durian takde rupa langsung.. orang ingat ikan buntal agaknya.. cantik la tu akak lukis.. gojes dah =)

    BalasPadam
  22. terbaik la idea farrah ni...
    tq so much...

    BalasPadam
  23. Kreatif la kak farah ni... batang aiskrim jdi puzzle mini...

    BalasPadam
  24. Ekin ada kumpul gak aritu xtawvnk buat dgn batang aiskrim tu

    BalasPadam
  25. yeayyy idea! boleh buat nak main dengan anak sedara nanti..

    BalasPadam
  26. kt rumah mmg byk tauu batang aiskrim ni..
    cume xtau nak buat ape selain bookmark..
    yang ni ade terpikir jugak
    tapi takot bab mewarna jadi lain plak nanti

    BalasPadam
  27. Nampak mcm senang, tapi yang mcm mrs pio ni buat arts, memang tak dapat la nak main lukis2 warna2...just beli sticker n gepek kat batang aiskrim then potong elok2 guna penknife..menjadi lah mini puzzle.
    Nnt mrs pip akan cuba..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...