Khamis, November 05, 2015

Gift Ideas - Pek Gula-gula untuk Si Cilik

Assalamu'alaikum,

Projek Gula-gula

Saya sedang siapkan pek gula-gula untuk satu majlis hujung minggu ni. Packaging kita buat sendiri. Lipat-lipat gam siap! 

Inilah hasil projeknya.

Individual candy pack =)
Pek gula-gula ni sesuai untuk majlis keraian yang ada tetamu cilik. Misalnya, majlis hari lahir, candy booth/candy buffet di kenduri-kendara atau sebagai 'treasure' dalam permainan anak-anak :)

 Nak buat mudah je. Kita hanya perlukan:
  • Kertas empat segi (sama sisi) - Saya gunakan kertas coklat kitar semula. Boleh juga gunakan kertas warna, kertas bercorak atau kertas pembalut hadiah. Keep in mind, pek ini akan dikoyakkan oleh si cilik. Jadi, lebih praktikal jika kita guna kertas yang tidak terlalu mahal. Jika nak gunakan kertas buku lama pun cantik. Boleh baca tutorial kraf kertas daripada kertas buku lama di sini, sini dan sini.
  • Rubber stamps/clear stamps and ink pad (Jika mahu hias sampul.) Saya gunakan beberapa cap 'For You' dan 'Just For You'.
  • Glue tape/glue stick
  • Printed/Decorated Tape

Mula-mula ambil kertas dan lipat bahagian kiri kertas seperti dalam gambar di atas. Kemudian, lipat pula bahagian kanan. Gam bahagian tepi dan lekatkan supaya menjadi bentuk tiga segi.

Gunakan cap getah untuk hias kertas. Jika tiada rubber stamps/clear stamps yang sesuai, boleh juga hias dengan jalur washi tapes. Setelah itu, masukkanlah gula-gula ke dalam sampul. Untuk sampul sebesar ini, muat dalam lebih kurang 7 - 8 biji gula-gula.

Akhir sekali, lipat bahagian atas dan lekatkan hujungnya dengan printed/decorated tape. Jika tiada, guna cellotape biasa pun boleh. Siap!



82 ulasan:

  1. ah hah... mmg cantik dan kemas. buat door gift kawen (utk kanak2) pun sesuai...

    BalasPadam
  2. Salam singgah sini farah...kreatifnya....teringin nak buatkan untuk anak buah yang nak sambut birthday pada bulan ni....adik dan en.hubby tak payah buatkan sebab dorang dah besar...haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa bolehlah plan dari sekarang, Diana. Lagipun buat pek ni tak makan masa. Sambil2 duduk rehat/tengok tv boleh buat :)

      Padam
  3. Balasan
    1. sebab mak pun bagi cdgan bagi gula gula. heheh. nice! terima kasih kak farah

      Padam
    2. haah ikhwan bagi gula gula satu sorang pun dah cukup buat diaorg buat kerja sekolah hehe.

      Padam
    3. suka tengok muka bebudak happy dapat hadiah. priceless :)

      Padam
  4. Cam lipat tisu orang kawin tu kan... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak siapa ni pandainyeeeeee.... clap..clap.. cikgu bagi 5 bintang...

      Padam
    2. alaaaa...JM pun nk ckp apa yg SS cakap tu ;p

      Padam
    3. hahahaha oklah pannnndaaaiiiiinyeeeeee semua!

      Padam
  5. Dah lama tak lipat kertas tiga segi macam tu, Tak ingat dah pun kenapa dulu saya sellau lipat kertas tiga segi macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ni kira akak 'ingatkan' Farah balik ye,... :)

      Padam
    2. Farah pernah lipat napkin stail ni masa keje hotel kot?

      Padam
  6. Ringkas dan comel..bole pinjam idea nie yee..Farra

    BalasPadam
  7. memang sesuai nampak idea ni time2 gini sebab abang saya bakal tunang dan kawin dalam masa terdekat haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah Farhanah pertimbangkan idea pek gula2 ni :)

      Padam
  8. Kalau guna kertas, saya akan gunakan kertas murah sebab orang akan koyak,takkan simpan.

    Idea macamni boleh jimatkan kos

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Cik Hani. Budak2 target isinya. Jadi, macam tak serve purpose kalau kita guna kertas mahal :)

      Padam
    2. Yes,..guna majalah lama pun cantik gak :)

      Padam
    3. surat khabar , terfikir jugak . hihihi habis jimat gitu ^^

      Padam
  9. boleh buat door gift nih.. simple dan menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Eyda. Nak nampak fancy sikit, bolehlah letak tag hadiah :)

      Padam
  10. biasa letak dlm plaktik yang tiga segi ada corak2.. pastu tutup mulut dengan dawai.. :D.. guna surat khabar pun manraik gak wat camni..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh,..gunalah kertas apa yg sesuai :)

      Padam
    2. tutup mulut kertas ke mulut orang?hahaha

      Padam
    3. mulut kertas la hahahah mulut orang tu carik pasal namanya ;)

      Padam
  11. Simple tapi cantikkkk! Boleh juga kan buat time tunang ke haaa lawa lawa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh sangat heheheh cik dylla ke yang nak bertunang tu? :)

      Padam
  12. suka konsep kak Farrah guna kertas murah je sebab bebudak memang akan koyak je..sayang kalau guna kertas mahal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..bab2 ni kena fikir tang praktikalnya. Budak2 dia nak isi je...sayanglah kalau guna kertas mahal akhirnya dikoyak rabakkan. Unless kita nak buat sesuatu for keepsake, berbaloilah guna kertas mahal dan bercorak :)

      Padam
  13. Nak buat sesuatu unik tak perlu kos tinggi tapi perlu kreatif. Terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau terlebih kreatif tanpa memikirkan aspek praktikal pun tak guna gak :)

      Padam
  14. ni boleh jadi idea untuk door gift ni.. bagi kat kanak-kanak... thanks farrah for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai untuk birthday parties atau jamuan kelas anak2 :)

      Padam
  15. pasti rasa happy after siap kan ..

    BalasPadam
  16. boleh buat idea utk kawen nanti.. simple dan menjimatkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk kawen nanti ye Nina...jgn lupa jemput kami tau

      Padam
    2. boleh je, nina. tapi kena buat awal2 la :)

      Padam
  17. Okey okey..... Sangatlah mudah... Jimat pun jimat... Thanks share ye kak Farrah ^^

    BalasPadam
  18. guna dekorated tape rupanya....ni pertama kali tgk..beli kat Daiso ke ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Kat Daiso, Mr. DIY,..kat kedai buku cam POPULAR & MPH pun ada.

      Padam
  19. bila tgk bungkus 3 segi tu teringat pembungkus kacang kuda yg boleh beli kat pasar tani tu....mmg kreatif dak Farrah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa betul. Macam bungkus kacang kuda tapi kita upgrade sikit la :)

      Padam
  20. dak Farrah...cekebon apa khabar..lama x dgr khabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sis. Nak kata sihat sepenuhnya tu tidaklah, tapi bolehlah.

      Padam
  21. idea yg bagus....bole buat utk besday ank buah

    BalasPadam
  22. comelnya.. bagus idea ini.. farrah memang kreatif.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun ubah suai drpd tengok orang buat, Aiza :)

      Padam
  23. Tq bagi idea ni. Nak tiru.. hihi. Ade majlis nanti boleh buat ni! Na guna kertas kartun kartun. Hihi

    BalasPadam
  24. simple yet elegen gitu... dulu kecik2 time celebrate bday kat sekolah pack dengan
    plastic je.. hahaha..

    BalasPadam
  25. good, kreativenyer... boleh tiru nih .. hahha

    BalasPadam
  26. mudah, ringkas dan chantek.....hehehhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang nak sediakan tu yang paling penting heheh :)

      Padam
  27. Bagus ni..environmental friendly juga.

    BalasPadam
  28. kreatifnya. boleh buat doorgift masa knduri

    BalasPadam
  29. skg bt mcni pon da ok kak kak farrah
    jimat n kreatip

    BalasPadam
  30. Simple n comel sangat.jimat. budak2 dapat dia buang je lepas dapat isi..rasa macam Farrah banyak guna kertas coklat ni buat craft kan..vintage je rasa..cantik..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.