Selasa, September 08, 2015

Terima Kasih 3 Muhammad

Tarikh: 7 September 2015
Masa: 11. 45 pagi
Tempat: Bukit Manjalara, berhampiran masjid di SMAKL

Saya dan Bott ada urusan di luar.

Tiba-tiba, kereta kami berhenti. Aikkk? Apa sudah jadi? Kereta servis regularly. Tapi yelah, perkara nak berlaku. Macam-macam simbol dah keluar dekat paparan dashboard. Panik juga saya dan Bott kerana kami memang di jalan besar. Mujurlah Bott ambil lane kiri. Dalam panik terpinga-pinga tu, saya cepat-cepat tekan butang lampu kecemasan. Working. So, at least bukan masalah alternator la...dan yang penting kenderaan lain nampak kami. Bimbang juga kereta laju keluar selekoh hentam kitorang dari belakang.

Saya mula memanggil talian-talian hayat yang ada. Fikiran ligat fikir nak panggil siapa, nak tow kereta ke mana. Tidak berapa lama lepas tu, datang tiga anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan sekitar bertanyakan masalah kami. Nampak tiga buah motor peronda polis parking belakang kereta dah mula buat saya lega :)

Entri ini bukan untuk cerita tentang apa kerosakan kereta saya. Dah nak rosak...kita terima jelah. Saya nak kongsi dengan kalian mengenai tiga anggota polis muda yang berhati mulia. Sebaik sahaja saya ceritakan masalah yang kami hadapi, adik-adik polis ni telah cuba membantu sehabis daya. 

Mereka tolong periksa keadaan enjin. Masa ni cooler kereta dah mencanak tinggi. Ingatkan air kering. Tapi, tak logik pula sebab si Bott ni jenis really particular bab air, bab minyak hitam semua. To be on the safe side, mereka ambil air mineral minuman mereka untuk isi kat tangki air. Belek sini belek sana, dah kenal pasti masalah kereta,...kena cari tow truck sebab kereta dah tak boleh jalan.

Sekali lagi mereka yang bersusah-payah call ke sana ke mari cuba dapatkan kami tow truck untuk tunda kereta ke pusat servis. Saya tak familiar dengan area tu. Tak berani nak main terjah bengkel sembarangan. Buat panggilan demi panggilan guna phone mereka sendiri. Apabila saya tawarkan supaya guna telefon saya mereka menolak. Dah dapat reach tow truck, mereka juga yang cuba bargain dapatkan harga terbaik. Sambil itu, salah seorang daripada mereka sibuk menjaga aliran trafik. Almaklumlah, sebiji kereta tercokoh tepi jalan macam tu memang created a bottleneck situation. Apa yang lebih buat kami terharu, "Tak mengapa, kak. Kami tunggu sini sampai tow truck sampai. Akak dua-dua perempuan, takut ada apa-apa pula nanti."

Lima belas minit kemudian, tow truck sampai. Dua daripada mereka bantu adik tow truck tolak kereta supaya kena dengan allignment besi tunda tu. Alhamdulillah, masalah selesai.

Buah hati kena tunda ;)


Semua gambar belakang dan sipi je.

Saya minta kebenaran untuk ambil gambar mereka bertiga.

Refused.
"Tak mahulah, kak. Nanti viral."

OK. Akak hormat pendirian kalian tapi akak curi-curi juga ambil gambar ni to remind me of how grateful I am. 

Saya minta nama dan nombor telefon supaya nanti saya boleh ganti air mineral dan duit telefon.
Resisted.
"Tak mengapalah, kak. Bukan banyak mana pun."

Saya tak mahu mengalah. Saya tanyakan nama mereka. Nak tengok nombor pengenalan, terlindung pula dengan vest polis tu.

"OK, beritahu nama korang. At least akak can address you properly."

Sengih.

"Akak nak panggil apa ni?"

"Muhammad." Senyum lebar.

I knew it was not that easy.

"Itu pun Muhammad?"


Angguk.

"Yang lagi seorang pun Muhammad?"

Angguk. By this time, saya dah gelak dan geleng-geleng kepala.

"Macam manalah akak nak berterima kasih pada kalian..."

One of them answered,..

"Ini dah memang tugas kami. Akak tak hutang apa-apa pun. Akak anggaplah hari ni hari akak. Mana tahu satu hari lain kami dalam kesusahan, ada rezeki jumpa akak...akak tolong kami pula. Tak pun Allah susun orang lain untuk bantu kami."

With that respond, I rest my case.

Terima kasih tidak terhingga buat 3 Muhammad, anggota-anggota polis berhati mulia ini. Diduga dengan kerosakan kereta, tetapi Allah hantar kalian untuk bantu akak. Kalian bantu akak dari mula sehinggalah akak selamat mendarat kat dalam tow truck (itu cerita lain kali). Terima kasih sebab buat kami berdua rasa selamat. Thanks so much kerana memudahkan urusan kami. Moga Allah memberikan ganjaran berlipat ganda atas setiap kebaikan yang kalian lakukan.

#terimakasihpdrm

Psstt! Entri ini merupakan entri penghargaan ikhlas saya buat mereka. Saya harap tidak ada mana-mana pihak yang putarbelitkan situasi atau timbulkan apa-apa kontroversi. Sesiapa yang baca, kalau sudi tolonglah doakan kesejahteraan dan keselamatan mereka. I put up this entry to show that dalam kerakusan dunia hari ini, masih ada lagi insan berhati mulia, masih ada lagi orang yang boleh kita percaya, masih ada manusia yang ikhlas berbakti dan berkhidmat :)



82 ulasan:

  1. saya kadang2 rasa mrh bila org kata polis macam2...yang baik pasai polis ni xpenah kita nmpak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... bnyk baik nya...

      Walau ada juga segelintir yg sengal tahap gaban...

      Tapi ramai yang bagus dan saaangat amanah dlm tugas.

      Semoga Allah merahmati mereka yang amanah dan mengganjari mereka sebaik2 kehidupan dan pengakhiran...

      Yang tidak amanah... semoga Allah guide mereka ke jln yg benar. Insya Allah

      Padam
    2. Biasalah, itu hakikat hidup di dunia fana ni. Perkara baik selalunya senang orang lupa. Tetapi, perkara buruk orang ingat sampai bila2. Kasihannya pada yang bersungguh-sungguh dan amanah seperti mereka inilah. Sama 'terpalit dengan cela'.

      Padam
  2. Bagusnya adik2 polis tu.. ada hikmah Allah buat kereta kak farah stop.. hikmah tersembunyi.. ")

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Wawa. Alhamdulillah, rezeki dipertemukan dengan mereka :)

      Padam
  3. Sis..tetibe terasa ada habuk masuk mata..hehhehe... betul, susah sangat sekarang ni nak jumpa orang yang berhati mulia..environment kiri kanan dh semakin menakutkan...Ya Allah, permudahkanlah urusan sis dan 3 Muhammad yang menolong itu...Ammmiiinnn... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, erny. Dengan keadaan sekarang ni, orang senang buat jahat sebab terdesak dan ada peluang terbuka depan mata. Kita nak tolong orang pun fikir banyak kali sebab silap2 kita yg jadi mangsa. Alhamdulillah, Allah hantar 3 Muhammad ni untuk bantu akak dan semuanya baik-baik aja. Terima kasih atas doanya, erny :)

      Padam
  4. good job PDRM... cam nih la yang nak kita tengok. Nak ajer ija share kat FB PDRM... yuhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam nilah baru best kan. Mesra rakyat, helpful....tak delah orang tengok polis serta merta jadi takut.

      Padam
  5. Semoga Allah merahmati anggota polis ini dan semua petugas keselamatan yang menjaga keselamatan negara dengan penuh amanah ...

    Semoga Allah mudah kan urusan kalian.
    Diberi nikmat hidup dengan kesempurnaan iman dan di beri pengakhiran yang sebaik2 nya...

    Insya Allah...

    #kipidapPDRM

    BalasPadam
  6. While writing this msg... my car also at workshop.
    Break problem...


    Hwaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ye, Huda. Dah ada kereta, memang kena readylah masalah2 begini. Moga kereta Huda cepat sembuh. Akaknya pun masih bermalam kat workshop lagi :)

      Padam
    2. Break ke brake???
      Kah kah kah....

      Owh my english....

      (Sambil nyorok bawah bantal...)

      Hahaha

      Padam
    3. Tak pe. Kat sini tak ada polis bahasa :)

      Padam
  7. ramai sebenarnya anngota polis yang berdedikasi camni
    tapi terlindung dengan sikap segelintir yang berhaluan kiri
    moga ALLAH permudahkan urusan mereka

    saya nak share kak ye =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, YY. Inilah yang orang dulu-dulu kata, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
      Aminnn. Thanks atas doanya, YY :)

      Padam
  8. Akak, Kak D nak voucher hotel tu.. akak bagi kak D ye.. Dia ada komen kat entry tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak D mana tu suida??? hehehehhe

      Padam
    2. Alaaaaaaaaa! Sis D, saya baru je bagi kakak angkat saya semalam sebab dia ada plan nak ke Langkawi hujung tahun ni. Sorryyyyy....saya ingat tak de orang berkenan.

      Padam
    3. ehhh...xpe farrah....no prob....sy gurau jer ngn suida....heheheh

      Padam
    4. Dont worry, sis D. Lepas ni kalau ada apa2 voucher ke kupon diskaun je,...saya offer sis D dulu. :)

      Padam
  9. perumpaan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Setakat jumpa ngan pak polisi ni, ada sekali tu bang polis kena marah ngan I sebab biar I tggu lama kat kawasan road block yg I sendiri pun xtau apa salah I.. Dia senyum ja langsung xmarah.. I pun bukannya nak marah sangat, mungkin sebab badan yg letih, on da way nak balik kerja sama.. Bila nampak dia senyum, I plak yg termalu n say sorry.. Alhamdulillah polis2 yg I jumpa semua bagus2 n membantu.. Mereka ni cth yg baik, semoga mereka akan terus berkhidmat dgn ikhlas dan diberi kesihatan yg baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah-mudahan begitulah. Amboi, berani Cik Sudia marah polis!

      Padam
    2. gilerlah, marah polis!garang cik adik ni

      Padam
  10. Kadang2 kita tak perlu nak bayar org yg membantu kita dgn wang tapi bayarlah dengan doa semoga ianya lebih bermakna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Lebih bermakna. Titip doa untuk mereka :)

      Padam
  11. Itulah cara Allah mengatur hidup kite... allah hantar orang2 yang baik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rancangan dan aturan Allah adalah yang terbaik kan :)

      Padam
  12. Buat baik dibalas baik cikgu... Itu tanda Allah sayang!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jumpa dengan orang-orang baik buat saya nak cuba jadi lebih baik.
      Moga rahmat kasih sayang Allah sentiasa bersama kita semua :)

      Padam
  13. Terima kasih PDRM sebab tolong jaga Cikgu Ceketed saya! Alhamdulilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhikhik Alhamdulillah, Cikgu Ceketed selamat di bawah jagaan PDRM :)

      Padam
  14. Nak tanya... 3 muhammad tu dah kawen ke? He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboiiii SS...sempat lgggggggg ehhh....hahahah

      Padam
    2. Adoiiiyaaiiiii! Soalan SS ni tak leh tahan!
      Err,..tak sempat survey la...asyik fikirkan tow truck je

      Padam
    3. Kah kah kah....

      Komen paling WIN ...

      Berair mata gelak kuat2... jgn jiran ingat sy tersampuk sudah lah ..

      Padam
    4. SS amik sorang, saya sorang, JM sorang..ok lah tu kan..haha

      Padam
    5. ahahaha..Sal!! JM x nak adik2....JM nak abang sado

      Padam
    6. Sis JM kena cari orang kampung Koya sana tu

      Padam
  15. Wana baca entri akak ni ikut Rasa terharu dgn kebaikkan 3 Muhammad tu..Mmg susah jumpa yg hati Mulih Mcm tu zaman skang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Wana. Akak memang rasa touching sangat. Luhurnya hati budi mereka ni.

      Padam
  16. Moga kebaikkan mereka akan dibalas..Amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnn. Moga Allah kurniakan mereka dengan ganjaran berlipat ganda :)

      Padam
  17. Bagus mereka...ikhlas menjalankan kerja dan memberi bantuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah,..terharu dengan kebaikan 3 Muhammad ni :)

      Padam
  18. ini yg dinamakan rezeki kan farrah....kalau kita permudahkan urusan org...insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita...syukur sgt bila ada yg menghulurkan bantuan tanpa diduga dan berkhidmat dgn dedikasi....kdg kebaikan orang jarang kita ceritakan..moga 3 muhammad ni sentiasa diberkati dan terus menjalankan tugas yg diamanahkan dgn cemerlang....gemilang dan terbilang...aminnnnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnnnn. Bersyukur saya diketemukan dengan mereka, Sis. Alhamdulillah, walaupun ada masalah kat tengah2 jalan, laluan untuk menyelesaikannya semua mudah :)

      Padam
  19. Orang yang baik, didatangi oleh orang yang baik.. alhamdulillah jumpa mereka di masa dan waktu yang tepat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah pengatur sebaik-baik perancangan dan kejadian.

      Padam
  20. Yes, sebenarnya ramai orang, especially those in uniformyang baik hati. Ikhlas menymbang bakti dan bekerja. Alhamdulillah, ditemukan dengan orang-orang baik =). May Allah bless them =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga mereka diberikan ganjaran yg setimpal atas keikhlasan dan keluhuran budi mereka :)

      Padam
  21. Terbaik 3 muhammad tu... ekin ada pak saudara Polis PGA masa banjir tahun lepas dia bertungkus lumus menyelamat ahli keluarga ekin yg berada di kelantan bawa masuk track nak bawa tempat selamat..
    PDRM ada saja yg hati mulia...

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah...dapat bantuan dari 3 Muhammad ni. Masih ramai yg berhati mulia seperti mereka ni. Hanya sebahagian jer yg merosakkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Rasa gembira memikirkan masih ada orang2 baik begini :)

      Padam
  23. Allahuakbar... seronoknya baca entri ni... mmg betul... dalam kerakusan pelbagai isu di malaysia ni... mmg masih ada yang baik seperti 3 muhammad ni... moga Allah sentiasa melindungi mereka, sihatkan tubuh badan mereka dan limpahkan mereka dengan rezeki yang berkat... Amin Ya Rabb..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Betul. Dalam keadaan dunia hari ini, masih bersyukur kerana ada lagi manusia2 begini. Yang tak fikirkan pengiktirafan, tak kejar nama :)

      Padam
  24. Alhamdulillah, masih lagi ada orang yang macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sejuk hati mengenangkan ada lagi manusia berhati mulia :)

      Padam
  25. alhamdulillah.
    mereka benar2 menjalankan tugas dgn ikhlas.
    moga negara kita selamat dgn ada nya pegawai begini :)

    BalasPadam
  26. Ada je polis yang baik, menjalankan tugas dengan ikhlas, cuma kita yang tak nampak. Moga 3 Muhammad ni sentiasa dalam rahmat Allah dan bertugas dengan bersih, cekap dan amanah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Moga mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah.

      Padam
  27. ohh..inilah cerita naik tow truck tu...alhamdulillah!!! kebetulan Allah 'hantar' adik2 polis tu...jika x ntah berapa lama nk tggu kan...mesti jem jalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Memang sis. Saya dah risau dah sebab dah nak waktu lunch masa tu.

      Padam
  28. orang-orang kita belum tentu nak berhenti tolong...tolong tgk boleh lah...itu tandanya Alla syg...allah permudahkan urusan....abg polis lak tu yg tolong

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Walau diduga begini, terasa semua laluan mudah. Saya bimbang juga didatangi orang yg bukan2, nak offer tolong tengok tolong repair tapi ada niat tak baik.

      Padam
  29. manusia2 yg berhati mulia.. moga mereka berada dibawah lembayung dari-Nya... Amin..

    BalasPadam
  30. Balasan
    1. Alhamdulillah. Akak bersyukur sangat dipertemukan dgn mereka ni :)

      Padam
  31. kalaulah semua org macam 3 muhammad ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dunia ni akan jadi lebih indah, lebih selamat,..lebih baik :)

      Padam
  32. Semoga 3 muhammad dilindungi oleh-NYA :)

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah, Kak Farrah n Bott selamat :)

    BalasPadam
  34. ya allah kak farrah
    mujur xde pape ye..
    meremang jap bace..
    alhmdullilah masih ade yang ikhlas membantu tu..
    skg akk susah dorang tlg..
    same2 kitee doakan ketiga2 muhammad tu ye kak farrah

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.