Isnin, November 09, 2015

Peanut Butter Toast yang Mengenyangkan!

Assalamu'alaikum. Hari dah petang baru saya berpeluang jengah blog. Belum terlambat lagi nak ucap selamat memulakan minggu baru! Moga minggu ini lebih ceria dan happening. Terima kasih banyak-banyak pada yang telah datang berkunjung sepanjang hujung minggu dan tinggalkan banyaaaakkkkkk komen meskipun saya tiada di tower :) Nantikan kunjungan balas saya ye.

Dah minum petang? Roti bakar di bawah ni sebenarnya lebih sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi, tetapi inilah yang saya mamam untuk minum petang semalam. Pukul 3 lebih perut dah berdengung dan berlubang! Nak buat apa pun tak larat heheheh

Jadi, saya korek peti ais dan buat this simple treat - peanut butter toast with orange and banana slices


My peanut butter toast :)

Boleh gunakan apa sahaja roti yang ada di rumah. Bakar sekejap. Kemudian, sapukan dengan mentega kacang semewahnya. Diulangi, semewahnya! Saya sekarang tengah suka makan peanut butter yang ada maple dan kacang pecan. Extra nutty and crunchy! Setelah itu, letakkan hirisan pisang dan oren sebanyak mana yang kalian mahu. Final touch, drizzle dengan sedikit sirap maple atau madu.

Nikmati dengan senyum lebar. Peanut butter toast ni memang sesuai dimakan waktu lapar. Mengenyangkan! Kita akan enjoy gabungan rasa kekacang, rasa lemak pisang dan kesegaran sitrus dari hirisan oren. You want to go BIG? Take it up a notch! Hidangkan toast ini dengan satu (atau dua) scoop aiskrim kegemaran anda dan lengkapkan dengan curahan sos coklat. Yummyyyyy!

Enjoy the rest of your day!


104 ulasan:

  1. erm... yummy... rajinnyer masak... hari ni akak malas tul nak masak.... anak2 pun buat roti bakar sendri wlupun cuti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ni pun ikut mood juga, sis. Pandai budak2 tu berdikari buat makanan sendiri :)

      Padam
    2. kaka farrah ni merendah diri pulak.. mmg kalo bab olah2 makanan ni kepakaran kak farrah ke..?? ehhehe =D

      Padam
    3. Huhuhu takde pakar mana, luna. Setakat timbun longgok bahan utk mamam retilah :)

      Padam
  2. tengok gambar- sedapnya..bila baca perenggan last ...wahhh terliur-liur jadi..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi, Ros. Jangan lupa cuba manjakan lidah dan tekak semewah-mewahnya :)

      Padam
  3. Dap ni..simple tapi kalo tambah coklat lagi sodop..hahhaha komen dari hantu coklat..kikikiki :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak coklat tu jangan berkira-kira, Mummy. Lebih sikit ye ;)

      Padam
    2. amboiii..letak cklat....biar sampai meleleh tauuu hahahahah

      Padam
    3. Extra coklat extra peanut butter :)

      Padam
    4. Dah peanut... Coklat pulak... Berapa jauh lagi nak kena lari tu mummy? Ha ha ha...

      Padam
    5. Hehehe mau berbelas-belas kilometer ;)

      Padam
  4. Salam singgah sini farah..sedap dan memang mengenyangkan ni farah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mengenyangkan, Diana. Sangat mengenyangkan! :)

      Padam
  5. Diana suka makan roti dengan apa jer yang penting ia mengenyangkan...hihi

    BalasPadam
  6. Kak Farah bagi yang baca dan lihat saja ni Peanut Butter toast yang melapar kan. *nangis* haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu sorry,..jangan nages. Pergi selongkar peti sejuk sekarang! :)

      Padam
    2. semalam kan , yana tak makan pastu terbayang roti akak, tanya adik roti ada lagi? jawapan yang sungguh menghampakan.

      Padam
    3. Ala shiannya,..moral of the story, pastikan ada stok roti :)

      Padam
  7. Cara akak promote ini roti memanf buat org pi dapur bukak peti cari bahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha itu tujuannya. Jom sama2 kenyang!

      Padam
    2. bukak peti semua bahan ada , bahan paling penting dah habis ROTI hahaha, sabar sabar

      Padam
  8. aduh sedapnya farah peanut butter pun fav akak jugak ni, memang mewah sangat roti tu, tak sanggup nak beli haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor boleh 'jelmakan' yang lebih hebat dan mewah daripada ni ;)

      Padam
  9. Oren takdo, pisang pun ellek jugak ni, apple je yg ado dlm petiais
    boleh kot letak apple kan farah janji dgn peanut butter haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Kak Noor. Guna apa aja,..janji dap dap dap!

      Padam
    2. waaa...kak noor..dh leh cipta perisa lain dh nihhh....org terer masak mmg kretip cipta resepi hahahha

      Padam
    3. Kak Noor chef tersohor,..jangan cakaplah. Apa2 Kak Noor buat super marbeles! :)

      Padam
    4. betul tu farrah...bestnye klau mkn masakan kak noor kan hehehe

      Padam
    5. Kita perlu buat rombongan terjah rumah Kak Noor di Brunei :)

      Padam
  10. saya pun suka combination ni..tapi asal makan peanut butter banyak mesti naik jerawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sesuai la tu...
      baik jgn makan.. bg ja saya makan...hihi

      Padam
    2. @Sal - jangan makan peanut butter kalau cenggitu. tukar dgn chocolate spread,..lagi vavavomm!

      @Zarul - amboi amboi amboi, zarul :)

      Padam
    3. sal..kalau sy....xksh jerawat naik..jnji perut gembira....tanda pelahap kah kah kah

      Padam
    4. Hahah kita sekapal dan sebot, sis D. Saya pun alah makan kacang banyak2 sebab nanti gatal2 tapi risiko belakang kira, kemudian tanggung :)

      Padam
    5. hahahhaha...papepun kita makan je dulu farrah kan...masalah lain nnti bru pikir hahahhaa

      Padam
  11. hahahah sedapnya!!! terliur nak merasa. haha

    BalasPadam
  12. Aiyayaya ~

    Firah dah tak boleh makan peanut butter sekarang sebab dulu sangat gilakan sang penaut butter ni sampai siap meratah macam tu je... sampai satu tahap, dah muak... sampai sekarang, tak lalu dah... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lalu makan peanut butter, boleh tukar dgn jam/chocolate spread. Yummeh! Letak banyak2, kasi muak tu pulak :)

      Padam
  13. peanut butter coklat..ohh sedapnya klu plus coklat.. tambah pisang lagi... alamak, perut bunyilah pulak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. suida...sila tatap jer gbr....nnnti merecik dpn pc...hahaahah

      Padam
    2. Jangan merecik je,..buatlah barang sekeping dua :)

      Padam
    3. kalau dia nk buat..sy pun nk tumpang sekaki ...hahaha

      Padam
  14. wah.. sedap tu.. tiba-tiba peru berbunyi.. hehe..

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Betul tu, sis. Kalau buat breakfast ni kenyang dan bertenaga utk buat kerja :)

      Padam
  16. haihh.. sedapnyaaa.. baru tengok. belum makan. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi anggaplah gambo ni sebagai appetizer maya ye :)

      Padam
    2. Erkkk betul sangat tuu Lissa. Tengok pun dah tau sodap T_T

      Padam
  17. perut berlubang tu mcm mn la agaknyer ye farrah??? hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. perut berlubang tu dia macam rasa bolong sana sini,..minta diisi :)

      Padam
    2. kah kah kah...mesti banyak bolong nye tu kannnnnnn.....

      Padam
    3. Banyakk! Sebbaik tak bocor perut ;)

      Padam
  18. pagi tadi buat kan roti telur utk anak2 dara.
    cicah sos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh sedap tuh! Saya pun suka mamam roti telur cicah ngan sos :)

      Padam
  19. sama-sama kasih Farrah...muah!!! heeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM, saya dah terima parcel sis! Tenkiuuuuuu! Muahhhh! Muahhhhh! Muahhhhh!

      Padam
  20. kalau chef wan tengok ni menanges hihihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha chef wan nanges sebab roti ni tak masuk langsung dalam menu2 hebatnya ;)

      Padam
    2. Sis JM pujuk chef hulur roti ni , heheh tengok macam mana :)

      Padam
    3. Silap haribulan kena sound ngan chef wan,...kau buat roti apa ni Farrah?!

      Padam
  21. Pukul 3 lebih perut dah berdengung dan berlubang!? habislah terkeluar isi perut hehehehe...so perlu tutup cepat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. isi perut tak terkeluar tapi dibayangi rasa perut macam dah kurus...so kena makan bagi perut berlubang sihat :)

      Padam
  22. korek peti ais katanya ehehe...korek ngan cangkul tok adi? jeling SS

    BalasPadam
  23. perghhh!! yummy...ada rasa masam manis..rasa pisang lagi...bila gigit je rasa seperti berada di awang awangan...nikmatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nikmat, sis! Rasa macam ada orkestra tengah perform dalam mulut hihihi

      Padam
    2. amboi sis JM, mesti dah berjangkit dengan kak Farrah buat ayat hiperbola yang menyebabkan kita ni rasa nak nak nak nak makan!

      Padam
    3. Ayat hiperbola tu perlu sebagai rencah menaikkan selera orang yg membacanya :)

      Padam
  24. Woww, kreatif kak farah.. Makanan pn kreatif jgak..")

    BalasPadam
  25. Rasa nak berlari ke apo baca post ni. Haha

    BalasPadam
  26. sedap laa plak tengok di petang hari nih..

    BalasPadam
  27. Lebih sesuai utk breakfast nih... Nak try!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sesuai untuk breakfast. Makan lebih sikit, SS :)

      Padam
  28. mmmm...sedapnya... baca pun dah buat kecur air liur..hehehe

    BalasPadam
  29. Tengok balik post ni terus rasa lapar haha

    BalasPadam
  30. itew tak makan peanut butter.. hewhew.. mak kata dari kecik..
    kalo kasi luak balik n pernah muntah.. ada gak org kata.. peanut butter adalah salah satu nikmat dunia..
    hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh kenot go with peanut butter. Tak pe, banyak lagi benda best yg boleh disantap :)

      Padam
  31. peanut dgn pisang biasa la dengar
    tp dgn oren tu blm penah tgk
    tapi kan kak farrah mesti sedap kan
    sbb leh balance masam dgn lemak peanut tu

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.