Khamis, Oktober 22, 2015

Tutorial Kraf Kertas - Washi Tapes Fridge Magnet

Tutorial Kraf Kertas - Washi Tapes Fridge Magnet

Washi Tapes Fridge Magnets
Alat dan bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:
  • Magnet sheet/Lebihan magnet sheet
  • Washi Tapes. Nak guna printed tapes/decorated tapes pun boleh. Ingat ye,..yang teksturnya macam kertas beras, senang dikoyakkan, apabila dah tampal boleh peel balik - washi tapes. Tetapi, kalau yang tape kita kena potong pakai gunting, tekstur seperti cellotape, apabila dah tampal susah sedikit untuk kita peel sebab boleh rosakkan/koyakkan kertas - itu decorated/printed tapes.
  • Gunting & Gunting kraf bergigi
  • Hiasan kraf ikut citarasa - diamentes, reben, font stickers, butang comel

Apa yang diperlukan.
Langkah-langkah Penyediaan:
Lekatkan washi tapes ke atas permukaan magnet sheet. Lurutkan dengan jari supaya tampalannya sekata. Kemudian potong untuk kemaskan. Boleh buat dalam bentuk jalur memanjang atau bentuk empat segi. Jika ada gunting kraf yang bergigi, boleh potong bahagian hujung magnet untuk dapatkan kemasan yang cantik.


Nak buat bentuk love? Kita kena gunakan craft punch. Tampal washi tapes secara berlapis dan kemudian tebuk untuk dapatkan bentuk love idaman hati :)



Seterusnya, kalau nak buat fridge magnet yang lebih fancy, hiaslah dengan embellishments yang sesuai. Ikut kreativiti masing-masing. Bagi saya corak-corak pada washi tapes dah cukup cantik. Saya hanya guna adhesive diamentes untuk naikkan coraknya :)

Senang je kan?


Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :) 


53 ulasan:

  1. sis, ajar ija mana nak beli washi tape. web mana yang murah??
    next year nak mendecorate planner yang selalunya suram dan kusam. hihik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak jarang beli online. Sebab suka belek2 depan mata. Eyja boleh cari di Popular. Design cantik & berkualiti, satu gulung rasanya lebih kurang RM6. Boleh juga cari di Daiso & Mr. DIY. Tapi depends pada stok kedai tulah.

      Padam
    2. oooo hihik xbeli lah lagi. Tapi baru jer lepas order sticker planner. sebab geram tengok. Hihik

      Padam
    3. Memang banyak yg cantik2 kat Mr. DIY.
      Sticker planner? Oh eyja nak berjinak-jinak jadi #planneraddicts pula ye :)

      Padam
    4. aah.. sebelum nih planner kita suram muram sahaja.
      kali nih nak decorate jadi cantik.. huahahha

      Padam
    5. Selamat menghias planner ye. Akak bab planner ni kurang sikit sebab akak buat reminder atas rough papers/sticky notes je :)

      Padam
  2. Nk tanya manet sheet ada brapa jenis? Plg murah brape rm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau saiz A4, beli di Daiso RM5.30/keping. Di Mr. Diy RM3.50/3.70 (tak berapa pasti). Basically ada beberapa jenis, yang hitam depan belakang, yang ada permukaan di atas yg kita boleh tulis dengan marker & yg boleh kita print guna computer. Yg untuk print tu selalunya lebih nipis berbanding yg lain.

      Padam
    2. Kat kedai buku tempat saya RM7.80 Huhuhu - KTC

      Padam
    3. Mungkin yg jenis tebal sikit kot :)

      Padam
  3. gigih ya buat..lelaki ini tak larat, jejari manis wanita lah juga ...hebat Farah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak adalah hebat mana, Cikgu. Buat yg simple2 je :)

      Padam
  4. wahhh kreatip nya kak farrah... kita rasa kita ada semua bahan2 ni...mcm menarik pulak nk cuba! :D thanx for the inspiration :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de kreatip mana, Aisya. Asalkan benda2nya ada, boleh buat. Selamat mencuba ye :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Geram? Ala barang murah2 je, Firah. Itu sikit ini sikit,..

      Padam
    2. A'ah. Semua ada. Dah laa comel2 T_T Haha - KTC

      Padam
    3. Tak semua ada. Peralatan kraf yg expensive & akak rasa tak guna sangat memang akak takkan beli :)

      Padam
  6. Cantekkk dan kreatif sgt!... mummy pun banyak magnet sheet kat umah, so bole praktikkan ni..Thanks Farah... :D

    BalasPadam
  7. wah bila nak sambung balik, keja craft nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang2 dah ada kan,..tunggu ada masa lapang,..tak pun time tengah boring2 tu syok juga buat kraf :)

      Padam
  8. comelnya.. meh la satu..hihi.. nak buat macam banyak je barang xda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Basic hanya perlu ada magnet sheet dgn washi tapes je, Syida :)

      Padam
  9. Senangnya nak buat. Nak cari magnet sheet la lepas ni. Nak cuba buat :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang, Farah. Nanti dah cuba jgn lupa kongsi hasilnya ye :)

      Padam
  10. ingat lagi first entry akak.... agi je apa2 kat org2 kreatif ni.. confirm jadi.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi belum tentu lagi, Ikhwan. Dtg angin tak jadinya, akak sendiri ngeri nak tengok ;)

      Padam
  11. Thanks share kak Farrah.. Mudah tapi comel sesangat ^^ - KTC

    BalasPadam
  12. in shaa Allah aida perlu masa & ruang utk buat ni, farrah.
    cuti skola ni kot.
    maybe aida akan bwk kakak2 ke seremban. nak jimat kos aida berulang alik melaka tiap hari.
    but ijat stay melaka dgn ayah la. mak mertua x larat nak jaga ijat.
    so boleh kot ber kraf dgn kakak-kakak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aida kena berkursus ye time cuti sekolah ni? Haa, alang2 bawa kakak2, bolehla buat dgn mereka :)

      Padam
  13. hanya mampu tgk je ..nak buat? ohh tidak...skrg ni un dh x cukup masa huhhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlu susah2 buatlag, sis. Masa yang terluang tu guna utk travel :)

      Padam
  14. Balasan
    1. Ada washi tapes ada magnet sheet dah boleh buat :)

      Padam
  15. Semoga ena ada rezeki utk terima hadiah fridge magnet hasil tgn mf ni.

    Ekeke

    BalasPadam
  16. sampai kesudah saya cari kt Kedah ni magnet sheet xjumpa...
    pernah p kl..cari kat Daiso ka Kaiso ka..xjmpa gak..habis ja

    BalasPadam
  17. ehh ni bukan y gift kak farrah nak bg tu ea
    igtkan kak farrah beli siap dah,,,

    BalasPadam
  18. wahhh info berguna....nak buatlah cuti2 ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.