Rabu, November 04, 2015

Penat Bercinta dengan Robot!

Semalam semasa blogwalking, lima blog pertama yang saya singgah memerlukan saya untuk yakinkan mereka yang saya bukan robot sebelum komen diterbitkan. Tertanya-tanya juga. Blog-blog tersebut biasa saya kunjungi. Biasanya tak kena 'saring' pun sebab saya tahu tuan punya blog tidak meletakkan word verification. 

Kemudian, terbaca entri Anies mengenai perkara yang sama - Tension betul dengan 'Please prove you're not a robot'!! Ingat saya je yang bengang dengan benda ni. Fenin! Fenin! Menjelang tengah hari, saya dah menyerah. Penat nak kenalpasti mana pizza, mana recreational vehicles, mana pokok, mana rumput, mana kereta...

Hari ini, bangun dengan semangat baru. Semangat nak kalahkan si robot. Dia sibuk suruh kita buktikan yang kita ni bukan robot, dia lupa tu dia robot! Hari ini, berapa banyak robot nak tahan saya pun saya akan redha.  

So, dengan penuh tekad, sambil tengok TV (ini antara aktiviti 'produktif' saya hari ini hehehe. Saya kan kononnya dalam misi nak capai  'Productive November' - Baca sini), saya mula berjalan dari blog ke blog. Berjaya jugalah saya tinggalkan beberapa kerat komen. Haaa,... bagi yang rasa saya belum sampai check-in di blog mereka,..tungguuuuu! Kena berpenat-lelah bercinta dengan robot dulu :)

Sudah Sebati :D


Saya tidak pilih word verification. Kasihan pada rakan-rakan yang nak tinggal komen kena taip ini, klik itu. Seandainya blog saya pun hadapi masalah yang sama, itu dah di luar kemampuan. Bertabahlah ye ;)



148 ulasan:

  1. alhamdulillah semalam dah ok. tp mmg kuar asap laa kepala sy dok lyn robot #mintatapakkaki ni!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ptg td ada gak tersembul 2 3 ketui robot ni... mls nk lyn sy trs X ;)

      Ps blog ni ada robot!!!!!!

      Padam
    2. Huhuhuhu nak nangeslah mengenangkan si robot nih!

      Padam
    3. Sama la akak ekin pun mengalami gak majuk jap nk komen blog taw

      Padam
  2. owh, patutlah.. byk blog jgk wawa kena..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jenuhkan. Kalau setakat tick kotak saya bukan robot tu je oklah. Ni dia siap appear gambar kena pilih tu yg tak tahan!

      Padam
    2. kekadang ada yg gambo nyer aida salah tick.
      kena buat lagi ha ha ha...
      gambo hampir serupa :)
      mato den ompek, rabun!

      Padam
    3. Samalah kita, Aida. Salah tick, keluar set gambar lain, tak cukup tick, kena tick sampai cukup. Banyak pula cekadaknya :)

      Padam
  3. lama tak ke sini...maaf sibuk =)
    sebenarnya tak perlu klik pun menatang tu
    tinggalkan aje komen macam biasa pastu klik publish...done! =)
    tak caya cer try

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak lepas, YY. Akak seawal minit pertama nak main tipu. Tapi yg bergambar ni memang buat hangin! Dia akan reappear selagi tak jawab.

      Padam
    2. betul cakap Farrah...x leh main publish je x lepas...selagi x pilih pic tu...annoying kan..mula lah semangat nk BW semakin merudum

      Padam
    3. Biasanya lepas kak farah, sis JM, tapi malam ni yana try buat macam tu tak lepas dah . stress! XD

      Padam
    4. Yes,..dulu2 memang selamba je boleh abaikan dan tekan publish. Sekarang ni robot tu dah cerdik sikit :)

      Padam
    5. robot marah sebab selalu abaikan dia hiks

      Padam
    6. sis YY ada super power kot tu lepas..:D

      Padam
  4. betul tu farrah..sy pun mengalami masalah yg sama.....berpinor bijik mata nk tgk gbr tuhhh.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menyampah kan, sis! Memang berpinor bijik mata dibuatnya :)

      Padam
    2. Huhuhu memang boleh jadi punca stress ni :)

      Padam
    3. xmemasal kena g kursus pengurusan stress huhuuhuh

      Padam
    4. hahahaha kenapa? saya stress kena kacau ngan robot masa blogwalking :)

      Padam
  5. oo lupa bagitau
    biasanya benda tu jadi hanya untuk kotak komen jenis
    hak yang pop up window tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kotak komen biasa pun jadi gak YY...blog YY x kena eh...jap nk try terjah

      Padam
    2. haah jadi jugak, tapi yana tak kluar gambar just suruh tick bukan robot tu je.

      Padam
    3. masa nak send komen kat ats ni terus kluar kene pilih gambar huhu

      Padam
    4. Betul..betul...dah tak ada exception. Semua jenis kotak komen ada rerobots! :)

      TKK - Kita sama2 didik sabar ye hihihihi

      Padam
    5. dan kerana kesabaran kita akhirnya robot mengalah, dia faham kita takkan cinta kan dia XD

      Padam
    6. Jangan lepas ni dia datang tagih cinta balik sudahlah :)

      Padam
    7. kalau datang balik kita layan je la kak farah

      Padam
    8. Tadi ada blog akak pergi rerobots muncul semula :(

      Padam
    9. Kak Farah robot akan mula berkeliaran bermula petang sampai malam, pagi dia tido bangun lambat hahaha

      Padam
  6. asalnya sy pun pelik..nape sebelum ni sy berkunjung kt blog kengkawan xde pun bendaalah tu...sbb semangat nk komen berkobar2....kita redah jer la robot2 ni semua....haahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kite redah! Kita rempuh! Robot kenot harm kita :)

      Padam
    2. cam cite Terminator la, man vs Robot

      I'll be back!

      Padam
    3. Hihihi kita rempuh kita tempuh sama2 :)

      Padam
    4. yeayyyy....kita berjuang habis-habisan...kah kah kah

      Padam
  7. Blog yana ada tak kak. hehehe. yana selalu juga kena macam ni. what donno je huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa macam dah kene jugak je sis JM , sebab tadi petang kak farah punya takde pun malam ni dah kena berbual dengan robot tu

      Padam
    2. Yess,..robot ni ada angin kus kus. Kejap ada kejap takde. Petang semalam ada a few blogs yang lepas tanpa robot. By malam semua kena tick gambar!

      Padam
    3. tunggu malam ni , tengok ade ke idok dia ni!

      Padam
    4. baru nak taip tunggu malam , ptg ni dia start balik dah!

      Padam
    5. betul kata akak kejap ado kejap tiado , sabor je la

      Padam
    6. Hahahahah pasrah jelah, Yana :)

      Padam
  8. hadui memang pening..robort buruk pun nak kacau kan ..hehehe sabar ja ya semua kita alaminya. Baru2 no 400 bad request ada kaitan komputer setting ada yang tak kena so kena cleaner

    BalasPadam
  9. Haah la kak.. patut la ada orang komen cakap blog Firah macam tu..

    Mesti salah satu daripada blog akak mention kat atas, blog Firah kan. ! Sorry kak ~

    BalasPadam
  10. sama la asik kene tahan ngan robot..nak tick mana bukan singa mana makanan dll...pastu kalau bw bad request 404 tu pun kuar..hrmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menduga betul kan,..elok2 ada mood nak bw, terus putus angin.

      Padam
  11. pernah jumpe, dan kelakarnya saya tak kenal rupa sandwich kene try balik. Apapun utk blog saya sendiri, saya pun xtau samada ada benda alah sebegini atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kadang2 dia suruh tick gambar telur pun tak lepas, namy ;)

      Padam
  12. hihik... sesetengah blog eyja kena jugak. tp dengan sis xpernah lah lagi. xtahu la jap lagi eyja terbitkan kena plak. hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada eyja. Kat blog akak ni ada jugak. Selamat memilih gambar yang betul ye :)

      Padam
    2. setakat nih masih belum kena lagi lah. haha

      Padam
  13. Haishhhh! Nak kena jugak cari solution menghalau robot nih!

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaaa....carik tau solution dia SS....leh share ngn ktorg....geram tol ngn robot ni laaa......huhuuhuh

      Padam
    2. Bab2 ni memang kena rengek kat kanda SS lah jawabnya :)

      Padam
    3. Kipidap dongibab kanda... lap uu...

      Padam
  14. Balasan
    1. Ada kan? Dia syak sis robot jugak kan? :)

      Padam
    2. mana dia tak syak sis JM robot, komen tak berenti-renti..haha

      Padam
    3. Hahahah agaknya dia trace asyik komen komen dan komen,..terus jatuh kategori spam!

      Padam
  15. ahakss...sama je..setiap kali komen mesti buat macthing pic ni utk pastika i'm not robot huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tick tick gambar ye, sis. Jangan menyerah kalah! :)

      Padam
  16. kah kah kah...cam budak sekolah je bila kena buat pilihan yg mana satu bot lah yg mana sama pic lah aduhai..semua blog mcm ni kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis JM walau pun jadi cenggini, tetap boom komen kan hahahah

      Padam
    2. Blog cikgu Etuza belum yana baru terjah tadi

      Padam
    3. Sis JM semangat waja! Robot tu sekadar sebesar hama je bagi dia :)

      Padam
    4. saja nak suruh kita mengimbau kenangan lama

      Padam
  17. kalau lah masalah robot ni semakin berterusan, 2-3 hari ok lagi..lelama org semakin malas nk komen kan sob sob sob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kanda JM kan ada the power of sweet fingers.. hehe

      Padam
    2. Sweet fingers pun boleh tukar jadi sour fingers, Syida kalau dok asyik kena hadap rerobots tuh!

      Padam
    3. robocop pun stress tau..rasa nak hentak keyboard

      Padam
    4. Huhuhu robocop pun buleh cabut kepala! :)

      Padam
  18. tak nak bercinta ngan Robot x de perasaan hhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bercinta lah dengan robot kalau nak mengomen .kalau tak jadi silent reader je semua nanti

      Padam
    2. Betul cakap TKK. Kena layan gak robot ni. Kalau dak, komen kita tak get through :)

      Padam
  19. Blog diana ada tak farah benda robot macam ni...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tak perasan pulak. Nanti petang saya intai :)

      Padam
  20. Assalamualaikum....Fara....pernah juga kena...tapi buat tak layan...post macam biasa sahaja....boleh pula...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, sis Fida. Lately ni tak leh abaikan si robot tu. Dia nak jugak kita layan dia :)

      Padam
  21. Huhuhu saya kena check blk ni Farrah MF, blog saya ada robot ke idak.. Harus ku deactivate, mengganggu pengunjung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah sekarang ni setting memang kita tak pilih utk si robot, tapi dia main tala hadir kat almost semua blog :)

      Padam
  22. blog sy pun sama kena jugak...adehhhhh.....huhuhuh

    BalasPadam
  23. Blogspot problem kot.. dengarnya ramai yang jadi macam nih.. pernah dulu sekali kena jugak macam nih.. last ok macam tu jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah rasanya memang problem kat pihak diorang :)

      Padam
    2. blog Eyda jadi jugak tak? apapun check setting Eyda memang tak berubah laa..

      Padam
    3. Tadi masa Farrah pergi tak de robot. Diorang gi makan kot ;)

      Padam
  24. sama lah macam Lissa.. kalau gambar tu senang okay lah.. kalau yang dah kabur, bercampur2, pening jadinya.. hee. blog Lissa ada macam tu jugak ka? o_o

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak rasa sekarang dah mula ok. A few blogs je yang akak pergi kena sahkan robot ke tidak. Blog Lissa ok. Clear :)

      Padam
  25. aida jugak x berape suka robot tu.
    but layan jugak la demi nak tinggalkan komen :)

    BalasPadam
  26. Agak-agak dekat blog saya kena ke? Saya dah lama tak buka blog sendiri. Jadi, tak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti akak intai jap lagi. Tapi rasanya dah ok dah sekarang ni :)

      Padam
  27. Balasan
    1. Kadang2 dia degil, Kak Nieda. Kena perangi jugak sampai tamat riwayat :)

      Padam
  28. kalau ada robot tu ikut mood kalau rajin teruskan nak publish comment kalau tak malas nak publish haha
    btw selamat mencapai misi 'Productive November' :)

    BalasPadam
  29. Kat blog I kena tak? ke akak belum sempat terjah.. i pergi blog2 lain xdak masalah lgi so far.. tapi ada lah blog2 yg memang set utk ini.. sekali sekala je lah singgah klu mereka set robot cop ni

    BalasPadam
  30. ini datang serang blog akak, mujur xdak robot cop ni, kalau x bercinta jugak nak mengebom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi menyerang. Tunggu akak datang balas kunjungan ye :)

      Padam
  31. Ohhhhh. Selama ni saya ingatkan sebab owner blog yang letak setting tuuu haha apalah saya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Normally memang tuan punya blog yang pilih, tapi kali ni dia sekali harung semua blog. Itu yang jenuh tu.

      Padam
  32. alhamdulillah tak kena..lagipun selasa lepas tak sihat, so seharian tak mengadap blog.ni dah ok ke kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa-rasanya dah ok. Tadi akak singgah blog Sal,..tiada bayang robot yang menghalang langkahku :)

      Padam
  33. Saya suka robot.... Transformers

    BalasPadam
  34. seriously. bende ni buat saya pun "marah",.. sebab kadang macam susah nak komen kat blog orang.. dah lah kita nak cepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang,...makan masa jadinya. Macamlah kita tak de kerja lain nak layan dia :)

      Padam
  35. Farrah dah Etuza kena robot tu ..nak padanan baru hilang.Sorry silap memahami ..robot maksud etuza tu yg robot rangka shape ..robot rosak..ni yang nak mengesahkkan kita buka robot kan...semalam pening terus dah slow..ada pula Etuza silap padankan tak nak dia ...penat kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, cikgu. Robot ni memang menduga. Ada je yang tidak kena :)

      Padam
  36. bertabah komen juga.. huhuhu
    blog nina xada pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia kena orang yang datang komen tu, Nina. Kadang2 kita ingat tuan punya blog yang set,..tapi kalau blog yang biasa tak de pun ada,...seksa :)

      Padam
  37. nk kena pilih2 lak..mcm jawab soklan la plak...

    BalasPadam
  38. betul tu.. aiza tengah komen sekarang ni pun dia keluar suruh match nama jalan.. salah kena buat lagi.. memang tengah tabah ni.. hehe..

    BalasPadam
  39. Hahahaha... ros kena semalam akak... dia main teka teki pula. Suruh teka bagai.

    BalasPadam
  40. hahaha yer yer semalam pun CT da penat klik robot tu.. but today dah okay.. ni baru dapat datang jenguk akak.. dahla suruh klik robot.. suruh pilih gambar pulak.. rasa nak babap je screen lappy ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia muncul waktu2 petang membawak ke malam..

      Padam
    2. Kan? dengan kena pilih pancake lah, berger lah...buat orang lapar je..hahaha

      Padam
    3. Ada masa-masanya robot tu datang bawak saka :)

      Padam
  41. Balasan
    1. Balas komen tak pe. Tak de robot. Nak mengomen tu yang seksa :)

      Padam
  42. Hari ni Cik Mimie bw beberapa blog pun nak kan verification ni...huhu..tick aje la..

    BalasPadam
  43. Harini ok plak.

    Smalam ena camtu gak MF..

    Letih woo nk yakinkan depa yg kita bukan robot.haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah letih kan. Tahap suspicion diorang tinggi :)

      Padam
  44. Belum dapat solution.. Jenuh laaa haaaiii nak select gambar pisang!

    BalasPadam
  45. bayangkan ayu komen setiap kali tu la ayu dikatekan robot..
    robot2 ni pon sibuk nak temankan ayu tau kak farrah
    heehehehehe
    nmpk tak gigih ayu nak komen jugak dlm ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.