728 x 90

Jumaat, 21 Ogos 2015

Resepi Mudah - Singgang Daging Bott

Salam Jumaat!

Saya dah kembali bersiaran dari opis di rumah. Lega rasanya setelah empat hari 'bermain-main' kat luar :) Hari ini nak kongsi salah satu hidangan kegemaran saya (tapi jarang buat sebab berasaskan daging) yang disediakan oleh Bott. Tiba-tiba teringin, dah lama tak makan daging, saya akan ajak Bott pergi kedai daging,.. then mengendeng nak lauk singgang. 

Tattadaaaaa! 
Inilah rupanya,..

Singgang Daging Bott
Resepi Mudah Singgang Daging Bott

Bahan-bahan:
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh ketumbar *ditumbuk kasar
  • 5 tangkai cili kering (potong dua/tiga)
  • lengkuas (lebih kurang sebesar ibu jari) *ricik halus/hiris memanjang
  • halia (lebih kurang sebesar ibu jari) *ricik halus/hiris memanjang
  • 7 biji bawang merah (dimayang)
  • 4 ulas bawang putih  (dimayang)
  • 3 - 4 keping asam keping
  • 1/2 sudu teh garam kasar
  • 1-2 sudu besar budu (Sukatan ini perlu agak-agak je sebenarnya. Jangan masin sangat!)

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Gaulkan.
  2. Masukkan air secukupnya. Biarkan masak dan reneh hingga daging empuk.
  3. Rasa. Jika masin, tambahkan air. Jika tawar, tambahkan budu atau garam kasar secukupnya.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!


44 ulasan:

  1. Balasan
    1. Yg simple2 begini yg sedap, Hani :)

      Padam
  2. pernah buat singgang ikan merah jer.. mesti sedap nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah buat, eyda. Utk tukar2 selera :)

      Padam
  3. sedapnyaa, feveret wawa juga ni.. mak selalu.. nanti raya haji confirm bersinggang sokmo.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time raya haji memang sesuai sangat buat singgang ni :)

      Padam
  4. nampak macam sedap pulak, sy tak suka sangat singgang. hihihh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Cie. Nanti satu hari kena cuba :)

      Padam
  5. Kalu kat Johor... Femes singgang ikan... Ikan yang kecik2 tu... Pemende tah nama ikan tu... Ha Ha Ha... Tapi memang sedap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat baru dgr description SS dah terliur nih...

      Padam
  6. sedapppppnya...nak2 makan masa panas2.. pergh.... hari ni menu saya ikan bakar je... biasanya klau menu daging singgang ni time raya haji masyuk..daging banyakkan..hihihhiih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan bakar sedapppppppp. Cicah ngan air asam & kuah kicap..terbaikkk!

      Padam
  7. hidangan singgang daging bott,sedapnya. :-)

    BalasPadam
  8. Tak pernah saye dengar Singang daging bott...Lepas nak try masaklah..

    BalasPadam
  9. assalamualaikum
    lama tak singgah sini rasanya =)
    wah sedapnya...lapo dibuatnya

    p/s-ada dapat dak barang saya bagi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, apa khabar, YY?
      Ada hantar something kat akak ye,...setakat ni belum sampai lagi. Nanti dah sampai akak inform ye. Nway, thanks in advance :)

      Padam
    2. eh belum ke...alamak
      dah lama juga saya anto tu
      apa-apa bagitau ye

      Padam
  10. fuh..fuh..wana tolong tiupkan..sedapnya hirup sup daging..wana punya fav ni kak farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jarang makan daging sgt. Tapi klu teringin, singgang mmg antara yg akak nak makan :)

      Padam
  11. senang ja resepi singgang daging ni kan kak..ala, terliur pula wana tengok ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti free wana boleh cuba buat version ni :)

      Padam
  12. Singgang daging best...lama x mkn daging

    BalasPadam
  13. Balasan
    1. Singgang daging mmg best, qisha :)

      Padam
  14. singgang ni macam sup kan kak farrah.. Klu sebelah sini sebut singgang ramai yg xtau.. termasuklah I ni..huhu

    BalasPadam
  15. mak kita rajin buat singgang. sebab adik kita suka sangat... dia kata kuah magic. hahahaha

    BalasPadam
  16. mak ana buat singgang ikan je slalunye. nti nak try singgang daging lah pulak hehe

    BalasPadam
  17. Pestime dengar perkataan SINGGANG ??
    Hehe Thanks sharing :)

    BalasPadam
  18. singgah daging...mcm sup..nk try!

    BalasPadam
  19. Tak pernah makan ni FM...teringin pula nak mencuba resepi ni....

    BalasPadam
  20. huihh....sedap ni hirup kuah kalau panas2...mcm sup...hehhehe

    BalasPadam
  21. segala masak singgah i loooooike =D
    tp CT penah makan singgang udang.. hahaha x berapa go sngt.. rasa cem udang rebus..

    BalasPadam
  22. singgang.
    sesuatu yg simple but sgt sedap :)

    BalasPadam
  23. Nok bgi sedap letak budu perghhh sedap sangat

    BalasPadam
  24. umi sllu buat singgang daging ni..
    tapi ayu suke lagi kalau ikan yang dibuat singgang

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...