Sabtu, 28 November 2015

Robot Vs Biskut Peanut Butter

Memulakan hari tadi dengan semangat.
Berkobar-kobar nak blogwalking.
Dengan iPad yang full battery saya baring santai. Ziarah satu demi satu blog.
Baru suku jalan, muncul rerobots pujaan hati!

Saya cuba bertenang. (Kalau guna handset, memang akan terus hilang mood!) Memandangkan guna iPad, besar sikit gambar yang nak kita tick-tick, saya cuba bertahan. Tangan capai Tupperware isi biskut mentega kacang.  Sambil menyudahkan proses nak get through comments, sambil kunyah biskut. Asyikkkkkk!

Biskut Mentega Kacang dengan inti mentega kacang :)


Biskut ni saya buat minggu lepas, untuk birthday Bott dan Uje. Ini antara yang disediakan untuk 'Kunyah-kunyah Bar', selain a few other biscuits, puffs, garlic bread dan kuih-muih kegemaran mereka berdua. Saya tak ada gambar full set up. Share gambar cookies dalam jar je lah.



Boleh jadi idea untuk party planning kalian. Letak dalam balang begini dan hidangkan bersama snek/juadah lain. Peanut Butter Cookies dan Chewy Oats tu saya buat. Tema birthday party mereka berdua ni Childhood - Down The Memory Lane. So, 'Kunyah-kunyah Bar' yang disediakan penuh dengan elemen flavours/rasa yang mewakili apa yang dilalui dalam hidup. Contohnya, Cheese Wafer (Nabita Cheese Wafer kegemaran saya tu) mewakili elemen masin, Chewy Oats elemen kenyal, Peanut Butter Cookies, something sweet, something bitter.

OK, berbalik kepada topik asal.
Dengan harapan saya dapat menumpaskan rerobots, kehampaan mula menunjukkan rupa.
Makin sukar nak lepas kendatipun hanya satu komen!
Tak cukup tick, buat sekali lagi.
Salah tick, cuba sekali lagi.
Cactus, Flowers, Limo,...
Makin lama makin laju tangan saya seluk bekas Tupperware.
Makin banyak kuantiti biskut yumm yumm yang lalu tekak dan masuk perut.

Akhirnya,..
Saya tutup iPad.
Peluk bekas biskut, capai remote TV dan tekan butang ON.
Jadi, faham-fahamlah mengapa hingga kini saya masih tak menunjukkan muka di rumah kalian.
Insya Allah, saya akan muncul juga.
Maaf ye,..kita jumpa bila kita jumpa hahahaha

Selamat Menghabiskan Hujung Minggu!

Pssst! Kanda SS! Nanti tolong sampaikan kat HH, resepi kena tunggu saya tulis/taip cantik-cantik ye :)



60 ulasan:

  1. Sy x pernh lgi jumpa bintg rerobot ni...uishhh dapnya kudapan akak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untunglah, Lya. Akak selalu baru nak semangat, masa tu jugalah bobot tu datang! Hehehe kudapan tu memang sedap, tapi masa makan kena buat2 lupa tentang kalori :)

      Padam
    2. sangat beruntung bila robot takde huuuu

      Padam
    3. Tak boleh nak predict time si robot ni kan,...

      Padam
    4. kan ikut suka hati dia je, stress stress, masalah nya dia datang time kita ni semangat nak BW

      Padam
  2. Rumah Cikna xde robot semuanya guna khidmat manusia je,huhuu... Mmg ptg mood blog walking klu jumpa robot ni,kdng2 xphm ape fungsi&faedah diaorg ltkkn rerobot tu...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kan, Cikna. Kalau yg memang set nak ada robot tu tak pelah. Ni semua sekali dia harung letak robot!

      Padam
  3. Saya kalau ada balang biskut macam ni, sekali duduk terus habis dah, kak Farrah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihihi lepas tu jadi super active,..terlebih gula ;)

      Padam
    2. yup...pastu dok gelak tak henti-henti...terlebih gula ni memang bahaya..hihi

      Padam
  4. Nak tanya Pn Farrah...robot2 ni macam mana boleh ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada dasarnya, robot ni akan wujud apabila tuan punya blog pilih setting word verification pada komen. Tetapi sekarang ni saya rasa ada masalah dgn blogger/blogspot sebab blog2 yg tak pilih setting ini pun turut muncul fobot entah dari mana :)

      Padam
    2. Blogspot taknak ada spam... Tuu yang dia siapkan rerobots untuk kawal...

      Padam
  5. Hihihi...dugaaaaaaannn..kan..kan...huurmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi dugaaan. Nak suruh buat kerja lain dulu :)

      Padam
  6. Salam kak farrah , faham sangat perasaan tu, sebab yana pagi tadi dah semangat nak bw, list blog blog segmen , mulanya smooth je. pastu datang lah robot yang cemburu melancarkan perang .

    kita mampu bertabah dan berjuang memerangi robot robot tersebut. * ok drama sangat dah ni.

    BalasPadam
  7. ni pon komen ada je dia ni. tak tidur lagi rerobot ni

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Kan... Tengah balas komen TKK tuuu... hiks.

      Padam
  9. kan..menguji kesabaran je robot ni..boleh moody seharian jadi..

    BalasPadam
  10. errr..blog ros ada robot jugak kan?..hihihi

    BalasPadam
  11. "Makin lama makin laju tangan saya seluk bekas Tupperware"... Patut berterima kasih pada Robot... Keh Keh Keh...

    BalasPadam
  12. Kena BW waktu pagi... Aman dari Roadblock Robot...

    BalasPadam
  13. Nanti Kanda SS pesan kat HH... And make sure dia buat! Kenyang laa perut SS lak.. Ha Ha Ha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. fuhhhh jangan sampai hilang suara merdu tu hehehe

      Padam
  14. Ekin hari2 jumpa rerobot tu ni yang malas nak blogwalking mana

    BalasPadam
  15. apa masalah robot tu....dia jeles agaknya

    BalasPadam
  16. kalau makan biskut sambil blogwalking...alamat biskut abis dulu kak farrah

    BalasPadam
  17. saya jarang jumpa robot ni..adalah sekali dua je

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa robot ni bijak tau Sal...dia hanya 'muncul' bila blogger tu rajin tinggalkan komen or BW...kalau jarang2 mengebom robot ti x kaco ;p

      Padam
  18. Sedapnya biskut peanut butter tu Farah...makan sambil² berblogwalking memang best...hihi

    BalasPadam
  19. Bila jumpa robot² terpaksa lah layan biskut peanut butter Farah jer tu...

    BalasPadam
  20. Comel sangat balang² Farah tu...

    BalasPadam
  21. Robot pujaan hati? ni ikhlas ke tak ni heheh

    BalasPadam
  22. kalau sis JM BW, kuar je robot tu terutama guest street name mmg stress..berkali2 guess tetap salah tp x de lah nk kunyah something hikss...erlu tahap kesabaran tggi nk komen

    BalasPadam
  23. memang pun..sejak robot ni muncul moo nak BW dah menurun...nak taip entri pun malas (tp yg ni ada kaitan tak) ;p

    BalasPadam
  24. salam pagi senin ye cik farrah tuuu ., ;p

    BalasPadam
  25. kdg sy pun mcm tu lah..bila tgh semangat...robot lak kacau....spoil tol kan...geram kekdg...kita dh la nk komen byk benda...dia lak jd pghalang...grrrr.....mmg nk kena robot nihhhh.....cubit kang.....hahhahaha

    BalasPadam
  26. Robot dengki tuu Kak Farrah, kan... Hurmmmm
    Tick saya bukan robot tuu okey lagi... Nie tambah lak tick papan tanda laa, gunung ganang laa. Hahahaha

    BalasPadam
  27. Ermmmmmm peanut butter nampak sangat sangat sangat sedap........... T.T

    BalasPadam
  28. comelnya balang berisi biskut tu..

    BalasPadam
  29. saya pun tertanya2 gak, kenapa Farrah tak kunjung tiba. merajuk ke.. rupanya, baru saya dapat jawapan.. ok... paham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu SS merajuk tak sape pedulik... He He He..

      Padam
  30. btw, mcm sedap jer cookies tu... nak order boleh tak? hehe

    BalasPadam
  31. Robot ni memang menyeksa jiwa.. tiap kali nak komen tiap kali tu juga la dia muncul hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia tanya soklan palma tak? he he he..

      Padam
  32. sedapnya tgk biskut2 tu semua :)

    BalasPadam
  33. dulu aida laju bw dari phone.
    now da slow dek robot!
    kekadang problem nak tick dia tu.
    now, kena on lappy baru laju...
    tu pun kena sabar bebyk...
    aida cukup la alergic bila kuar ~ street names, street numbers, street signs!!!!
    tak kurang 3 kali baru betul hu hu hu...

    BalasPadam
  34. sekarang dia suka menyerang.. nasib laa masa dok BW tak pernah kena.. mungkin BW skit2 saja..

    BalasPadam
  35. Haha... biskut menang... Bw fail...
    Robot kekal sbg watak jahat...

    BalasPadam
  36. Memang menyudahkan robot tu.. terpaksa layan juga demi nak blogwalking..

    BalasPadam
  37. Robott apa kak. X faham. 〒▽〒Hahaha

    BalasPadam
  38. biskut tu kak farrraaaaahhh
    biskut tu buat ayu telan air liur
    sampai nye ati kak farrah dera selera ayu ni
    heheheheh

    BalasPadam

Sudi-sudilah tinggalkan jejak anda di sini :)
Sekiranya hendak meletakkan sebarang pautan/link/URL, sila ikut langkah -langkah di tutorial ini --> Cara Meninggalkan Pautan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...