728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 22 September 2015

Crafts Embellishments | Hiasan untuk Kraf yang MURAH!

Sebelum ini saya pernah ceritakan mengenai Crafts Adhesive Diamentes atau Gem Stickers di sini. Sekarang kisah hiasan-hiasan (embellishments) untuk kraf pula.

Apa bendanya embellishments ni? Hiasan yang macam mana? Guna macam mana? Untuk apa? Haaa,...kalau masih kurang arif, boleh rujuk entri-entri lama saya di bawah.

Contoh-contoh hiasan untuk kraf

OK. Berbalik kepada topik, mana nak dapat embellishments yang murah? MR. DIY! Sekarang dah ada macam-macam pilihan. Kecik, besar, tebal, nipis. Antara kita berkenan dengan tidak je. Macam di bawah ni, harga pek embellishments sebelah kiri - RM1.30. Manakala yang bunga-bunga pula RM1.20/pek. Kualiti OK. Berbaloi dengan harga yang kita bayar.

Crafts Embellishments (Sorry, kualiti gambar tak berapa memuaskan.)

Cuma sekiranya kalian beli hiasan yang ada tulisan (especially in English), pastikan ejaannya tepat. Sometimes description untuk produk pun tak betul sangat. Contohnya, pek kat sebelah kiri tu,  bercetak Layered Chipboard Stickers. Padahal kertas biasa je, bukan chipboard pun. Tak mengapalah. As long as I can use it for my craft projects, no harm done.
 
Di bawah ni, saya dah guna beberapa embellishments bunga untuk buat personalised sticky notes pad.

Belum betul-betul siap lagi :)

Tak perlu barang mahal-mahal untuk buat kraf. Tetapi biasalah, kena rajin belek-belek. Cari yang mana cantik, yang kita boleh dan akan guna untuk kraf. Jangan excited sangat borong semua. Nanti, at the end of the day, tersadai tak guna. Buat rugi je. Lagi satu, pek-pek ni bergantung kepada stok kedai. Kadang-kadang ada banyak pilihan, kadang-kadang terhad. Tengok rezeki kita lah :)

Happy Crafting!


Pssst! Masih banyak teman-teman yang belum saya jengah. Sabar ye...lately letih. Blogwalking mana sempat je. Tahu-tahu dah ZzzzZZzzZzzZzz...



43 ulasan:

  1. Assalamualaikum Farrah,

    Saya pun buat scrapbooking.. Banyak beli Crafts Embellishments ni tapi sayang nak guna..
    Bila siap decorate scrapbook nanti buat entry yer..
    My plan akan datang on next entry ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi saya pun selalu hadap masalah yg sama LZ. Kadang2 hiasan tu cantik sangat sampai rasa sayang nak guna :)

      Padam
    2. Seronok ni. Tak sabar nak tunggu next entry LZ. Saya jarang share scrap page saya di blog sebab ada gambar2.

      Padam
  2. waa...kira murah tuhhh kann..mcm gatal lak tgn nk beli hik hik hik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang murah,..apa lagi Sis D. Grab la barang sepaket dua :)

      Padam
  3. bunga! saya suka bunga!
    cantiknya! nak satu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. YY suka hiasan bunga tu ke?

      Padam
    2. hehe...saya ni apa-apa pasal bunga, suka sangat
      dah nampak kat DIY tu
      cuma belum beli aje =)

      Padam
  4. Wahhhh jeles3 ni hahahaha comey sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang banyak yg cantik2 comel2 :)

      Padam
    2. Tu la xleh jeles2 kena g cari ni

      Padam
  5. yg da nk siap tu utk sy kan? kan? ;-)

    BalasPadam
  6. apa yg penting kak harga murah dan kualiti terbaik.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss, barulah seronok buat kraf :)

      Padam
  7. Perhhhh stcky note pad versi famf...

    Mampu fuyoooo ... kagum je lah ..

    Hihi... cantik angat...

    Nk pakai pun sayang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat apa sayang nak pakai. Nanti tak serve purposelah mende tu :)

      Padam
  8. Nampak cantik cantik.. teringin jugak nak beli :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silalah berkunjung ke Mr. DIY yg tersekat ye :)

      Padam
  9. semuanya comel.. yang penting kreatif dan rajin kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Aiza. Kalau malas datang menyerang, memang tak jadi apa pun. Saya pandang, belek2 then pegi tido :)

      Padam
  10. takpe, pas ni kan kak Farrah nak mengamalkan 5S..boleh susun cantik-cantik supaya senang cari dan tak membazir..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesssss! Akak akan mendalami ilmu 5S tu, Sal. Sangat berguna utk akak. Semangat nih! :)

      Padam
  11. Kenapa lah comel sangat ni farah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel2 kan. Saya kalau tengok benda2 ni, confirm akan terrrbeli :)

      Padam
  12. Farah memang kreatif,rajin. dan memang berbakat.... semua hasil yang farah buat mesti comel,cantik sangat...geram Diana tengok...

    BalasPadam
  13. Diana pun boleh buat. Buat kraf ni, kalau bahan2 cukup dan ada depan mata, baru syok. :)

    BalasPadam
  14. Cantik2 :) Comel2 gitu...hehehehe :)

    BalasPadam
  15. Cik Mimie kalau pergi DIY mesti rambang mata tgk semua ni.. at the end, x beli sebab xtau nk pilih yg mana...hahaha

    BalasPadam
  16. cantik, baru nih ada jugak ushar embellishments, tapi belum beli.. kepala masih pikir jenis mana yang nak beli..

    BalasPadam
  17. sticker2 ni pun mahal gak sekarang... dah naik harga dah compare dari dulu.. huhuhu

    BalasPadam
  18. saya suka sticker2 ni untuk décor my planner

    BalasPadam
  19. isk memang rajin la Kak Farrah slalu jumpa stiker lawa2.. okay CT ada projek jugak ni hehe dgn sticker yg Kak Farrah send kat CT.. tapi semua terbantut lagi.. catch up kerja dulu.. pelan2 ada masa buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak satu hasil kerja tangan CT boleh :P

      Padam
  20. baru nampak hasil CT guna hadiah dr Kak Farrah cuma slow sikit la..
    berkarat dah tangan ni tak buat benda2 macam ni lama dah..

    BalasPadam
  21. kalau dah beli embellishments ni kan mesti tahu cara nak hias supaya namak menarik...sis JM mmg surrenderlah bab-bab ni...tangan keras...teringin nk hasilkan sendiri utk reader blog yg setia tapi hasil ke laut...so terpaksa lah beli ready made

    BalasPadam
  22. aida ni sungguh jeles dgn farrah yg rajin.
    aida minat kraf ni but no time la.
    2-3 minggu ni layan kan kakak2.
    diorang nak exam akhir tahun kan.
    tiap mlm dok buat ulangkaji dgn diorang hu hu hu...

    BalasPadam
  23. ayu sgt rambang mata
    heheh rasa macam kt kedai buku je ni

    BalasPadam
  24. banyak lagi barang 2 kraf yang yana tak ada so , nak kena buat hak simple simple dulu la :)

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...