728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Ahad, 16 Ogos 2015

Gulai Ketam Nyum Nyum

Saya bukanlah seafood lover. Saya alah sedikit kalau makan udang dan sotong (tetapi kadang-kadang bantai jugak kalau teringin). So, tak adalah sampai nak pergi tepi pantai tepi laut semata-mata nak nikmati seafood segar. Kalau pergi makan dengan keluarga dan kawan-kawan, saya lebih enjoy makan ikan bakar.

Baru-baru ni masa borak dengan Cekebon, saya ceritalah yang saya dah lama tak makan ketam. Bertahun-tahun. Makan dekad kot! Crab sticks atau fillet tu biasalah. Tetapi, ketam fresh memang dah lama benar tak jamah. Nak masak ketam lagilah tak! Kat rumah ni, since Cekebon on strict low potassium diet,..banyak menu yang saya banned. Sekiranya ada antara kami yang teringin nak makan, pandai-pandailah masak untuk portion sendiri atau pergi enjoy makan kat luar. Jangan bagi sampai Cekebon terliur!

Cekebon buat suprise, tunaikan rasa teringin saya :)


Gulai Lemak Ketam

Senyap-senyap dia order kat anak angkat dia, Kak Nani. Hihihi Kak Nani ni memang berniaga makanan. Saya balik rumah tengok-tengok ada satu mangkuk besar gulai ketam. Masa tu senyum lebar meleweh! Jalan dah macam tak pijak bumi tengok merah ketam. Time tu juga saya makan. Memang tak pandang kiri-kanan dah! Alhamdulillah, puas hati, tekak dan perut dapat mamam ketam.

Sebelah malam bersedia dengan ubat, lotion dan pil gatal. Mujurlah gatal-gatal manja je. Tumbuh bintat-bintat kecil sedikit. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan manis, enak dan segarnya isi ketam ;)

Thanks so much, Cekebon. Terima kasih belanja kakak makan ketam. Love you loads! Love you always! Mmmuahhhhhh!


Psst! Tengah slow-slow blogwalking. Tunggu ye.


60 ulasan:

  1. kalu SS nak makan seafood... SS kena telan ubat siap2.... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik saya standby lepas makan. Kalau makan dulu, obat tu ngantuk, nanti terus zzZzZzzZzz!

      Padam
    2. samalah..makan ubat lepas makan makanan terlarang ni..tu pun kalau naik bintik la.kalau tak, buat tak tau je

      Padam
    3. Betul tu. Akak kalau takde apa2 sengih lebar sikit. Kunun ketahanab badan tgh kuatla masa tu :)

      Padam
    4. sama laa selalu klu makan benda yang alergik nih, mesti makan ubat lepas tuh.. yelah, sesekali layan keinginan tekak..

      Padam
  2. Love u too cekebon...
    Kasih ibu bawa ke syurga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekebon balas: love u too! selamat mula minggu baru, huda!

      Padam
  3. Tak tahu kenapa... tiap kali citer pasal cekebon rasa touching nak nangis...

    Huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alololo janganlah camtu,...tak mo touching2!

      Padam
  4. walaupun leceh skit nak mkan ketam..tapi isinya mmg awesome..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Berbaloi makan sampai dua2 tangan kotor.

      Padam
    2. betul tuh, lebih suka makan kat rumah dari kat kedai.. hilang kesopanan kalau makan kat kedai..

      Padam
  5. cutela kak farah ni,hahhahaa
    sedapnya gulai ketam tu ya Allah..terliuqq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nini! Apa khabar? Lama tak nampak.
      Uishh memang sedapppp! Sampai bawak ke mimpi!

      Padam
  6. Ya Allah, lama gila tak rasa gulai ketammmmm!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila plan utk makan gulai ketam segera hihihi :)

      Padam
  7. Salam singgah sini sis....sedapnya gulai ketam...tdi baru ada Diana beli ketam...tengok gulai ketam ni...teringin pula nak masak gulai ketam...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak jgn tak masak. Kalau tak digulai, rebus macam tu pun sedap. Tak pun buat ketam bercili!

      Padam
  8. Sedapnyaaaaaa! Fav saya niiiii T.T

    BalasPadam
  9. wow.. Ya Allah kak best sangat tengok.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best! Nanti ada rezeki makanlah gulai ketam :)

      Padam
  10. Akak sedih ekin pun lama x mkn ketam kempunan lama dah ni disebabkan alergic la ni xleh mkn uwaaaa nk mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dah allergic tu, sendiri mau ingat ye, cik adik :)

      Padam
    2. terliur sangat tengok post ni sudoh la

      Padam
  11. Kak... petik lagu dahsyat by mojo 1 round kak.
    Hihihi...
    Baru pas fefeeling tgk drama td... haissshh.

    #whyTakdeOrangJatuhHatiKatSayaMacamTu

    Hahaha...
    Hashtag tak wujud...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Prenggg prengggg prenggg dengar tak? Dengar tak? Amboi,..feeling2 Dahsyat ni tengok drama apa?

      Padam
  12. Balasan
    1. Gi tangkap ketam kat pasar cepat!

      Padam
  13. Dah lama tak makan ketam macam ni. Seafood dekat sini, mahal sangat. Kalau ada sale pun, saya tak pandai masak. Sadis je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ye, Farah. Tunggu balik Malaysia ye,..

      Padam
  14. kalau sy...gatal2 tu tolak tepi....yg penting belasah mkn dulu....pastu bru pikir masalah gatal2 tu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama laa kita.. kalau teringin sangat tuh, tolak dulu bab alergik apa bagai nih.. asalkan dapat memenuhi keinginan tekak..

      Padam
  15. salam, hee sedapnya gulai ketam nyumnyum tuu ;p

    BalasPadam
  16. sedap nya Farrah.. kite dah lama dah teringin nak makan lauk ni .. tapi kite tak pandai siang ketam. huhu

    BalasPadam
  17. alahai...so sweet...cekebon buat surprise...kalau sis JM mmg terharu gila lah!!!! itu lah kan tanda kasih sayang ibu kepada anak

    BalasPadam
  18. klau sis JM...boleh makan ketam tetapi same to Farrah..x beli untuk masak..reason? MAHAL!!!!!! so boleh kira je berapa kali makan itu pun makan jika ada function di hotel...kasihan kan

    BalasPadam
  19. waktu ke Bangkok hari tu...order tom yam seafood...ada KETAM!!! perghhhh...orang lain dah habis makan..sis JM masih terkial-kial gigit kaki ketam tu..isi? MANIS!!!!

    BalasPadam
  20. sanggup eh kak farrah mkn walaupun tau akan gatal. haha kalau kite, takde mkne lah sanggup

    BalasPadam
  21. samalah I pun alah pada seafood.. seafood feveret ialah udang.. ketam jarang sangat dapat makan.. costly n susah nak jumpa kat kmpg ni..

    BalasPadam
  22. seronoknya bila cekebon memahami..sedap gila tengok ketam tu kak..wana baru ja makan ketam minggu lepas.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama laa baru makan dua hari lepas.. sedap betul laa..

      Padam
  23. wana memang 'hantu seafood'..semua pun nak dibantai makan..hehe..baru ni makan lokan bakar..fuh, memang nikmat rasanya :)

    BalasPadam
  24. last makan ni ketam masa kakak kena denggi..dia sakit mana nak makan sangat.yang sihat la tukang perabih.keji tak adik...

    BalasPadam
  25. sama laa anak hari tuh cakap laa lama tak makan ketam.. yelah, ketam kan mahal.. tetiba mak tok diaorang dengar, apa lagi, masakkan laa untuk cucunya.. dapat jugak tumpang sekaki rasa skit..

    BalasPadam
  26. ni kalau dpt dgn nasi panas2 mmg sy x sedar diri pastu! hahahaha

    BalasPadam
  27. Samalah kita pun alah jugak...tapi memang tak pantang...bedal je..hehehe :) lagi2 kalau tonyam seafood xboleh tolak..hiihi

    BalasPadam
  28. Sweet sgt Cekebon...hehehe :)

    BalasPadam
  29. aida minat...
    walaupun pastu gatal!!!
    sedap ketam :) nyum nyum...

    BalasPadam
  30. tapi... jarang makan.
    sebab takde pengepit yg sesuai.
    seksa nak kopek.
    pastu kena kopek utk anak2 yg ramai :)

    BalasPadam
  31. Ya Allah, sedapnya gulai kuning ketam.. Wawa suka makan ratah2 macam ni.. Dah lama tak mask ketam..kena buat ni..

    BalasPadam
  32. gulai kuning ketam kita reti buat. hehehehehhee. kari ke asam pedas masih belajar lagi

    BalasPadam
  33. kita klik2 nuff2 akak Farrah sekali ^^

    BalasPadam
  34. Uiiii apasal nampak sedap. Hahahaha

    BalasPadam
  35. seafood yg CT paling tak berkenan.. ketam ngeh3..
    tapi kalo orang kopek yes i makan =P

    BalasPadam
  36. suka gulai udang dengan kacang buncis.. or kalo mak buat gulai ketam kena letak nanas banyak2..
    nnt nak hirup kuah je sbb ketam x makan..

    BalasPadam
  37. cikebon ayu pon da lama tak makan gulai ketam ni

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...