Jumaat, Disember 25, 2015

Ikan Percik Bott

Baru-baru ni rengek dekat Bott nak ikan percik. Dah lama tak makan. Dulu-dulu semasa belajar, time bulan puasa, ikan perciklah jadi lauk kegemaran saya untuk berbuka. Hampir setiap hari saya ingatkan Bott minta tolong beli ikan percik. Kenapa tak beli sendiri? Heheheh saya dah membusuk lembik dalam bilik. Nak jalan bukak pintu pun tak larat. Penat puasalah konon-kononnya. Lagipun selalunya kelas Bott habis belah petang. Selayaknya dialah yang membeli juadah iftar.

Ikan percik ni ikan percik Kelantan style. Kuah perciknya warna putih. Tapi, dah siap tetiba kuahnya warna macam purple macam merah gitu. Heheheh itu kita cerita nanti. Jemput jamu mata tengok gambar ikan kena bakar dulu ye. Kasi teaser. Resepinya nanti saya minta dekat Bott. Jaring (err,...jaring ke nama dia?) untuk letak ikan ni beli di Mr. DIY. RM6.90 sahaja! Alhamdulillah, setelah dipakai beberapa kali masih cantik rupawan rupanya. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan berkarat. Another pembelian berbaloi saya. Demi ikan percik, gigih memburu jaring ni :)




Oh, selamat bersuka ria, memanjakan diri dan beristirahat di hujung minggu. Long weekend untuk kita semua. Saya ada kerja editing yang perlu disempurnakan sebelum tahun baru. Jadi, akan tenggelam timbul di tower ini buat sementara waktu.

Nak cakap terima kasih banyak-banyak kepada kalian yang sudi singgah. Don't worry! Dengan izin-Nya, akan balas kunjungan dan komen apabila ada kesempatan. Till then, tata titi tutu!



44 ulasan:

  1. Balasan
    1. Besttttt! Tempat akak susah nak cari lauk ni. Banyak lauk minang je :)

      Padam
  2. Dah lama nk cari jaring tu.
    Huhuhu...
    Teda jumpa yg elok.
    Blom beli dh nmpk karat...


    Acaner...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari kat mr. diy. Akak beli paip, beli jaring semuanya kat sana. Beza harga nak dekat 5 hengget gakla berbanding beli kat luar (barang yg sama) :)

      Padam
  3. Salam kakk, moga dipermudahkan segala urusan! :)

    BalasPadam
  4. sedappnya kak .. rindunya nak makan ikan percik yang mak buat T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang dap dap dap, Hafiz. Tak de lauk lain pun tak pe.

      Padam
  5. Kbye terus rasa nak pergi dinner bila tngok makanan.. Hahaha.. Blogwalking sampai tak ingat nak makan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, semangat betul Mr. Doctor blogwalking sampai lupa nak makan! :)

      Padam
  6. Ikan itu sangat mengujakan mata ini.. huk2

    BalasPadam
  7. Selamat bercuti kakkk... !

    Ehh.. tapi, dengar khabarnya, akak busy... tak pe lah... aja2 fighting.. :)

    BalasPadam
  8. Salam singgah sini Farah....Diana cuti 2 hari ni sibuk sangat sebab jiran sebelah rumah buat kenduri kesyukuran dan akikah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Oh, sibuk dengan kenduri ye. Terima kasih, Diana. Sibuk2 pun sempat singgah sini :)

      Padam
  9. bulan puasa lepas saya buat ayam percik tapi tak terfikir lak nak buat ikan percik . mcm blh buat je esok ... heheheee

    BalasPadam
  10. Cikgu Ceketed dan DIY sudah sebati... keh keh keh...

    BalasPadam
  11. Makan makanan bakar2 ni... Kena sulam dengan timun... Itu petua..

    BalasPadam
  12. I'm fish lover too... Nak merengek kat Jay Emm jauh plak.. Rengek kat HH je lahh.. ha ha ha...

    BalasPadam
  13. Cepat2 kongsi resepi... Kalu klate style memang sodap..

    BalasPadam
  14. tengok ikan pon dah terliur. hehehhe

    BalasPadam
  15. saya penggemar ikan..rebus ke sup ke tumis ke bakar ke panggang..hadui .sihat makan..apa lagi lah yang segar..

    BalasPadam
  16. First time ni baca pasal ikan percik. Saya tahu pasal ayam percik sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehehehe adik2 muda zaman milenium mmg tau ayam percik je =P

      Padam
  17. sy suka ikan kembong percik....merecik2 air liur hahhahaha

    BalasPadam
  18. ya allah.. laporrrr... xmakan lagi ni..huhuuh

    BalasPadam
  19. mudah juga ekk guna pengapit tu. x pernah guna :) hi hi
    yg best x berkarat.
    aida panggang guna kuali ajaib aje, farrah.

    BalasPadam
  20. Sedapnya ikan percik.. elok lagi jaring bakar ikan tu..

    BalasPadam
  21. wooo Kak Farrah suka ikan percik ye.. ngeh3..

    BalasPadam
  22. ikan kembung ke tu ? selalu panggang gini ikan kembung kan ?

    BalasPadam
  23. time2 posa memangla sakan orang jual ikan2 bakar.. ada tu bakar kunyit garam je..
    tapi dah siap dia celup dalam sos.. aiyark.. macam2 pesen..

    BalasPadam
  24. Ikan percik kelate memey la sedap

    BalasPadam
  25. Bakar pulak guna jaring tu lg la sedap ni

    BalasPadam
  26. Oooo ikan percik rindu nak kelik kelate tggu bulan 3 ni insyaAllah

    BalasPadam
  27. apa nama ikan tu...suka mkn ikang tapi x kenal semua jenis ikan tu

    BalasPadam
  28. ikan ni kalau nk sedap..beli yang baru naik dari laut

    BalasPadam
  29. ayu ikan bakar cmtu je da ckup
    cicah dgn sambal kicap kak farrah
    terangkatt

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.