728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Jumaat, 28 Ogos 2015

MIKESH - Untuk bantu karangan anak-anak.

Belakangan ini saya agak sibuk. Anak-anak Tahun 6 akan berdepan dengan UPSR. Sibuk buat ulang kaji. Pada masa yang sama, saya dapat job edit manuskrip yang baru. Sibuk membaca, betulkan itu ini. Jadi, blog memang agak terabai. Komen tak terbalas. Blogwalking pun mana sempat je.

Hari ini saya nak kongsi tentang MIKESH. MIKESH ialah watak yang saya wujudkan di kelas tuisyen saya. Tujuan utama - idea umum untuk isi karangan fakta. Maknanya, apabila anak-anak ingat MIKESH, mereka dah ada beberapa isi yang boleh digunakan untuk karangan.

Jom kenal MIKESH :)



Contoh:

Tajuk - Faedah Bersenam
4 isi yang sesuai:
  • Kecergasan fizikal/Kecerdasan mental
  • Sihatkan Badan
  • Eratkan silaturahim (jika bersenam bersama keluarga/kawan-kawan)
  • Hilangkan tekanan 

Tajuk - Faedah Membaca
4 isi yang sesuai:
  • Ilmu pengetahuan
  • Hilangkan tekanan (dapat berhibur dengan baca majalah, buku cerita dan komik)
  • Menghargai masa (memanfaatkan masa yang terluang)
  • Kecerdasan minda

Tajuk - Kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
4 isi yang sesuai:
  • Ilmu pengetahuan
  • Hilangkan tekanan 
  • Menghargai masa (memanfaatkan masa yang terluang)
  • Eratkan silaturahim

Mudah kan? Ini sekadar bimbingan asas untuk anak-anak. Sekurang-kurangnya apabila perlu membat latihan atau kerja rumah karangan fakta, sudah ada idea dalam kepala. Enam isi-isi ini boleh dipertimbangkan bersama isi-isi yang lain. Cuma perlu beri huraian dan contoh yang sesuai. 


36 ulasan:

  1. Wah, senanglah students kak Farrah macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least boleh bantu mereka. Kebanyakan students tak suka buat karangan fakta,..malas membaca :)

      Padam
    2. Saya masa sekolah dulu paling suka buat karangan fakta macam ni. Paling senang. Tak payah nak fikir banyak sangat. hehehe.

      Padam
  2. Bila dah ada isi penting senang nak huraikan :) hehehe... rindu nak buat karangan..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheheh akak tak rindu sebab jenuh tanda karangan budak :)

      Padam
    2. nak tajuk karangan ke Cik Mimie ? boleh mintak Kak Farrah senaraikan miahaha..
      taip nnt bentuk PDF hntr ke Kak Farrah.. =P

      Padam
    3. Hahahaha...agak2 leh dapat 5 bintang tak? hahaha

      Padam
  3. Aahla..senang..contohnya tajuk FAEDAH BLOGWALKING

    ilmu pengetahuan
    Hilangkan stress
    Hubungkan silaturrahim
    Kecerdasan minda dan jejari menaip..kihkih

    Senangnye student skrg kan..akak dulu xde pun camni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahah pandainyeeeeeeeeeee!!!

      Padam
  4. Bagusnya MIKESH ni, boleh bantu dieorng. Kadang kte sendiri pun butu sbb kekurangan idea..

    BalasPadam
  5. ingat zaman sekolah dulu . paling blank bila suruh buat karangan ... heheheee

    BalasPadam
  6. hihi..kebas laa mulut nk beli eskrim banyak2 .. hahahaa,, tp basgus jugak diy sendri

    BalasPadam
  7. karangan fakta memang ramai tak suka sebab tak boleh nak 'goreng' cerita..

    BalasPadam
  8. good idea utk budak2 belajar..

    BalasPadam
  9. huhu..untung anak murid ada cikgu gini,,

    BalasPadam
  10. Teringat masa sekolah dulu, Zumal hafal kata kunci je untuk isi karangan...

    BalasPadam
  11. great idea kak.... pinjam ea...

    BalasPadam
  12. sangat mudah dan membantu anak2 dengan adanya mikesh..bagus idea kak farrah ni kan..terbaeklah kak!!! ;D

    BalasPadam
  13. MIKESH ni ke ingatkan hero TAMIL ke hihihhi

    BalasPadam
  14. Masya Allah ...

    Bagusnya akak...

    Kita nk jd student akak boleh?

    Karangan jurnal meh tolong meh...
    Asyik kna reject je ni ...

    BalasPadam
  15. wahhh...perkongsian yang bagus ni FM...isi penting tu yang perlu untuk membantu dalam mengarang sebuah karangan...

    BalasPadam
  16. idea cenggini yes CT suka sngt.. dulu time practical ada lah konon nak bawak pembaharuan..
    bukan teacher centered dah.. nak buat student centered.. skali cg pembimbing x suka.. stiap kali kena observe kenala kembali ke zaman kuno.. kena fresh idea cemni.. baru budak suka..

    Cikgu Farrah =)

    BalasPadam
  17. idea yang menarik.. boleh laa pinjam bagi kat anak2..

    BalasPadam
  18. tq farrah.
    aida amik ekk ilmu ni utk anak2.
    tq again...

    BalasPadam
  19. Teringat zaman sekolah dulu paling mls buat karangan hahahaha

    BalasPadam
  20. Ekin ada adik ank aboh dgn bini no 2 darjah 6.. alamak tersasul bgitaw pulak...

    BalasPadam
  21. bagus ni! khusus utk ank menakan yg bakal dok upsr mggu dpn

    BalasPadam
  22. masa sekolah dulu, memang minat buat karangan... rindu pulak nak menulis panjang-panjang macam dulu.. kat blog sekaarng ni, masa terhad. jadi tulis ringkas je. hihihihi

    BalasPadam
  23. baru baca mikesh..huhuhu ok cool - simple ni student senang ingat!

    BalasPadam
  24. ayu sgt suka karangan
    suke sgt lah..
    kadang isi tak ada mane pon
    tapi hiuraian panjang lebar...
    hahahahha
    sekarang nak mengarang pon jem otak tauu..
    tapi syok bile da ade isi mcm ni kan

    BalasPadam
  25. baru terbaca entry ni kat blog Farrah ni.. good sharing.. semoga ia bermanfaat untuk saya dalam ajar FL kelak. tahnk u farrah

    BalasPadam
  26. owh Farrah buat freelance editing ye? nak minta Farrah buat editing paper saya boleh? hehe

    BalasPadam
  27. menariklah ilmu ni thanks cikgu

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...