728 x 90

Rabu, 30 September 2015

#medicineawareness

Ini merupakan entri susulan kepada Jom Cuba Nasib bersama Huda nhhas. Ingat lagi tak? Kalau tak ingat atau tak sempat baca, ringan-ringankan tangan klik pautan di atas ye.

OK. Huda dah realeased jawapan (berserta penjelasan) mengenai gambar-gambar ubat tu. Yang mana salah, yang mana betul. Jadi, saya reblog entri Huda untuk kalian. Semoga kita sama-sama sedar dan tingkatkan kesedaran terhadap cara penyimpanan ubat-ubatan di rumah. Kalau bukan ubat-ubatan kita sekalipun, mungkin ubat-ubatan ibu bapa atau anak-anak. 




Picture 1; ubat yang dibiarkan dalam sampul bersama label adalah BETUL. Tetapi ubat yang dah siap asing dalam pillbox adalah SALAH. Dulu pegawai farmasi memang galakkan pakai pillbox tetapi kita perhatiikan banyak keburukan guna pillbox. eg; ubat terdedah kepada kelembapan which will compromise its stability & ubat yang berlainan jenis dibiarkan dalam 1 bekas dalam mudah berinteraksi antara satu sama lain. This eventually will reduce its efficacy. makan ubat pun tak optimized.

Picture 2: ini contoh yang BETUL ubat dibiarkan dalam sampul bersama label yang dah lengkap dengan info asas ubat tu. Jadi akan kurangkan medication errors; konsep 5B- pesakit yang BETUL. ubat yang BETUL. dos yang BETUL. cara pengambilan yang BETUL. masa yang BETUL.

Picture 3: ni contoh pesakit yang sangat bagus & BETUL. Sepatutnya as a child, we should assist our parents to store medications properly. Sometimes elderly tend to consume wrong medications. ini common scenario yang kami jumpa dengan pesakit tua di hospital & klinik kesihatan.

Picture 4: gambar ini sangat sangat SALAH. ubat yang dalam kotak2 tu sebenarnya stok insulin. ubat insulin yang belum guna sepatutnya kena simpan dalam peti sejuk sebab kalau simpan dalam suhu bilik akan tahan selama 1 bulan sahaja. insulin sanagat sensitif kepada suhu. sesiapa pernah belajar sains boleh kaitkan dengan struktur protein yang akan denatured jika suhu tidak sesuai. insulin ni guna untuk kawal gula pesakit kencing manis. yang kotak biru tu sebenarnya pen insulin yang guna untuk cucuk insulin ke dalam badan kami jumpa ramai pesakit yang tak faham cara penggunaan & simpan insulin yang betul. this is one of biggest challenge for pharmacists. ni mungkin sebab pesakit2 kencing manis ni biasanya orang tua. too many info during counseling session. jadi, farmasi pun banyak terima insulin2 yang tak dapat digunakan lagi yang sangat2 waste of money =(

Picture 5: kotak insulin tu betul dah letak dalam peti sejuk tapi sebab pesakit ni letak kat pintu peti sejuk kita bagi SALAH untuk caranya. kalau letak di pintu peti sejuk, insulin ni akan terdedah kepada perubahan suhu bila kita buka & tutup pintu tu...yang paling bagus letak insulin di bahagian dalam peti sejuk..tempat yang kita biasa letak2 tupperware.

Picture 6 ; yang macam pencil box biru tu adalah pen insulin...kesian makcik ni sepatutnya pen insulin tak perlu simpan dalam peti sejuk... boleh letak pada suhu bilik & jauh dari kanak-kanak ye..kan ada pulak cucu bawa pergi sekolah pen insulin tu...pernah ada pesakit datang bawa pen cakap pen rosak walaupun baru je pakai...bila selidik rupanya pak cik tu letak dalam peti sejuk. dalam pen ada ada skru & tiny parts yang dibuat dari besi. jadi bila terdedah kepada suhu yang ekstrem...macam konsep pengembangan & pengecutan akhirnya kan buat pen jadi rosak sebab mekanisme dia dah rosak...

Picture 7 dan 8: pesakit ni pun sngat-sangat BAGUS. saya bagi 5 bintang *****

Picture 9: ni la bentuk ubat insulin dalam cartridge. pesakit ni saya rasa dia keluarkan cartridge once dia dah guna. sebenarnya cara ini SALAH. ini kerana cartridge insulin ni akan terdedah kepada udara yang mana terdedah kepada bakteria. Ingat, insulin ni akan msuk directluy kedalam badan...jadi kita perlu pastikan cartridge yang dah guna perlu sentiasa ada dalam pen insulin. boleh buka once insulin dalam cartridge dah haBIS. selalunya 1 cartridge insulin ada 300 unit, average pesakit guna yang basal insulin hanya kurang dari 10 unit sekali sehari. Jadi 1 cartridge boleh tahan sampai sebulan.


 Untuk baca entri penuh, sila ke  Jom Kenali Ubat Anda ... Jawapan kepada Q&A CARA-CARA SIMPAN UBAT

#medicineawareness

37 ulasan:

  1. thanks for sharing sis... akak pun byk tak tahu pasal ubat dan penjagaan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Saya sendiri pun baru tahu sesetengah cara kita simpan ubat tu salah. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah, moga kita sama2 dapat manfaatnya :)

      Padam
  3. SS simpan ubat dalam perut... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi ada stok dalam perut! Mujarab obatnya tuh!

      Padam
  4. sangat2 bagus perkongsian ni..Kat rumah slalunya letak dlm peti ais mcm tu je... hihihi.. Lepas ni kena perelok cara menyimpan ubat ni.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, akak pun sebelum ni ingat cara simpan ubat2 kat rumah dah betul. Rupa-rupanya ada gak yg tanpa kita sedari, dah kita jejaskan kualiti ubatnya.

      Padam
  5. asalm..tips2 terbaik penjagaan ubatan..terima kasih infor ini ya, baru ingat tempoh hari ada hal ubat tu moga berjaya ya..cuba nasib..kalau memamng betuahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Thanks, Etuza. Moga selepas ni kita lebih peka dengan cara simpan ubat yang betul.

      Padam
  6. bagus perkongsian ini wpun saya tidak berteman ubat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, CM. Tak mengapa, ilmu baru ni boleh kita panjang2kan pada kenalan & keluarga :)

      Padam
  7. Dah baca entri ni dekat blog kak Huda. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus kan entri si Huda ni. Beri pendedahan pada kita :)

      Padam
  8. sebelum ni main campak2 je ubat..
    lepas ni kene simpan dgn cara yg betol..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa,...lepas ni tak delah campak2 lagi :)

      Padam
  9. Ubat dari klinik memang selalu pernah keluarkan dari plastik. Dari penuh sampai habis ubat, dok dalam plastik klinik je lah. Tapi letak pulak kat tepi pint peti ais. Erk. Salah pula cara sha. Lepas ni sha simpan ubat dalam tupperware dalam peti ais betul-betul. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer salah tu... hihi... simpan dlm peti ais tp jgn bukak plastik dia... nnt budak2 ingat lolipop pulak... hiji

      Padam
    2. Owh terima kasih kat adinda ku sis baiti yg bagi skema jawapan tu. Hihi

      Padam
    3. Kalau tak ada exposure macam ni, kita tak tahu pun kan cara kita tu salah. Ingat kalau main simpan dalam peti ais, dah betul dan selamatlah.

      Padam
  10. menarik la perkongsian ni Farrah... saya tak de pula cara sistematik simpan ubat-ubatan ni... mcm mana saya dapat dari klinik/farmasi, macam tu la saya simpan... hahahha lps ni boleh la pakai cara 7 tu... kemas sikit ye dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cara 7 tu memang sistematik. Sekurang-kurangnya time kita kalut2, taklah tersalah ambil/makan ubat :)

      Padam
  11. Sapo sapo ada torai jawab haritu nnt emel kn alamat... nak poskan hadiah kat korang...

    Haha... kot2 ada yg dapat minyak cap kapak ke... panadol ke ... kannnnn...

    Nnt emel ea kat add ni reallife.nhhas@gmail.com

    BalasPadam
  12. Kak farah.... jari dah okay ke? Akibat amukan si yuri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi alhamdulillah, bengkak dah makin surut :)

      Padam
  13. wah..saya ni baru je berkenalan dengan huda(nak panggil kakak ke?), so maybe terlepas pandang entry ni..thanks for sharing kak Farrah.banyak jugak salah saya buat dalam menyimpan ubat.sebagai anak, kita kena bantu parents kita simpan ubat dengan baik. balik ni nak check parents simpan ubat cmane..

    bab insulin tu memang ilmu baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Sal. Kena tengokkan mak bapak kita, biar ubat2 yg mereka simpan, betul caranya :)

      Padam
  14. saya paling suka cara penyimpanan yang no.3 tu.. teratur & kemas

    BalasPadam
  15. Owh, macam tu ye...thank for sharing Kak Farrah :)

    BalasPadam
  16. Detail molek penjelasan kak farah

    BalasPadam
  17. cepatnya Farrah share kat sini.. itulah banyak kesilapan dah kita buat dalam penyimpanan ubat kan..

    BalasPadam
  18. tq for sharing.
    emak abah tegar makan ubat, tak sihat kan.
    pen insulin dan semua aksesori nyer...
    memang mak abah aida betul la dlm penjagaan ubat diorang.
    kalau travel aje letak dlm pill box.

    BalasPadam
  19. baca entry ni tingat iklan kat radio... ;-)

    thanks for sharing

    BalasPadam
  20. sy selalu simpan ubat mcm ni...label xbuang..coz senang nk mkn nnti bila perlu....hihihi

    BalasPadam
  21. waahh bagusnye ni
    ayu pon baru tau ubat pon kene simpan pade tpt yang btl ye..
    kene take note pasni..

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...