Rabu, 23 September 2015

Coffee Chips Cookies | Biskut Cip Kopi

Biskut rayalah kononnya. Lebih kepada stok untuk kunyah-kunyah. Mula-mula, saya ingat nak buat tat nanas. Cekebon kesayangan dah layang hint beberapa kali dah teringin nak makan kuih tat. Jem nanas pun ada dalam peti ais. Tapi rasa malas pula nak main terap-terap. Buat drop cookies ok jugak. Kita main sudu-sudu je adunannya. Tengok barang-barang baking, ada cip kopi yang saya tak gunakan lagi. Buat biskut cip kopi lah! Kuih tat nanti ye, Bon :)

Biskut Cip Kopi
Resepi Biskut Cip Kopi

Bahan A
  • 150g mentega
  • 150g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan B
  • 200g tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
(Ayak, kemudian masukkan 1/2 sudu teh garam halus)

 Bahan C
  • 60g coklat putih (parut halus)
  • 180-200g cip kopi
  • 100g cornflakes (ramas/kisar menjadi halus - tetapi jangan hingga jadi serbuk pula)

Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar 170 - 175 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sekata. Kemudian, masukkan pula esen vanila. 
  3. Setelah adunan menjadi gebu dan warna bertukar pucat, masukkan Bahan B. Gaul rata.
  4. Masukkan parutan coklat putih, cip kopi dan cornflakes. Gaul hingga semua bahan menjadi sekata.
  5. Ambil satu sudu teh adunan dan letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilengser. Jarakkan sedikit kedudukan doh biskut kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 12 - 15 minit  (bergantung pada ketuhar masing-masing). Biskut ini nipis je, jadi tak perlukan masa yang lama untuk bakar.

Resepi biskut cip kopi ni saya olah dari resepi biskut coklat cip oreo yang biasa saya buat. Crunchy. Bau kopinya wangi semerbak. Tak cukup sekeping kalau makan ni.

Ingin resepi biskut kopi lain? Cuba Resepi Biskut Kopi Yumm Yumm!


55 ulasan:

  1. boleh bygkan keharumannya bila masak...semerbak....heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang wangi semerbak, Sis D. Dah letak dalam bekas kedap udara, bila bukak....fuhhhh bau dia! Menggoda! :)

      Padam
    2. Fuhhh.. baca komen akak ni pon dah boleh bayang bau tu.. hihihihih... :D

      Padam
    3. pasti sedap..biskut raya haji ke dek..hehehe

      Padam
    4. @Ikhwan - Bayangkan je lah ye, Ikhwan. Akak nak hantar ke UIA tu jauh :)

      @Etuza - Bolehlah dianggap biskut raya haji. Sebenarnya buat sebab teringin nak makan.

      Padam
  2. rajin betul kak Farrah ni..kalua rumah saya buat ni tak payah tunggu raya.kejap je habis..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak delah rajin mana, Sal. Buat biskut bulat2 je pun :)

      Padam
    2. ehehe baguih la gitu.. kalo buat makan xpa..
      ni kuih raya raya ritu ada lagi.. cem mano ?

      Padam
    3. Ada lagi? Buang CT,..sakit perut nanti kalau makan :)

      Padam
  3. best tengok biskut ni... :D tengok jelah mampu.... hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tadi pergi korban kat masjid UIA tak? Alang-alang tak balik kampung tu, berkampung la kat masjid,..boleh santap daging :)

      Padam
    2. pergi tengok je kak... lembu2 dikelilingi foreigner... daging pon xmkn.. :') breakfast maggi je kiteee..

      Padam
  4. Nampak mudah dan sedap... Heheheh Thanks share kak Farrah ! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang je, KTC. Pukul je semua, sudukan atas dulang,..then bakar :)

      Padam
    2. hehehe nnt CT nak jenguk KTC sbb KTC datang blog CT ehehe..
      tapi tngk fikir.. aku nak kena tulis Kakak Tiri Cinderella ke haa.. panjangnya =P

      okay dah dapat nickname da.. KTC je..

      Padam
  5. Salam singgah petang Farah...sedapnya biskut cip kopi...ada masa Diana nak try ni Farah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,..jangan lupa cuba. Best ni buat kunyah2 :)

      Padam
  6. Ala, kemalasan melanda diri... malas nak buat, mintak sikit boleh ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak,...nak menghantar ke utara tu,..akak bimbang sampai2 dah jadi tepung balik :)

      Padam
  7. Wah, sedapnya kak farah.. Makan sambil tgk tv ni laju je habis.. Hehe

    Salam aidiladha kak..")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Wawa. Biskut macam ni kalau makan kena pandai ingat sendiri hihihi
      Salam Aidiladha buat Wawa dan family :)

      Padam
    2. Tq kak.. Ingat tkt org lain tk dan kan.. Hihi

      Padam
  8. sedap tu kudap-kudap sambil tengok tv cerita hari raya.. rajin farrah buat..

    salam aidiladha kepada farrah sekeluarga.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi ni kira biskut orang malas ni, Aiza. Salam Aidiladha buat Aiza & family juga

      Padam
    2. malas-malas pun comel je jadinya biskut tu farrah..

      Padam
    3. ehehe yang kudap2 tu yang extra masyuk bila makan..

      Padam
  9. Balasan
    1. Konon-kononnya biskut raya. Makannya lepas raya :)

      Padam
  10. Balasan
    1. Selamat Hari Raya, Firah. Enjoy your cuti :)

      Padam
  11. Sedap ni kalau kak Farrah yang buat..

    Yummeh.. Kena try...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa nanti bila free, jangan lupa cuba. Biskut ni senang,..tak yah nak terap2 pakai acuan :)

      Padam
    2. ehehehe.. kalo Kak Farrah buatkan lagi sedap =D

      Padam
  12. Perhhhb inj varu vetul2 raya...

    Terasa2 mcm bau haruman famos amos yg gelemer itu

    BalasPadam
  13. Bilalah nak rasa kuih raya ni. haha

    BalasPadam
  14. Kak Farrah post lah sikit ke Melaka hehe

    BalasPadam
  15. Sedapnya biskut kopi... dahla ros ni coffee lover. Hihihihu

    BalasPadam
  16. Rajinnya kak Farrah buat biskut raya!

    BalasPadam
  17. Pergghhh bau kopi sampai sini... sedapnya! Print screen dulu resepinya... nanti bleh try.. thanks sharing!

    BalasPadam
  18. Alah, dengan bau kopi...heeee...:)

    BalasPadam
  19. boleh bayangkan kesedapannya.. nih buat lapar di pagi yang sejuk nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi kak.. cek bahan2 apa ada kat dapoq tu.. mari membaking =P

      Padam
    2. agak2 ada bau macam bila masuk kedai kopi dak.. taaaaaarik nafas semua..
      aaaaa.. nikmat =D

      Padam
  20. hebat skill memasak Farrah ni.. congrats

    BalasPadam
  21. atototot Cekebon kasi hint hehe.. tolong hint kan suruh Kak Farrah buat extra.. post mai Penang ehe..

    BalasPadam
  22. ni kalo coffee lovers yang tegar ni mesti suka ni.. makan sambil minom kopi..
    haaaa brjagalah dikau sepanjang malam..

    BalasPadam
  23. kalau bab buat biscuit raya mmg failed...nak tempah je boleh?

    BalasPadam
  24. Boleh cuba ni hahaha mengamuk gak guna hp abe sebelum dia g keje

    BalasPadam
  25. coklat chip tuka kopi chip ye
    tak letak white chocolate boleh ke
    cam nak buat juga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh, YY. Tak de masalah. Cuma lebihkan sikit chips tu :)

      Padam
  26. bagus la farrah. teringin kudapan and terus buat.
    alhamdulillah. kenyang perut kan.
    aida ni x brape ada masa nak mendrop cookies sgt.
    penuh dgn agenda lain :( hu hu hu

    BalasPadam
  27. sekut sekut...
    skg biskut2 ni da jd tren
    bukan makan time raya je pon

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...