Isnin, September 14, 2015

Asing Sampah | Guna Semula | Kitar Semula (Part 1)

Assalamu'alaikum.
Selamat memulakan minggu baru.

Hari ni kita bicara tentang asing-asing sampah. Bermula awal bulan ni kan (walaupun tidak secara menyeluruh) negara kita dah mula impliment pengasingan sampah di rumah dan kediaman. Personally, saya suka tindakan ini sebab rasanya dah tiba masa untuk masyarakat kita betul-betul dibiasakan dengan amalan gaya hidup hijau. Malaysia boleh dianggap jauh ketinggalan bab-bab tak buang sampah merata-rata, asingkan sampah dan kitar semula jika nak dibandingkan dengan negara lain seperti Jerman dan Denmark.

Duduk di kawasan kampung yang rata-rata penduduknya masih 'seronok' bakar sampah, tak menghalang saya untuk asingkan sampah dan kitar semula apa yang patut. Tetapi, saya tak gunalah plastik berlainan warna seperti yang disarankan tu. Kat rumah ni, Cekengah gelar saya polis alam sekitar sebab saya selalu bebelkan dia jika tak asing kertas untuk dikitar semula. Kerap juga jadi mangsa jeling-jeling manja (tapi berbaur ugutan dan kecaman) saya apabila dia dengan selamba buang botol air mineral ke dalam tong sampah.

Memang nampak leceh kena asing-asing sampah ni, tetapi alah bisa tegal biasa. Kalau kita tak mulakan sekarang, bila lagi?

Mulakan dengan something yang kecil. Jika tak mampu grasp concept of recycling as a whole, cuba dulu dengan kitar semula kertas. Buku, majalah, suratkhabar, kotak dan resit pembelian. Jangan terus buang. Asingkan di suatu tempat, then bila dah banyak, boleh jual/hantar ke pusat kitar semula. 

Kertaslah sampah paling banyak di rumah saya. Kebiasaannya, kertas terpakai yang bahagian belakangnya masih boleh digunakan akan disaring. Guna sebagai kertas conteng atau rough papers untuk anak-anak cilik saya buat jalan kerja Matematik semasa tuisyen.

Resit untuk guna semula dan kitar semula :)
Resit-resit pun sama. Saya selalu kumpul resit untuk tengok jumlah perbelanjaan bulanan dan kira 'perbelanjaan angin' saya (GST). Kemudian, resit-resit ni saya asingkan. Yang mana bahagian belakangnya bercetak, terus masuk kotak kitar semula. Yang bahagian belakangnya kosong, kita boleh guna untuk conteng-conteng. Susun cantik-cantik dan stapler kan. Then, letaklah di meja kerja atau tepek di peti sejuk. Buat tulis reminder atau 'To Buy List'. Dah habis guna - kitar semula :)

Tak susah kan? Sambil-sambil je boleh buat. Let's Go Green!

Psstt! Kalau rajin dan ada masa, boleh cuba buat mini note book daripada kertas terpakai (Tutorial di sini dan di sini)





46 ulasan:

  1. I dah mula asingkan sampah ni pelan2.. mula2 asingkan sampah kering dan basah.. botol2 plastik dan kaca of cos asingkan.. Tapi yg kecewanya, bila letak kat tempat sampah, nampak pak cik2 yg kerja tu campurkan saja..klu di kampung, mak lah org yg semangat nak asingkan botol dan kertas.. Bila dah banyak call org dtg ambik.. xdapat duit pn xpa asalkan let go green.. Hehe... tapi daun2 kering tetap bakar.. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesss, kita kena mula buat slow2. Tindakan kecil kita boleh bawa impak baik. Cuma perlu konsisten. :)

      Padam
  2. hosmate I pun suka perli2 I kalau bebelkan mereka pasal asingkan sampah.. Huhu.. namanya sekolah tinggi, tapi simple macam ni pun nak tarik muka.. x bestkan akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedih. Perkara ni a matter of attitude. Kat luar tu ramai je yang educated, gaji & kerja besar,..tapi tak bersalah je campak sampah merata-rata. Harap2 makin ramai yg ada kesedaran untuk sayangi bumi :)

      Padam
  3. Baguslah Malaysia mula dah asingkan sampah. Senang je benda ni sebenarnya. Bukannya susah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kan Farah. Bila kita dah biasa buat, tak ada masalah. Automatik je kita akan asing2 sampah dgn mudah :)

      Padam
  4. Eyja selalu simpan resit2 tu. Kumpul sbb manage perbelanjaan monthly. Xrecycle plak. cuma bila lebih 5 tahun baru buang je terus. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, sampai 5 tahun! Haaa lepas ni, boleh cuba guna bahagian belakang resit utk conteng2. Then, kita kitar semula :)

      Padam
  5. tahnia ..dalam keadaan G/ terpakai..jimat sikit tu dek..ST sangat perlu guna semua bahan terbuang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Etuza (walaupun komen Etuza ni terpotong-potong, tetap faham apa yg dimaksudkan dengan jelas) :)

      Padam
  6. Let's Go Green..... so, jangan bagi alasan.... start doing it!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Nora. Kalau tak mula sekarang, bila lagi kan :)

      Padam
  7. Let's go green.. Wawa sokong 100%..")

    BalasPadam
  8. Hamboii rajinnya.. Mummy kalo asingkan semua bag plastik warna pink, tak tau mana plastik, mana inatan, mana kaca , mana kertas.. Lagu mana tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kite nyanyi lagu hijau zainal abidin... he he he

      Padam
    2. Ikut saranan SS - mula nyanyi lagu Hijau. Then, kita pinjam paint Mummy sikit, calit kat plastik2 tu utk bezakan. Haaa OK dak?! :)

      Padam
  9. Kak farah, sama la kita! Memang Zarith akan asingkan, botol kicap pun sama hihi..Plastik telur pun sama. Walaupun susah nak carik tempah untuk recycle, tapi tetap gigih asingkan =p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baguslah tu, Zarith. Mula2 memang rasa leceh kan,..tetapi bila dah biasa kita akan rasa puas hati :)

      Padam
  10. bersama kita hijaukan bumi.. plastik yang dibuang merbahaya kerana ia tak hancur walau terkena air.. kalau masuk ke dalam laut merbahaya kepada penyu yang cari makanan kerana ia nampak macam obor-obor kat dalam air..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesannya pada hidupan akuatik kitalah. Tak pasal2 terancam dan mati.

      Padam
  11. saya juga selalu gunakan belakang resit yg kosong utk senaraikan brg yg nak dibeli ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya quite convenient kan guna belakang resit utk conteng2 :)

      Padam
  12. Ehhh sama pulak kita suka kumpul resit... Sha kumpul resit sebab suka taip balik kat Microsoft Excel... dah jadi tabiat plak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni kes rajin bebenor ni, Sha. Suka menaip eh? :)

      Padam
  13. pening memusing laaa SS ni cikgu... SS lesing semua dlm tong sampah... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kena panggil Cik Manisah Lesing tolong SS ni. Saya susah hati kalau SS pening memusing,..

      Padam
  14. cikgu sesuai jadi warden... adusss...
    * jeling sitiroro yg jauh diperantauan... he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi warden sitiroro jelah. Baik anak jagaan saya, nun jauh kat bawah dunia pun sempat hantar report & selfie :)

      Padam
  15. resit2 ni biasanya saya simpan 2-3 bulan
    pastu baru buang... ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh guna dulu sebelum buang. Buat conteng2 :)

      Padam
  16. resit suka simpan jugak, tapi bila dah banyak dan tak boleh nak baca dah mula laa nak buang.. apapun berguna jugak resit nih, jadi bahan untuk menulis kalau buku nota kecik tak ada dalam beg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pun asalnya begitu, Eyda. Nak cari kertas utk menulis, dalam handbag/purse confirm ada resit sekeping dua. Guna resitlah :)

      Padam
  17. pengasingan sampah tu dh lama sis JM praktik...mana2 botol plastik masukkan dalam bekas berasingan pastu hantar di 'kitar semula'...kasut2 yg dh rosak, tanggal tapak...semua tu semua hantar ke kitar semula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syab.bas inspector sab! Heheh sesat dialog citer hindustan plak tiba2 :)

      Padam
  18. Kat sini tong sampah dekat dengan rumah ekin barang kering n basah bercampur semua.. sampah penuh di atas jalan sampai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun tong sampah tak asing, ekin boleh asingkan plastik. Jadi nanti kalau ada orang nak kumpul tin/botol korek sampah kita, dia boleh terus ambil plastik tu. Tak payah susah2 nak buka sampah kita.

      Padam
  19. let's go green kak.... betul sangat sndrt kg selalu bakar je sampah2 ni... rasa kurang lagi pendedahan kat penduduk kg.. kg saya pon camtu kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Ikhwan. Exposure dan kesedaran kurang. Macam kat kampung akak ni, walaupun bawah majlis perbandaran, sistem angkat sampah very poor! Orang kampung apa lagi, bakar je lah!

      Padam
  20. saya pun sedang cuba buat sikit-sikit
    nak buat secara drastik, payah sikit
    nak kena ajar semua orang dalam rumah tu bab ni juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, YY. Kena educate isi rumah kita juga. Slow2 dulu tak pe. Janji ada usaha ke arah itu.

      Padam
  21. jom kita mempraktikkannya :) tengah slow2 asing..haish, Cik Mimie dah la pemalas...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, Cik Mimie. Perlahan-perlahan buat. Nanti dah biasa senangla :)

      Padam
  22. perbelanjaan angin ye kak farrah..
    ayu pon ade gak simpan resit
    tapi kadang xsmpat naj catit ink pon hilang
    napk x berapa lame peram dlm purse

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.