728 x 90
Assalamu'alaikum,

Currently away from my tower. Berehat daripada berblogging untuk sementara waktu. Entri-entri selepas ini sehingga hujung Mac, scheduled entry.

Insya-Allah, jumpa lagi nanti. Ada kesempatan saya balas komen dan blogwalking ye :)

20 Februari 2017

Selasa, 15 September 2015

Nasi Goreng Telur Masin

Ini salah satu hidangan hujung minggu lepas. Kononnya mood cuti, mood santai hujung minggu. Malaslah nak masak. Lagipun, ahli isi rumah semua ada plan kat luar. Tak kalutlah nak sediakan meal
Niat hati nak makan apa ada jelah. Roti ke,..biskut ke,..Alih-alih menjelang tengah hari, perut dah menggigil lapar nasi! Nak tak nak, korek peti ais. Kemudian, kelentung kelentanglah saya di dapur. Huhuhuh demi sesuap err,..sepinggan besar nasi :)

Tattadaaaaaa! 
Nasi Goreng Telur Masin a.k.a Salted Egg Fried Rice 

Salted Egg Fried Rice
Kebetulan jumpa lebihan telur masin, terus buat nasi goreng ni. Makan bersama kerecek (atau ada setengah-setengah tempat panggil inang-inang) dan sambal minyak bali. Resepinya di sini.

Nak cuba buat? Simple je. Mula-mula, tumis beberapa tangkai daun kari dengan satu/dua sudu besar mentega. Then, masukkan bawang besar dan lobak merah yang didadu. Saya gunakan isi ayam dan fishcake sebagai rencah. Dadukan dan goreng seketika hingga masak. Hancurkan telur masin dan tumis sekali bersama bahan-bahan tadi. Masukkan nasi dan goreng hingga semuanya tergaul sekata. Perasakan garam dan sedikit rasa sulah (jika perlu). 

Alhamdulillah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati :)


63 ulasan:

  1. Balasan
    1. Masa lapar,..semua sedapppp hihihihi

      Padam
    2. haa tu tekak Rose.. kalau lapar, semua pun rasa sedap :)

      Padam
    3. Itu sebab nikmat makan time lapar kan,.. :)

      Padam
  2. Erm...wana yg lapar tengok ni..huwaaaa!!! Nak dtg umah akak la nak minta masak nasi goreng ni..bleh???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jauhnya nak travel semata-mata nasi goreng! Wana masak lagi sedaplah :)

      Padam
  3. Wah kreatif la kak farah ni, dalam masakan pun sama hehe. Tak pernah terfikir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi guna apa ada dalam peti ais je, Zarith. Kita godek2 asal leh makan :)

      Padam
  4. Salam singgah pagi FM.....wahh...pepagi makan nasi goreng telur masin...sedap tu....terus lapar diana kat kejauhan ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pagi, Diana! Maaflah jamu mata dari jauh je :)

      Padam
  5. Masinlah nasi goreng ni kan bila pakai telur masin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang-sedang aja masinnya, Farah. Tapi tak perlu bubuh garam dah :)

      Padam
  6. nampak sedap nasi goreng tu farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehla, Aiza. Buat isi perut time lapar :)

      Padam
  7. sedappnya.. yang pasti, masin kan?? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah nama pon telur masin... he he he

      Padam
    2. kah kah kah...intan intan.....telur masin tu tak delah masin....kalau x nk masin x perlu letak garam...

      Padam
    3. Bila kita dah gaul dgn nasi, tak terasa sangat masinnya. Just nice :)

      Padam
  8. sedap ni..makan pulak dgn hirisan bawang & cili..teringat kat ketam telur masin...*gulp*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhh! Ketam telur masin,...lagi kawwww!

      Padam
  9. tak pernah lagi campur telur masin kalau goreng nasi..

    BalasPadam
  10. Kak farah, tapau utk wawa satu.. Blh makan time keje..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak sorry, dear. Dah abis tapau masuk peyot :)

      Padam
  11. Cili padi tu betui2 mengiurkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu SS telan Cili padi tu takut idung tanggal... ha ha ha

      Padam
    2. kalau telan cili padi...mahu cirit 10 hari lah SS,,,,lain lah kalau telah belacan....mmg tercabutlah hidung tu ehehehe

      Padam
    3. @Mummy Julia - makan dgn cili tu yg terangkatttttt!
      @SS - tak leh makan jgn usik ye SS,...nanti hidung tanggal susah nak minta HH tolong lekatkan balik
      @Sis JM - sis tahan dak makan cili, ke sama keadaannya cam SS?

      Padam
  12. Suka jugak ni... tapi tak semua pandai masak.... look so yummehhhh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Don't worry, akak dah makankan bagi pihak Sha :)

      Padam
  13. SS biasa makan telur masin dengan bubur nasi je... Ske putih x ske kuning! ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. naper x suka kuning telur..mesti rasa cam pasir kan tul tak?

      Padam
    2. Tak suka kuning... leh gitu? Ha Ha Ha...

      Padam
    3. Terbalik ah. Saya paling suka kuning telur,..meskipun tau byk kolestrol huhuhuh :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Memang dap dap dap. Kak Mie, is that you? =)

      Padam
  15. nampak sedap betul, tak pernah rasa..

    BalasPadam
  16. Farrah!!! u ni kan...bukan sahaja kreatif dalam craft tetapi kreatif juga dalam masakan.....ada je idea tu...sis JM pun belum pernah masak nasi goreng teluar masin...kalau nasi goreng ikan masin mmg biasa, nasi gereng kampung, nasi goreng cina itu biasa...ni nasi goreng telur asin..menarik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu dah try nti ajak SS eh... ha ha ha..

      Padam
    2. Hihihi tak delah kreatif mana, sis...ni namanya kita sambar apa yg ada. Cubalah sis. Lepas tu leh ajak Kanda SS kita makan sama :)

      Padam
  17. sebelah nasi tu apa eh...keropok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu nasi goreng yg keringkan tu... pe tah nama....

      Padam
    2. Betul, tu nasi/pulut yg dikeringkan. Then kita goreng. Kat tempat saya panggil inang-inang atau kerecek.

      Padam
  18. goreng nasi letak mentega..mesti rasanya lagi sedap kan...biasa goreng guna minyak masak je...klau guna planta or marjerin mesti rasa lemak2 ke mcm mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi lebih lembut.. Bau wangi... dan rasa lagi sedap..

      Padam
    2. Betul tu, SS. Memang lebih menyelerakan sebab aroma dan rasanya lebih ummmphhhh! Saya suka gabungan mentega, telur asin & daun kari. Yummmyyyy!

      Padam
  19. tetiba laporrr pulak.... hihihihi... dlm bekas yg ad lada tu apa sis??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sambal minyak bali, Ikhwan. Buat lawan makan dgn nasi goreng :)

      Padam
  20. Hok aloh telur masin buat sendiri habis dah tak dapat nak cuba la resepi ni

    BalasPadam
  21. akak reka sendiri ke resipi ni?
    nampak sedaplah, lapar dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak kata reka sendiri tu tidaklah,...kan selalu ada resepi ketam telur masin, ayam telur masin,..akak cubalah pula buat nasi goreng telur masin :)

      Padam
  22. sedapnya tgk nasi goreng tu..nyummy3 :)

    BalasPadam
  23. akak that thing tu.. kerepek nasi yang macam kena jemur tu.. apa e ?

    BalasPadam
  24. akak notice tak.. telur masin punya resepi skrang gone viral online.. idk why..
    semua orang dok repost la dok share resepi pasal telur masin.. hehehe..

    BalasPadam
  25. dulu opah sllu buat jual tau..
    ktorang panggil rengginang tau kak farrah...
    hahaha bukan nak komen nasi goreng kan...

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...