Khamis, November 26, 2015

Resepi Kepingan Oat dan Cornflakes

Ingat lagi Projek Oven saya lebih kurang dua minggu lepas? Hari ini saya kongsi resepi kepingan Oat & Cornflakes ye.

Stok kunyah-kunyah yang ala-ala sihat gitu ;)

Resepi Mudah Kepingan Oat dan Cornflakes

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4 sudu besar mentega/marjerin
  • 3-4 sudu besar gula (kebiasaannya saya tak letak, sebab dah ada rasa manis madu)
  • 4 sudu besar madu asli
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 cawan instant oat
  • 2 cawan cornflakes
  • 1/2 cawan biji bunga matahari
  • 1/2 cawan kismis/sultana
  • 2 sudu besar bijan putih

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Panaskan kuali, masukkan mentega. Biarkan cair barulah dimasukkan gula, madu dan esen vanila. Kacau hingga sebati. 
  2. Kemudian, masukkan oat, cornflakes, biji bunga matahari, kismis dan bijan. Gaul hingga semuanya sekata, disalut dengan campuran marjerin dan madu. At this stage, jika rasa bahan-bahan tu agak kering, boleh tambah lagi madu supaya salutannya sekata. Jika rasa dah OK, terus masukkan ke atas dulang pembakar.
  3. Mampat-mampatkan adunan di atas dulang supaya boleh jadi kepingan/chunks. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 -25 minit
  4. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, boleh dipecah-pecahkan. Masuk dalam balang. Sedia untuk dinikmati.

Nak sediakan snek ni tak perlu ikut resepi sangat sebenarnya. Ini hanya resepi asas supaya jika kalian nak cuba, boleh agak-agak apa bahan yang diperlukan dan banyak mana yang kita nak guna. Selebihnya, terpulang pada citarasa masing-masing. Tak suka kismis, tak perlu letak kismis. Nak lebih crunchy lebihkan cornflakes. Nak lebih chewy, tambahkan oat. Kalau suka kacang, boleh masukkan badam, pecan atau walnut.  

Make it to your liking. Macam yang saya buat dalam gambar di atas memang teksturnya berderai sedikit. Saya campak-campak je tak ikut sukatan. Guna apa yang ada kat dapur. Lebihkan oat dan cornflakes, kurangkan madu. So, snek tu tak melekat sangat. Sebabnya,..saya nak jadikan sebagai breakfast cereals saya :)

Makan dengan susu :)


Selamat Mencuba!  

Psstt! This is a fail-proof recipe sebab kita boleh tolak tambah bahan sesuka hati. Yang paling penting kat sini mentega/marjerin dan madu untuk 'ikat' bahan-bahan kita.


68 ulasan:

  1. Sedap jugak kalau makan dengan susu tu. :D

    BalasPadam
  2. Salam singgah petang Farah....sedapnya kunyah² ni Farah....

    BalasPadam
  3. Ada masa nak cuba resepi ni Farah...nampak senang kan Farah...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mudah, Diana. Kita agak2 je, campak2 ikut suka :)

      Padam
  4. Sally punya problem bila nak bakar tu je...oven kita dahhh rosakkkk! tapi macam best je buat snek macam akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer pakai pembako bahulu jadi tak? hi hi hi...

      Padam
    2. Kak Sally mohon suruh SS sponsor oven baru

      Padam
    3. Ala shiannya dia, kalau tak ada oven cuba buat pakai periuk/kuali ajaib tu. Tak pun biarkan lama sikit atas kuali. Sampai oat tu tergoreng rangup. Cuba pakai pembakar baulu pun boleh jugak hahaha

      Padam
  5. Kawan wawa suka sgt cookies yg mcm2 ni..

    BalasPadam
  6. macam senang jerk sebab guna kuali,,, oven saya dah rosak,, so boleh try resepi ni,, thanks share

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena bakar juga sis kalau nak betul2 rangup. Tapi jika tak de oven, biarkan atas kuali tu lama sikit ye :)

      Padam
  7. wow...nampak sedap
    tapi tak cukup rajin nak buat
    meh hulur sikit kak =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu tak rajin buat memang semua mende nampak sedap.. hi hi hi...

      Padam
    2. Senang je YY. Campak2 gaul2 bakar :)

      Padam
    3. Tapi kalau malas nak buat, meh sini...I belanja semangkul sorang :)

      Padam
  8. rajinnya farah kan...

    tgk pun terliur ni farah.. boleh PM alamat rumah x..nk pergi terjah..hahhahah

    halalkan resepi ni ya.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihih setakat snek kunyah2 ni, tak berbaloi rubiah datang rumah. Rubiah boleh buat lagi sedap drpd saya. Selamat mencuba ye :)

      Padam
  9. yang dalam susu tu kemain sedap lagi tengok.. nape rajin sgt masak2 tu farrah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi sedap kalau dinikmati dgn susu sejuk, Ros. Tak rajin manalah. Stakat buat stok utk kunyah2 :)

      Padam
  10. terbaik resipi..ini jg edisi menayang ke / hehehe..cuba klik laman aRz..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum sempat menjengah 'rumah' Arz lagi, Cikgu :)

      Padam
  11. salam kak farrah ! main campak campak je kan ! mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Yana. Yessss, campak2 je. Tapi jangan salah campak benda lain pulak :)

      Padam
  12. Biji bunga matahari tu kuaci eh Kak Farrah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye, Dylla. Kuaci. Tapi beli yang dah siap berkopek tau.

      Padam
  13. boleh cuba pehni...oat pun byk nihhhh....hihihi

    BalasPadam
  14. simple je resepi ni tapi mabelesssss je nengokkk

    BalasPadam
  15. thanks share.. dok terfikir macam mana nak habiskan oat dirumah.. tak berselera sangat makan oat ni, gatal beli pek besar..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heheh mesti masa beli pek besar tu rasa semangat nak makan sihat kan,... :)

      Padam
  16. Kalu stay dengan Cikgu Ceketed mahu rasanya hari2 hari raya.. he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha tak semestinya,.. Ada juga masanya rasa macam hari2 puasa :)

      Padam
  17. Dapnye, esok blhla try buat kbtln bhn2 tu dh de kat dapo.... ;-)

    BalasPadam
  18. apa beza mentega dan marjerin eh...nampak perlu google lah pasni..x pernah beli

    BalasPadam
  19. 1/2 cawan biji matahari? kalau guna kuaci boleh ;p

    BalasPadam
  20. part "Jika rasa dah OK, terus masukkan ke atas dulang pembakar." yang ni susah nk agak..OK yg mcm mana..size api perlu kecil lah eh...bila semua dah melekat terus masuk dalam dulang pembakar or mcm mana...huhuh soalan dari org yg masak masak lauk kg je huhu

    BalasPadam
  21. main campak2 katanya...itu ayat org expert hihihhi

    BalasPadam
  22. madu untuk 'ikat' bahan-bahan kita? guna madu untuk 'ikat' suami boleh tak kah kah kah

    BalasPadam
  23. Terliurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr terbayang kerangupan................... Erhhhhhhh

    BalasPadam
  24. I cannot go with susu...heeee... :D

    BalasPadam
  25. nampak sedap laa.. nak skit.. hehehe..

    BalasPadam
  26. Nampak mudah dan pasti rasanya sedap..

    BalasPadam
  27. Nakbbaut. Tapi bahan selalu takdee. Tunggulah dh ada lesen eskk. Hahhaha. Lajuu je aina nak buat ⊙︿⊙

    BalasPadam
  28. ayu fail la kalu makan oat ni kak farrah
    nestum xape
    heheheh

    BalasPadam
  29. intai resepi hihihi jangan marah nah hahahhahaha

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.