Rabu, Oktober 07, 2015

Resepi Telur Goreng Berlada

Hidangan telur goreng berlada yang menjadi kegemaran keluarga saya. Mudah dan cepat disediakan. Rasa-rasa dah bosan makan daging atau ayam, kita beralih ke hidangan telur pula :)

Telur Goreng Berlada
Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 - 6 biji telur - direbus terlebih dahulu, kemudian digoreng untuk dapatkan kelongsong/kulit luar.
  • 10 tangkai cili merah, dikisar
  • 7 tangkai cili padi (jika ingin lebih pedas), dikisar
  • 1 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
  • 2 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • minyak masak untuk menumis

Langkah-langkah penyediaan: 
  1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak. Tumis hirisan bawang besar. 
  2. Kemudian, masukkan cili yang dikisar. Tumis seketika. Masukkan asam keping dan biar hingga cilinya masak.
  3. Perasakan dengan garam.
  4. Tuangkan sambal ke atas telur. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!

 

40 ulasan:

  1. akak !! telur pecah cili akak pernah cuba ? tapi simple je.. xyah goreng2 dlu..
    cewah pandai lak CT nak ngaja ngeh2.. ala scramble egg bercili ahahaha.. itu makan ngan roti n nasi panas memang peeeeergh !!! tapi betoi tu kak.. kalo dah jemu makan daging ngan ayam kan.. telurlah yg terbaik.. eh =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Telur pecah cili...sama x macam telur cincang? heheh..Cik Mimie suka buat...goreng bahan tumis...pecah telur..lepas tu cincang2 dia...sedapnya :)

      Padam
    2. tu menu peberet hero besaq SYM.. sedap kalo makan ngan roti.. tapi kalo makan ngan nasi panas2 pun ok gak.. ehh tumpang mengomen kat sini..

      Padam
    3. Asalkan bukan telur tembakol... Kang tak memasal cari batul belah batu bertangkop... ha ha ha..

      Padam
    4. Telur pecah cili ke telur cincang ke telur masak kicap je semua best! Cuma tak boleh selalulah kan,..

      @Mummy Julia - Tahan eh hero besaq makan cili. Tumpang komen? Tak pa, mummy. Lagi digalakkan. Lebih mesraaaa!

      @SS - Zaman sekarang kena ajar si Pekan makan telur ikan ke,..telur ayam ke dak pun telur itik :)

      Padam
    5. sedap tu CT buat macam tu.. makan plak dengan nasi panas2..

      Padam
    6. CT sila tunjuk macam mana nak buat....pehtu pos kt ktorang...hahahahhaa

      Padam
    7. CT tolong bawak hujung bulan ni... ngeh2

      Padam
  2. Balasan
    1. Silalah cuba. Eh, tapi bukan Ekin ke suami yang tak leh makan telur?

      Padam
    2. Ekin yang xleh mkn.... dah buat kari telur rebus goreng mkn naik jerawat bernanah huhuhu

      Padam
  3. sedapp..tak jemu dgn telur ni..hari2 makan pun takpe..

    cantik pinggan..dah lama x jumpa pinggan cam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak leh hari2... kolestrol tinggi...

      Padam
    2. Kalau tak kerana kolesterolnya, memang akan makan tiap2 hari. Nasi dengan kicap je pun dah cukup.

      Kak Nohas berkenan dengan pinggan tu ye :)

      Padam
  4. My feberet one...sedap2!! Cik Mimie suka ratah bawang..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Mimie leh geng ngan Cekebon. Belum apa2 bawang hilang dulu :)

      Padam
  5. mudah sangat nak buat ngan tak je. malas ngan rajin je kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kalau rajin, jadilah telur berlada ni. Datang malas,..telur mata kerbau dengan kicap je :)

      Padam
  6. kita suka telur berlada!!! sedap sangat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan,..akak selalu makan letak kicap sikit :)

      Padam
  7. Haah..SR suka telo yg digoreng dulu..kalau telo mulus dan tulus tu xfeel mkn...eehhe..lama xdtg sini tgk2 resipi farah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tak de feel ye nak makan telur yg suci mulus. Terima kasih sudi singgah ke mari, SR. Nanti saya singgah blog SR pula :)

      Padam
  8. Balasan
    1. Amboi, bukan main lagi sound effect sedapnya! :)

      Padam
  9. NI peberet hero besaq ni... bole bertambah-tambah dia makan..hehehehehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebatlah hero besaq mummy. Tahan makan pedas. Selalu budak2 ni kalau lauk sambal ke berlada ke kurang sikit seleranya :)

      Padam
  10. sedapnya kalau dpt nasi panas2 ;-)

    BalasPadam
  11. wow! ada anniversary blog ye?? saya pun dah setahun dengan dorsettpink ni.. nanti nak buat jugak la anniversary giveaway. hahahaha (bila la ada masa tu)

    BalasPadam
  12. best ni.. ala2 ikan keli berlada.. best2xx.. :D

    BalasPadam
  13. walaupun simple tapi sedap tu.. nak sikit boleh? hehe..

    BalasPadam
  14. sesekali makan macam nih sedap..

    BalasPadam
  15. Yessss!! Memang suka makan masakan ni!

    BalasPadam
  16. yeayyy....sama mcm sy...suka goreng telur rebus....sedap kan...adehhh...meleleh lak air liur tgk gbr nih...adehhhh...hahahahha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah laa rebus... Goreng pulak... Pastu terbako dalam perut... He he he...

      Padam
    2. Memey sedap terrr tambah2 buat kari wow nyakut molek la

      Padam
  17. Tambah cili api ea? mesti rasa lagi sedap kan...

    Okey2 ~ tq

    BalasPadam
  18. Feveret ijat ni.
    telur rebus.
    skali hadap 3 biji.
    pastu ratah sambal plak...
    ijat oh ijat...

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.