Jumaat, September 11, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Gift Tag Penanda Buku daripada Kertas Buku Lama

Assalamu'alaikum, 
Selamat berhujung minggu. 

Dah lama tertunda entri kraf kertas menggunakan halaman (muka surat buku-buku lama) ni. Hari ini kita belajar buat gift tag (tag untuk hadiah) yang dwifungsi. Maknanya selain daripada dijadikan tag hadiah, kita boleh guna sebagai penanda buku.

Material dan peralatan untuk hasilkan DIY gift tag seperti dalam gambar di bawah:

Keperluan asas yang diperlukan.
  • Kertas buku lama
  • Kad daripada tona yang sama
  • Paper cutter
  • Corner rounder punch 
  • Decorative border punch 
  • Clear stamps/rubber stamps pilihan 
  • Ink pad
  • Penebuk lubang kecil
  • Glue tape 
  • Bakers Twine (Jika tiada, boleh guna sebarang benang/tali/reben)
  • Hiasan kraf lain yang difikirkan sesuai seperti alphabets foam, fonts sticker dan adhesive craft diamentes.

Langkah-langkah:

1. Potong kertas buku lama dan kad mengikut saiz yang dikehendaki menggunakan paper cutter.

2. Setelah itu, dengan menggunakan corner rounder punch, buat kemasan melengkung pada bahagian atas bucu kad. Seterusnya, gunakan border punch untuk buat corak menarik pada bahagian bawah kad.

Sudah dirapikan :)

3. Selanjutnya, tampal kertas buku lama ke atas permukaan kad dengan glue tape. Pilih clear stamps atau rubber stamps yang sesuai. Capkan di atas kertas buku lama. 

Saya suka menggunakan ink pad warna hitam.

4. Tebuk lubang kecil, masukkan bakers twine dan simpul. At this point, tag hadiah penanda buku kita ni dah boleh dikira siap. Bahagian belakang biarkan kosong,  nanti gunakan untuk tulis simple note/wish.

Boleh guna benang/reben/tali untuk gantikan bakers twine

Jika ingin hasilkan gift tag yang lebih istimewa, bolehlah ditambah dengan hiasan yang kalian rasa sesuai. Ikut kreativiti masing-masing, guna apa yang ada :)

Hasil akhir.

 Selamat Mencuba!

Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 

55 ulasan:

  1. wahh creative!! syoknya ada cutter tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok, Eny. Akak kalau boring2 buat border dekat kad.

      Padam
    2. Boleh buat side income, tapi rajinnya tu kena lebih sikit hehehe

      Padam
  2. ohoooiii.. cantik... terpku bijik mata kat situ...

    BalasPadam
  3. Hye Kak Farrah.. Assalamualaikum.. Rindu Firah tak..? hik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Hi, Firah! Rindu? Tak,...tapi i missss u!

      Padam
  4. Balasan
    1. Biasa-biasa aja, sis. Saja guna semula kertas2 lama :)

      Padam
  5. wow cantik.. nampak exclusive.. Syida bagi 10 bintang... :-)

    BalasPadam
  6. Kat sini macam susah sikit nak cari bahan-bahan amcam ni. Ke, saya yang tak tahu nak cari dekat mana T___T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pe. Mana tahu lepas ni jalan2 Farah terjumpa kat mana2. Tapi selalunya peralatan dan brg kraf a bit pricey, kena pandai2 cari :)

      Padam
  7. Bagus kraf ni....saya sebelum ni buang sahaja kertas2 yang dah tak pakai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa lepas ni Fida boleh cuba buat. Bahan2 semuanya senang nak cari :)

      Padam
  8. awwww so cantik....... dulu Sha suka kraf ni.. lelama ai is malassss.... hahaha... tunggu ada rumah sendiri... nak follow tuto kat sini je,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. It's ok, Sha. Kraf2 ni tak ada expiry date. Nanti bila dah dtg rajin, dah ada umah sendiri, bolehlah berkraf semula :)

      Padam
  9. comelnya penanda buku.. memang kreatif.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aiza,..lamanya tak dgr khabar! Yg penting penanda buku ni kita guna semula bahan terbuang :)

      Padam
  10. x pandai dan x rajin nk buat....nak dari Farrah boleh.....eheheh...x malu mintak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleehhhhhh. Tak de hal. Cuma kena tunggu saya ada masa utk buatkan sis set yg baru :)

      Padam
  11. Balasan
    1. Thanks so much sebab rajin singgah sini, Diana :)

      Padam
  12. suka sangat wana tengok hasil yang akhir tu..memang sangat cantik la kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wana pun bila free boleh cuba buat. Boleh buat promotion pakej kek + gift tag :)

      Padam
  13. wana sentiasa kagum dengan hasil kerja tangan akak..semua mengagumkan!!! i likeeeee!!! ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Wana. Akak besar hati tau Wana suka :)

      Padam
  14. SS nak buat kad besday... Cikgu bagi idea boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. SS nak buat tema apa? Kad tu nak yg jenis simple ke complicated?

      Padam
  15. Sentiasa terbaek sis farah... hihi...

    Kak... yg tulisan blkng tu randomly selected kn?
    Bukan sbb page tu ada unsur2 motivasi ke? Kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Main pakai je, Huda. Tak pilih2 pun. Tapi kena tengoklah buku apa yang kita nak pakai. Sambil buat tu kena baca2 gak la tulisan nya. Takut ada yang tak proper :)

      Padam
  16. Rajinnya! Kagum dengan Kak Farrah. Dah lah kreatif pulak tu! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak delah kreatif mana, Dylla. Buat utk isi2 masa lapang, bolehlah :)

      Padam
  17. waaa.....gitu jer ehhhh...tgk mcm senang jer kannnn...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang je, Sis D. Nanti free2 boleh cuba buat :)

      Padam
  18. wah cantik2... kreatif sungguh! mana nak cari border punch tu yea? selalu jumpa corner punch je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Border punch boleh cari di kedai buku Popular. Harganya pun reasonable :)

      Padam
  19. Assalam..

    Comelnye...sangat kreatif kerjatangan farrah nie...suka tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, nam. Nam pun boleh cuba buat. Senang je, asalkan barang2nya cukup :)

      Padam
  20. best Nye tengok kerja-kerja kraf farrah

    BalasPadam
  21. Balasan
    1. Tunggu ye. Nanti saya buat banyak2. Bagi sorang satu :)

      Padam
  22. cantik hasilnya walaupun simple.. suka punch yang Farrah gunakan.. cantik dan menarik..

    BalasPadam
  23. Syok la ada semua alat menjadi krafnyabkreatif sangat kak farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang2 ni beli sikit2, Ekin. Dah kumpul semua baru leh buat macam2 :)

      Padam
  24. cantiklah hasil dia
    yang corak bunga tu memanga da cutter dia rupanya
    saya baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, YY. Ada banyak design. Kita pilihlah yang mana berkenan dan rasa2 kita boleh guna banyak kali utk byk projek :)

      Padam
  25. Hasil dia memang cantik!!! sukanya :)

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.